KASIH MEMBAWA PERLBAGAI MAKNA. KASIH JUGA TERKANDUNG BERIBU KISAH. SAMADA KASIH MAMPU PENGUBAT DUKA ATAU KASIH YANG MENCALIT LUKA, BIARLAH KISAH YANG MERAKAMKAN SEMUANYA. SEMOGA YANG MEMBACA BAHAGIA MENYELUSURI KISAH SANG KASIH. BEGITULAH KEHENDAKNYA...
Wednesday, January 6, 2010
Mesej dari P. Ramlee
Kaulah satu-satunya,
Di antara berjuta,
Insan teristimewa,
Kau kebanggaan kita,
Kau budayawan bangsa,
Engkau..lagenda.
P. Ramlee,
Nama yang tidak perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut,
Keagungannya memang tidak ada tandingan,
Karyanya tidak lekang dek panas,
Sentiasa segar sepanjang zaman.
Semua orang suka cerita P. Ramlee,
Malah tak jemu ditonton berulang kali,
Ada juga dialognya dihafal hingga ke muda-mudi,
Dari Penarik Beca hingga Laksamana Do Re Mi.
Namun, pernahkah kita sedar,
P. Ramlee menghantar mesej kepada kita,
Bahawa sesuatu perkara itu akan berlaku.
..........................................
Pertama,
Adegan filem Laksamana Do Re Mi, perihal kerajaan Negeri Pasir Berdengung yang terpaksa bersidang di bawah pokok kerana kerajaannya digulingkan, kini diaplikasikan oleh Negeri Perak yang turut terpaksa bersidang di bawah pokok juga kerana kerajaannya digulingkan.
Kedua,
Adegan filem Pendekar Bujang Lapok, seorang pakcik mengeja, Alif Mim Nun Wau = UNTA, maksudnya UMNO UNTA. Sama juga yang berlaku ketika ini apabila UMNO pun dah macam unta ketika ini. Sifat unta suka mengamuk, UMNO pun ketika ini suka sangat mengamuk.
Ketiga,
Adegan filem Anak Bapak, petikan dialog yang diucapkan oleh A.R Tompel, belum pernah dalam sejarah hakim tunggu tertuduh, tapi kini ramai hakim terpaksa tunggu tertuduh malah ada kes yang terpaksa ditangguhkan kerana tertuduh tak sampai-sampai.
Keempat,
Kisah Nujum Pak Belalang yang berkenaan seorang budak kecil yang bernama Belalang, cerdik dan pintar sekali sehinggan menjadi aset kepada negaranya, kini juga ada seorang budak pintar yang diharap mampu menjadi aset kepada negara kita, Adi Putra.
Kelima,
Masih lagi kisah Nujum Pak Belalang yang berkenaan jawapan teka-teki yang terlepas ke tangan Belalang sehingga menyebabkan Kerajaan Baginda Masai berputih mata, kini dua enjin pesawat kita juga terlepas entah kepada siapa dan maklumatnya mungkin akan menyebabkan Kerajaan kita turut berputih mata.
.............................................
Ini baru lima yang dapat dikesan,
Mungkin kalian boleh memikirkannya lagi,
Dan sama-samalah kita berkongsi.
Sama ada ia kebetulan,
Atau ia suatu ramalan,
Namun yang jelas mesej daripada P. Ramlee,
Wajar juga kita renungi.
Mesej daripada LAGENDA.
p/s : sangat suka Pendekar Bujang Lapok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment