Saturday, July 30, 2011

Transformasi Malaysia Ke Arah Ekonomi Berteraskan Pengguna

Teks pidato saya ketika Pertandingan Pidato Kepenggunaan Kebangsaan 2011.

Saudara dan saudari,
Apakah yang dimaksudkan sebagai Transformasi?
Menurut Kamus Dewan, transformasi merupakan suatu perubahan yang dilakukan secara besar-besaran,
Seperti filem Transformers, dari sebuah kereta biasa bertukar menjadi robot rasaksa,
Itulah bentuk perubahan yang berskala mega.

Lantas, merungkai makna ekonomi berteraskan pengguna pula,
Adam Smith dalam buah fikirnya, " The Wealth Country " menjelaskan,
Ekonomi berteraskan pengguna merupakan suatu sistem ekonomi di mana pengguna adalah pemain utama,
Maka, Transformasi Malaysia Ke Arah Ekonomi Berteraskan Pengguna berkehendakkan kita untuk berbicara tentang peri pentingnya ekonomi berteraskan pengguna kepada negara dan bagaimana Malaysia menuju ke arahnya.

Tiga asas utama sebagai jalan cerita,
Pertama, permasalahan ekonomi semasa,
Kedua, mengapa ekonomi berteraskan pengguna yang perlu kita guna,
dan ketiga, transformasi yang sedang terlaksana.

Pertama, permasalahan ekonomi semasa.

Hadirin dan hadirat,
Benar, kemajuan ekonomi negara boleh kita semua bangga,
Semuanya adalah hasil ketelitian pakar dalam menyusun batu bata ekonomi negara.
Namun,
Sebelum kuasa kembali ke tangan pembeli,
Ada perkara yang perlu kita semua perhalusi.

Kesedaran ilmu kepenggunaan masih rendah, malah ramai juga yang buat tak endah,
Sebab itulah tatkala kita bergerak laju dalam arus modenisasi, isu kepenggunaan sering dipalit kontroversi,
Isu minyak, harga barang dan penipuan sering menajdi polemik yang turut menjadi permainan politik,
Sebab itulah laungan transformasi bukan sekadar suatu gimik.

Saudara,
Lihatlah sekeliling kita,
Greece, Ireland dan Indonesia sudah pun menjadi mangsa,
Malah di Zimbabwe, rakyatnya terpaksa mengusung berguni-guni wang hanya untuk membeli sayuran di pasar,
Ekonomi mereka jatuh kerana kebergantungan yang tinggi kepada pasaran luar.

Saya kira,
Krisis ekonomi 1998 sudah mengajar kita seperkara,
Tatkala negara dihimpit dengan masalah inflasi dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit yang tidak terperi,
Malah sektor ekonomi juga hampir semuanya menggigit jari,
Tun Dr Mahathir menyarankan kita agar terus keluar membeli,
Ketika itu ramai yang menyanggah, kata mereka ini idea gila,
Tapi tidak, ini bukan GILA tetapi GELIGA,
Dan inilah formula terbaik kita untuk keluar dari kepompong sengsara.

Saya khuatir jika ini masih tidak diinsafi,
Negara Berpendapatan Tinggi mungkin hanya mimpi di siang hari.

Kedua, mengapa ekonomi berteraskan pengguna.

Saudara, tahukah anda..,
Kemapanan ekonomi sesebuah negara turut bergantung kepada perbelanjaan pengguna,
Perbelanjaan inilah yang memastikan alran ekonomi tidak akan berhenti,
Saya berikan anda suatu situasi,
Ketika ilmu kepenggunaan difahami dengan cukup tinggi,
Ketika pengguna tidak pernah jemu membela hak diri,
Ketika penentuan harga suara pengguna turut didengari,
Pasti ekonomi akan melonjak tinggi,
Dan inilah yang berlaku di Australia, negara yang sudah 17 tahun berturut-turut meningkat ekonominya.

Di Malaysia,
Istilah PENGGUNA BIJAK juga perlu ditransformasi,
Pengguna Bijak bukan sekadar membeli barang yang murah,
Pengguna Bijak juga bukan sekadar berbelanja dengan berhemah,
Tetapi Pengguna Bijak adalah pengguna yang BIJAK untuk menganalisis dan memahami situasi sebenar ekonomi.

Supaya nanti,
Apabila ringgit ditambatkan, pengguna tahu apa yang perlu dilakukan,
Apabila peniaga menyorok barang, pengguna tahu bagaimana untuk pecahkan tembelang,
Dan apabila minya naik harga, pengguna sendiri akan berkata "takpa, kita masih ada cara".

Ketiga, transformasi yang sedang terlaksana.

Saudara dan saudari,
Biar siapapun anda, baik zombi-zombi kampung pisang, mahupun pembeli-pembeli di bukit bintang,
Selagi namanya adalah pengguna, selagi itu kerajaan tidak akan terlepas pandang.

Menyedari hakikat inilah, pelbagai usaha sudahpun dilaksanakan,
Program Galakan IKS sudah pun terlaksana,
Kenaikan Duti Import pun sudah ada dasarnya,
Taraf Perintis telahpun bermula,
Semuanya bagi memastikan pengguna membeli barangan buatan Malaysia yang BAIK PUNYA!

Program Transformasi Ekonomi menjadi pemangkin baru ekonomi,
Akta Kawalan Harga sudah ada Anti Pencatutan,
Akta Persaingan pula berkuatkuasa tahun hadapan,
Semuanya bagi mematikan orang tengah yang suka dengan pemanipulasian,
Malah Program Kepenggunaan Luar Bnadar turut dilancarkan,
Bagi memastikan mereka yang di desa dan pedalaman boleh seiring dan sejalan.

Hadirin,
Inilah nikmatnya TRANSFORMASI,
Bukan sekadar pekikan REFORMASI,
Maaf sedikit emosi,
Geram memikirkan mereka yang TAK RETI-RETI.

Tuntasnya,
Transformasi ini takkan menjadi kalau kita semua terus berdiam diri,
Ayuhlah bersama menjadikan impian ini menjadi realiti,
Lakukanlah perubahan bermula pada hari ini,
Kalau bukan LA, BILA?

Transformasi Malaysia Ke Arah Ekonomi Berteraskan Pengguna,
Sekian.

4 comments:

  1. hebat! hebat ! ada masuk pertandingan ke?

    ReplyDelete
  2. funny, interesting,cool tapi ok laa tidak coz you got all of them good job

    ReplyDelete
  3. hebat sungguh ayat tue spi kan nak bace 2 kali tau x?

    ReplyDelete