Friday, September 10, 2010

Satu Ketika di Jalan T.A.R



Hari itu hari Jumaat kalau tak silap,
Memandangkan tiada aktiviti untuk dibuat,
Dengan gagah dan perkasanya aku melangkah ke Jalan T.A.R,
Niat di hati bukan nak shopping sangat pun,
Sekadar berjalan sambil mencuci mata.

Bersama seorang teman aku merayap,
Al-maklum tempat ini memang sesak dengan umat,
Kiri dan kanan semuanya kedai barangan,
Kerenah peniaga macam orang kena salai,
Masing-masing berebut pelanggan,
Masing-masing bersaing tawaran,
Nak raya la katakan,
Semuanya menggila macam setan.

Tapi aku hairan,
Di kala suasana raya aidilfitri,
Yang dimainkan pula lagu hindustan,
Tak tahu la pulak kalau maksud bole chudiya,
Ertinya selamat hari raya,
Di kalangan yang menjual pakaian,
Kebanyakannya warga Nepal dan Pakistan,
Mentang-mentanglah nama Jalan Masjid India,
Memang mereka pun ingat ini negara depa punya,
Yang membeli-belah pun bukan sebarangan,
India dan Cina pun belanja sakan,
Biasalah jualan tengah murah,
Sebab tu hak kita sekarang pun mereka nak ratah.

Akhirnya,
Melayu tak usah nak kata,
Selagi duit ada belanjanya berjela,
Yela,
Raya setahun sekali,
Tapi perlu ke shopping macam nak mati,
Begitulah hebatnya orang kita,
Panas terik diredah biarpun berpuasa,
Bila malam pula menjelma,
Masjid kosong walaupun berdingin hawa,
Kenyang sangat berbuka gamaknya.

Begitulah,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Nama seorang bapa kemerdekaan,
Kebetulan pula merdeka kali ini di bulan Ramadhan,
Mesti jika beliau masih ada beliau akan bangga,
Kerana semua bangsa ada di sebatang jalan bersempena nama beliau,
Bersuka ria dan bergembira tak terkata,
Kerana walaupun mereka tidak kenal siapa beliau,
Sekurang-kurangnya mereka tahu nama beliau.

Well, 1 Malaysia...katanya..

Sunday, September 5, 2010

5 Ekor Katak



A : Aku ada teka-teki nak bagitaw ko

B : Apa dia?

A : Ada 5 ekor katak duduk tepi longkang. 4 ekor dah buat keputusan nak terjun. So brape yg tinggal?

B : La..ape punya senang soalan ko ni. Jawapan dia tinggal lah sekor je katak

A : Salah

B : Dah tu?

A : Jawapan dia still tinggal 5 ekor lagi la

B : Asal plak? Kan 4 dah buat keputusan nak terjun?

A : Ko sendiri dah jawab.

B : Tak paham

A : Pasal dorg baru buat keputusan nak terjun. Tapi belum terjun lagi..hahaha

B : Betul jugak..haha


Agak lame tapi bukan game,
Dalam lucu ada ilmu,
Dalam tawa ada harga,
Dalam tersurat ada tersirat.
Fikirkan dan Renungkanlah....

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Jika menipu pun masih bersopan,
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut,
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat,
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu).

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka,
Akar budi bersulamkan daya,
Gedung akal laut bicara,
Malangnya Melayu itu kuat bersorak,
Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai,
Sawah sejalur tinggal sejengkal,
Tanah sebidang mudah terjual,
Meski telah memiliki telaga,
Tangan masih memegang tali,
Sedang orang mencapai timba,
Berbuahlah pisang tiga kali,
Melayu itu masih bermimpi,
Walaupun sudah mengenal universiti,
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan,
Tapi jika marah tak nampak telinga,
Musuh dicari ke lubang cacing,
Tak dapat tanduk telinga dijinjing,
Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan,
Berdamai cara Melayu indah sekali,
Silaturrahim hati yang murni,
Maaf diungkap senantiasa bersahut,
Tangan diulur sentiasa bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,
Selaga yang ada sanggup diberikan,
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Semoga Melayu tak hilang di dunia.

Wednesday, September 1, 2010

Saya Harap..

Saya harap saya dah tak buat macam tu lagi..

Tapi rupa-rupanya saya tak mampu nak elak..

Saya mintak maaf..

Kerana saya pun harap macam yang awak harapkan..

Terperangkap..

Bila terperangkap memang susah,
Nak cari jalan keluar bukan main seksa,
Kalau dapat keluar Alhamdulillah,
Kadang-kadang jalan keluar pun tak jumpa,
Maka meranalah.

.....................................

Bayangkan,
Terperangkap dalam traffic jam pun kita sesak nak gila,
Terperangkap dalam hutan kita dah separuh nyawa,
Terperangkap di tengah lautan kita dah hampir putus asa,
Terperangkap dalam kekusutan jiwa, susah nak kata.

