Jujurnya, diri ini memang tidak hebat berpidato,
Mungkin celotehnya banyak dan kadang-kadang tersembur-sembur,
Malah mungkin metafora dan hiperbolanya juga tersusun dan berstruktur,
Tetapi percayalah, apabila tiba soal pidato,
Diri ini lebih rela berundur.
Kerana apa,
Pidato ini lain kriterianya,
Lain kaedah dan penyampaiannya,
Untuk berpidato, yang utama adalah aura,
Maka, yang utama itulah diri ini tidak pernah ada.
Tapi kata orang,
Tak salah jika sekadar mencuba,
Tambahan pula yang turut serta adalah rakan-rakan seperjuangan,
Yang datang menyokong pun semuanya kawan-kawan,
Maka, hilanglah degupan yang tidak keruan.
Mahasiswa Penggerak Utama 1 Malaysia,
Judul dipilih sebagai pemanis bicara,
Kononnya patriotik dan tinggi nilai budaya,
Rupa-rupanya hanya tajuk kitar semula.
Sebenarnya, tujuan berpidato bukanlah kerana ingin sangat melontar idea,
Tetapi teringin berada di pentas media,
Dijanjikan tempat yang seumur hidup ingin juga merasa,
Alhamdulillah, tercapai jua impian, tergapai jua cita.
Kali ini, berbicara pula dengan seorang timbalan menteri,
Boleh tahan juga loyar buruknya yang agak bersimetri,
Lagaknya santai dan percakapannya dekat di hati,
Terima kasih juga buat krew produksi ASTRO AWANI.
Sememangnya, pengalaman ini yang diri ini nantikan,
Berbicara isu-isu ilmiah dengan pelbagai pendekatan,
Maklumlah, diri ini tidak punyai pakej untuk program hiburan,
Hanya ini sahaja yang dapat diri ini lakukan.
Begitulah kisah dan cerita,
Kadang-kadang tergelak dan tertawa,
Mengenangkan perangai dan perwatakan,
Yang penuh perasan dan berperasaan.
Di sini diri ini titipkan ayat terakhir dalam pidato yang dipersembahkan,
Moga-moga ada pengajaran dan pedoman buat kalian.
"kita perlu sediakan payung sebelum hujan, kerana kita tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, kelak pabila sudah terhantuk baru terngadah, nasi sudah pun menjadi bubur, dan ketika itu kita ibarat pungguk rindukan bulan, yang menanti bulan jatuh ke riba, walhal kita semua sedia maklum bahawa kucing itu tidak bisa bertanduk"
weh camane nk tgk vids tuh online?
ReplyDeletesori umah gue x ade astro..