Tuesday, January 26, 2010

Selamat Bertanding..sedikit pesanan

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama untuk kempen pilihanraya kampus Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010. Seperti biasa, hari pertama adalah merupakan hari penamaan calon. Maka, ketika ini barulah terbongkar siapa yang bertanding dan segala desas-desus juga terjawab.

Harapan kali ini, kepada semua perwakilan, baik yang bergerak dan yang tidak berkontra, murnikanlah politik kampus. jangan jadikan politik kampus ini sebagai medan membalas serangan, menabur fitnah dan melakukan segala perbuatan yang akhirnya akan menjejaskan nama baik universiti ini serta membuatkan orang menyampah dan takut dengan model politik yang kita tawarkan. Bertandinglah dengan benar-benar mengikut aspirasi dan gagasan pemikiran mahasiswa dan semaikanlah perasaan hormat dan setiakawan kepada sesama perwakilan. Jangan lagi ada kepala haiwan yang sujud di masjid atau unggun api yang berkayukan kain rentang. Ugut-ugutan diharap dibuangkan jauh dan lakukanlah perubahan kepada semua.

Semoga pilihanraya kali ini akan memberikan nafas baru kepada senario politik kampus di univerisiti ini. Cukuplah selama ini kita bertengkar dan bertegang urat. Sudah tiba masanya si penggerak dan si pro berjabat tangan.

Friday, January 22, 2010

Mahasiswa dan Politik

Artikel ini pernah disiarkan sebelum ini buat yang pernah membacanya. Menjelang pilihanraya kampus semakin menjengah, artikel ini adalah permulaan untuk kupasan isu pilihanraya kampus. Artikel ini juga akan ada kesinambungannya.....


situasi 1 : sebentar tadi ada seorang rakan bertanya kepada saya, "eh, skang ni gagasan yg pegang ek?".
situasi 2 : saya bertanya kepada seorang kenalan, "wey, agak2 rohaizat bley menang tak?". jawab kenalan tersebut, "aku tak layan lah realiti tv sume ni".
situasi 3 : saya bertanya pendapat kawan saya, "agak2 sape menang kali ni? penggerak ke pro?. respon darinya, "entahla.mane2 pun aku tak kisah slagi tak kacau idup aku."

bagi yg memahami dan mengikuti perkembangan politik samada politik sebenar atau poltik kampus pasti faham situasi2 yg telah saya gambarkan di atas. tp, mungkin yg tidak mengikuti mesti akan cakap, "ape ko mrepek ni setan" atau "b***h pak hang". namun sedarlah, inilah hakikat yg perlu untuk kita semua terima dan renungkan betapa cetek dan rendahnya pengetahuan segelintir rakan-rakan kita (atau lebih tepat, MAHASISWA) tentang dunia politik tanahair.

memang, apabila berbicara mengenai isu politik, ramai yg mencebik muka dan ramai juga yg pening kepala. pening kepala bukan kerana memikirkan masalah2 politik, tp sebab 1) tak minat 2)takde knowledge 3) topik tak seGRAND epl atau brand2 yg sale 4) takde kisah balak2 or awek2.. maka, melihat kepada perkara ini, pada hemat saya inilah yg menjadi punca kepada krisis kepimpinan samada di universiti atau pun di negara kita.