.....................................

Penatnya bila terperangkap,
Entah bila nak dapat keluar,
Mudah-mudahan ada jalan keluar,
Atau kalau tak ada sekalipun,
Moga aman di dalamnya.

Andai ia Salah..

Dalam hidup kita perlu belajar,
Kerana belajar itu adalah segalanya,
Subjek kehidupan macam-macam ada,
Terpulang kepada kita nak catch up yang mana.

Bercinta tak salah,
Pasal dalam bercinta banyak pengajarannya,
Kita belajar banyak benda,
Macam mana nak sayang orang,
Macam mana nak jaga hati orang,
Macam mana nak gembirakan orang,
Macam mana nak kenal hati budi orang,
Kita belajar jugak,
Rasa tanggungjawab,
Rasa simpati,
Rasa hormat,
Yang semuanya kita merasa.

Bila putus cinta pun kita belajar banyak benda,
Macam mana rasa sakit bercinta,
Macam mana rasa sedih bercinta,
Macam mana rasa hidup tanpa cinta,
Kita belajar jugak,
Rasa redha,
Rasa pasrah,
Rasa mengalah,
Yang semuanya kita berserah.

Tapi,
Sayang tu masih ada,
Cemburu tu masih menyala,
Busy body tu susah nak kata,
Yang kita tak tahu kenapa masih ada,
Dan sampai bila habisnya.

Orang kata,
Dah-dah la tu,
Buka buku baru,
Jangan biar hidup ni lesu,
Pasal yang dulu takkan cakap lagi,
I LOVE YOU.

Tapi,
Salah ke kalau kita masih rasa macam tu?
Salah ke kalau kita tak mampu nak buka buku baru?
Kadang-kadang minda ni terfikir,
Mengapa TUHAN masih simpan lagi perasaan sayang kepada yang dulu ni dalam hati.
Adakah DIA ada perancangan lain yang kita tak tahu apa kesudahannya?
Atau ini ujian DIA untuk lihat sejauh mana kesabaran kita?
Atau DIA nak tunjuk inilah padahnya kalau terlalu menyimpan rasa?

Ya Allah,
Andai ia salah,
KAU tunjukkan dan betulkanlah..

Saturday, August 21, 2010

Racun dan Penawar..

Hidup ini memang tak selalunya indah,
Statement tu aku sangat setuju,
Ada hari kita sakit,
Ada hari kita perit,
Ada hari kita sihat,
Ada hari kita kuat.

Selalunya yang buat kita sakit,
Kita panggil benda tu racun,
Pasal racun ni sangat bahagia,
Benda tu boleh buat kita sakit, lumpuh dan silap hari bulan,mati,
Tapi kadang-kadang kita sendiri yang cari penyakit,
Dah tahu benda tu racun, kenapa nak jugak ambil,
Dah tahu benda tu boleh membunuh, kenapa nak jugak minum.

Tapi nak buat macam mana,
Kadang-kadang kita pun terleka,
Kadang-kadang kita pun terlupa,
Sampai madu yang kita sangka,
Rupanya racun yang menerpa.

Jadi bila kita da terkena racun,
Sudah tentu kita cari penawar,
Pasal penawar lah yang memulihkan,
Benda tu lah yang menyihatkan,
Benda tu lah yang menguatkan,
Benda tu jugalah yang menghidupkan.

Tapi penawar ni bukan senang nak cari,
Bukan juga senang dimiliki,
Kadang-kadang dah dapat kat tangan kita,
Tapi kita tak tahu guna,
Silap-silap penawar jadi racun jugak,
Bahanya.

Namun,
Sekali dapat yang betul,
Memang badan terus sihat,
Begitulah nikmatnya penawar,
Rasa berbaloi penat lelah mencarinya.

Dalam bercinta pun macam tu,
Ada racun, ada penawar,
Macam mana nak beza, kenalah rasa dulu,
Bila dah rasa, baru taw macam mana.

Racun dalam cinta ini memang sakit,
Kadang-kadang hati ini sampai tak boleh berdenyut,
Nafas tak selancar biasa,,
Badan pun rasa lemah tak terkata,
Begitu kuatnya penangan racun,
Disangkakan madu,
Rupanya menkam kalbu.

Nak cari penawar pula bukan senang,
Bukan boleh sehari dua,
Kadang-kadang melarat-larat sampai tak sudah,
Tambah-tambah kalau racun tu adalah penawarnya,
Bagila resipi apa sekalipun,
Pasti takkan menjadi,
Kerana kita nak yang meracuni kita itulah yang merawat kita.

Haih,
Memang susah,
Kalau dialah racun, dialah penawar,
Mungkin ada petunjuk mengapa perkara ini yang terbaca,
Nak dijadikan cerita,
Pada tanggal ini pula.
Haihhhh..............

Terima kasih,
Kerana kau juga racun dan penawarku.