Thursday, January 19, 2012

Jigsaw Puzzle



Kalian mesti tahu apa itu Jigsaw Puzle,
Kepingan-kepingan yang pelbagai bentuk,
Untuk dicantumkan antara satu sama lain,
Supaya sesuatu imej terbentuk.

Ramai yang menganggap permainan ini buang masa,
Tak kurang juga yang anggap ia sangat melecehkan,
Malah ada yang tak sanggup untuk menghabiskannya,
Sebab berputus asa dengan ratusan malah ada yang ribuan kepingan yang perlu dicantum.

Tapi ada juga yang terus setia,
Tabah, khusyuk dan sabar mencatum kepingan demi kepingan,
Dilakukan dengan penuh cermat,
Dicari setiap satu mana yang padan,
Sebab mereka tahu imej yang terpapar bakal memberi kepuasan.

Ada juga yang bisa menggalakkannya,
Sebab ia mengasah minda,
Malah jika dilakukan bersama-sama,
Bisa juga menjauhkan sengketa.

Itulah Jigsaw Puzzle,
Dipecahkan sehingga terburai semuanya,
Supaya menanti sang setia mencantumkannya,
Biarpun berbeza saiz dan bentuk,
Biarpun tidak sepadan dan selari,
Tapi itulah syaratnya untuk bercantum,
Mengisi ruang kosong kepingan-kepingan untuk digabung,
Supaya hasilnya tidak ternilai kepuasan di jantung.

Tapi nak cantum pun kena hati-hati,
Perlu dicari pasangan dengan teliti,
Silap cantum alamatnya ketatlah untuk dibuka,
Bila dibuka silap-silap boleh patah,
Lebih malang patah ini bukannya patah berganti.

Namun Jigsaw Puzzle ini mengajar kita seperkara,
Selagi mana kita setia, sabar, khusyuk mencari padanannya,
Kita pasti akan mendapat ganjaran yang setara.

Tak sepadan tak semestinya berbeza.
Sepadan tak semestinya serasi.
Falsafah hidup yang mungkin perlu untuk kita renungi.
Jigsaw Puzzle.

p/s : hobi zaman kecik dulu

Jangan Malu Kenang Jasa Umno

Pembangkang sering menggunakan perkataan ini, “asalkan bukan UMNO”. Kata mereka, semua parti boleh tadbir Malaysia asalkan bukan UMNO. Mudah dan angkuh, biasalah, mereka.

Di Pulau Pinang, strategi mereka cukup licik. Dijaja seantero pulau katanya, “kami tak bermusuh dengan Gerakan dan MCA, Cuma kami tidak mahu UMNO yang perintah negeri”. Untunglah ketika itu UMNO tiada serangan balas dan hasilnya, di Pulau Pinang BN melepas.

Di Sarawak pun tidak kurang jijiknya. PBB cuba dikambing hitamkan seperti UMNO di Pulau Pinang. Lampu-lampu isyarat di Miri, Sibu, Bintulu dan Kanowit, habis digantung gambar Tan Sri Abdul Taib yang monyok, stress bersebelahan dengan foto menarik pemimpin kanan mereka yang ceria, menarik dan konon-konon melambai ke arah penyokong. Sangat “interaktif”kempen ini sehingga saya pasti akan menimbulkan rasa meluat dalam kalangan para pemandu yang hari-hari melalui jalan itu.

Taktik inilah yang sentiasa dimainkan oleh PAS, DAP dan PKR dalam meraih sokongan dan memburukkan UMNO. Katakan apa sahaja, dari masalah negara sampailah masalah dalaman parti-parti terbabit pun dikatakan angkara UMNO.

Oh ya, kes pemecatan Dr Hassan Ali pun “angkara” UMNO. Meskipun kepimpinan PAS sangat pengecut apabila tidak membela langsung Hassan ketika beliau memperjuangkan isu murtad dan membantah penjualan arak di Shah Alam yang kawasannya merupakan kawasan komuniti Melayu. Mana dia “singa-singa” PAS seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain dalam membela nasib umat Islam di Selangor? Jawapannya, menikuslah. Nak diharapkan Nik Aziz dan Hadi Awang memang jauh panggang dari api. Tiada nada langsung dari mereka sebaliknya terus diam membisu.

Di Kelantan, sebutlah kedai runcit mana yang tidak menjual air bersih bersaiz tong kecil. Singgahlah di jajaran lebuh raya menghala ke Air Lanas dekat sempadan Jeli dan Tanah Merah, harga air bersih setong boleh mencecah RM5. Bukan 10 atau 20 tong yang dijual, tetapi 50 hingga 100 tong. Semuanya gara-gara bekalan air paip di Kelantan yang masih keruh dan berkarat. Cubalah tanya Nik Aziz, mesti jawapannya “salah UMNO dan Kerajaan Pusat”.