saya mulakan di peringkat universiti dahulu..kadang2 malas juga nak bersembang dgn kawan2 sebab bila nak buka ssuatu isu, kebanyakannya tak tahu dan tak minat. bukanlah ingin merendahkan tahap pemikiran dan inteletual kawan2, tp bagi saya, seorang mahasiswa perlu untuk mengetahui selok-belok politik dan kaedah yg paling dekat dan mudah adalah dgn mengenali dan memahami politik kampus. bila berbicara tentang politik kampus, banyak benda yg dapat dilihat dalam kalangan mahasiswa2 terutamanya dalam aspek memahami rencah politik kampus. saya sedar siapalah saya ini untuk berbicara mengenainya kerana baru setahun jagung di kampus. namun, sekurang2nya, saya mempunyai pengetahuan mengenainya dan saya kira dengan pengetahuan yg tidak seberapa ini, bolehlah juga saya membuat beberapa penialaian dan analisis terhadap politik kampus. namun, bukan penilaian tersebut yg ingin saya utarakan di sini, tetapi penilaian terhadap minat dan pemahaman mahasiswa itu sendiri. kadang2 saya sedih, ada segelintir mahasiswa yg tidak berminat dgn politik kampus. golongan ini agak rugi kerana di universitilah tempat yg paling bagus untuk memahami apa itu politik dgn mengenali politik kampus. kemudian, golongan kedua adalah golongan yg sekadar ikut-ikutan. golongan ini pun agak sedih juga untuk dilihat kerana mereka hny menjadi pak turut semata2 dan pegangan mereka adalah berasarkan momokan org2 yg lebih senior dan bukanlah hasil daripada penilaian mereka sendiri. ini terbukti di sekeliling saya. bila ada org sokong penggerak mahasiswa (dulunya aspirasi), depa pun sokong. bila penyokong2 pro mahasiswa (dulunya gagasan) fanatik, depa pun fanatik jugak. bila ada org nak buat SOMETHING NEW, bebas, diorrrrang pun nak gak jadi bebas. hakikatnya, bila ditanya apakah perjuangan setiap kumpulan ini, kebaikan dan keburukan, semua bg jawapan sama. belah sini cakap belah sana tu korup, barua hep, belah sana pula cakap belah sini ekstrem, fanatik, yg belah tengah plak(bukan syafiq ghazalai a.k.a gon), ikut ja dan sokong ja apa yg dua2 belah tu sembang. golongan ketiga yg benar2 taksub dgn politik. apa yg poltik luar buat, mereka pun ingin melakukan perkara yg sama. luar buat demonstrasi, dia pun nak buat demonstrasi. luar nak hapuskan ISA dan AUKU, depa pun nak hapuskan. luar buat seminar2 kat hotel, mereka juga ingin buat di hotel. luar buat bebas, diorrrrang pun nak jd buat tanah bebas. then, bila ditanya mengapa? semua terkebil2 tanpa jawapan yg memuaskan.

inilah silap kita. nak kata mahasiswa tak pandai, takkan semua dapat masuk universiti? (yg kabel tak tersenarai ye). tapi apabila berbincang mengenai isu2 berat seperti ini, semua geleng kepala. saya kira, mahasiswa perlu untuk memahami dunia politik. tidak perlu menganggotai mana2 parti pun, cukuplah dgn mengikuti rapat perkembangan semasa. ingat, kitala model yg terbaik untuk ditunjukkan kepada pihak luar betapa idealogi mahasiswa ini sememangnya menjunjung daya intelek yg tggi. idea mahasiswa ini sepatutnya lain dari yg lain. kalu org lain cakap 1 + 1 = 2. mahasiswa cakap 1 x 2 pun boleh dapat 2. kalu org lain cakap botol itu separuh penuh. mahasiswa cakap botol itu pun separuh kosong. inilah beza mahasiswa dgn org lain. kalau berbicara tentang SHOPPING!, semua boleh buat. Kalau berbicara tentang cerita wayang, semua gak boleh cakap. kalau berbicara tentang bola, semua boleh buat. tp untuk berbicara tentang politik, hny mahasiswa yg benar2 mampu untuk mengupasnya. percayalah!

maka, saya berharap agar mahasiswa2 di malaysia, mulakan langkah dgn memahami dan meneganali sistem politik kita dan mengetahui isu2 semasa. jgnlah bila nak masuk kelas consti (khas untuk budak law) baru nak terhegah2 tny ape isu semasa sekarang. alangkah bagus, di sebalik timbunan2 CLEO, REMAJA, kita selitkan juga DEWAN MASYARAKAT atau sekurang2nya akhbar harian. di sebalik kesibukan dgn aktiviti kolej, binalah kemantapan pemikiran yg kritis dan jgn hny bermegah dgn pakaian " jawatan" anda..

Wednesday, January 20, 2010

Pendosa dan Pencerita

ku terjumpa satu topeng,
di belakangnya ada conteng-conteng,
ada pesan yang jangan dipandang enteng,
lalu ku namakan ia,
pesan si topeng.


