Thursday, June 10, 2010

Lagenda Budak Setan..

Yang belum tengok, tontonlah..
Yang sedang tengok, hayatilah..
Yang sudah tengok, pelajarilah..

Bila Cinta..


Mudah jalan ceritanya,
Namun kuat impaknya,
Benar-benar menyentuh jiwa,
Lagenda sebuah kisah cinta.

....................................

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Thursday, June 3, 2010

Orang Angkuh Memang Bodoh

Pernah dulu suatu masa
adalah makhluk Azaazil namanya
golongan iblis nama spesisnya
tinggi darjatnya sangat la mulia
guru segala malaikat memang terrer
alam ghaib dia yang conquer
walaupun hebat, bagus dan power
sentiasa tunduk pada Yang Esa
siang dan malam beribadat saja
nak kire amalnya memang tak upaya

Sampai suatu ketika
janji Tuhan yang berkuasa
dari tanah Adam tercipta
bermulalah hikayat spesis manusia
Allah bertitah kapada semua
"Sujudlah kalian menghormatinya..."
maka sujudlah semua hamba
yang taat dan patuh dan ikhlas dan humble
tapi,
si iblis mula rasa tak sedap hati
Adam ini ingredientnya bumi
walhal aku tercipta dari api
buat apa kusujud pada makhluk ini?
ternyata aku lebih mulia di sini
hei Tuhan apa kau buat ni?
bukankah aku telah lama menjadi abdi
darjatku jauh lebih tinggi
apa kelas nya nak sembah seorang lelaki
entah apa kelayakannya tak diketahui
aku tak reda ini terjadi!
iblis membentak seorang diri
lalu derhaka berpaling diri
gara-gara angkuh menguasai diri

Iblis angkuh tapi bijak
dia tahu nasibnya kelak
ke neraka akan dicampak
biarlah
aku tak kisah
yang penting, nyata Tuhan tu salah
menjadikan manusia sebagai khalifah
aku hasut tiap tiap anak Adam
biar pandangan menjadi kelam
biar hati menjadi hitam
biar sinar kebenaran terpadam
sampai nanti hancur alam
sama sama lah masuk Jahanam
diseksa malaikat yang kejam

Manusia pun ramai yang angkuh
tak macam iblis mereka ni bodoh
ilmu kontang iman tak kukuh
maruah ampuh otak lumpuh
perasan diri bagus sungguh
bodoh
dah terbukti depan mata
kononnya bagus, taknak terima
bajet best taknak percaya
engkau je lah yang betul semua
apakan daya
manusia angkuh bodoh semuanya
sudahlah bodoh kena tipu pula
makan la cakap iblis derhaka
kononnya kaulah yang paling mulia
kononnya kaulah yang bijaksana
rasa diri tu dah cukup sempurna
kebenarannya
bodoh lagi hina
bangang, cacai dan tercela

Kepada semua insan
bersikap sombong apakah keperluan?
merasa bagus, apakah kebanggaan?
berlagak angkuh di mana kelebihan?
kita sama di mata Tuhan
yang membezakan hanya iman
beriringan rasa hormat dan kesopanan
bukan perasan....

by Azlan Alan

Hanya Itulah yang Kita Mampu..



Dunia sudah pun menyaksikkan,
Sifat dan gelagat golongan yang tidak berperikemanusiaan,
Penuh dengan dendam dan kekejaman,
Demi bangsanya yang dianggap Tuhan.

Sejarah menceritakan segalanya,
Tanah itu bukan kalian yang punya,
Namun kalian memang tak reti bahasa,
Membuat onar seolah kalian yang berkuasa.

Yahudi,
Sirah mu sebenarnya suci,
Darjat bangsa mu jua tinggi,
23 para anbia rasul dan nabi,
Lambang kalian pilihan Ilahi.

Namun entah di mana salah dan silap,
Seluruh hati kalian menjadi gelap,
Syaitan laknatullah tempat kalian berharap,
Membunuh Muslim dengan penuh meluap.

