Thursday, December 30, 2010

Cakaran Harimau Berbisa Semula..

Sudah agak lama tak berbicara tentang harimau,
Kerana harimau ini terlalu lama menyorok muka,
Ngaumannya yang dulu menggila,
Pernah juga suram menerpa,
Sehingga kita tertanya-tanya,
Adakah harimau ini sudah hilang taringnya?

Hari demi hari,
Bulan pun berganti,
Tahun pun bersilih pergi,
Kini laungan harimau sudah kembali,
Berkat usaha dan jasa bakti,
Pihak-pihak yang pentingkan intergriti.

Kali ini di Piala AFF Suzuki,
Harimau ini kembali beraksi,
Setelah lama menyepikan diri,
Walaupun di awal aksi agak goyah,
Semangatnya tak mudah patah,
Gerak geri kembali diasah,
Agar mangsa-mangsa dapat diratah.

Sudah lama tak rasa macam ni,
Yelah, tak pernah hidup di zaman Mokhtar Dahari,
Sesungguhnya macam nak meletup rasa di hati,
Mungkin betul, bola ini ada kuasa sakti.

Garuda yang kononnya perkasa,
Lambang manusia yang tak pernah reti bahasa,
Puasnya melihat wajah-wajah mereka,
Yang terdiam sebab diganyang Malaysia.
Baru kalian tahu siapa yang berkuasa,
Terbang garuda taklah setinggi mana,
Bila rebah kalian kata angkara laser,
Tak kurang juga yang kata ada dukun baca mantera,
Adat sang kalah,
Garuda pun rasa rimas,
Sebab tu GARUDA AIRLINES selalu terhempas.

Di bumi Melayu ini,
Harimau Malaya kembali,
Di bumi Melayu ini,
Putera-putera muda kita beraksi,
Di bumi Melayu ini,
Kita sepakat tanpa sebarang kompromi.

Mudah-mudahan,
Kejayaan ini diteruskan,
Jangan pula menyombong diri,
Kerna ini baru permulaan langkah,
Sukan SEA, Piala Suzuki,
Moga Olimpik dan World Cup,
Menyusul satu hari nanti.

Tahniah buat Harimau Malaya!
Ini Tanah Tumpah Darahku.

No comments:

Post a Comment