....................................

rindu,
asalnya dalam hati,
senang diungkap,
sukar diresap.

dan bila hati insan itu rindu,
bergetar jiwanya saat melafazkan,
katanya benar,
maksudnya sungguh.

pendosa,
sesalan tidak terucap,
atas segala keterlanjuran sikap,
hitam kisahnya tersingkap,
namun rindu hatinya masih boleh diungkap.

rindu sang pendosa,
rindunya pendam,
sesalannya atas dosa-dosanya,
rindu untuk kembali bahagia.

dosanya penuh,
sepenuh langit,
melintangi bumi,
rindunya juga teguh,
setinggi langit,
sedalam bumi.

pencerita,
cakapnya banyak,
lidahnya sentiasa mendahului hatinya,
indah susunan katanya,
rindu itu zikirnya,
ubatan kepada pencinta dirinya.

rindu seorang pencerita,
rindunya banyak siratan,
separuh buat dirinya,
suku buat pencintanya,
jiwanya terseksa,
dirinya sengsara,
rindukan sang pencintanya?

pada suatu ketika,
sang pendosa bertemu dengan pencerita,
maaf pembuka bicara,
terlalu banyak rindu terlimpah,
setiap rindu diluah,
moga kasih tidak berubah.

masa kini merungkai simpulan-simpulan rahsia,
hijab-hijab pencerita mula dibuka,
pendosa mula meragui kasih pencerita,
benarkah rindu yang dirasa?
atau sekadar penenang jiwa?

kisah pasangan,
pendosa dan pencerita,
mulanya manis,
tengahnya pahit.

pendosa,
kesedihan menghias hidup,
sepi dalam sesalan,
sesalan tidak terampun,
taubat untuk dirinya.

pencerita,
pemilik kekal setiap cerita,
dialah pencorak,
dialah pemutus,
cerita indah tatapan pendengar riwayatnya.

mungkin ini akhirnya?

..........................................

topeng,
moga ku dapat bertemu tuanmu.

Sunday, January 17, 2010

Kuasa Sepasang Mata

Mata,
Banyak falsafah mengenainya,
Banyak juga kehebatan mengenainya.

Mata,
Setiap objek yang ada namanya,
Juga bukan calang-calang kehebatannya,
Matahari, sumber tenaga,
Matawang, sumber penjana,
Mata air, sumber bahagia,
Sekadar beberapa nama.

Bagaimana pula kuasa sepasang mata?
Kata orang aura sepasang mata kuat kesaktiannya,
Sepasang mata mampu menceritakan segalanya,
Sepasang mata mampu mempengaruhi seluruh minda,
Sepasang mata mampu mencairkan sekeping jiwa,
Mungkin benar juga kata pujangga,
Dari mata turun ke hati,
Boleh juga dari mata sakitnya hati,
Maka jagalah mata dan berhati-hati.

Mengapa sepasang mata banyak kesaktiannya?
Mungkin kerana mata yang menyaksikan segalanya,
Mata lah yang melihat keindahan,
Mata lah juga yang melihat keburukan,
Maka banyak juga rahsia yang mata simpan,
Sehingga mata sudah tidak mampu menahan,
Lalu segalanya diluahkan.

Hebatnya kuasa sepasang mata,
Ia tidak mampu menipu sesiapa,
Biarpun bibir menguntum senyuman,
Biarpun lidah mengukir alunan,
Namun hanya mata yang mampu menguji kesahihan.

Demikianlah kuasa sepasang mata,
Semoga ada yang mampu membacanya.

Monday, January 11, 2010

Misteri Sang Misteri

Misteri,
Ada yang mengerti,
Ada yang menakuti,
Ada yang peduli,
Ada yang sangsi,
Tapi tiada yang pasti,
Kerana ia adalah misteri.

Misteri,
Kuasanya hebat menyelubungi,
Sehingga boleh menumbangkan diri,
Malah ada yang terjerat sekali,
Tanpa dapat mempertahankan diri,
Namanya pun MISTER I,
"Tuan saya" selaku empunya diri,
Wajarlah diri ini tunduk mematuhi.

Misteri lagi sang misteri,
Tiada siapa yang memahami,
Hatta sang misteri itu pun sendiri,
Kisahnya misteri,
Jiwanya lebih misteri,
Impiannya adalah satu misteri,
Perasaannya penuh misteri.