Terbaru,
Kalian serang insan yang ingin menghulurkan bantuan,
Rejim Zionis kalian memang tidak ada akal,
Kononnya mengancam keselamatan,
Bodoh..!!!
Memang tepung, beras, gula boleh memberi ancaman kan,
Paling keras pun batu-batuan untuk projek perumahan,
Apa lagi yang kalian mahukan,
Sudahlah pelbagai sekatan yang kalian kenakan,
Bantuan kebajikan jangan harap kalian berikan,
Sekurang-kurangnya berilah laluan dan kesempatan,
Untuk orang berperikemanusiaan membuat ehsan.

................................

Kita,
Apa yang kita lakukan?
Mana pergi pemimpin-pemimpin kita?
Mana pergi pemimpin-pemimpin dunia?
PBB? Liga Arab?
Oh ya,
Barrack Obama, mana suaramu?
Mengapa diam membisu?
Bukankah kau pemenang Nobel Keamanan?
Atau kau hanya seorang lagi boneka keganasan?

Itu lah yang kita hanya mampu,
Sekadar mengutuk dan mengecam,
Tanpa ada respon balas yang jitu,
Memanglah Zionis tak rasa terancam,
Siap pula hendak bawak usul di Parlimen,
Helloooo...!!
Rakyat Palestin tak kisah itu semua,
Yang mereka mahukan bantuan dari kita,
Berikan saja mereka senjata dan tentera,
Begitu juga makanan dan minuman,
Agar mereka gagah dalam perjuangan,
Serta doa sebagai iringan.

Apa lagi yang kita tiada,
Kekayaan,
Kemewahan,
Kekuatan,
Ketenteraan,
Kecerdikan,
Kecanggihan,
Semuanya lengkap tersedia,
Kumpulkan sahaja semua bala tentera,
Satukan semua kesatria dan panglima,
Serang sahaja golongan durjana,
Biar mereka tahu siapa kita,
Kalau darah yang mereka kepingin,
Maka darahla yang kita kirim,
Sengsara yang mereka cari,
Maka derita yang kita beri,
Tapi sayang,
Di sebalik kelebihan ada kekurangan,
Yang entah sampai bila kita akan cukupkan,
Yakni PERPADUAN.

Dan sehingga kini,
Hanya itulah yang kita mampu,
Melihat dengan mata terpaku,
Menjerit tetapi sebenarnya membisu,
Dengan kecaman, kutukan dan hentaman,
Yang langsung tidak memberi sebarang kesan,
Tak ubah seperti pungguk menatap sang bulan..

Hanya itulah yang kita mampu..

Thursday, May 20, 2010

Janji..



Janji...
Apabila dilafazkan,
Tiada alasan untuk ditunaikan.

Janji...
Apabila diluahkan,
Tiada rintangan untuk tidak dikotakan.

Janji...
Apabila diungkapkan,
Adalah tanggungjawab untuk direalisasikan.

Demikianlah janji...
Menjadi satu ikatan antara dua hati,
Menjadi satu dosa apabila dimungkiri.

Wednesday, May 19, 2010

Selamat Hari Guru

Kiranya masih belum terlambat untuk diri ini berbicara,
Perihal hari buat seseorang yang mulia tugasnya,
Mendidik, membimbing dan mengajar,
Bukan sahaja pelajaran demi peperiksaan,
Tetapi juga ilmu untuk sebuah kehidupan.

.........................................................

Kali ini diri ini hendak membuat sedikit coretan mengenai pengalamanku di sekolah. Memang banyak kenanganku di sekolah sama ada bersama teman-teman dan juga guru-guru. Ingin aku berkongsi pengalaman sambutan hari guru ketika aku berada di Tingkatan 5. Padaku, inilah sambutan yang terbaik dan paling meriah pernah diberikan sepanjang 5 tahun aku di SDAR (Sekolah Dato' Abdul Razak).

Kisahnya begini. Suatu hari, ketika aku bersantai di dorm ku (D15), sahabatku, Mentol masuk ke dalam bilik. Katanya " E, ko jadi director sambutan hari guru taw, aku bagi name ko kat cikgu norliza". Sebaik sahaja aku mendengar kata-kata Mentol, terus aku tak jadi tidur siang hari itu. Manalah aku rajin hendak menjadi pengarah projek, tambah pula projek besar seperti ini. Namun, untuk menggembirakan hati sahabatku itu, aku iyakan sahaja.

