Saturday, February 27, 2010

Paku Payung

Ada seorang budak hingusan,
Tidaklah hebat dan tidak juga tampan,
Hidupnya juga bukanlah indah seperti kayangan,
Sekadar kebiasaan dalam kesederhanaan.

Suatu hari budak hingusan ini mengemas bilik,
Semua kekotoran dan debu-debu bilik dicuci,
Tiba-tiba malang tak berbau,
Kakinya terpijak sebatang paku.

Paku ni pula paku payung,
Tusukannya terus sampai penghujung,
Budak ni pun minta rakannya tolong,
Bila dicabut memang kuat dia meraung.

Mujur juga tempat yang kena tu bahagian tumit,
Permukaannya keras maka tidaklah perit,
Budak itu pun meneruskan kerja memebersihkan bilik,
Tapi dia tak dapat bertahan lama kerana kesakitan dalam makin merebak.

Budak hingusan itu pun duduk berehat,
Dirinya memang tak dapat berjalan,
Hendak berdiri pun tak dapat,
Kakinya seolah-olah macam kena jerat.

Bahaya juga rupanya paku payung ni,
Selama ini budak tu sangka paku payung ni taklah bahaya mana,
Rupa-rupanya kalau terpijak meraung juga,
Nasib baiklah tapak tumit keras boleh juga bertahan.

Rupa-rupanya jugak barulah budak hingusan tu mengerti,
Keras macam mana pun tahannya cuma sekejap,
Memang dari luar nampak luka kecil sahaja,
Tapi sakitnya di dalam tak tertanggung sampai terduduk.

Hai la paku payung,
Nampak comel tapi bahaya juga,
Selalu kita guna nak tampal sesuatu kat tempat lembut,
Rupa-rupanya taklah lembut mana kalau ia mencucuk.

Paku Payung.

Bagus jugak..

Bagus juga sedih,
Barulah kita tahu macam mana perasaan gembira,
Bagus juga jatuh,
Barulah kita tahu bagaimana hendak bangun,
Bagus juga gagal,
Barulah kita tahu nikmatnya kejayaan,
Bagus juga perlahan,
Barulah kita tahu bahanya laju,
Bagus juga kecewa,
Barulah kita tahu erti bahagia,
Bagus juga pembohongan,
Barulah kita tahu pentingnya kejujuran,
Bagus juga perpisahan,
Barulah kita tahu hangatnya pertemuan,
Bagus juga curang,
Barulah kita tahu teguhnya kesetiaan,
Bagus juga pahit,
Barulah kita tak lupa rasa manis,
Bagus juga hodoh,
Barulah kita tahu cantik juga tak ke mana,
Bagus juga keburukan,
Barulah kita tahu hikmahnya adalah kebaikan.


Tapi alangkah bagusnya,
Kalau semua kita rasa,
Barulah kita tahu apa itu kehidupan,
Pengajaran dari keburukan.

Mudah-Mudahan

Kata orang kehidupan ini satu perjalanan,
Tapi ramai yang tidak tahu bentuk dan rupa perjalanan itu,
Sampai ada yang terkial-kial dan tak tahu hala tuju,
Akhirnya sesat atau sangkut di tengah jalan.

Perjalanan ini macam-macam ragam,
Liku-liku yang ada pun tajam-tajam,
Hendak meredah takut-takut ditikam,
Hendak mengelak risau-risau direjam.

Maka nak tak nak resolusi perlu dibuat,
Keputusan perlu nekad dan muktamad,
Agar perjalanan ini sentiasa selamat dan mendapat berkat,
Barulah penyesalan tak melekat.

Namun perlu juga kita renungi,
Perjalanan ini bukanlah perjalanan yang sunyi,
Ada sahaja kemalangan yang tidak diingini,
Sebab itu perlu untuk berhati-hati.

Mujurlah ada bantuan dalam perjalanan,
Supaya ada kemudahan taktala dalam kesukaran,
Terserahlah untuk sama-sama digunakan,
Asalkan perjalanan dapat diteruskan.

Mudah-mudahan nanti perjalanan ini menemui destinasi,
Mudah-mudahan nanti perjalanan ini mendapat restu ILAHI,
Mudah-mudahan nanti ada kemanisan yang menanti,
Mudah-mudahan nanti ada kekosongan yang telah terisi.

Mudah-mudahan.AMIN.

Wednesday, February 3, 2010

Deramang..mungkin juga salahmu.

Deramang,
Kau anak dagang yang merantau,
Jauh dari batu pahat kau melangkau,
Mencari pengalaman sebagai pemuzik jalanan,
Di bumi langkawi akhirnya kau berkenan.

Temumu wan derus selaku sahabat setia,
Janjimu menjaga ketenteraman keluarga,
Pak Andak dan Mak Andak pengasuhmu seketika,
Mahsuri jelita tanggunjawabmu yang nyata.

Namun kehadiranmu tidak disenangi,
Ada insan yang memendam rasa dengki,
Fitnah durjana antara engkau dan mahsuri,
Angkara mahura dipersetujui suami.

Deramang,
Ujian yang menimpamu amat perit untuk ditanggung,
Fitnah yang menerjahmu sangat tajam menusuk jantung,
Betapa kasihmu terhadap mahsuri hanya seperti saudara kandung,
Namun hati manusia tiada siapa yang dapat membendung.

Deramang,
Adakah mungkin juga kerana salahmu?
Merantau di bumi orang sehingga lupa asal-usulmu,
Sepatutnya adat resam negeri orang kau dalami dahulu,
Supaya kau tahu batas-batasmu.

Janji kau ikatkan tapi tak kau fikirkan,
Walaupun niatmu ikhlas tapi masih ada kesan,
Permaisuri orang yang kau letakkan,
Sebagai janji kepada sahabat yang menaruh kepercayaan.

Deramang,
Silap langkahmu,
Sepatutnya bukan itu janjimu,
Malah bukan di sini tempatmu,
Bayangkan jika dirimu tiada,
Pasti tiada siapa yang terluka,
Pasti anak kecil akan kenal siapa ibunya.

Deramang,
Benar mahsuri sayangkanmu,
Benar mahsuri menghargaimu,
Benar kau sanggup berkorban demi mahsuri,
Benar apa sahaja hanya buat mahsuri,
Tapi jangan kau lupa,
Wan derus cinta hatinya,
Kehadirannya dirindui,
Kepulangannya dinanti,
Sebab itu tidak sepatutnya kau mementerai janji,
Janji yang akhirnya memakan diri,
Derita yang melapah hati,
Sakitnya pula tidak terperi.

Deramang,
Belajarlah dari kesilapanmu,
Bergurulah dari pengalamanmu,
Susunkanlah semula gerak langkahmu,
Agar kau tidak lagi membinasakan dirimu.

Walau apapun jua,
Kau perlu terus percaya,
Di sebalik setiap kepahitan,
Pasti ada kemanisannya.