Minggu sebelum bermulanya kejohanan,
Hati aku girang dengan dua kejayaan,
SDAR johan debat dan aku johan pidato kebangsaan,
Doaku kejayaan sama menyusul pada Debat Perpaduan.
Siapa sangka,
Tiga tahun perkenalan di kelas yang sama,
Rupa-rupanya ada bakat yang aku terlepas mata,
Chan Kheng Fai mana you pergi selama ini,
Anugerah Ilahi yang buat semangat aku lebih tinggi.
Perjalanan kami ke UTP,
Harap menumpang tuah di bumi kelahiran sendiri,
Besar impianku kali ini,
Mahu melengkapkan minggu yang gemilang,
Mahu menamatkan segala derita kecundang,
Lantas kembali menjadikan nama UM dijulang.
Pemergian kali ini ada sedikit kelainan,
Inilah kali pertama aku membawa bagasi yang paling ringkas,
Tiada bega kasut,
Tiada beg laptop,
Tiada tuala,
Malah tiada juga seterika,
Entah mengapa perasaan begitu ringan,
Mungkin diserap dengan keyakinan,
Kepercayaan kepada pasukan yang mampu mengukir senyuman kepuasan.
Hari pertama,
Alhamdulillah menang ketiga-tiga,
Taylor's, UTM dan UMT kami jumpa,
Persembahan mungkin ala kadar sahaja,
Tapi memadai untuk mengisi takhta pertama.
Hari kedua,
Dua kemenangan pertama berjaya dicipta,
UMS dan UTHM liatnya usah kira,
Syukur, lega, terharu semuanya ada,
Maklumlah sebelum ini debaran hingga perlawanan terakhir,
Maka tiada tekanan dalam langkahan seterusnya ke suku akhir,
UTP saingan terakhir,
Kami tewas tapi senyuman masih terukir.
Suku Akhir,
Ranjau pertama dalam peringkat kalah mati,
DEMONSTRASI JALANAN MENGGUGAT KESTABILAN NEGARA,
Lawan yang ditentang abang-abang askar UPNM yang juga sahabat setia,
Alhamdulillah, kami mara.
Separuh Akhir,
Badi yang sudah lama menghantui kami,
Kali keenam aku di peringkat ini,
Cuba melepasi dengan sepenuh hati,
RUKUN NEGARA SUDAH TIDAK RUKUN,
UiTM musuh tradisi,
Tapi sayang, rezeki masih bukan milik kami.
Kecewa?
Sangat.
Sedih?
Teramat.
Terkilan?
Penat.
Entah di mana silapnya,
Entah di mana kurangnya,
Hari itu sekali lagi aku tersungkur.
No comments:
Post a Comment