Aku ambil ini dari junior terbaik yang aku ada,
Rasa bersyukur kerna aku berkesempatan mengenalinya,
Sekadar berkongsi buat tatapan semua.
................................................................................
Fakta Tentang Pembangkang..
Dalam penulisan artikel kali ini, saya tidak berhasrat untuk menghukum mana-mana pihak yang menjadi tokoh tulang belakang politik negara, siapa yang betul dan pihak mana yang salah. Namun saya menyeru kepada sekalian warga pembaca untuk melihat politik dari sudut yang jelas (yang dapat dilihat secara fizikal). Bukan menerusi andaian dan jangkaan, rumusan sendiri yang kononnya dianggap masuk akal wajar diterima.
Berikut merupakan fakta-fakta yang tidak boleh untuk dinafikan kerana seluruh Malaysia menjadi saksi dan melihatnya:
1. Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan antara orang yang dianggap lantang memperjuangkan sistem dan suara demokrasi. Demokrasi merupakan sistem yang menentukan jawatan seorang ahli politik menerusi suara majoriti, undian rakyat atau ahli sesuatu parti serta kebebasan bersuara. Namun begitu, kita melihat jawatan Penasihat Umum PKR sendiri dipegang oleh Dato' Anwar tanpa sistem undian, sebaliknya menggunakan cara autokratik (tak pasal-pasal lepas keluar penjara jadi Penasihat Umum).
2. Selepas PRU 12, lebih 10 orang (ADUN dan Ahli Parlimen) Parti Pakatan Rakyat keluar parti. Ada juga yang melompat parti ke dalam Barisan Nasional. Tidak ada parti pembangkang dalam dunia yang mengalami krisis kepercayaan seteruk ini. Dengan kepercayaan dan sokongan sekritikal ini, bagaimana mungkin pembangkang mampu untuk menjadi pentadbir negara.
3. Parti Islam SeMalaysia dahulunya mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan MIC dan MCA. Tetapi selepas PRU 12, PAS bergabung dengan DAP dan PKR yang juga terdiri daripada india dan cina. Malah, India yang dijadikan kawan rapat oleh PAS bukanlah India yang baik (kafir zimmi), sebaliknya India yang memusuhi Islam (kafir harbi). Contoh paling ketara, pengasas Bersih 2.0, Ambiga Srevanesan. Ribuan umat Melayu Islam menyokong program ini. Wahai sekalian umatku, lupakah kalian bahawa Ambiga ini merupakan peguam bela Lina Joy dalam kes murtadnya.
4. Dahulu PAS mempunyai agenda negara Islam, hari ini berubah menjadi negara berkebajikan. Selagi PAS berkerjasama dengan DAP, agenda hudud memang tidak boleh dilaksanakan kerana DAP sudah mengeluarkan pendirian jelas dan tegas untuk menentang hudud.
5. Dato' Seri Anwar Ibrahim sangat lantang mengutuk dan mengeji Pak Lah suatu ketika dahulu kerana menjadi UMNO sebagai parti anak beranaknya; Pak Lah adalah Presiden UMNO, manakala menantunya, Khairy Jamaludin merupakan Ketua Pemuda UMNO. Namun kita lihat dalam PKR, Penasihat Umum adalah Dato' Anwar, Presidennya adalah isterinya sendiri (Dato' Wan Azizah) dan anaknya adalah Naib Presiden Parti (Nurul Izzah).
Anda boleh menafikan perkara lain, tetapi bukan kelima-lima asas ini. Ini adalah fakta. Apa yang cuba untuk saya sampaikan pada kalian adalah keadaan Pakatan Rakyat; DAP, PAS dan PKR yang sering berubah-ubah, tidak konsisten. Mereka adalah penipu dan penyeleweng.
Apa yang perlu anda lakukan selepas membacanya? Saya pohon dan saya pinta, nilai lah secara rasional. Ingat, penilaian yang terbaik adalah berdasarkan bukti yang dilihat, bukan andaian dan ramalan-ramalan pendapat. Terima Kasih.
.......................................................................
LUQMAN SUFYAN.
http://pemikirtunrazak.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment