Saturday, April 10, 2010

Debat Integriti yang tak reti-reti

Namanya gah,
Integriti sebagai wadah,
Tujuannya mendidik siswa dan siswazah,
Namun kepada yang "dah lama" pun tak salah.

Jauh kali ini ia merantau,
Ke hujung borneo ia berkilau,
Semangat dijulang, prinsip ditatang,
Supaya yang datang bukan sekadar penumpang.

Pemergian ini pada mulanya goyah,
Kisah sejarah yang membawa luka kembali berdarah,
Ada hati yang sedih dan pasrah,
Tidak dilupai juga yang menanggung cedera parah,
Dek kerana tindakan anak-anak muda yang mentah.

Alhamdulilllah,
Mujur ada yang masih ambil kisah,
Diberi nasihat, tunjuk ajar dan panduan,
Tidak lupa jua amaran dan peringatan,
Agar tidak berulang di masa hadapan.

Permulaan aksi tidaklah memuaskan hati,
Namun tidak salah jika ia wajar dipuji,
Memandangkan kekurangan latihan dan diskusi,
Mujurlah pengalaman membantu diri.

Di pertengahan dan penghujung kisahnya berbeza,
Mula-mula timbul, kemudian tenggelam akhirnya cukup makan sahaja,
Mungkin ini dinamakan rezeki,
Perjuangan ini melangkah jua ke kalah mati.

Ketika ini bukan calang-calang musuh yang ditemui,
Musuh ini musuh tradisi walaupun mungkin kini sahabat sejati,
Masalah Alam Sekitar berpunca dari Masalah Integriti,
Tugas diberi adalah membangkang usaha murni.

Keputusan telah dibuat oleh juri,
Angka satu menjadi pemisah dan saksi,
Kekalahan ini diterima dengan rela hati,
Kerana mengakui kelemahan diri.

Tetapi,
Wajar juga diketahui sebabnya,
Maka bertemulah si pemutusnya,
Bila ditanya, disoalnya semula,
Konon-konon untuk menguji dan mengasah minda.
Namun,
Penjelasannya pula mengundang curiga,
Dikatanya salah cara tetapi tidak disebut apa,
Dikatanya silap fakta tetapi tidak diberikan yang sebetulnya,
Dikatakan pula bercanggah yang pertama dan kedua,
Sedangkan yang melawan tidak pernah sekalipun mengungkit atau menyapa,
Maka terkapai-kapailah memahami alasan yang sedang direka.

Kalah itu memang adat bertanding,
Tapi biarlah ia setanding,
Diri ini bukan hendak menuding,
Tapi sekadar mahu berunding.

Kalian adalah hakim untuk orang berdebat,
Maka, sudah pasti kalian ini orang yang hebat,
Sudah tahu kaedah dan cara,
Mengapa pula durjana yang kalian reka.

Medan ini mulia wawasannya,
Integriti dipertaruhkan sifatnya,
Mungkin sudah tiba masa dan waktunya,
Si pencatur juga diuji kejujurannya.

No comments:

Post a Comment