Monday, March 28, 2011

Jersey Malaysia

Semenjak dua menjak ni,
Ramai betul orang pakai jersey Malaysia,
Yang menjual pun meratalah jugak,
Boleh kata kat mana2 pun ada jersi ni,
Dari yang ciplak sampailah yang ori.

Aku pun tak terkecuali,
Sejak Malaysia menang Piala AFF Suzuki,
Aku struggle la jugak mencari,
Biru dan kuning dua-dua aku beli,
Kuning macam safiq rahim biru macam safee sali..haha.

Bangga pun ada,
Pergi mana2 mesti jumpa atlez sorang yang pakai,
Kalu aku pakai gak alamatnya boriala kita,
Dan magiknya jersi ni,
Biasanya kalu kita jumpa orang pakai baju sama macam kita,
Kita mesti segan or malu gila,
Tapi bila sampai jersi Malaysia,
Tak segan pun n rasa biasa je..mebi aku je kot rase mcm tu..haha

Agaknya macam ni la kan,
Kat negara Brazil, England or atlez Korea,
Rakyat dorang dah berkurun bangga dengan jersi team bolasepak dorang,
Kita kat sini baru mula nak rasa macam tu,
Alhamdulillah,
Yela tumpang masih menang,
Jangan nanti bila team kalah balik,
Jersi pun kita simpan kat bilik..macam baju oren (haha, tiba jah!).

Cakap pasal jersi ni,
Aku pun ada kenangan sendiri,
Nak kata lawak boleh,
Nak kata 'sweet' pun boleh..haha,
Adalah time aku keluar dengan seorang teman,
Aku pakai baju ni (kaler kuning),
Tak rancang dan tak plan,
Sekali tengok dia pun pakai baju ni (kaler kuning gak),
Hahaha, masing2 tepuk dahi..
So bila keluar,
Kitorang pun pikir mesti orang pelik tengok kitorang,
Yela, mana ada match time tu,
Pastu g mall plak..haha,
Kire memang semangat habisla kan..
Hahaha, ok jugak pe awak pakai jersi Malaysia.

Begitulah,
Actually post ni takde menda pun,
Saje nak komen pasal trend semasa,
Tapi aku terpikir satu bende,
Dalam kita dok teruja pakai ke hulu ke hilir jersi ni,
Korang perasan tak yang selain orang MELAYU kita,
Jersi ni aku tak pernah tengok dipakai oleh MEREKA..kan?

p/s : Semoga team Malaysia layak ke Olimpik 2012..MALAYSIA BOLEH!

Saturday, March 26, 2011

Integriti Masih Belum Mengerti

Bumi Sintok menjadi saksi,
Medan perdebatan mulut dan gigi,
Perahan minda olahan lidah,
Ada teruja ada bermadah.

Kali ini perjuangan ini masih tetap bermisi,
Misi yang sentiasa bernyala walau masih jauh didakapi,
Bergelar juara itu impian,
Sebagai tanda sebuah kebangkitan,
Dari bumi yang sudah lama tandus dan gersang,
Kejayaan yang didamba oleh pejuang-pejuang.

Persiapan berjalan agak lancar,
Walaupun kekuatan penuh tidak terpancar,
Masing-masing sibuk dengan haluan berbeza,
Namun tetap ada kelapangan masa.

Sampai masa tibanya waktu,
Bertemu sahabat dan juga seteru,
Perjalanan langkah lancar dan laju,
Akhirnya lepas ke peringkat suku.

Halangan suku dahulunya badi,
Begitu dasyat keadaan kalah mati,
Mujur kali ini nasib jelas menyebelahi,
Berkat jua pertolongan ILAHI.

Tatkala suku menjadi separuh,
Terbayang agaknya keadaan penuh,
Sudah lama dinanti bak sepurnama menjadi,
Dikerah akal setengah mati.

Namun,
Entah mana silapnya,
Kelancaran dipinta kesesakan yang mari,
KPI itu tanda pengukur prestasi,
Tampak hilang segala fungsi.

Akhirnya,
Yang dijangka terjadi sudah,
Yang diharap berkecai patah,
Yang dikendong berciciran lagi,
Yang dikejar berjauhan lari.

Sedih itu pasti,
Pilu itu mesti,
Sampai bila perlu dinanti,
Sampai bila ia akan dimengerti.

Syukur juga ke hadrat ILAHI,
Mungkin ada sesuatu yang DIA pinta aku pelajari.

