Saturday, August 21, 2010

Racun dan Penawar..

Hidup ini memang tak selalunya indah,
Statement tu aku sangat setuju,
Ada hari kita sakit,
Ada hari kita perit,
Ada hari kita sihat,
Ada hari kita kuat.

Selalunya yang buat kita sakit,
Kita panggil benda tu racun,
Pasal racun ni sangat bahagia,
Benda tu boleh buat kita sakit, lumpuh dan silap hari bulan,mati,
Tapi kadang-kadang kita sendiri yang cari penyakit,
Dah tahu benda tu racun, kenapa nak jugak ambil,
Dah tahu benda tu boleh membunuh, kenapa nak jugak minum.

Tapi nak buat macam mana,
Kadang-kadang kita pun terleka,
Kadang-kadang kita pun terlupa,
Sampai madu yang kita sangka,
Rupanya racun yang menerpa.

Jadi bila kita da terkena racun,
Sudah tentu kita cari penawar,
Pasal penawar lah yang memulihkan,
Benda tu lah yang menyihatkan,
Benda tu lah yang menguatkan,
Benda tu jugalah yang menghidupkan.

Tapi penawar ni bukan senang nak cari,
Bukan juga senang dimiliki,
Kadang-kadang dah dapat kat tangan kita,
Tapi kita tak tahu guna,
Silap-silap penawar jadi racun jugak,
Bahanya.

Namun,
Sekali dapat yang betul,
Memang badan terus sihat,
Begitulah nikmatnya penawar,
Rasa berbaloi penat lelah mencarinya.

Dalam bercinta pun macam tu,
Ada racun, ada penawar,
Macam mana nak beza, kenalah rasa dulu,
Bila dah rasa, baru taw macam mana.

Racun dalam cinta ini memang sakit,
Kadang-kadang hati ini sampai tak boleh berdenyut,
Nafas tak selancar biasa,,
Badan pun rasa lemah tak terkata,
Begitu kuatnya penangan racun,
Disangkakan madu,
Rupanya menkam kalbu.

Nak cari penawar pula bukan senang,
Bukan boleh sehari dua,
Kadang-kadang melarat-larat sampai tak sudah,
Tambah-tambah kalau racun tu adalah penawarnya,
Bagila resipi apa sekalipun,
Pasti takkan menjadi,
Kerana kita nak yang meracuni kita itulah yang merawat kita.

Haih,
Memang susah,
Kalau dialah racun, dialah penawar,
Mungkin ada petunjuk mengapa perkara ini yang terbaca,
Nak dijadikan cerita,
Pada tanggal ini pula.
Haihhhh..............

Terima kasih,
Kerana kau juga racun dan penawarku.

Ramadhan.



Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,selawat dan tahmid suci.

Ramadhan,
Datangmu memang ku nanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.

Ini adalah isi hati,
Moga dapat menjadi realiti.
Wallahualam.

Mock Trial...antara hukum bin hakam, fadzilah come to me..

Pada awal Ogos yang lalu,
Sejarah tercipta dalam hidupku,
Bukannya melangkah ke alam hidup yang baru,
Bukan jua mendapat harta beribu,
Tetapi perjalanan kisah yang riang dan lucu.

Mock Trial,
Yang tahu sudah pasti mengerti,
Yang belum tahu ini adalah karya seni,
Mengenai perbicaraan mahkamah untuk diamati,
Sambil gelak dan tawa tak kering gusi,
Namun bagi kami ia bukan hanya penyeri,
Ia juga adalah tanggungjawab dan amanah yang diberi,
Sebagai penyambung sebuah legasi.

Peranan yang diberi bukan sebarangan,
Tugasnya adalah untuk memberi keadilan,
Tampak mudah tak perlu banyak pergerakan,
Hakikatnya inilah peranan yang paling menyusahkan,
Jujurnya diri ini tidak mengeri,
Mengapa diberi peranan sebegini,
Sudahlah ini adalah pertama kali,
Tambahan pula yang terdahulu semuanya ada identiti,
Kalau nak dibandingkan dengan diri ini,
Memang jauh macam langit dan bumi,
Berserah sahaja pada Ilahi,
Nak bantah nanti director maki.

Hukum bin Hakam nama diberi,
Ada juga Fadzilah Come To Me,
Semuanya dibuat untuk menghiburkan hati,
Supaya yang datang tak lagi sakit hati.

Alhamdulillah,
Lima persembahan Allah permudah,
Semuanya gembira hati tak gundah,
Mulanya resah akhirnya indah,
Mungkin ini namanya barakah.

Buat semua yang terlibat,
Terutama orang-orang kuat,
Terima kasih ucapan dihulurkan,
Atas tunjuk ajar dan kepercayaan yang diberikan,
Mohon maaf bagi segala keterlanjuran,
Moga diperbaiki di masa hadapan.

Demikianlah pengalaman yang dicatat,
Sangat indah dan bakal diingat,
Semoga tahun hadapan lebih hebat.

Yang pasti, ini pertama kali,
Yang mungkin, ini jua terakhir kali.

Darah Daging - Setiap keluarga ada rahsia.







Bermula Semula..

Bismillah,
Lafaz agung pembuka langkah,
Moga disulami berkat dan hidayah,
Agar perjalanan dipermudah.

Bermula kini perjalanan baru,
Setelah dua bulan duduk membatu,
Penat dan lelah sudah berlalu,
Kini mencari nafas segar dan baru.

Tahun ketiga moga kembali bersinar,
Hilangkan segala duka dan onar,
Puas sudah jiwa berpinar,
Mengharapkan semula kekuatan yang tegar.

Semoga tahun ini segalanya lancar,
Semoga tahun ini semuanya benar.