Tuesday, October 26, 2010

Pesanan kepada Bangsaku...

Bangsa Melayu jangan begini,
Beriman di mulut, hati berlumut,
Beriman di lidah, hati menyalah,
Lidah bercabang, langkah menyilang,
Cakap melecoh, perangai tak senonoh,
Tamak harta mabuk dunia,
Dapat pangkat lupa akhirat,
Baru puji lupa diri.

Bangsa Melayu jangan begitu,
Ke tengah bertelingkah,
Ke tepi mendengki,
Ke laut menghasut,
Ke darat mengumpat,
Ke hulu menipu,
Ke hilir menyindir,
Ke atas mengampu,
Ke bawah melapah,
Ke gunung menyombong,
Ke lurah menitah.

Berkawan dengan syaitan,
Berguru pada nafsu,
Beraja pada selera,
Bersahabat pada maksiat,
Berlabuh pada tak senonoh,
Berhenti pada yang keji.

Bangsa Melayu jangan begitu,
Bergantung pada yang serong,
Berpijak pada yang merosak,
Bersarang pada yang ingkar,
Berumah pada yang salah,
Aniaya pada saudara,
Khianat pada sahabat,
Iri kepada isteri,
Muak ke orang banyak,
Derhaka pada orang tua,
Menghina pada yang muda
Mencerca sama sebaya,
Mungkir pada Tuhan,
Bekerja malas,
Memimpin culas,
Bersusah malu berpahit tak mahu,

Jadilah bangsa yang bersopan,
Jadilah yang berbudi tinggi,
Jadilah bangsa yang pentingkan kemuliaan,
Jadilah bangsa yang berhemah mulia,
Jadilah bangsa yang cintakan muafakat,
Jadilah bangsa yang sentiasa mahu berbakti,
Jadilah bangsa yang fikirkan cemerlang dunia dan akhirat,

Tuah ayam pada sisiknya,
Tuah manusia pada baiknya,
Tuah kain pada tenunannya,
Tuah kayu pada elok buatnya,
Tuah Melayu elok maruahnya.

Moga benar Melayu tak hilang di dunia.

Tuesday, September 21, 2010

Mahu dan Perlu..

Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
DIA beriku sepohon kaktus berduri,
Aku minta kepada TUHAN seekor rama-rama,
DIA beriku seekor ulat bulu,
Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian,
Kaktus itu berbunga mekar, indah sekali,
Ulat itu menjadi rama-rama, cantik sekali.

Mungkin ini jalan TUHAN,
Indah pada masanya,
DIA tidak beri apa yang aku mahu,
Tapi DIA beri apa yang aku perlu..

Kecewaku, sedihku, deritaku,
Namun ku percaya kepada-NYA,
Tawaku, gembiraku, bahagiaku,
Sudah tertulis dalam kalam-NYA,
InsyaALLAH hanya menunggu masa,
Sabar pasti kuncinya.

Mungkin ini adalah apa yang aku perlu kini....

Monday, September 20, 2010

Cari Cara..


Aku tidak sebijak budak yang dibunuh akibat memberikan akal membunuh todak,
Aku tidak selembut gadis berdarah putih yang mati difitnah,
Aku tidak sepintar sang kancil yang mampu memujuk buaya untuk berbaris bagi mendapatkan buah,
Aku tidak sesetia sang laksamana kepada seorang raja,
Aku tidak sekuat pemuda yang memakan muntah jin.

Tapi aku cuba menjadi seseorang yang berguna kepada semua.

Kerana aku tidak mahu sedegil anak yang memakan telur ikan ibunya,
Kerana aku tidak mahu sebodoh sehingga kampung tergadai,
Kerana aku tidak mahu seangkuh arnab yang tewas kepada kesabaran kura-kura,
Kerana aku tidak mahu sederhaka sehingga menjadi batu.

Friday, September 17, 2010

Mana Pergi..??!!

Sekarang ni banyak betul isu perkauman dan keagamaan,
Yang semakin lama semakin rekah (perlu dibaca dengan irama lagu syahir),
Sampai buat aku terfikir,
Mana pergi pemimpin-pemimpin dunia yang dulunya lantang bersuara.

