Saturday, July 30, 2011

6 kali...

Dalam hidup ni bila buat benda banyak kali,
Ada banyak implikasi yang baik mahupun yang tak baik,
Kalau belajar banyak kali,
Kita boleh jadi mahir dan pandai,
Tapi boleh jugak jadi jemu dan tepu.

Ok cukup intro aku pasal perkara yang kita buat banyak kali,
Atau perkara yang kita lalui banyak kali,
Begitulah jugak dengan debat,
Yang dah banyak kali aku sertai.

Aku suka berdebat,
Debat memang jiwa aku,
Malah dah jadi sebahagian daripada diri aku,
Atau lebih tepat, debatlah hidupku.

Setiap kali mewakili universiti,
Aku memang nak menang,
Aku tak kisah siapa lawan aku,
Yang penting aku nak menang,
Sebab aku tahu,
Untuk menjadi yang terbaik aku kena kalahkan yang terbaik juga.

Ataupun sekurang-kurangnya aku nak merasai pentas akhir,
Itulah impian aku dan juga impian semua pendebat,
Berada di pentas akhir adalah impian dan menjadi juara adalah bonus,
Dan itulah impian yang hanya sekali sahaja aku merasainya.

Dalam pertandingan debat,
Peringkat paling genting adalah SEPARUH akhir,
Sebab itulah penentu kita ke akhir atau tak,
So perjuangan pun SEPARUH mati,
Sebab kalau kalah, memang rasa SEPARUH mati jugak.

Dan itulah yang berlaku kepadaku,
ENAM kali aku terkandas di peringkat itu,
Peringkat yang menjadi badi kepada aku,
Aku tak tahu mengapa dan sampai bila,
Tapi secara jujurnya aku sangat sedih, pedih dan letih dengan perjalanan ini.

ENAM kali bukan bilangan yang sedikit,
Kalau lepas, ENAM kali aku ke pentas akhir,
Tapi malangnya, rezeki masih belum ada,
Namapun KALAU,
Kalau dah ENAM kali,
TIADA rezeki atau TOLAK rezeki?
Entahlah..

Tapi aku sedar,
Aku perlu terus berjuang,
Demi impian aku,
Demi rakan-rakan seperjuanganku,
Demi mereka yang senantiasa mengharapkan aku,
Demi mereka yang tidak putus menyokongku,
Demi pasukanku,
Demi universitiku,
Kerana aku mahu tatkala aku mengumumkan persaraanku,
Ketika itu aku punya kejayaan untuk diikuti oleh penggantiku.

Semoga ALLAH membantuku.

2 comments:

  1. even thomas edison pun fail like thousands of times before dia dpt buat mentol kan? :) Allah knows what's the best for you, :)

    we met during perpaduan 2011 :)

    ReplyDelete