Begitulah sedihnya jadi UMNO. Apa sahaja salah pembangkang, mesti akhirnya, UMNO. Ibarat anak yang belajar di IPT pergi clubbing, salahnya, ibubapa di kampung. Sedangkan, anak ini yang tak pernah kenang jasa ibubapanya.

Maka UMNO perlu segera bersuara. UMNO kini bersendirian. MCA dan Gerakan sudah tidak mampu menyaingi DAP. Nak harapkan MIC? Belum tentu sekalipun dalam mimpi. Orang UMNO jangan khuatir menjelaskan kepada rakyat bahawa siri pembangunan negara digerakkan oleh UMNO sejak merdeka lagi dan ia adalah hasil air tangan UMNO dengan kerjasama rapat pelbagai kaum. Nak harapkan PAS pun, mereka sendiri keliru dengan diri mereka sendiri. PKR? Perkara yang mereka tahu hanyalah untuk erus setia dengan Anwar Al-juburi. Jadi, siapa yang lebih berkuasa kelak? Tepuk dada, tanya selera.

Ya, UMNO kini bersendirian. Untuk Melayu, UMNO bersendirian. Untuk BN, UMNO bersendirian. Untuk Islam sekalipun, UMNO bersendirian. Yang sedihnya, kalau PAS dan PKR tak mahu tolong sekalipun, janganlah buat kacau dengan hasrat murni UMNO. Oleh itu, orang UMNO perlu berani. Jangan bimbang beritahu rakan-rakan, anak-anak, sepupu-sepapat, jiran-jiran tentang sumbangan dan jasa besar UMNO kepada negara. Jangan takut jika dipulaukan atau khuatir jika diasingkan jemaah apabila bersolat Subuh atau Maghrib di surau atau masjid yang berhampiran.

Tidak ada apa pun sumbangan pembangkang kepada negara. Titipkanlah sumbangan pembangkang, akhirnya yang keluar di atas tinta atau internet nanti, hanyalah hasil kerja keras kepimpinan kerajaan UMNO yang sedia ada.

TAHNIAH ANWAR

Rasanya tak terlambat untuk aku berbicara mengenai beliau,
Insan yang cukup kental dan berjiwa besar dalam arena politik negara,
Katalah apa sahaja kepadanya, tohmahlah kata-kata nista kepadanya,
Pasti beliau tabah menghadapi dengan sokongan isteri, anak dan penyokong setia.

Ucapan TAHNIAH aku hulurkan buat beliau,
Kerana beliau menang dalam keputusan kes liwatnya,
Maknanya beliau telah berjaya dengan perjuangannya,
Untuk MEMBERSIHKAN sistem kehakiman yang dituduhnya penuh korupsi,
YES, ketelusan sistem kehakiman adalah berdasarkan kepada keputusan kesnya,
TAHNIAH DATO’ SERI.

Ucapan TAHNIAH aku hulurkan buat beliau,
Kerana beliau telah berjaya memupuk rasa ihsan dan simpati dalam jiwa setiap rakyat Malaysia,
Beliau telah mencerminkan betapa penting dan akrabnya hubungan sesama keluarga,
Lihatlah video keluarganya yang memberikan sokongan,
Begitu ramai yang diruntun jiwanya walaupun tidak pernah mengikuti perkembangan kesnya,
Namun, kerana video ahli keluarganya, yang tak pernah tengok terus menghentam sistem kehakiman negara,
Maknanya apa? Hebatlah Dato’ Seri kerana berjaya memberi kesedaran kepada mereka yang tidak pernah ambil peduli pun selama ini, tetapi HANYA dengan satu video, semua terkesima.

Ucapan TAHNIAH aku hulurkan buat beliau,
Kerana beliau telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia,
Berkumpul di jalan raya, baring di jalan raya, malah “menghias” jalan raya,
Siapa lagi yang mampu berbuat demikian?
Siapa yang mampu menanam sifat KEBERANIAN untuk bertempur dengan pihak polis tanpa rasa hormat?
Siapa yang mampu menyuntik semangat PERPADUAN untuk bersama-sama memecahkan apa jenis harta di jalanan?
YES! Dato’ Seri lah orangnya.

Begitulah hebatnya DSAI,
Persepsi KEADILAN dan KEBEBASAN berubah mengikut fahamannya,
Tahniah Dato’ Seri,
Akan ku ceritakan kepada warisku perihal ketokohanmu.

Kuat semangatnya,
Sekuat namanya,
-anWAR-