Saturday, January 8, 2011

Sebab Tulah...

Entri ini aku baca dari sebuah blog yang akan ku beritahu di akhir post ini.
Mudah penyampaiannya tak susah untuk menyampaikan juga.
Perlu aku kongsi agar yang lain juga sudi berkongsi.
Semoga kisah ini dijadikan peringatan yang akan sering berada dalam ingatan.


.........................................

Saya mulakan post kali ini dengan menceritakan satu kisah sebagai contoh dan analogi. (Watak dan perwatakan adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia).

Amran merupakan seorang pemilik sebuah syarikat yang sangat hebat, agung, megah dan kaya-raya. Ni semua sebab dia serahkan pengurusan syarikat kepada anak sulungnya, Ali yang sangat cekap, pandai dan hebat. Lagipun, Ali dibantu oleh seorang pemegang saham syarikat iaitu Alex. Alex juga cekap dan pandai dalam pentadbiran dan pengurusan syarikat walaupun tidak sehebat Ali. Tapi, disebabkan Ali adalah anak kepada Amran, Ali diangkat menjadi tokei besar, kepala segala kepala dalam syarikat tersebut, tiada kepala sebesar dan setinggi kepalanya.

Amran juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, namanya Abu, adik kepada Ali. Walaupun depa ni adik-beradik, satu keluarga, mempunyai bapak yang sama, Abu sama sekali tidak sama seperti abangnya. Abu gemar berfoya-foya, membazir duit, dan sangat tidak mahir dalam kerja-kerja pengurusan syarikat, jauh daripada layak untuk mentadbir syarikat bapaknya itu. Abu juga sibuk dengan hobi-hobi sehariannya, tapi hal ni tak menjadi kerisauan pada bapaknya sebab Ali ada untuk mengurus syarikat.

Nak dijadikan cerita dan berita, suatu hari, Ali meninggal dunia sebab dijangkiti demam Denggi. Ini semua gara-gara nyamuk Aedes yang giat membiak di kawasan rumah Amran. Lagipun, Ali memang malas memasang ubat nyamuk dan tidak sukakan bau-bauan penyembur serangga seperti Shieldtox, Fumakilla dan sebagainya. Sebab itulah senang digigit nyamuk. Tutup cerita nyamuk. Atas kematian Ali, seluruh warga syarikat berasa dukacita dan sugul kerana kehilangan tempat bergantung dan nasib syarikat pada masa depan menjadi taruhan. Ada ura-ura dan gossip mengatakan Alex bakal menggantikan tempat Ali.

Ramai yang berharap dan menyangka Abu akan menggantikan tempat Ali kerana Abu merupakan anak Amran. Takkan nak bagi pada Alex. Dah lah tiada kena mengena dengan keluarga Amran. Walaubagaimanapun, keputusan terletak di tangan Amran selaku pemilik syarikat. Sepertimana yang tersebar oleh kabar angin, Amran memilih Alex untuk menerajui pentadbiran syarikat. Kerana apa...?
Ya, Alex lebih layak, lebih cekap daripada Ali, tiada yang secekapnya pada masa itu...


************************************************


Kisah ini merupakan analogi terhadap apa yang sedang berlaku kepada dunia sekarang. Islam adalah agama Allah. Dunia ini milik Allah. Tapi kenapa Allah tidak membenarkan umat Islam menguasainya sebaliknya umat bukan Islam yang Allah biarkan berkuasa? Kalau diinginkanNya, boleh je Dia bagi umat Islam menjadi tokei besar, kepala segala kepala di atas muka bumi ini. Tapi Dia tak mahu bagi. Sebab umat Islam buat masa ni tak layak.

Sebab umat Islam tak mahu bersatu. Sebab umat Islam lalai dan leka. Sebab umat Islam tak cukup berkualiti. Sebab umat Islam tak cukup berusaha untuk menguasai dunia. Sebab umat Islam sibuk dengan urusan-urusan yang ntah ape-ape ntah. Sebab umat Islam berpecah, dan setiap pecahannya individualistik dengan negara dan bangsa sendiri sehingga keutamaan agama diketepikan. Umat Islam masih sibuk dengan isu-isu ketuanan politik yang tak sudah-sudah dan benci-membenci sesama saudara agama. Sebab di parlimen, sebuah ruang yang suci, dicemar dengan pencemaran-pencemaran bunyi, inikan pula dengan agama yang suci. Sebab PKR sibuk menggelar BN dengan gelaran Babi Negara dan BN sibuk memanggil PKR dengan Pusat Khinzir Raksasa, kerana apa....?Kerana kandang babi. Sebab masih ramai umat Islam yang sibuk dengan urusan-urusan mustahak di Lorong Haji Taib. Sebab umat Islam lebih suka semut memakan anaknya daripada anaknya mendapat makanan. Sebab umat Islam sibuk dengan fesyen, selebriti, hiburan dan keseronokan. Sebab umat Islam suka hisap dadah, makan rasuah, suka buat masalah, daripada sekecil-kecil isu sampah, sampai ke sebesar-besar kisah. Sebab umat Islam lebih rela melihat kesusahan saudaranya, asalkan dirinya senang.
Sebab itulah dunia kini tidak dipegang Islam...

Maka, jika anda mendapat sebuah tempat yang selesa dan stabil dalam sesebuah pentadbiran dalam dunia ini, umat manakah anda?

..............................................
Laan Azlan
http://alansdar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment