Saturday, December 31, 2011

Tentang Pembangkang..

Aku ambil ini dari junior terbaik yang aku ada,
Rasa bersyukur kerna aku berkesempatan mengenalinya,
Sekadar berkongsi buat tatapan semua.

................................................................................

Fakta Tentang Pembangkang..
Dalam penulisan artikel kali ini, saya tidak berhasrat untuk menghukum mana-mana pihak yang menjadi tokoh tulang belakang politik negara, siapa yang betul dan pihak mana yang salah. Namun saya menyeru kepada sekalian warga pembaca untuk melihat politik dari sudut yang jelas (yang dapat dilihat secara fizikal). Bukan menerusi andaian dan jangkaan, rumusan sendiri yang kononnya dianggap masuk akal wajar diterima.

Berikut merupakan fakta-fakta yang tidak boleh untuk dinafikan kerana seluruh Malaysia menjadi saksi dan melihatnya:

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan antara orang yang dianggap lantang memperjuangkan sistem dan suara demokrasi. Demokrasi merupakan sistem yang menentukan jawatan seorang ahli politik menerusi suara majoriti, undian rakyat atau ahli sesuatu parti serta kebebasan bersuara. Namun begitu, kita melihat jawatan Penasihat Umum PKR sendiri dipegang oleh Dato' Anwar tanpa sistem undian, sebaliknya menggunakan cara autokratik (tak pasal-pasal lepas keluar penjara jadi Penasihat Umum).

2. Selepas PRU 12, lebih 10 orang (ADUN dan Ahli Parlimen) Parti Pakatan Rakyat keluar parti. Ada juga yang melompat parti ke dalam Barisan Nasional. Tidak ada parti pembangkang dalam dunia yang mengalami krisis kepercayaan seteruk ini. Dengan kepercayaan dan sokongan sekritikal ini, bagaimana mungkin pembangkang mampu untuk menjadi pentadbir negara.

3. Parti Islam SeMalaysia dahulunya mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan MIC dan MCA. Tetapi selepas PRU 12, PAS bergabung dengan DAP dan PKR yang juga terdiri daripada india dan cina. Malah, India yang dijadikan kawan rapat oleh PAS bukanlah India yang baik (kafir zimmi), sebaliknya India yang memusuhi Islam (kafir harbi). Contoh paling ketara, pengasas Bersih 2.0, Ambiga Srevanesan. Ribuan umat Melayu Islam menyokong program ini. Wahai sekalian umatku, lupakah kalian bahawa Ambiga ini merupakan peguam bela Lina Joy dalam kes murtadnya.

4. Dahulu PAS mempunyai agenda negara Islam, hari ini berubah menjadi negara berkebajikan. Selagi PAS berkerjasama dengan DAP, agenda hudud memang tidak boleh dilaksanakan kerana DAP sudah mengeluarkan pendirian jelas dan tegas untuk menentang hudud.

5. Dato' Seri Anwar Ibrahim sangat lantang mengutuk dan mengeji Pak Lah suatu ketika dahulu kerana menjadi UMNO sebagai parti anak beranaknya; Pak Lah adalah Presiden UMNO, manakala menantunya, Khairy Jamaludin merupakan Ketua Pemuda UMNO. Namun kita lihat dalam PKR, Penasihat Umum adalah Dato' Anwar, Presidennya adalah isterinya sendiri (Dato' Wan Azizah) dan anaknya adalah Naib Presiden Parti (Nurul Izzah).

Anda boleh menafikan perkara lain, tetapi bukan kelima-lima asas ini. Ini adalah fakta. Apa yang cuba untuk saya sampaikan pada kalian adalah keadaan Pakatan Rakyat; DAP, PAS dan PKR yang sering berubah-ubah, tidak konsisten. Mereka adalah penipu dan penyeleweng.

Apa yang perlu anda lakukan selepas membacanya? Saya pohon dan saya pinta, nilai lah secara rasional. Ingat, penilaian yang terbaik adalah berdasarkan bukti yang dilihat, bukan andaian dan ramalan-ramalan pendapat. Terima Kasih.

.......................................................................
LUQMAN SUFYAN.
http://pemikirtunrazak.blogspot.com/

2011, ini cerita aku..

1 Januari 2011,
Apa yang aku jangkakan,
Apa yang aku harapkan,
Kliseya, sesuatu yang lebih baik,
Hakikanya, tiada.

Benar, aku tak harapkan mahupun jangkakan apa-apa untuk 2011,
Biarlah aku pergi sahaja with the flow,
Kalau ada dugaan yang mendatang, tabahlah menghadapi,
Kalau ada ganjaran yang bertandang, bersyurlah menikmati.

