Wednesday, January 5, 2011

Berterusanlah..

Aku memang peminat bola,
Sebut saja liga mana,
InsyaALLAH akan kuberikan setiap nama,
Sebab bola adalah kegilaanku,
Dari kecik aku memang begitu,
Walaupun kaki ini kaki bangku.

Bola sepak tempatan memang aku minat,
Sebab dari sinilah permulaanku tersemat,
Walaupun aku tak hidup di zaman Mokhtar Dahari dan rakan-rakan,
Aku hidup di zaman Lazlo Repasi dan Azman Adnan,
Yang aku rasa mungkin ramai yang dah tak kenal,
Atau dengar nama pun dah rasa sengal-sengal.

Nak kongsi cerita tentang zaman aku,
Dari zaman sekolah kecik sampai tingkatan satu,
Skuad Perak kegemaran dan juga obses ku,
Gelaran SELADANG buat aku terpaku.

Dulu,
Suasananya rancak juga,
Stadium penuh penyokong setia,
Dok jerit macam nak gila,
Itulah nikmatnya bila pasukan jadi juara.

Pernah seketika,
Suasana muram durjana,
Bak negeri dilanda GARUDA,
Rasuah menjadi barah derita,
Ditambah pula orang politik berebut kuasa,
Terus menjunam bola sepak kita,
Bukan saja bola, semua orang disepak juga,
Kesannya bola kita yang menderita.

Kini,
Suasana meriah semula,
Rasa macam mati hidup semula,
Dimulakan dengan Sukan SEA,
Disambung dengan Piala AFF Suzuki,
Alhamdulillah, murahnya rezeki,
Tempiasnya terkena Safee Sali dan Khairul Fahmi.

Kejayaan sudah ditempa,
Makan berterusanlah gegak gempita,
Jangan sekadar bermusim sahaja,
Takut luka lama berdarah semula.

Pesanan ini untuk direnung bersama..

Yang di atas,
Berintergritilah menjalankan tugas,
Buang semua tabiat malas,
Jawatan itu bukan lubuk emas,
Tapi tanggungjawab melahirkan emas.

Yang bermain,
Menang sekali jangan angau bukan main,
Olimpik dan World Cup kita punya MAIN,
Sebab itu jangan sesekali main-main.

Yang berkemampuan,
Rajin-rajinlah hulurkan bantuan,
Berilah sedikit suntikan kewangan,
Kalian BERJAYA pun hasil bantuan kerajaan,
Di saat GENTING ini mainkanlah peranan,
AIR ASIA lambang kejayaan anak watan,
Kalian berbaktilah kepada bangsa tempatan.

Yang menyokong,
Jangan biar diri ini terus dikongkong,
Kalau EPL boleh jerit sampai sakit kerongkong,
Penuhkanlah stadium, jangan dibiar kosong.

Ini permainan bola SEPAK,
Maka SEPAKatlah....

No comments:

Post a Comment