Monday, May 30, 2011

Maha Hairan..

Aku hidup taklah lama mana,
Bulan 7 nanti baru cecah 22,
Tapi rasanya aku pun taklah bodoh mana,
Untuk nilai isi kehidupan dunia.

Banyak benda yang berlaku,
Banyak jua perjalanan yang berliku,
Kadang-kadang pelik,
Kadang-kadang jelik,
Yang buat aku rasa nak herdik,
Walaupun diri tak berapa cerdik.

Aku hairan,
Kerajaan kita cukup bersungguh-sungguh kerja,
Siang malam pak menteri membanting tenaga,
Mesyuarat tak usah nak kata,
Kalau boleh mahu sepanjang masa,
Biasalah...agenda negara katanya,
Lebih penting dari kebajikan rakyat jelata,
Tapi...
Banyak juga masalahnya,
Rasuah sini rasuah sana,
Jalan berlubang entah bila mahu bertampal,
Bila pilihanraya baru mula nak terkinjal-kinjal,
Melaung sakan rakyat diutamakan,
Bila ditanya seribu satu tersedia alasan,
Masalahnya benda ni dah lama,
Ramai juga yang dah mengata,
Takkanlah depa takdak telinga,
Atau saja-saja pejam mata?
Bila kalah bukan main gelabah,
Tapi bila menang hati terus senang-lenang.
Hairan..........

Aku hairan...
Pak menteri cukup bersungguh-sungguh nak naikkan taraf pendidikan,
Macam-macam dasar dibuat,
Macam-macam program disemat,
APEX, R&D semuanya gelaran diberi,
Untuk tingkatkan kualiti universiti,
Disaran semua pelajar belajar di universiti tempatan,
Katanya mahu dijadikan sebagai hub pendidikan,
Yelah, kalau bukan kita siapa lagi,
Walau emas di negeri orang tapi lebih baik batu di negeri sendiri,
Maka, marilah berbakti kepada universiti pertiwi,
Tapi....
Anak-anak pak menteri semuanya ke luar negeri,
Semuanya pergi oversea,
Malahan juga puteri Perdana Menteri,
Walaupun keputusan sangat terpuji,
Menagapa tidak disuruh juga belajar di sini,
Aik, apa dah jadi?
Hairan..........

Aku hairan,
Negara ini banyak sungguh birokrasi,
Kononnya untuk memantau prestasi,
Borang punyalah banyak untuk diisi,
Itupun belum tentu dapat lagi,
Negara ini pun banyak agensi,
Dari jabatan sampailah ke PBT,
Masing-masing semuanya berdegree,
Sah2lah semua bijak berkendiri,
Tapi...
Bila tiba-tiba musibah berlaku,
Banyaklah rahsia keluar satu per satu,
Bangunan runtuh, malang berlaku,
Mulalah tahu yang bangunan itu permitnya berhantu,
Alasan yang sama sentiasa diberi,
Tiada permit, tiada kebenaran, tiada jua transaksi,
Masalahnya bangunan itu bukan sehari dua beroperasi,
Mana pergi pegawai pada setiap hari,
Sama juga kalau bertembung bas dan lori,
Tiba-tiba keluar kisah banyak saman lari,
Cukai jalan pun dah mati,
Pemandu pula rupa-rupanya orang dikehendaki,
Bila berlaku tragedi,
Masing-masing tuding jari,
Padahal sebelum ini bukan main berebut kerusi,
Sampai berlaku dengki-mendengki,
Tapi bila jadi begini,
Semua mula berundur diri.
Hairan............

Aku hairan bukan apa,
Sebab di negara ini banyak mulut yang bersuara,
Semua kata mereka betul sahaja,
Tapi entah di mana penyudahnya..

MAHA hairan...

Saturday, May 14, 2011

Lauk kampung


Da lama tak rasa lauk kampung. Gulai lemak, sambal petai, tempoyak memang cukup rasa. Betul la, kita ni asal dari kampung. Pergilah mana-mana pun, di sini juga hati merasa :-)