Kita mulakan dengan isu perpaduan negara kita,
Bila naik Pak Najib, beliau bawak 1 Malaysia,
Sejurus selepas itu berpusus-pusu orang perjuangkan hak masing-masing,
Sampai mereka pun nak cabar hak kita,
Kata mereka Malaysia kaya pasal mereka,
Harta negara milik mereka,
Sebab itu tak perlu lagi hak istimewa,
Biar semua setara, sama dan merasa,
Kononnya 1 Malaysia.
Paling sedih pulak,
Pemimpin-pemimpin kita pun sokong sama,
Kata mereka kita jangan lagi duduk di zon selesa,
Tak sedar diri yang mereka berjaya pun sebab dapat hak istimewa,
Tengok-tengok depa nak bagi jahanam anak bangsa.

Isu agama pun boleh tahan,
Lagilah kena perlekeh dengan geng-geng syaitan,
Kalimah TUHAN dah jadi barang mainan,
Sampai timbul pula hukum perbuatan itu dibenarkan,
Astagfirullah,
Mintak-mintak sempatla bertaubat,
Takut nanti bila dah terlambat,
Habis semua jadi murtad.

Ni yang aku hairan,
Mana pergi pemimpin-pemimpin semua?

Anwar Ibrahim,
Dulu kau bukan main lagi nak perjuangkan anak bangsa,
Sekarang,
Bangsa kau dihina, sultan kau dicerca, agama kau diperkosa,
Apa yang kau buat?
Sudahlah isu liwat tak selesai-selesai,
Sekarang ni pulak pemiihan parti pun dan terburai,
Melututlah kau pada Azmin yang lebih pandai,
Akhirnya kau yang terkulai.
Nik Aziz pulak apa cerita?
Kata perjuangkan Islam semata-mata,
Bila Islam kena hina,
Hang sibuk nak ganti raja,
Kata berjuang dengan bukan islam jadi kafir,
Hang pulak ikut telunjuk kepala lutut orang kafir,
Apa pulak hukumnya?

Di pentas dunia tak kurang hebat juga,
Ganyang Malaysia semakin berleluasa,
Ni la susah nak cakap pasal orang tak sedar diri,
Da la miskin, hina, merempat kat negara ini,
Sekarang nak lancarkan perang pulak,
Mereka tak sedar kita punya kelengkapan lagi kuat,
Sekali kita serang alamat jadi abu la diorang,
Tapi apa nak buat,
Kita kan orang Malaysia,
SABAR sahaja.
Mana pergi Susilo Bambang YAHUDIyono?
Dulu bukan main lagi cakap kita ini adik-beradik,
Takkan ada lagi isu carik-menarik,
Cukuplah yang terakhir tarian pendet,
Habis, yang terbaru ini apa kau nak buat?

Nun kat Amerika pun tanak kalah,
Ada pula hari bakar Al-Quran sedunia,
Apalah yang hangpa dok benci sangat kat kami,
Sampai nak bakar kami punya kitab suci,
Kononnya menentang keganasan,
Tak sedar diri yang hangpa semua tu jelmaan setan,
Wajarlah sekarang ni ALLAH turun banyak ribut taufan,
Supaya hangpa semua diberi peringatan.
Mana pergi BERUK Obama?
Dulu bukan main nak jaga Islam di serata dunia,
Kononnya Amerika sudah mahu berubah,
Tapi kali ini apa cerita?

Manalah pergi ini orang semua?
Haiyoyo....

1 Periuk Nasi

Wahai nasi, beritahu kami rahsia kamu ;
Bagaimana kamu boleh memikat semua orang?

Satu ketika kamu mesra dengan daging kambing beralaskan daun pisang,
Di ketika lain kamu bergaul pula dengan potongan daging ayam Ipoh yang empuk,
Dan pada setiap pagi, kamu tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan.

Di pesta kami yang meriah, kamu sentiasa di sana meraikannya bersama-sama,
Di Hari Raya, kamu menyertai kawan-kawan kamu dan membawa kami ketupat dan lemang,
Di Deepavali, kamulah yang memberi warna yang menarik untuk dijadikan kolam,
Di ambang Tahun Baru Cina, kamu membawa keluarga dari jauh untuk pulang berkumpul,
Dan di Hari Gawai dan Kaamtan, kamulah punca semua orang menyambutnya.