Tahun ini macam-macam warna yang aku alami,
Macam-macam rasa yang aku lalui,
Sememangnya aturan TUHAN itu sentiasa tepat dan kena,
Dari waktu aku bergelak ketawa sampailah ketika aku berduka,
Pada aku semuanya kena pada gayanya.

Dunia DEBAT,
Alhamdulillah tidak semendung tahun terdahulu,
Walaupun JUARA masih lagi aku tunggu,
Namun sekurang-kurangnya aku merasa pentas final - pentas idaman semua pendebat,
Mungkin rezeki masih belum milikku,
Tapi ALLAH ganti dengan medan pidato,
Yang sebenarnya bukanlah makananku,
Tapi rezeki DIA, tiada siapa yang tahu,
Alhamdulillah, ada juga TROFI JOHAN dalam koleksiku,
Dan melihat muka-muka generasi baru,
Aku bersyukur masih ada sinar yang menunggu.

Dunia FAKULTI,
Apa yang hendak aku ceritakan sangat?
Seperti biasa, belajar, bermain, belajar, periksa dan berATTACHMENT,
Satu pengalaman yang takkan aku lupakan,
Macam-macam kisah dari kelakar sampai naik geram,
Kadang-kadang tersenyum sendirian,
MOCK TRIAL, amanahku agak besar kali ini,
Kalau dulu hanya yang melakonkan watak,
Tapi kali ini sebagai pencipta jalan cerita dan watak,
Memang berat juga keputusan yang aku ambil untuk tidak berlakon,
Apatah lagi ini buat yang terakhir dan rakan-rakan sebaya pun semua kembali turut serta,
Hendak juga aku beraksi bersama mereka,
Namun apakan daya demi tanggungjawab dan pelan masa hadapan,
Aku rela korbankan dan Alhamdulillah, semuanya lancar,
Cuma satu sahaja yang tak lancar pada minggu tu..haha, biarlah aku simpan sendiri.

Dunia HIDUPKU,
Apa lagi yang nak aku coretkan?
Aku jatuh, bangun, lari, tersungkur, bangkit, seperti tahun-tahun sebelumnya,
Kadang-kadang aku gembira dengan perjalanan ini,
Kadang-kadang aku trauma dengan perjalan ini,
Kadang-kadang aku sendiri gusar dengan keyakinan sendiri,
Tapi ALHAMDULILLAH, 2011 buat aku kembali berani,
Dan nasib si baju oren juga berubah,
Setelah hampir 2 tahun tidak disarung,
Akhirnya kini baju oren sudah kembali disayangi.
Syukur.

Mungkin pada sesetengah orang,
2011 tahun terbaik buat mereka,
Bagi aku,
2011 tahun yang banyak menyedarkan aku tentang diri aku.
Siapa sangka, dari tiada apa-apa yang aku jangka,
Di akhirnya, aku dapat sebakul permata.

SYUKUR ALHAMDULILLAH,
MOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN LAGI REZEKI.

Andai Masa Itu Ada..

Aku tahu bunyi ini agak klise,
Sebab bila bercakap tentang masa,
Kita takkan lari untuk berkata tentang bernilanya sesuatu masa,
Tapi dah jadi tabiat orang kita,
Suka sangat buang masa.

Masa aku jugak banyak aku bazirkan,
Aku kejar benda yang tak perlu,
Aku simpan benda yang tak perlu,
Aku gilakan benda yang tak perlu,
Sampai akhirnya,
Aku jadi seseorang yang tak perlu.

Aku juga tak pandai bahagi masa,
Aku buang benda yang berharga,
Aku hilangkan benda yang berguna,
Aku tinggalkan benda yang utama,
Sampai akhirnya,
Aku sudah tidak punya apa-apa.

Maka aku terfikir semula,
Kalau aku terbalikkan perkara yang aku kejar, simpan, gilakan,
Dengan perkara yang aku buang, hilangkan, tinggalkan,
Adakah aku akan jadi apa yang aku jadi hari ini?

Masa aku sudah semakin singkat,
Umur pun dah semakin meningkat,
Maka aku dah tak boleh buang masa lagi.

Masa lalu, aku hanyam mampu tersenyum bila mengenangkan,
Ya, kadang-kadang aku menangis juga,
Tapi di akhirnya aku tahu yang aku akan lega,
Namun jika diberi pilihan untuk aku putarkan masa,
Hanya satu sahaja detik dan ketika yang ingin buat aku kembali,
Untuk aku mendapat satu kepuasan yang hakiki,
Dan hanya masa itu......Yang lain, aku berpuas hati.

Aku bukan orang kenamaan,
Aku pun bukan orang yang menarik tumpuan dan perhatian,
Seandainya aku terjatuh dalam kelompok yang aku nyatakan,
Aku pinta aku dikembalikan ke saat yang aku hanya insan biasa,
Kerana di saat itulah, aku terasa dalam diriku ada aku.

