Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama untuk kempen pilihanraya kampus Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010. Seperti biasa, hari pertama adalah merupakan hari penamaan calon. Maka, ketika ini barulah terbongkar siapa yang bertanding dan segala desas-desus juga terjawab.
Harapan kali ini, kepada semua perwakilan, baik yang bergerak dan yang tidak berkontra, murnikanlah politik kampus. jangan jadikan politik kampus ini sebagai medan membalas serangan, menabur fitnah dan melakukan segala perbuatan yang akhirnya akan menjejaskan nama baik universiti ini serta membuatkan orang menyampah dan takut dengan model politik yang kita tawarkan. Bertandinglah dengan benar-benar mengikut aspirasi dan gagasan pemikiran mahasiswa dan semaikanlah perasaan hormat dan setiakawan kepada sesama perwakilan. Jangan lagi ada kepala haiwan yang sujud di masjid atau unggun api yang berkayukan kain rentang. Ugut-ugutan diharap dibuangkan jauh dan lakukanlah perubahan kepada semua.
Semoga pilihanraya kali ini akan memberikan nafas baru kepada senario politik kampus di univerisiti ini. Cukuplah selama ini kita bertengkar dan bertegang urat. Sudah tiba masanya si penggerak dan si pro berjabat tangan.
No comments:
Post a Comment