Mungkin rahsia kamu adalah kamu tidak memilih,
Tak kisahlah kami menggunakan penyepit, sudu atau tangan,
Kamu sentiasa gembira berkongsi makanan dengan kami.

Setiap hari, tatkala kami berkumpul bersama keluarga menikmati hidangan,
Kamu sentiasa hadir untuk mengingatkan kami tentang rahsia sebenar negara kita,
Bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi yang sama,
Dipenuhi satu demi satu dengan pengorbanan, kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita.

Dan kita semua berkongsi 1 tanggungjawab,
Untuk terus mengisi periuk nasi ini,
Bersama-sama untuk mereka yang hadir selepas kita.

16 September 1963,
Satu sejarah tersurat dan tersemat,
Penggabungan wilayah barat dan timur,
Dalam bahasa Inggeris West dan East,
Yang apabila diringkaskan menjadi WE,
Ertinya kami atau kita,
Supaya berkongsi menjadi satu,
Satu perkataan milik semua.

Selamat Hari Malaysia.

Friday, September 10, 2010

Satu Ketika di Jalan T.A.R



Hari itu hari Jumaat kalau tak silap,
Memandangkan tiada aktiviti untuk dibuat,
Dengan gagah dan perkasanya aku melangkah ke Jalan T.A.R,
Niat di hati bukan nak shopping sangat pun,
Sekadar berjalan sambil mencuci mata.

Bersama seorang teman aku merayap,
Al-maklum tempat ini memang sesak dengan umat,
Kiri dan kanan semuanya kedai barangan,
Kerenah peniaga macam orang kena salai,
Masing-masing berebut pelanggan,
Masing-masing bersaing tawaran,
Nak raya la katakan,
Semuanya menggila macam setan.

Tapi aku hairan,
Di kala suasana raya aidilfitri,
Yang dimainkan pula lagu hindustan,
Tak tahu la pulak kalau maksud bole chudiya,
Ertinya selamat hari raya,
Di kalangan yang menjual pakaian,
Kebanyakannya warga Nepal dan Pakistan,
Mentang-mentanglah nama Jalan Masjid India,
Memang mereka pun ingat ini negara depa punya,
Yang membeli-belah pun bukan sebarangan,
India dan Cina pun belanja sakan,
Biasalah jualan tengah murah,
Sebab tu hak kita sekarang pun mereka nak ratah.

Akhirnya,
Melayu tak usah nak kata,
Selagi duit ada belanjanya berjela,
Yela,
Raya setahun sekali,
Tapi perlu ke shopping macam nak mati,
Begitulah hebatnya orang kita,
Panas terik diredah biarpun berpuasa,
Bila malam pula menjelma,
Masjid kosong walaupun berdingin hawa,
Kenyang sangat berbuka gamaknya.

Begitulah,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Nama seorang bapa kemerdekaan,
Kebetulan pula merdeka kali ini di bulan Ramadhan,
Mesti jika beliau masih ada beliau akan bangga,
Kerana semua bangsa ada di sebatang jalan bersempena nama beliau,
Bersuka ria dan bergembira tak terkata,
Kerana walaupun mereka tidak kenal siapa beliau,
Sekurang-kurangnya mereka tahu nama beliau.

Well, 1 Malaysia...katanya..

Sunday, September 5, 2010

5 Ekor Katak



A : Aku ada teka-teki nak bagitaw ko

B : Apa dia?

A : Ada 5 ekor katak duduk tepi longkang. 4 ekor dah buat keputusan nak terjun. So brape yg tinggal?

B : La..ape punya senang soalan ko ni. Jawapan dia tinggal lah sekor je katak

A : Salah

B : Dah tu?

A : Jawapan dia still tinggal 5 ekor lagi la

B : Asal plak? Kan 4 dah buat keputusan nak terjun?

A : Ko sendiri dah jawab.

B : Tak paham

A : Pasal dorg baru buat keputusan nak terjun. Tapi belum terjun lagi..hahaha

B : Betul jugak..haha


Agak lame tapi bukan game,
Dalam lucu ada ilmu,
Dalam tawa ada harga,
Dalam tersurat ada tersirat.
Fikirkan dan Renungkanlah....