Monday, September 20, 2010

Cari Cara..


Aku tidak sebijak budak yang dibunuh akibat memberikan akal membunuh todak,
Aku tidak selembut gadis berdarah putih yang mati difitnah,
Aku tidak sepintar sang kancil yang mampu memujuk buaya untuk berbaris bagi mendapatkan buah,
Aku tidak sesetia sang laksamana kepada seorang raja,
Aku tidak sekuat pemuda yang memakan muntah jin.

Tapi aku cuba menjadi seseorang yang berguna kepada semua.

Kerana aku tidak mahu sedegil anak yang memakan telur ikan ibunya,
Kerana aku tidak mahu sebodoh sehingga kampung tergadai,
Kerana aku tidak mahu seangkuh arnab yang tewas kepada kesabaran kura-kura,
Kerana aku tidak mahu sederhaka sehingga menjadi batu.

No comments:

Post a Comment