Dunia semua sudah maklum,
Kat Mesir kecoh manusia mengaum,
Kat jalan raya semua turun berduyun-duyun,
Siapa yang datang halang semua depa balun.
Puncanya bukan apa,
Sebab pemimpin yang gila kuasa,
Tambah lagi sikap tamak haloba,
30 tahun rakyat menderita,
Pilihanraya 6 tahun sekali pun takdak guna,
Semuanya tipu-tipu belaka,
Hasil arahan seorang sutradara,
Sekali bertempik tsunami manusia.
Hosni Mubarak,
Usah lagi kau nak berlagak,
Darah rakyat semua dah menggeledak,
Ke mana lagi kau nak elak,
Tukarlah kabinet baru sekalipun,
Masuk kanlah perisik terhebat sekalipun,
Rakyat kau tetap akan berhimpun,
Selagi engkau tak mohon ampun.
Engkau kena ingat,
Dalam memerintah kena beringat-ingat,
Kalau terlupa mari rakyat ingatkan,
Tapi kau pulak buat-buat lupa ingatan,
Takkan kau tak perasan,
Semua diktator kena humban,
Di Iraq Saddam Ali,
Di Iran Shah Reza Palevi,
Di Tunisia Zine El Abidin Ben Ali,
Di Mesir Hosni pula bakal menanti.
Tapi tak senang jugak jadi dia,
Kalau dia turun takhta,
Macam mana lagi dia nak kumpul harta,
40 bilion 'hasil' tadbir negara,
Sedangkan ramai rakyat yang makanpun berkira,
Sebab tu dia rancang nak bagi anak naik kuasa,
Supaya beranak-pinak segala harta,
MASYAALLAH,
Begitu dasyat penangan kuasa,
Sampai gelap hati dan mata.
Yang aku hairan,
Semua peristiwa guling-mengguling,
Kebanyakkan di negara Arab,
Negara yang sepatutnya menjadi contoh,
Kerana Islam menjadi tunjang pentadbiran.
Tapi bila fikir balik,
Aku dah tak hairan,
Biasalah orang Arab ni panas baran,
Maknanya semuanya dah biasa main api,
Tapi bila silap cara main,
Hanguslah dijilat api,
Betul peribahasa MELAYU,
Api bila kecik jadi kawan,
Bila besar memang tak terlawan,
Mungkin sebab tu peribahasa ni dalam orang MELAYU saja,
Pasal MELAYU ni cerdik dalam bab beringat-ingat,
Tak macam Arab yang berlagak tak ingat.
Aku risau bukan apa,
Takut benda ni merebak pula,
Maklumlah Islam kan bersaudara,
Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.
Pasal di Malaysia pun bahaya juga,
Pemimpin-pemimpin pun sukakan kuasa,
Bagi yang dah lama beringat dan berwaspada,
Bagi yang baru jangan lupa janji untuk dilaksana,
Takut nanti sejarah berlaku di negara kita,
Rusuhan sudah,
Demonstrasi sudah,
Rapat umum pun sudah,
Semuanya sebab perasaan amarah,
Yang membiak dibantu nafsu serakah,
Konon-konon perjuang agama,bangsa dan negara,
Tapi semuanya sama saja,
POORRAAH!
Ingat,
Dulu pun ada ura-ura nak guling,
Tapi cara guling guna teknik lompat,
Mujur masih ada mata yang tak juling,
Kalau tak gerenti kita jugak yang merempat.
Kepada rakyat Mesir,
Teruskan bersuara,
Bumi ini milik kalian,
Jangan biar onar berleluasa,
Sudah lama kalian sengsara,
Mari ajar mereka yang tak reti bahasa.
Andai suara itu kuasa,
Gunakanlah sebaik-baiknya.
Mesir ini bumi anbia,
Sayang tak dijaga tak dibela,
Andai Firaun masih ada,
Dia pun bingung kenapa sekarang lagi durjana.
Pesanan kepada Hosni Mubarak :
You must resign and step down.
Your country now in really MESS, SIR!
p/s : mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir. termasuk rakan-rakan yang sedang belajar di sana.
LENGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!! HAHAHAH yang part negara Islam tu pun aku fikir benda sama do! Huhu agak lah, and then mana x timbul sebenarnya Islamophobia and prejudisnya. Hm. Indeed lah sbnrnya benda ni memang jadi pengajaran dkt kita, in any part of the World pun. Bad politics is as good as no politics at all, and worse still, it brings danger to the people, in any way yang kita tak imagine pun kan. Hadoi. Di akhir cerita, rakyat, yang takde kuasa apa2 ni yang terima padah, walaupun sebenarnya rakyat hanya nak beri pengajaran. Huhu
ReplyDeleteSedih aku bila teringat saudara2 kita kat sana. Ish.
Anyway, "Your country now in really MESS, SIR!", TERBAIK! Hahah :)
em betul..sebab tu aku risau..takut benda ni merebak kat malaysia. skang dah macam nak jadi satu budaya dah. orang tak puas hati sket je, demo. tengokla, sume bende nak demo. dulu reformasi 98. ok lagi..tapi sejak zaman pak lah n najib ni, orang makin berani plak. hindraf, bersih, keranda 152, isu perak, isa sume2 la. mcm dah jadi trend. takut nanti dorg tak puas hati gak dengan bn, demo gak mcm kat mesir. ingat, pengaruh arab kat negara kita memang kuat sejak dulu lagi. dulu2 pun, zaman sebelum merdeka, gerakan2 islah yg pengaruh kita. skang, benda tu mcm dah jadi kitaran balik. jez think about it. tapi tu lah, yg penting pemimpin politik kita baik gov and pembangkang. coz rakyat yang akan terpengaruh nanti.
ReplyDeletebtw, thnx for the comment =)