Thursday, January 19, 2012

Jangan Malu Kenang Jasa Umno

Pembangkang sering menggunakan perkataan ini, “asalkan bukan UMNO”. Kata mereka, semua parti boleh tadbir Malaysia asalkan bukan UMNO. Mudah dan angkuh, biasalah, mereka.

Di Pulau Pinang, strategi mereka cukup licik. Dijaja seantero pulau katanya, “kami tak bermusuh dengan Gerakan dan MCA, Cuma kami tidak mahu UMNO yang perintah negeri”. Untunglah ketika itu UMNO tiada serangan balas dan hasilnya, di Pulau Pinang BN melepas.

Di Sarawak pun tidak kurang jijiknya. PBB cuba dikambing hitamkan seperti UMNO di Pulau Pinang. Lampu-lampu isyarat di Miri, Sibu, Bintulu dan Kanowit, habis digantung gambar Tan Sri Abdul Taib yang monyok, stress bersebelahan dengan foto menarik pemimpin kanan mereka yang ceria, menarik dan konon-konon melambai ke arah penyokong. Sangat “interaktif”kempen ini sehingga saya pasti akan menimbulkan rasa meluat dalam kalangan para pemandu yang hari-hari melalui jalan itu.

Taktik inilah yang sentiasa dimainkan oleh PAS, DAP dan PKR dalam meraih sokongan dan memburukkan UMNO. Katakan apa sahaja, dari masalah negara sampailah masalah dalaman parti-parti terbabit pun dikatakan angkara UMNO.

Oh ya, kes pemecatan Dr Hassan Ali pun “angkara” UMNO. Meskipun kepimpinan PAS sangat pengecut apabila tidak membela langsung Hassan ketika beliau memperjuangkan isu murtad dan membantah penjualan arak di Shah Alam yang kawasannya merupakan kawasan komuniti Melayu. Mana dia “singa-singa” PAS seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain dalam membela nasib umat Islam di Selangor? Jawapannya, menikuslah. Nak diharapkan Nik Aziz dan Hadi Awang memang jauh panggang dari api. Tiada nada langsung dari mereka sebaliknya terus diam membisu.

Di Kelantan, sebutlah kedai runcit mana yang tidak menjual air bersih bersaiz tong kecil. Singgahlah di jajaran lebuh raya menghala ke Air Lanas dekat sempadan Jeli dan Tanah Merah, harga air bersih setong boleh mencecah RM5. Bukan 10 atau 20 tong yang dijual, tetapi 50 hingga 100 tong. Semuanya gara-gara bekalan air paip di Kelantan yang masih keruh dan berkarat. Cubalah tanya Nik Aziz, mesti jawapannya “salah UMNO dan Kerajaan Pusat”.

Begitulah sedihnya jadi UMNO. Apa sahaja salah pembangkang, mesti akhirnya, UMNO. Ibarat anak yang belajar di IPT pergi clubbing, salahnya, ibubapa di kampung. Sedangkan, anak ini yang tak pernah kenang jasa ibubapanya.

Maka UMNO perlu segera bersuara. UMNO kini bersendirian. MCA dan Gerakan sudah tidak mampu menyaingi DAP. Nak harapkan MIC? Belum tentu sekalipun dalam mimpi. Orang UMNO jangan khuatir menjelaskan kepada rakyat bahawa siri pembangunan negara digerakkan oleh UMNO sejak merdeka lagi dan ia adalah hasil air tangan UMNO dengan kerjasama rapat pelbagai kaum. Nak harapkan PAS pun, mereka sendiri keliru dengan diri mereka sendiri. PKR? Perkara yang mereka tahu hanyalah untuk erus setia dengan Anwar Al-juburi. Jadi, siapa yang lebih berkuasa kelak? Tepuk dada, tanya selera.

Ya, UMNO kini bersendirian. Untuk Melayu, UMNO bersendirian. Untuk BN, UMNO bersendirian. Untuk Islam sekalipun, UMNO bersendirian. Yang sedihnya, kalau PAS dan PKR tak mahu tolong sekalipun, janganlah buat kacau dengan hasrat murni UMNO. Oleh itu, orang UMNO perlu berani. Jangan bimbang beritahu rakan-rakan, anak-anak, sepupu-sepapat, jiran-jiran tentang sumbangan dan jasa besar UMNO kepada negara. Jangan takut jika dipulaukan atau khuatir jika diasingkan jemaah apabila bersolat Subuh atau Maghrib di surau atau masjid yang berhampiran.

Tidak ada apa pun sumbangan pembangkang kepada negara. Titipkanlah sumbangan pembangkang, akhirnya yang keluar di atas tinta atau internet nanti, hanyalah hasil kerja keras kepimpinan kerajaan UMNO yang sedia ada.

2 comments:

  1. Encik Terang Jelas dan NyataJanuary 19, 2012 at 2:53 AM

    Pembangkang hanya tahu memutarbelit keadaan. Mencaci kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Well, Nobody's Perfect right. Kita manusia.Ada kepincangan sini sana.
    Pembangkang perlu sedar, sebelum melihat kelemahan orang lain, lihat kekurangan diri terlebih dahulu. Kerajaan Negeri bawah pentadbiran sendiri pun dah huru-hara, ada hati nak tadbir 1 negara. PERGI MAMPOS! cermin diri sendiri dulu.
    Taktik pembangkang sekarang. Meracuni fikiran golongan mahasiswa untuk bersifat ANTI KERAJAAN. Ternyata berkesan! Tahniah aku ucapkan. Mendidik mahasiswa supaya lupa kepada tangan-tangan yang membantu mereka selama ini. Macam biasa la. Kerana sedikit kesalahan, kebaikan terus dilupakan. Please sangat-sangat. Sedarlah yang mereka semua sedang dipergunakan. Tak tahu apa yang memBUTAkan pemikiran mereka. STUDY dulu elok-elok..dapat SEGULUNG IJAZAH.. bukan DEMONSTRASI BARING ATAS JALAN dan PANJAT PAGAR. Korang memang BODOH.haha. dats all. NICE WORK Azzairi. Im ur fan ;)

    ReplyDelete
  2. Free Spins No Deposit Bonus at Casino Poker
    Free Spins No Deposit Bonuses 라이브스코어 사이트 and Free Spins No Deposit Welcome Bonuses - Play xbet now at Casino Poker! Read about 토찾사 the best 챗 룰렛 free no 파라오 도메인 deposit bonus codes and claim

    ReplyDelete