Ketika aku melangkah ke tanah itu,
Aku berbangga kerana aku antara yang terpilih,
Untuk menuntut jasa dan mungkin juga bakti,
Sebagai bekalan yang aku akan harungi.
Aku diberitahu perihal tanah itu,
Bahawa tanah itu tanah keramat,
Banyak sejarah tercipta,
Banyak juga cerita yang direka,
Sebagai tatapan dan pedoman,
Agar tanah itu sentiasa diangkat darjatnya.
Aku diberitahu tanah itu tidak bertuan,
Tiada yang menjajah,
Tiada juga yang menindas,
Kerna aku diberitahu bahawa tanah itu tanah bebas.
Tapi selama aku berada di tanah itu,
Tanah itu taklah sebebas mana,
Kerana yang menguasai tanah itu adalah pendatang,
Mereka ini hidup menumpang,
Namun dah perasan sebagai tuan tanah,
Mungkin sebab penduduk asal tanah itu pun gila bayang,
Terhegeh-hegeh menurut kata-kata pendatang,
Sehingga saudara sendiri pun mereka panggang.
Realitinya,
Tanah itu sedang dijajah,
Ramai manusia yang kena ratah,
Mereka yang konon diharapkan hero,
Rupa-rupanya kepala hotak semua zero,
Pemikiran mereka terpesong,
Nafsu mereka pula songsang,
Perangai mereka pun jalang,
Maka teruslah mereka cuba menyalak,
Walhal leher mereka diikat,
Mata mereka buta,
Telinga mereka pekak,
Mulut mereka bisu,
Tangan mereka kudung,
Kaki mereka tempang.
Ada yang cuba hendak memperbetul,
Tetapi dicerca macam mereka saja yang betul,
Perjuangan dimatikan,
Laungan disenyapkan,
Kebenaran digelapkan.
Pendatang pula terus berkuasa,
Gembira melihat percaturan mereka berjaya,
Penduduk asal sering bersengketa,
Malah ada juga yang sudah putus asa,
Akhirnya pendatang menjadi juara,
Sedangkan penduduk asal menjadi kuli hina.
Kini,
Perjuangan sudah mula menampakkan hasil,
Serpihan sudah mula dibersih,
Masih ada barua yang menyusun langkah,
Cuba menjadi bayangan gelap,
Mencatur segala gerakan,
Agar legasi "bebas" terus segar.
Namun,
Aku akan pastikan bayangan itu mati,
Saki baki akan aku bersihkan,
Agar tiada lagi ideologi penjajah celup,
Ingat janjiku dulu,
Tatkala aku berbicara perihal nerakanya negara,
Pembalasan akan tiba,
Tanah itu akan kembali berdaulat,
Sekarang masanya sudah tiba.
Perjuangan masih belum selesai,
Namun sehingga kini aku tetap merasa puas,
Pejuang kebenaran sudah mula mendapat tempat,
Penjajah dan pendatang perlu tunduk dan taat.
Alhamdulillah,
Tanah itu "BEBAS" jua,
Persoalan seterusnya,
Sampai bila?
saya nak komen...
ReplyDeleteflawless....yaww..mampu kaww???
sekian..