Alhamdulillah...
Setelah sekian lama (hampir 2 bulan jugak la), akhirnya terpanggil juga hati ini untuk kembali menulis dan mencerna ilham yang tidak segah mana ini. Tempoh 2 bulan ini ditempuhi dengan pelbagai tugasan, dugaan dan tidak lupa juga secebis kemanisan. Boleh dikatakan kesibukan terlalu membataskan diri ini bukan hanya untuk menulis blog, malah untuk melayari internet pun terhencut-hencut.
Maka, rentetan awal entri-entri baru ini adalah berkisar tentang catatan pengalamanku sepanjang tempoh membisu selama 2 bulan ini. Mudah-mudahan ada yang menarik untuk tatapan kalian dan amatlah berbesar hati andai ada juga yang mampu memberi pedoman buat kalian.
Selamat membaca dari si bisu yang kembali mendapat suara.
No comments:
Post a Comment