Namun sang misteri ini agak mengerti,
Bahawa dirinya adalah sebuah misteri,
Sehingga kadang-kadang dia takut menerokai,
Takut-takut tersalah jalan memakan diri,
Akhirnya merintih menyesali.

Mencari jawapan bagi setiap persoalan,
Persoalannya pula banyak yang bertimbunan,
Sekali persoalan terlerai,
Dua kali persoalan lain pula yang merantai,
Sekali jawapan melerai,
Masih lagi belum nampak ia akan selesai,
Misteri semakin mendalam,
Sang misteri pula semakin kelam.

Mungkin ada yang cuba merungkai,
Supaya sang misteri tidak terkapai-kapai,
Memberi petunjuk dan panduan,
Buat sang misteri meneruskan perjalanan,
Semoga sang misteri bijak menafsir dan memahami,
Agar petunjuk memanfaatkan diri,
Barulah jalan ini boleh dilalui,
Biarpun penuh onak dan duri.

Tapi ingat sang misteri,
Melarikan diri bukan lagi pilihan,
Kalau inginkan pemandunya adalah pengalaman,
Laluilah dan tempuhilah dengan segala kekuatan,
Kerana lari hanya membawa kepada keletihan dan kepenatan,
Bukannya membantu menyelesaikan segala ketidakpastian.

Mungkin kini sang misteri sudah sedikit mengerti,
Impiannya sudah dikenal pasti,
Kebahagiaannya turut mula menampakkan diri,
Sang misteri juga mungkin sudah tahu yang terbaik untuk diri,
Langkah sang misteri tampak laju dan takkan berhenti,
Apatah lagi menoleh ke belakang dan berundur diri,
Yang tinggal hanyalah misteri di destinasi,
Untuk yang itu, berserahlah kepada Ilahi,
Kerna DIA yang maha mengetahui.

Dan dari pihak yang cuba membantu untuk merungkai,
Hanya doa dan pesanan yang mampu diberikan,
Mungkin masanya juga akan tiba,
Diselubungi misteri dan menggantikan tempat sang misteri,
Apabila sang misteri sudah tidak lagi menjadi misteri,
Mungkin juga dirinya akan bersama,
Berkongsi destinasi dengan sang misteri.

Buat sang misteri,
Ruang ini ditinggalkan untuk diisi,
Apabila sang misteri mendapat jawapan yang pasti.

.......................

Friday, January 8, 2010

Pungguk dan Bulan


Bagai si pungguk rindukan bulan,
Kata orang menanti perkara yang tak mungkin tercapai,
Kerana bulan itu jauh,
Pungguk tak mampu sampai,
Maka hanya boleh merindu sajalah.

Kadang-kadang,
Kasihan juga pada si pungguk,
Hanya mampu melihat bulan,
Sedangkan hati meronta ingin mendampingi bulan,
Namun dek kerana jaraknya,
Si pungguk terpaksa menahan perasaan.

Kadang-kadang,
Kagum juga pada si pungguk,
Tak jemu-jemu merindui bulan,
Biarpun dia tahu bulan itu jauh untuk digapai,
Namun hatinya tak pernah luntur biarpun dipukul badai.

Bulan pula tinggi kedudukannya,
Mungkin bulan juga rindukan pungguk,
Tapi bulan lagilah tidak mampu berbuat apa-apa,
Sekadar melihat dari jauh,
Wajah si pungguk yang kerinduan.

Tapi bulan pun tak jemu-jemu menghadap pungguk,
Walaupun bulan hanya ada di malam hari,
Bulan cuba yang terbaik di hadapan pungguk,
Supaya pungguk tak jemu melihat bulan.

Namun, sesuai kah pungguk dan bulan?
Masing-masing berbeza fitrah dan adat,
Masing-masing dipisahkan jarak yang bukannya dekat,
Malah mustahil pun untuk melekat,
Pungguk ini pun bukannya calang-calang,
Setiap waktu ada sahaja pemburu yang menanti peluang,
Maklumlah, nilai pungguk ini tinggi,
Haiwan eksotik permintaan pun tinggi.

