Friday, May 14, 2010

Thomas yang Lemas..

Piala Thomas,
Dengar namanya gemilang yang terbayang,
Prestijnya bukan main kepalang,
Hero dijulang ganjaran buat pemenang.

Kali ini,
Bumi berdaulat sebagai medan pertempuran,
Buat pejuang maruah negara dipertaruhkan,
Tinggi sungguh rakyat menaruh harapan,
Melihat kejuaraan sebagai pengakhiran.

Permulaan,
MALAYSIA 2 JEPUN 3,
Terkejut juga mendapat berita,
Kemenangan yang dijangka,
Kekalahan pula yang tiba,
Mujur juga tidak bertemu Nigeria,
Silap-silap sampai peringkat awal sahaja.

Suku Akhir,
MALAYSIA 3 DENMARK 2,
Alhamdulillah kebangkitan menjelma,
Tapi cemas juga,
Skripnya hampir sama,
Mujur Hafiz kembali mendapat kuasa.

Separuh Akhir,
MALAYSIA 0 CHINA 3,
Mungkin kekalahan sudah diduga,
Tapi tidaklah sampai begini mudahnya,
Entah di mana salah dan silapnya,
Takkanlah psikologi masih menjadi punca,
Kerana ini bukan kali pertama.

Kesimpulan,
Penantian terus berpanjangan,
Banyak juga kisah dan coretan,
Pemecatan, kecederaan, pergaduhan dan H1N1,
Lagilah bertambah cemas dan panas,
Mungkin sebab itu En Thomas pun rimas,
Akhirnya dipilih antara Beijing dan Jakarta untuk berkemas,
Kerana di Kuala Lumpur dia mati lemas.

No comments:

Post a Comment