Friday, March 11, 2011

KO2

Kononnya keras tapi jiwanya lembut,
Ingin jadi matang tapi dirinya budak,
Angannya besar tapi badannya kecil,
Suaranya banyak tapi sifatnya pemalu,
Angkuhnya bertempat tapi lembutnya terpancar,
Tekunnya padu tapi tubuhnya lesu,
Impiannya indah tapi halangan pun susah,
Niatnya tegar tapi fokusnya capah,
Alasannya kukuh tapi rengeknya pun banyak.

Omongnya berisi sebab itu berseri,
Tajam akalnya sebab itu bernas,
Hambar lawaknya sebab itu uniknya,
Manjanya santai sebab itu semulajadi,
Akhir bualan pasti ada salaman,
Nekad kuat pasti tercapai hajat.

Doa sebagai peneman,
Untuk bekalan dan sokongan,
Agar urusan dipermudahkan.

Kadang-kadang geram,
Kadang-kadang marah,
Kadang-kadang tenang,
Kadang-kadang terhibur,
Kadang-kadang juga rindu.

Pelengkap Hidupku...

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia


Saturday, March 5, 2011

Minggu Gemilang

Tarikh : 12 Feb - 21 Feb 2011
Tempat : Universiti Malaya

Saya berasa gembira,
Minggu yang dinyatakan sangat menggembirakan,
Tapi taklah gembira sampai tak terkata,
Gembira ini kerana banyak kejayaan ditempa.

Kejayaan ini pula bukan berseorangan,
Tapi dikongsi bersama kawan-kawan,
Yang sentiasa bersama susah dan senang,
Walaupun dikecam depan dan belakang.

Kejayaan Pertama : Pertandingan Boling Fakulti Undang-Undang

Pencapaian : Johan Kategori Berpasukan (Kumpulan MMT)
: Kelima Kategori Berpasukan (Kumpulan Taktaw Nama)
: Anugerah Pemain Wanita Terbaik (Anisa Izwin)
: Anugerah Ratu Longkang (Nur Zahirah)










Kejayaan Kedua : Talent Night

Pencapaian : Johan Persembahan Terbaik




Kejayaan Ketiga : Futsal Piala Dekan & Timbalan Dekan 2011

Pencapaian : Naib Johan Piala Dekan (Bunga Raya Merah)
: Johan Piala Timbalan Dekan (Cerphom)
: Anugerah Pemain Lelaki Terbaik (Firdaus Ahmad)








Kejayaan Keempat : Pilihanraya Kampus 2011

Pencapaian : Kemenangan Shahrul Syafiq Zamri sebagai MPMUM Fakulti Undang-Undang




Sesungguhnya,
Kejayaan ini sangat puas dinikmati,
Apatah lagi semuanya berlaku sekali,
Dalam minggu yang akan ku ingati.

Tanah Itu Bebas Jua

Ketika aku melangkah ke tanah itu,
Aku berbangga kerana aku antara yang terpilih,
Untuk menuntut jasa dan mungkin juga bakti,
Sebagai bekalan yang aku akan harungi.

Aku diberitahu perihal tanah itu,
Bahawa tanah itu tanah keramat,
Banyak sejarah tercipta,
Banyak juga cerita yang direka,
Sebagai tatapan dan pedoman,
Agar tanah itu sentiasa diangkat darjatnya.

Aku diberitahu tanah itu tidak bertuan,
Tiada yang menjajah,
Tiada juga yang menindas,
Kerna aku diberitahu bahawa tanah itu tanah bebas.

Tapi selama aku berada di tanah itu,
Tanah itu taklah sebebas mana,
Kerana yang menguasai tanah itu adalah pendatang,
Mereka ini hidup menumpang,
Namun dah perasan sebagai tuan tanah,
Mungkin sebab penduduk asal tanah itu pun gila bayang,
Terhegeh-hegeh menurut kata-kata pendatang,
Sehingga saudara sendiri pun mereka panggang.

Realitinya,
Tanah itu sedang dijajah,
Ramai manusia yang kena ratah,
Mereka yang konon diharapkan hero,
Rupa-rupanya kepala hotak semua zero,
Pemikiran mereka terpesong,
Nafsu mereka pula songsang,
Perangai mereka pun jalang,
Maka teruslah mereka cuba menyalak,
Walhal leher mereka diikat,
Mata mereka buta,
Telinga mereka pekak,
Mulut mereka bisu,
Tangan mereka kudung,
Kaki mereka tempang.

Ada yang cuba hendak memperbetul,
Tetapi dicerca macam mereka saja yang betul,
Perjuangan dimatikan,
Laungan disenyapkan,
Kebenaran digelapkan.

Pendatang pula terus berkuasa,
Gembira melihat percaturan mereka berjaya,
Penduduk asal sering bersengketa,
Malah ada juga yang sudah putus asa,
Akhirnya pendatang menjadi juara,
Sedangkan penduduk asal menjadi kuli hina.

Kini,
Perjuangan sudah mula menampakkan hasil,
Serpihan sudah mula dibersih,
Masih ada barua yang menyusun langkah,
Cuba menjadi bayangan gelap,
Mencatur segala gerakan,
Agar legasi "bebas" terus segar.

Namun,
Aku akan pastikan bayangan itu mati,
Saki baki akan aku bersihkan,
Agar tiada lagi ideologi penjajah celup,
Ingat janjiku dulu,
Tatkala aku berbicara perihal nerakanya negara,
Pembalasan akan tiba,
Tanah itu akan kembali berdaulat,
Sekarang masanya sudah tiba.

Perjuangan masih belum selesai,
Namun sehingga kini aku tetap merasa puas,
Pejuang kebenaran sudah mula mendapat tempat,
Penjajah dan pendatang perlu tunduk dan taat.

Alhamdulillah,
Tanah itu "BEBAS" jua,
Persoalan seterusnya,
Sampai bila?

Thursday, March 3, 2011

LAWNITE 2011

Biarlah gambar menceritakan...














Tahniah kepada pihak penganjuran..
Jumpa lagi tahun hadapan..

Tuesday, March 1, 2011

KLISE...!!!!

Klise ni dah jadi satu budaya,
Atau sebab dia dah jadi buadayalah kita namakan ia klise,
Walau apa pun orang kata,
Sepanjang aku hidup,
Ini adalah antara babak-babak klise yang boleh aku kongsi.

1) Bila jumpa orang baru kenal dan tanya study kat mana, mesti akan diikuti dengan ayat " eh, ko kenal tak ......? ".

2) Bila lecturer tiba-tiba sebut nama artis ke, movie ke, mall ke, mesti semua orang bajet tahu pasal benda tu dan nak borak pasal tu time2 tu jugak.

3) Bila suasana mula2 bising dan tiba2 diam mesti cakap " malaikat lalu ".

4) Bila cakap saya belajar law mesti orang yang dengar akan cakap "haaa, jangan loyar buruk sudah" atau "haaa, bolehlah lawan karpal singh" atau "haaa, nanti kalau aku ada masalah aku cari ko la ek"..durrhh..

5) Bila ambil gambar, mesti buat peace atau kalau free style, pandang tempat lain.

6) Budak-budak rempit mesti ada sticker cupin kat motor atau sticker "tengok boleh pegang jangan".

7) Budak-budak yang baru nak up mesti pakai tshirt besar, seluar jeans lipat kat kaki dan kasut futsal.

8) Bila bulan puasa, mesti ada orang cakap "eh, awat ada cili kat gigi" atau "pergghh, mulut bau kari".

9) Bila mabil gambar, mesti akan ada insan yang buat peace kat belakang kepala orang lain.

10) Bila mimpi buruk sikit je, mesti orang cakap kita tak basuh kaki. Kalau macam tu, orang asli hari2 mimpi ngeri la kan sebab dorg tak pakai selipar pun.

11) Bila dapat kejayaan or something yang manis2, mesti kawan2 mintak belanja makan.

12) Bila main boling, kalau bola boling masuk between split pin, mesti orang akan jerit "GOOOOLLL".

13) Bila kita cerita masalah kita kat orang, mesti orang yang dengar tu akan cakap "takpe, aku paham perasaan ko" walaupun dia tak pernah experience problem yang kita lalui.

so far ni je yang aku ingat dan kajian ini turut dilakukan bersama saudara Yannick Noah yang juga pengumpul aktiviti2 klise..sekian.

Projek Paper...FINALLY!

Saya tahu sang kasih sudah lama tidak berkisah,
Saya sedar buatpermaisuriku sudah lama beradu,
Maaf andai ada yang ambil kisah,
Maaf juga andai ada yang tertunggu-tunggu.

Diamnya saya selama ini bukannya merajuk menyepi,
Bukan jua mendiam membatu diri,
Diam saya harap-harapnya diam berisi,
Menyiapkan tugasan pintaan Dr Siti.

Alhamdulillah,
Projek ilmiah sudah siap secara tidak rasmi,
Walaupun kerja-kerja editing itu pasti,
Sekurang-kurangnya ringan sudah beban yang terperi.

Sekali imbas puas hati masih lagi jauh,
Kekangan masa buat saya berpeluh-peluh,
Hasil dan kualiti tidaklah agung,
Sekadar siap supaya tak melopong.

Namun andai masa diberi selepas ini,
Pembaikian akan dibuat dengan terperinci,
Tapi untuk waktu, masa dan ketika ini,
Biarlah saya berehat untuk permaisuri.