Saturday, December 31, 2011

Andai Masa Itu Ada..

Aku tahu bunyi ini agak klise,
Sebab bila bercakap tentang masa,
Kita takkan lari untuk berkata tentang bernilanya sesuatu masa,
Tapi dah jadi tabiat orang kita,
Suka sangat buang masa.

Masa aku jugak banyak aku bazirkan,
Aku kejar benda yang tak perlu,
Aku simpan benda yang tak perlu,
Aku gilakan benda yang tak perlu,
Sampai akhirnya,
Aku jadi seseorang yang tak perlu.

Aku juga tak pandai bahagi masa,
Aku buang benda yang berharga,
Aku hilangkan benda yang berguna,
Aku tinggalkan benda yang utama,
Sampai akhirnya,
Aku sudah tidak punya apa-apa.

Maka aku terfikir semula,
Kalau aku terbalikkan perkara yang aku kejar, simpan, gilakan,
Dengan perkara yang aku buang, hilangkan, tinggalkan,
Adakah aku akan jadi apa yang aku jadi hari ini?

Masa aku sudah semakin singkat,
Umur pun dah semakin meningkat,
Maka aku dah tak boleh buang masa lagi.

Masa lalu, aku hanyam mampu tersenyum bila mengenangkan,
Ya, kadang-kadang aku menangis juga,
Tapi di akhirnya aku tahu yang aku akan lega,
Namun jika diberi pilihan untuk aku putarkan masa,
Hanya satu sahaja detik dan ketika yang ingin buat aku kembali,
Untuk aku mendapat satu kepuasan yang hakiki,
Dan hanya masa itu......Yang lain, aku berpuas hati.

Aku bukan orang kenamaan,
Aku pun bukan orang yang menarik tumpuan dan perhatian,
Seandainya aku terjatuh dalam kelompok yang aku nyatakan,
Aku pinta aku dikembalikan ke saat yang aku hanya insan biasa,
Kerana di saat itulah, aku terasa dalam diriku ada aku.

Itupun, andai masa itu ada.

No comments:

Post a Comment