Itupun, andai masa itu ada.

'Kuasa' Double 'A'

Dalam tempoh 2 minggu,
Kita digemparkan oleh mereka yang berminda dungu,
Sumpah tanpa segan dan malu,
Mungkin mintak penumbuk satuuuuu!

Aku mulakan dengan WEDDING OF THE YEAR 2011,
Bagi aku bukan perkahwinan Putera William dan Kate,
Bukan juga pernikahan artis-artis pujaan dan dambaan kalian,
Tapi hanya insan biasa yang lupa asal-usulnya,
Malah mungkin lupa juga aturan alam,
Sehingga hilang pedoman dan pertimbangan.
Alif Alfian, tak perlu aku cerita panjang,
Satu Malaysia dah tahu kisah beliau,
Membuat rekod PERTAMA di negara kita,
Siaran "SECARA LANGSUNG" untuk tatapan kita semua,
Bangganya beliau menghebohkan pernikahannya,
Lebih bangga lagi segak berbaju tradisi BANGSA aku,
Maklumlah demi cinta pasti memori yang ingin dicipta tak seperti biasa,
Katanya itulah jati diri yang takkan hilang,
Katanya lagi, "SAYA MASIH ISLAM",
Seteruk-teruk Kaum Lut pun ketika itu mereka tidak berpegang pada ISLAM,
Tapi yang ini, ISLAM begitu mudah pada beliau,
Baguslah, boleh berjemaah dengan SUAMI tercinta,
Aku pasti tiada MELAYU yang menyokongnya,
Eh eh, lupa, ada, yang SEDANG menunggu keputusan bicaranya.

Kemudian bercerita pula soal suara anak muda,
Konon-konon sebagai aspirasi segar buat negara,
Semuanya salah, mereka saja yang betul,
Tiada cara lain, hanya demonstrasi jawapan yang terunggul,
Maka tak hairanlah setiap tempat buat kecoh,
Maklumlah kita kan NEGARA ISLAM,
Maka perlu contohi "kebangkitan rakyat" dari negara islam,
Tunisia, Mesir, Libya dijadikan model,
Maka MALAYSIA pun perlu turut serta,
Adam Adli, seorang bakal cikgu,
Tak padan dengan muka putih jambu,
Konon pejuang tegar sampai hilang adab dan adat,
Biadap kau pun boleh tahan,
Demi KEBEBASAN AKADEMIK katanya,
Tapi tahukah kau makna sebenar KEBEBASAN?
Atau kau hanya anjing tunggangan yang kau sendiri tak perasan?
Bila tiba hari anak aku masuk alam sekolah,
Perkara pertama yang akan aku periksa adalah kau bukan gurunya.

Tapi sebenarnya,
Ini salah kita juga,
Terlampau berlembut sampai kita alpa,
Mahukan sangat demokrasi dijelma,
Sampai maruah, adab dan adat pun kita gadaikan bersama.

Mereka konon-konon pejuangkan kebebasan,
Atas nama HAK ASASI kita pun berikan tanpa penuh sekatan,
Akhirnya yang terjerat ORANG kita,
Yang terpalit malunya ORANG kita,
Yang brgaduh, berpekik ORANG kita,
Sedangkan yang melaungkan perjuangan ini adalah MEREKA.

Ayuh yang berkuasa,
Janganlah ditakuti kalian hilang kuasa,
Undi ini datang dari hati,
Kalau kerja ikhlas dapatlah bantuan ILAHI.

Itulah kuasa DOUBLE A (AA),
Untuk kita semua renungi.

Rumah Ini Rumah Saya

Rumah ini rumah saya,
Awak datang sebagai tetamu,
Jemputlah duduk dan buat macam rumah sendiri,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Duduklah selama mana yang awak mahu,
Kalau panjang umur biarlah sampai ke cucu cicit pun tak mengapa,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Buatlah apa sahaja yang awak nak,
Tambah dan hiaslah secantik-cantiknya,
Belilah perabot untuk awak selesa,
Belilah permaidani untuk rumah ini nampak cantik,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Saya tahu awak pun bayar bil api dan bil air,
Kalau rumah ada rosak pun awak ada bayar jugak,
Sebab awak pun duduk kat rumah ini,
Tapi ingat,
Rumah in rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Ajaklah kawan-kawan awak lepa sekali,
Buatlah jamuan besar ataupun berparti,
Gunalah alamat rumah ni sebagai alamat awak,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Saya bagi awak segala-galanya,
Saya bagi awak buat apa sahaja,
Kecuali satu, geran rumah.
Sebab apa?
Rumah ini rumah saya.

Jadi begitulah,
Kita duduk sebumbung,
Tapi rumah ini TETAP dan MASIH rumah saya.