Bulan pun hanya mampu menerangi perjalanan malam pungguk,
Agar pungguk tak terperangkap dengan jerat pemburu,
Bulan cuba memandu pungguk,
Biarpun dari jauh supaya pungguk sentiasa dibantu,
Bulan sangat risaukan pungguk,
Takut-takut nanti bukan bulan yang pungguk rindu.

Biar apa pun perbezaan,
Biar apa pun haluan,
Mungkin ada persamaan,
Antara pungguk dan bulan,
Walaupun kecil atau kebetulan,
Sekurang-kurangnya ada titik pertemuan,
Mata pungguk dan bentuk bulan,
Sama bulat sama padan,
Hanya itu pengubat rindu pungguk dan bulan.

Wednesday, January 6, 2010

Mesej dari P. Ramlee


Kaulah satu-satunya,
Di antara berjuta,
Insan teristimewa,
Kau kebanggaan kita,
Kau budayawan bangsa,
Engkau..lagenda.

P. Ramlee,
Nama yang tidak perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut,
Keagungannya memang tidak ada tandingan,
Karyanya tidak lekang dek panas,
Sentiasa segar sepanjang zaman.

Semua orang suka cerita P. Ramlee,
Malah tak jemu ditonton berulang kali,
Ada juga dialognya dihafal hingga ke muda-mudi,
Dari Penarik Beca hingga Laksamana Do Re Mi.

Namun, pernahkah kita sedar,
P. Ramlee menghantar mesej kepada kita,
Bahawa sesuatu perkara itu akan berlaku.

..........................................
Pertama,
Adegan filem Laksamana Do Re Mi, perihal kerajaan Negeri Pasir Berdengung yang terpaksa bersidang di bawah pokok kerana kerajaannya digulingkan, kini diaplikasikan oleh Negeri Perak yang turut terpaksa bersidang di bawah pokok juga kerana kerajaannya digulingkan.

Kedua,
Adegan filem Pendekar Bujang Lapok, seorang pakcik mengeja, Alif Mim Nun Wau = UNTA, maksudnya UMNO UNTA. Sama juga yang berlaku ketika ini apabila UMNO pun dah macam unta ketika ini. Sifat unta suka mengamuk, UMNO pun ketika ini suka sangat mengamuk.

Ketiga,
Adegan filem Anak Bapak, petikan dialog yang diucapkan oleh A.R Tompel, belum pernah dalam sejarah hakim tunggu tertuduh, tapi kini ramai hakim terpaksa tunggu tertuduh malah ada kes yang terpaksa ditangguhkan kerana tertuduh tak sampai-sampai.

Keempat,
Kisah Nujum Pak Belalang yang berkenaan seorang budak kecil yang bernama Belalang, cerdik dan pintar sekali sehinggan menjadi aset kepada negaranya, kini juga ada seorang budak pintar yang diharap mampu menjadi aset kepada negara kita, Adi Putra.

Kelima,
Masih lagi kisah Nujum Pak Belalang yang berkenaan jawapan teka-teki yang terlepas ke tangan Belalang sehingga menyebabkan Kerajaan Baginda Masai berputih mata, kini dua enjin pesawat kita juga terlepas entah kepada siapa dan maklumatnya mungkin akan menyebabkan Kerajaan kita turut berputih mata.

.............................................
Ini baru lima yang dapat dikesan,
Mungkin kalian boleh memikirkannya lagi,
Dan sama-samalah kita berkongsi.

Sama ada ia kebetulan,
Atau ia suatu ramalan,
Namun yang jelas mesej daripada P. Ramlee,
Wajar juga kita renungi.

Mesej daripada LAGENDA.


p/s : sangat suka Pendekar Bujang Lapok

Tuesday, January 5, 2010

Anugerah



Nawwaitu itu sentiasa penting dalam setiap perbuatan,
Untuk mendapat ganjaran bergantung kepada nawwaitu,
Rasa keikhlasan dan penuh rendah diri juga satu kewajiban,
Untuk mendapat azimat dan kerahmatan,
Lebih-lebih lagi dalam mengatur langkah dan perjalanan.

Firasat juga penting dalam menyusun hidup,
Agar diri sentiasa yakin dan percaya mengenai gerak hati,
Tanpa keyakinan diri tidak akan berdiri,
Ilham juga tidak akan menjelmakan diri,
Nukilan jiwa pula seakan tidak mengerti,
Ibarat jasad tanpa rohani, ibarat jantung tidak berdegup.

