KASIH MEMBAWA PERLBAGAI MAKNA. KASIH JUGA TERKANDUNG BERIBU KISAH. SAMADA KASIH MAMPU PENGUBAT DUKA ATAU KASIH YANG MENCALIT LUKA, BIARLAH KISAH YANG MERAKAMKAN SEMUANYA. SEMOGA YANG MEMBACA BAHAGIA MENYELUSURI KISAH SANG KASIH. BEGITULAH KEHENDAKNYA...
Saturday, May 15, 2010
Nota Buat Dani..
Dani,
Memang percintaan itu satu perkara yang indah,
Semua ingin bercinta,
Semua ingin merasa,
Malah ada yang sanggup mati demi cinta,
Kerana biasanya percintaan itu menjanjikan bahagia.
Tapi kau perlu ingat Dani,
Dalam bercinta,
Dalam berkasih,
Dalam bersuka ria,
Kadang-kadang pahit akan menjelma,
Bukan setiap masa perjalanan cinta itu indah,
Seperti melayari bahtera di lautan,
Kadang-kadang ada ribut dan taufan,
Yang bisa membuatkan kita goyah dan tertekan,
Sebab itu perlunya kepakaran dan pengalaman,
Silap haribulan karam terkapai-kapai.
Kisah kau memang pilu,
Tak terduga oleh kau perkara sebegitu berlaku,
Biasalah Dani, siapa tak sayang kekasih hati,
Tambah pula kekasih hati orang lain yang miliki,
Tapi kau kena mengerti Dani,
Bahawa kekasih hati kau kini sah bersuami,
Perlu untuk kau mengundur diri,
Perlu juga kau fahami,
Bahawa cinta tidak semestinya memiliki.
Apa yang kau lakukan salah Dani,
Mengintip dan mengekori jejak kekasih kau itu,
Haram dan hukumnya berdosa,
Sebab itu perlu kau hentikan,
Dan perlu untuk kau terus bergerak,
Jangan menunggu perkara yang tak pasti,
Atau yang lebih tepat,
Mustahil terjadi.
Dani,
Hidup memang begini,
Kadang-kadang kita rasa kejam,
Kadang-kadang kita rasa tak adil,
Kita menangis,
Kita bersedih,
Dan kita merintih,
Kenapalah perkara ini terjadi ke atas kita,
Tapi itulah peliknya hidup,
Bila jadi macam tu kat kita,
Kita akan jadi kuat,
Kita akan lebih mengerti erti cinta,
Lebih mengerti makna dunia,
Lebih menghargai si dia,
Maka jangan kau berdendam Dani,
Lapangkan hati kau dan bukalah mata kau,
Bila itu berlaku,
Yang pelik kan bertukar menjadi yang cantik.
Dani,
Ayahku pernah berpesan kepadaku,
Mungkin agak lucu tapi ia berilmu,
Katanya,
Dalam permakanan, kita tak boleh selalu makan yang manis-manis,
Takut nanti dapat kencing manis,
Sebab itu kita kena makan sama masin, tawar, pahit dan masam,
Sebab itu dalam makanan kena bubuh garam, kunyit dan air,
Baru seimbang dan sekata,
Dan begitulah juga dengan hidup kita.
Mungkin pesanan ini berguna buat kau Dani.
Namun begitu Dani,
Sebenarnya aku hormat pada kau,
Betapa kau telah menunjukkan setianya kau pada yang satu,
Benar, cara kau salah dan agresif,
Tapi semua yang kau lakukan adalah demi cinta kau.
Hati kau tak pernah berubah,
Cinta kau tak pernah padam,
Kasih kau tak pernah lenyap.
Kau tidak berhenti dan jemu untuk mencintai kekasih hati,
Mungkin inilah kualiti yang ada pada kau untuk kau curahkan buat yang berhak,
Jangan kau sia-siakan sebuah perasaan cinta yang suci.
Dani,
Teruskan langkahmu,
Aku pasti TUHAN menjanjikan sesuatu,
Selagi kau percaya dan yakin dengan dirimu,
Dan aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaanmu,
Kerana aku juga pernah sepertimu.
Ikhlas dariku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment