Sudah tonton video ini? Saya mahu berkongsi ulasan sahabat saya, Saudara Izham Ismail (twitter : @izham17) yang juga merupakan YDP MPPUM 2012/2013 yang bertarikh 15/1/2012. Berikut adalah ulasan beliau :
Salam sejahtera buat anda semua,
sahabat-sahabat Universiti Malaya yang saya sanjungi. Semoga perjalanan peperiksaan
anda berjalan lancar dan doa saya agar senyuman juga terpancar sebaik anda
melangkah keluar dari dewan peperiksaan.
Dengarlah (Listen).
Semalam, kita digemparkan oleh
sebuah video yang disebarkan di Youtube, memaparkan perjalanan sebuah forum
yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Forum tersebut bertajuk “Seiringkah
Mahasiswa dan Politik” dan perkara yang mengejutkan adalah tindakan panel forum
terbabit, Saudari Sharifah Zohrah Jabeen yang memberi respon kepada pertanyaan pelajar
UUM, Bawani dengan cara yang agak keterlaluan.
Berikutan daripada video ini,
pelbagai reaksi telah diberikan oleh semua pihak terutamanya para mahasiswa.
Majoriti mahasiswa merasakan bahawa perkara seperti ini tidak seharusnya
berlaku apatah lagi tujuan forum tersebut diadakan adalah untuk menjadi medium
interaksi dalam kalangan mahasiswa dan ahli panel berhubung isu-isu politik.
Malah, selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, sebuah NGO, tindakan tersebut
sememangnya tidak boleh diterima dan secara peribadi, saya masih tercari-cari
rasional saudari Sharifah bertindak sedemikian.
Saya tidak mahu mengulas dengan
lebih terperinci tentang intipati kenyataan Saudari Sharifah kerana saya
percaya, semua sahabat mahasiswa sudahpun menonton video ini dan mendengar
dengan jelas “hujah” yang diberikan oleh Saudari Sharifah. Perkara yang ingin
saya tekankan adalah berkenaan soal integriti Saudari Sharifah yang saya kira
tidak menggambarkan profesionalisme yang sepatutnya, sesuai dengan status
beliau selaku seorang Presiden.
Saya percaya dan sentiasa akan
percaya, semua orang mempunyai hak untuk menyatakan apa yang dirasai. Segala
firasat, teori, pandangan mahupun kritikan sewajarnya diberikan ruang yang adil
untuk disalur dan dikongsi. Apatah lagi, dengan adanya forum sebegini,
soalan-soalan “panas” memang merupakan sesuatu yang pasti dan atas sebab
itulah, ahli panel perlu bijak menangani.
Selaku mahasiswa, kami sentiasa
mempunyai aspirasi yang tersendiri. Biarpun kami mungkin berbeza ideologi
sesama sendiri, bernaung di bawah berlainan panji, waima menjadi ahli fikir
neutralisasi, ada perkara yang kami
kongsi merentas seluruh universiti. Kami berkongsi bahawa hak mahasiswa itu
perlu dibela, suara mahasiswa itu perlu dijaga, malah hati, maruah dan
pendirian mahasiswa itu perlu diutama. Atas dasar inilah, pelbagai forum atau
debat dilaksanakan di peringkat universiti agar medium ini diangkat sebagai
saluran idea mahasiswa sekaligus menjunjung semangat demokrasi.
Namun, sayangnya hal ini
seolah-olah tidak difahami oleh Saudari Sharifah. Tindakan yang dibawakan oleh
Saudari Sharifah ini sememangnya bertentangan dengan apa yang diperjuangkan
oleh mahasiswa. Malah, berani saya katakan juga, ia bertentangan dengan sikap
keterbukaan kerajaan yang kini sudah banyak mengangkat martabat mahasiswa
sehingga membenarkan mahasiswa untuk menjadi calon dalam PRU13 nanti. Tatkala suara mahasiswa semakin didengari,
tiba-tiba Saudari Sharifah berkelakuan sebegini, apa sudah jadi?
Secara jujur, saya berpendapat
bahawa Saudari Bawani juga agak beremosi tatkala mengajukan soalan kepada ahli
panel. Saya juga berpendapat, cara soalan itu diajukan turut mempunyai sedikit
unsur provokasi. Namun, saya lebih berpendapat, selaku seorang yang
bepengalaman dan profesional, bukan begitu cara Saudari Sharifah untuk
memberikan reaksi kepada persoalan Saudari Bawani.
