Demonstrasi Lambang Demokrasi,
Itu kata mereka yang konon-konon pejuang hak asasi,
Asalkan boleh bersuara,
Asalkan bergema ibu kota,
Asalkan suara mereka sampai ke istana,
Itulah kebebasan gelarannya,
Hasil perjuangan SARKAS di jalan raya.
BERSIH,
Tuntutan supaya pilihanraya menjadi bersih,
Kononnya nazak pilihanraya perlu dipulih,
Kerana pilihanraya penuh korupsi,
Dek ditaktor Kerajaan yang hakiki,
Sedangkan sampai sekarang masih tiada bukti,
Walhal selama ini mereka bilang bukti adalah perlu,
Tertanya juga mengapa kali ini tindakan mereka melulu.
Aku hairan juga,
Selama ini ketika mereka menang pilihanraya,
Tak pernah pula mereka bilang perlu ubah pilihanraya,
Rentetan yang mereka menang,
Deretan yang kerajaan hilang,
Perjuangan mereka senyap seketika,
Padahal mereka sudahpun berkuasa.
Oh aku lupa,
Pilihanraya sudah terasa bahangnya,
Deretan pilihanraya terakhir pun kerajaan takhluk semua,
Patutlah mereka mula kembali bersuara,
Supaya mereka tak hilang dari pandangan mata.
Aku sedih bukannya apa,
Majoriti bangsaku yang terlibat sama,
Namun ketuanya pula dulu penghina agama,
Rajaku juga dia pernah hina,
Bangsaku juga ingin dirampas keistimewaannya,
Namun entah mengapa dan dimana silapnya,
Bangsaku sentiasa turut serta,
Agenda jahat untuk memporak-peranda,
Yang rugi MELAYU di TANAH MELAYU yang BERAJA,
Yang untung mereka sang PENUMPANG yang TAK KENANG JASA.
Mana pergi mereka yang bijak-bijak belaka?
Ketika inilah sumbangan mereka diperlukan negara,
Tapi sayang aku terpaksa diam seribu bahasa,
Dari sasterawan negara hingga ke peguam bela,
Semuanya pejam mata dan pekakkan telinga,
SUHAKAM pun turut serta,
Sedangkan mereka lah tunjang pejuang hak asasi semua,
Mana hak asasi kami yang inginkan suasana harmoni?
Atau SUHAKAM pun telah 'dibasuh' hingga BERSIH?
Hakikatnya,
Demonstrasi jalanan takkan berjalan ke mana,
Namapun haram bagaimana mahu menghalalkan cara,
Kalau pilihanraya agenda utama mengapa perlu pilih jalan raya,
Stadium boleh dijadikan medium,
Supaya perhimpunan lebih teratur himpunannya.
Akhir sekali,
Sudah-sudahlah berpolitik itu dan ini,
Yang penting kebajikan kami,
Nanti bila kami dah meluat tengok semua ini,
Jangan marah kalau kami tak turun mengundi.
BERSIH JIWA, BERSIH MINDA.
No comments:
Post a Comment