Saturday, February 27, 2010

Mudah-Mudahan

Kata orang kehidupan ini satu perjalanan,
Tapi ramai yang tidak tahu bentuk dan rupa perjalanan itu,
Sampai ada yang terkial-kial dan tak tahu hala tuju,
Akhirnya sesat atau sangkut di tengah jalan.

Perjalanan ini macam-macam ragam,
Liku-liku yang ada pun tajam-tajam,
Hendak meredah takut-takut ditikam,
Hendak mengelak risau-risau direjam.

Maka nak tak nak resolusi perlu dibuat,
Keputusan perlu nekad dan muktamad,
Agar perjalanan ini sentiasa selamat dan mendapat berkat,
Barulah penyesalan tak melekat.

Namun perlu juga kita renungi,
Perjalanan ini bukanlah perjalanan yang sunyi,
Ada sahaja kemalangan yang tidak diingini,
Sebab itu perlu untuk berhati-hati.

Mujurlah ada bantuan dalam perjalanan,
Supaya ada kemudahan taktala dalam kesukaran,
Terserahlah untuk sama-sama digunakan,
Asalkan perjalanan dapat diteruskan.

Mudah-mudahan nanti perjalanan ini menemui destinasi,
Mudah-mudahan nanti perjalanan ini mendapat restu ILAHI,
Mudah-mudahan nanti ada kemanisan yang menanti,
Mudah-mudahan nanti ada kekosongan yang telah terisi.

Mudah-mudahan.AMIN.

No comments:

Post a Comment