Jalan itu sudah ditunjukkan,
Akal pula sedia untuk menjadi pemandunya,
Agar diri tidak gundah-gulana,
Fikirlah sebaik-baiknya,
Anugerah Ilahi banyak gunanya,
Rajin-rajinlah kita mentelaahnya.

Syukur atas anugerah-MU.

Rama-rama dan Kupu-kupu



Rama-rama dan Kupu-kupu,
Ramai yang sangka kalian serupa,
Tapi hakikatnya kalian berbeza.

Rama-rama dan Kupu-kupu,
Kalian berkongsi gaya nama yang sama,
Kalian juga berkongsi kisah permulaan yang sama,
Tapi akhirnya kalian membawa haluan masing-masing.

Diri ini diberitahu perihal rama-rama,
Cantik, menawan dan ramai yang suka,
Sukakan madu dan sukakan bunga,
Memang indah hidup rama-rama,
Kemanisan makanannya,
Keharuman kehidupannya.

Diri ini diberitahu perihal kupu-kupu,
Warnanya kusam, gelap dan kelabu,
Aktif di waktu malam dan sukakan cahaya lampu,
Agak berbeza perjalanan kupu-kupu,
Kehidupannya membisu,
Hatinya tiada siapa yang tahu.

Tapi buat rama-rama,
Jangan terlalu bangga dengan dirimu,
Ingatlah asal-usulmu,
Ketika dirimu menjadi ulat,
Tiada siapa yang memandangmu,
Malah ada juga yang jijik padamu,
Kini bila dirimu menjadi cantik,
Jangan kau lupa cantikmu tak lama,
Lambat laun binasa jua.

Kepada kupu-kupu,
Janganlah terlalu merendah diri,
Usah kau sembunyikan diri dengan warnamu yang kusam,
Teruskanlah meredah malam andai itu kebahagiaanmu,
Tidak mengapa kalau cahaya lampu penyerimu,
Kelak orang akan perasan kehadiranmu,
Kelak orang akan mengerti isi hatimu,
Tapi jangan sampai dirimu hilang dalam gelap malam.

Buat rama-rama dan kupu-kupu,
Kalian berasal dari bentuk yang sama,
Telur, ulat, pupa, larva, kepompong,
Kemudian kalian keluar dari kepompong melihat alam,
Mungkin rezeki dan takdir kalian berbeza,
Namun kalian masih mampu terbang,
Mencari apa yang kalian inginkan,
Ingat, proses itu bukannya sekejap,
Penuh kesabaran dan memakan masa,
Maka jangan disia-siakan peluang yang ada,
Selagi mampu terbang, terbanglah,
Selagi mampu hinggap, hinggaplah,
Kerana nanti takut kalian tidak puas dengan kelebihan yang ada,
Takut juga sesal tak sudah.

Begitulah juga hidup,
Prosesnya bukan mudah,
Sabar juga dituntut,
Maka jangan biarkan ia terbantut.

Rama-rama dan Kupu-kupu.


p/s : menunggu seorang teman menunaikan janji untuk membawa ke taman rama-rama

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru.. Pengajaran dari bulan.



Selamat Tahun Baru..!!
Mungkin masih belum terlambat untuk diucapkan kepada kalian.
Sudah lama blog ini tidak diusik.
Banyak sangat ranjau yang terpaksa dihadapi sepanjang minggu ini sehingga seorang teman merungut bila blog ini hendak bertambah entrinya.
Maka, buat teman tersebut, jangan risau, kini blog ini akan sentiasa "bersuara".
Kali ini, entri akan dibuat dalam keadaan berbeza.
Tiada falsafah pujangga, tiada rima sekata, tiada juga perlambangan jiwa.
Sekadar catatan peribadi untuk dikongsi.