Pada mulanya, aku hanya mahukan sambutan yang biasa. Seperti kelaziman tahun-tahun sebelum ini. Perasmian, sukaneka dan bersurai. Namun, setelah difikirkan semula, memandangkan ini tahun terakhir aku di kerajaan berdaulat ini, mengapa tidak aku buat satu perayaan atau sambutan yang besar-besaran. Tambahan pula, aku selaku pengrah sudah pasti mempunyai kuasa untuk membuat apa yang aku suka..hahaha..

Dipendekkan cerita, tibalah hari sambutan. Kali ini sambutannya agak berbeza. Ada dua sesi. Sesi siang dan sesi malam. Pada sesi siang, sambutan dimulakan dengan perarakan masuk para guru ke dalam dewan. Kemudian, setelah selesai sesi perasmian, maka bermulalah acara dan pertandingan yang dibuat. Pembukaan sambutan dimulakan dengan acara formasi yang dibuat oleh adik-adik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Tiga bentuk formasi yang mereka lakukan iaitu bunga tulip, bentuk hati dan WE LOVE U. Jenuh juga untuk menguruskan budak-budak ini semua, maklumlah, F1 dan F2, ramai pula tu. Akhirnya, setelah seminggu latihan, alhamdulillah, pada hari sambutan, ia berjalan dengan lancar dan semua guru sangat terpegun dan teruja. Alhamdulillah.

Kemudian, acara yang diadakan adalah explorace, pertandingan teh tarik, batu seremban, sukaneka dan perlawanan bola sepak antara pelajar dan guru. Seterusnya, acara yang paling dinanti-nantikan iaitu jamuan pun tiba. Kali ini, kami menyajikan sesuatu yang sangat istimewa buat guru-guru. Gerai dibuka mengkut batch untuk menjamu para guru. Macam-macam juadah yang terhidang, Dari kuih-muih sampai la ke piza hut. Aku pun terliur juga tapi hendak buat macam mana, itu semua untuk para guru. Inilah antara kejutan buat para guru dan alhamdulillah, inilah juga yang paling dikenang oleh semua guru sehingga ke hari ini..(yela, makan kot..hahaha).

Selesai sesi siang, tiba pula sesi malam. Sesi malam dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan yassin di masjid. Selesai solat isyak, semua meluru ke dewan besar untuk acara di dalam dewan. Acara yang diadakan adalah persembahan dari guru dan pelajar. Sempat juga aku mengadakan persembahan pada malam itu dengan mendendangkan sebuah lagu yang berjudul Biarlah Bulan Bicara. Betapa lagu tu memberi makna yang mendalam kepada diriku dan hanya beberapa orang guru sahaja yang memahami maksudnya. Alhamdulillah, setelah selesai semua persembahan, maka guru-guru pun beredar untuk jamuan malam. Namun, sebaik sahaja guru-guru keluar dari dewan, mereka terkesima apabila melihat Kad Hari Guru gergasi yang tegak di luar dewan. Tinnginya 16 kaki dan lebarnya 9 kaki. Rupa-rupanya, itu kad yang terbesar di Malaysia kerana rekod ketika itu hanya 12kaki tinggi. Aduss, melepas nak masuk tv..hahaha.

Demikianlah kisah sambutan hari guru yang gemilang pernah ku sertai sepanjang diriku bergelar pelajar sekolah. Lebih mengujakan, akulah pengarah untuk projek sambutan hari guru tersebut. Bukan ingin membangga diri, namun itulah hadiah terbesarku kepada semua guru yang pernah mengajarku dan itu juga sebagai penebus dosa yang telah ku lakukan sebelum ini (shisha punya cerita). Aku puas dan terima kasih juga buat rakan-rakan yang membantu iaitu Mentol, Merce, Izzat J, Jubei, Bean, Effa, Pilin, Nizar, Gori serta ramai lagi yang aku pun tak ingat. Sesungguhnya, inilah usaha bersama kita untuk menyanjung dan membalas jasa para guru.