Soalan saya, adakah wajar seorang
mahasiswa diperlakukan sebegitu di khalayak ramai? Jika jawapannya adalah “YA”,
soalan saya, adakah begitu cara untuk seorang Presiden yang menggunakan nama 1
Malaysia dalam persatuannya menegur dan memperbetulkan sikap seorang mahasiswa?
Jika jawapannya masih “YA”, soalan saya, kalau begitu, apa beza Saudari
Sharifah dan Saudari Bawani selain O Level yang dimiliki?
Inilah yang akhirnya berbalik
semula kepada nilai hormat yang perlu diterapkan kepada semua. Ironinya,
Saudari Sharifah juga berbicara perihal “menghormati” ini namun beliau mungkin
terlupa perihal “menghina”. Saya percaya, seandainya Saudari Sharifah mahu
membuka mata mahasiswa, saudari perlu juga belajar untuk membuka mata saudari
menghormati kami. Saya juga percaya, seandainya haiwan seperti kucing, jerung,
lembu dan lain-lain pun boleh bercakap, nescaya mereka akan menyuruh Saudari
Sharifah berhenti bertindak sebegitu rupa.
Namun begitu, tanpa menidakkan
intelektual mahasiswa semasa, saya juga ingin berpesan kepada sahabat-sahabat
mahasiswa, bahawa kita juga perlu bijak dalam menilai sesuatu isu. Jangan
kerana kita dimomokkan oleh cetusan-cetusan yang beremosi, kita juga turut sama
berkongsi bahang kemarahan tersebut baik di Facebook, Twitter mahupun Blog
dengan kata-kata yang tidak sopan. Disinilah ujian sebenar untuk kita buktikan
kepada semua, bahawa mahasiswa Malaysia sudah matang dan bukannya melulu tanpa
merancang. Janganlah kita melampiaskan kemarahan kita secara membuta tuli
kerana kelak, maruah kita juga yang diperjudi. Usah kita berikan ruang untuk mereka di luar
sana melakukan “serangan balas” atas sikap kita.
Akhirnya, kita semua perlu
belajar dari insiden ini. Usah menuding jari ke arah Sharifah semata-mata,
mungkin kita juga ada kekurangan yang menuntut kita bermuhasabah diri. Musuh
sebenar kita bukanlah Sharifah Zohra, tetapi adalah rasa hormat dan rasional
yang kian hilang dalam diri kita. Gelaran MAHASISWA itu begitu besar ertinya,
sama besar amanahnya, jangan sesekali kita nodai tanggungjawab ini. Selaku YDP
MPPUM, saya mewakili kepimpinan MPPUM 2012/2013 ingin menyatakan pendirian kami
bahawa kami menentang segala bentuk tindakan yang merendahkan martabat
mahasiswa dan saya menjemput Saudari Sharifah Zohra untuk mengadakan sesi
dialog di Universiti Malaya untuk kita bersama-sama membincangkan soal hala tuju negara. Moga kedua-dua pihak
mendapat manfaat daripadanya.
Kepada Saudari Bawani – You’ll
Never Walk Alone.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bersetuju dengan segala apa yang diulas oleh sahabat saya berkenaan isu ini. Saya rasa ulasan ini akan menjadi sempurna sekiranya tiada unsur YNWA itu..hehehe =P
Apa-apa pun, apa pandangan anda?
Layan video ini pula..
Sekali lagi, anda rasa?
Listen.
p/s : yang berkenaan, dengarlah luahan, rintihan dan permintaan hati saya...
Accent piece is a bit hard to Lеarn Hοω to
ReplyDeleteрresent my feelіngѕ at this mοment,
in fаct did a quаntitу back at my advice in your post, Blogger: KISAH SАNG KΑSIH.
Feel free tо surf to my site - http://garciniacambogia.org/
I was extremely pleased to find this website. I want to to thank you for your time for this particularly fantastic read!
ReplyDelete! I definitely savored every bit of it and I have you book
marked to look at new information in your web site.
My homepage http://picrate.me/personal/fast-systems-of-dieting-to-lose-body-fat-for-2012/