Tahun baru kali ini disambut dengan kelainan. Tiada kunjungan ke konsert-konsert, tiada bermesra dengan sahabat-handai, tiada juga lepak-lepak di pusat membeli-belah.
Kali ini, yang ada hanyalah keluarga tercinta. Biar pun kecil saiznya (hanya pada bilangan ahli ye..hahaha) namun besar kesan dan pengertiannya. Bersama mereka masalah dilupakan, bersama mereka hadir ketenangan dan kedamaian, bersama mereka sinar pelangi tiba memancarkan warnanya. Benar juga pesan seorang teman, selepas hujan yang lebat, akan muncul pelangi yang indah.

Itu kelainan dari orang-orang di sekeliling. Kini kelainan mengenai sambutannya pula. Kebiasaannya, pada malam tahun baru, yang paling popular adalah melihat percikan bunga api sambil mengira countdown. Kelainan yang diraih pada malam tahun baru kali ini pula, bukan bunga api yang dilihat, bukan juga konsert yang ditonton, tetapi gerhana yang ditunggu. Hasil jemputan seorang teman, keluarga yang kecil ini bergerak ke Pulau Pinang untuk melihat sebuah keindahan semesta yang jarang disaksikan. Pada mulanya, apabila teman tersebut menceritakan mengenai aktiviti mencerap bulan, agak kurang minat untuk mengetahui lebih. Kemudian, pelawaannya pula agak liat untuk dipenuhi (haha, maaf teman), tapi, mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari, mungkin juga ada sesuatu yang boleh ditafsiri. Kerana teman ini jarang ditemui dan jarang juga dihubungi. Ku lihat ada persamaan antaranya, gerhana bulan yang jarang terjadi, pelawaan teman yang jarang dihubungi.Apabila perkara yang jarang berlaku itu terjadi, maknanya adalah sesuatu yang mungkin berlaku. Siapa tahu, mungkin...

Kelainan yang lain adalah buat pertama kalinya, tahun baru disambut bersama tiga "organ" yang berbeza. Keluarga, Sepupu dan Sahabat. Gabungan yang agak lengkap kerana semua ciri yang dikehendaki ada dalam lingkungan ini. Tempat untuk meluahkan perasaan, tempat untuk bergembira, tempat untuk berkonsi cerita, tempat untuk memperoleh sokongan dan kekuatan, semuanya disediakan oleh tiga organ ini. Sengaja dinamakan organ, kerana badan tanpa organ, maka tak sempurnalah ia sepertimana tuan diri tanpa organ yang disebutkan ini. Aktiviti yang dilakukan hanya lah biasa, menonton wayang, bersiar-siar di seluruh pulau, mencuba pelbagai juadah dan menangkap gambar sebagai kenangan. Cukup biasa. Tetapi jiwa ini tenang dan berasa cukup lega. Benarlah kata orang, kadang-kadang tindakan yang biasa, kesannya luar biasa.

Begitulah tahun baru ku kali ini. Besar pengajaran yang tersirat mahupun yang tersurat dipelajari dan ditafsiri. Perjalananku ke 2010 penuh dengan ranjau dan penuh dengan keperitan. Penuh dugaan dan penuh keseksaan. Tapi ku berjaya tempuhinya jua berkat kekuatan dan ketabahan yang dianugerahkan-NYA. Sebab itu permulaan 2010 adalah gerhana bulan yang ku lihat kerana diriku diselubungi gerhana taktala ku melangkah ke tahun baru. Namun, biarpun gerhana berlaku, bulan masih di situ, tidak pula lari dan menyembunyikan diri, kerana bulan tahu, gerhana itu akan pergi jua meninggalkan bulan dan akhirnya, bulan kembali memancarkan cahaya yang diberikan oleh suria berkat kesetiaan dan ketabahannya menunggu dengan penuh sabar. Bulan juga tahu, gerhana tidak boleh dielak dan pasti jua berlaku kerana itulah ketetapan yang harus dilalui kerana jika tak dilalui, malapetaka akan menjelma. Semoga diriku juga begitu, terus sabar dan tabah, agar 2010 kembali menyinarkan hidupku setelah 2009 mencalit gerhana dalam hidupku. Semuanya telah ditetapkan dan perjalanan ku seterusnya hanya DIA yang tahu.

Terima kasih buat teman yang sudi menemani.
Pelawaanmu membuka mataku.
Ku pulang dengan penuh kelegaan dan keasyikan.
Ku pulang membawa mutiara dari Pulau Mutiara.