Monday, August 8, 2011

Murtad : Salah Gereja atau Salah Kita?

Murtad,
Benda yang paling dilarang dalam Islam,
Tiada lagi pintu taubat buat mereka yang murtad,
Kemurkaan Allah yang paling dasyat,
Minta dijauhi segala laknat.

Bila kita bercakap pasal isu murtad ni,
Dekat Malaysia macam-macam hal yang terjadi,
Satu per satu nama yang keluar,
Dari Lina Joy sampailah ke Datuk Azhar,
Yang menyimpang seluruh akidah.

Sememangnya,
Dalam Islam tidak perlu kita bicarakan lagi,
Sudah terang haram untuk keluar agama,
Maka sebagai sebuah negara yang Islam sebagai agama rasmi,
Dalam perlembagaan pun kita dah tetapkan larangannya.

Larangan bukan sahaja untuk keluar Islam,
Tetapi untuk menyebarkan dakyah bukan Islam kepada Islam pun dicegah,
Semuanya bagi memastikan Islam itu dipelihara,
Semuanya bagi memastikan penghormatan hukum Islam dari-Nya.

Aku terbaca kisah seorang ibu tunggal yang hidup kesempitan,
Suami dah tiada, anak-anak pula bergantung harap kepadanya,
Apalah daya ibu tunggal ini kerana ditimpa penyakit,
Membuatkan dirinya tidak mampu bekerja mencari nafkah rezeki.

Diceritakan juga beliau menerima bantuan sebuah gereja,
Diberikan wang belanja buat kegunaan sekeluarga,
Diterimanya kerana itu sahaja pilihan yang ada,
Malah anak-anak juga ditawarkan tinggal di asrama gereja,
Segala perbelanjaan ditanggung semua,
Malah kaunseling dan bimbingan turut disediakan juga,
Dasyat kaedah bujukan gereja ini,
Kalau begini siapa yang tak cair hati,
Syukur juga ibu tunggal ini akidahnya masih berdiri,
Ditolak dengan penuh rasa berani.

Kalau sekali imbas,
Memang jiwa dan raga rasa panas,
Begitu halus pergerakan mereka,
Tanpa sedar tanpa diduga,
Agenda tersirat usah nak kata,
Syurga di mulut, di hati neraka.

Tapi adakah ini salah mereka?
Mengapa tidak dituding jari kepada kita?
Ibu tunggal ini pernah meminta bantuan Baitulmal,
Tapi ditolak kerana alasannya bantuan pernah diberikan,
Alahaiiii..
Apalah berkira sangat,
Duit yang ada pun duit zakat,
Fungsinya memang untuk mereka yang memerlukan,
Jadi sebab apa dihalang dari dberikan.

Itulah orang kita,
Kalau hal macam ni tahu pulak hukum prosedurnya,
Birokrasi yang sentiasa menjadi badi,
Kerusi tertinggi buat mereka yang lupa diri,
Akhirnya yang tersungkur,
Yang terbujur,
Orang kita juga, penganut Islam.

Aku malas nak ulas panjang,
Kita selalu cakap yang mereka pandai berstrategi,
Tapi kenapa kita pun tak pandai berstrategi jugak?
Strategi untuk yang Islam terus kekal dalam Islam,
Strategi untuk yang bukan Islam untuk masuk ke dalam Islam.

Tapi nak buat macam mana,
Bila berdakwah dekat orang-orang yang datang masjid sahaja,
Atau dekat orang-orang yang datang ceramah agama sahaja,
Kalau moden sikit, dekat orang-orang yang dijemput hadir untuk sesi rakaman di studio,
Mereka ini memanglah kita boleh berdakwah,
Tapi mereka ini golongan yang dah ada kesedaran,
Sebab itu mereka ke masjid,
Sebab itu mereka ke ceramah,
Sebab itu mereka ke studio,
Sebab mereka memang minat dan ikhlas,
Masalahnya,
Bagaimana mereka yang bergelandangan?
Bagaimana mereka yang tinggal di lorong-lorong pelacuran?
Bagaimana mereka yang hidup terbiar tanpa ihsan?
Patutnya di sinilah dakwah yang paling wajib diberikan.

Kita selalu marahkan orang yang suka mengambil kesempatan,
Tapi kita lupa yang kitalah yang memberi ruang untuk kesempatan itu diambil.

No comments:

Post a Comment