Kini, sudah 4 tahun peristiwa itu berlalu dan selama tempoh itu jugalah aku sudah berada di dunia luar. Alhamdulillah, hasil bekalan ang diberikan oleh para guruku di sekolah, aku mampu untuk berada di dunia luar ini. Sesungguhnya, kehidupanku di sekolah memang tiada tandingan dan itulah tempat terbaik dan terindah yang pernah aku berada. Buat para guru, terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Moga kelak, diri ini akan kembali dengan segumpal kejayaan buat cikgu semua banggakan.

....................................................

Guru Oh Guru,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Sejarah dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Terima kasih cikgu.
Selamat Hari Guru.


Saturday, May 15, 2010

Nota Buat Dani..



Dani,
Memang percintaan itu satu perkara yang indah,
Semua ingin bercinta,
Semua ingin merasa,
Malah ada yang sanggup mati demi cinta,
Kerana biasanya percintaan itu menjanjikan bahagia.

Tapi kau perlu ingat Dani,
Dalam bercinta,
Dalam berkasih,
Dalam bersuka ria,
Kadang-kadang pahit akan menjelma,
Bukan setiap masa perjalanan cinta itu indah,
Seperti melayari bahtera di lautan,
Kadang-kadang ada ribut dan taufan,
Yang bisa membuatkan kita goyah dan tertekan,
Sebab itu perlunya kepakaran dan pengalaman,
Silap haribulan karam terkapai-kapai.

Kisah kau memang pilu,
Tak terduga oleh kau perkara sebegitu berlaku,
Biasalah Dani, siapa tak sayang kekasih hati,
Tambah pula kekasih hati orang lain yang miliki,
Tapi kau kena mengerti Dani,
Bahawa kekasih hati kau kini sah bersuami,
Perlu untuk kau mengundur diri,
Perlu juga kau fahami,
Bahawa cinta tidak semestinya memiliki.

Apa yang kau lakukan salah Dani,
Mengintip dan mengekori jejak kekasih kau itu,
Haram dan hukumnya berdosa,
Sebab itu perlu kau hentikan,
Dan perlu untuk kau terus bergerak,
Jangan menunggu perkara yang tak pasti,
Atau yang lebih tepat,
Mustahil terjadi.

Dani,
Hidup memang begini,
Kadang-kadang kita rasa kejam,
Kadang-kadang kita rasa tak adil,
Kita menangis,
Kita bersedih,
Dan kita merintih,
Kenapalah perkara ini terjadi ke atas kita,
Tapi itulah peliknya hidup,
Bila jadi macam tu kat kita,
Kita akan jadi kuat,
Kita akan lebih mengerti erti cinta,
Lebih mengerti makna dunia,
Lebih menghargai si dia,
Maka jangan kau berdendam Dani,
Lapangkan hati kau dan bukalah mata kau,
Bila itu berlaku,
Yang pelik kan bertukar menjadi yang cantik.

Dani,
Ayahku pernah berpesan kepadaku,
Mungkin agak lucu tapi ia berilmu,
Katanya,
Dalam permakanan, kita tak boleh selalu makan yang manis-manis,
Takut nanti dapat kencing manis,
Sebab itu kita kena makan sama masin, tawar, pahit dan masam,
Sebab itu dalam makanan kena bubuh garam, kunyit dan air,
Baru seimbang dan sekata,
Dan begitulah juga dengan hidup kita.
Mungkin pesanan ini berguna buat kau Dani.

Namun begitu Dani,
Sebenarnya aku hormat pada kau,
Betapa kau telah menunjukkan setianya kau pada yang satu,
Benar, cara kau salah dan agresif,
Tapi semua yang kau lakukan adalah demi cinta kau.
Hati kau tak pernah berubah,
Cinta kau tak pernah padam,
Kasih kau tak pernah lenyap.
Kau tidak berhenti dan jemu untuk mencintai kekasih hati,
Mungkin inilah kualiti yang ada pada kau untuk kau curahkan buat yang berhak,
Jangan kau sia-siakan sebuah perasaan cinta yang suci.

Dani,
Teruskan langkahmu,
Aku pasti TUHAN menjanjikan sesuatu,
Selagi kau percaya dan yakin dengan dirimu,
Dan aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaanmu,
Kerana aku juga pernah sepertimu.


Ikhlas dariku....