KASIH MEMBAWA PERLBAGAI MAKNA. KASIH JUGA TERKANDUNG BERIBU KISAH. SAMADA KASIH MAMPU PENGUBAT DUKA ATAU KASIH YANG MENCALIT LUKA, BIARLAH KISAH YANG MERAKAMKAN SEMUANYA. SEMOGA YANG MEMBACA BAHAGIA MENYELUSURI KISAH SANG KASIH. BEGITULAH KEHENDAKNYA...
Friday, December 25, 2009
Kota Bersejarah : Pengajaran dari Sejarah
Melaka,
Bumi bertuah,
Melaka,
Yang tercinta,
Kebanggaan rakyat sentosa.
Aku baru sahaja pulang bercuti dari Melaka,
Banyak juga ku pelajari darinya.
....................................................
Jangan jadi seperti Hang Tuah,
kesetiaanya tidak bertempat.
Jangan jadi seperti Hang Jebat,
setiakawannya memakan diri,
Jangan jadi seperti Tun Ali,
kepentingan diri menghalalkan penderhakaan.
Jangan jadi seperti Sultan Mahmud,
ketamakan membawa malapetaka.
Jangan jadi seperti Melaka,
dahulu gemilang kerana kesultanannya,
kini sepi tanpa sultan kerana tersalah percaturannya.
Jadilah seperti Tun Kudu,
pengorbanannya membawa kemakmuran.
Jadilah seperti Sultan Muzaffar,
rakyat jelata adalah segala-galanya.
Jadilah seperti pelanduk,
biar kecil tapi mampu menewaskan anjing.
Jadilah seperti A' Famosa,
Penuh bersistem dan masih teguh.
Jadilah seperti Melaka,
Makmur kerana kekayaannya,
Sentosa kerana kedamaiannya,
Gemilang kerana penghuninya.
.................................................
Begitulah Melaka,
Penuh budayanya,
Penuh sejarahnya,
Penuh kisahnya,
Pelajarilah mesejnya,
Kata orang, orang yang tidak belajar sejarah akan mengulangi kesalahannya,
Kata orang juga, sejarah adalah guru yang terbaik,
Kalau benar kata orang,
Belajarlah dari Melaka,
Kota bersejarah yang penuh dengan kisah,
Kota bersejarah yang mengajar kita bermuhasabah.
p/s : teringat lagu sejarah mungkin berulang oleh new boyz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment