Sunday, April 11, 2010

Nerakanya Negara

Kisah ini kisah perihal sebuah negara,
Untuk dijadikan peringatan buat kita semua,
Perihal negara yang dirundum binasa,
Kelak nanti tidak berlaku sejarah yang sama.

Hebat kedaulatan negara ini,
Diisytiharkan sebagai sebuah tanah yang merdeka,
Menjunjung kebebasan, keadilan dan demokrasi,
Tanpa membezakan agama dan bangsa-kononnya.

Negara ini diketuai oleh seorang perdana menteri,
Dibantu pula oleh empat menteri yang lain,
Disokong juga oleh tiga ketua pengarah,
Kepada mereka harapan rakyat diletakkan,
Supaya negara ini terus kuat dan perkasa.

Tapi sayang,
Sepanjang tampuk pemerintahan,
Proses kemajuan menjadi perlahan,
Adakalanya macam tak jalan,
Bila ada persoalan,
Kesuntukan masa sebagai jawapan,
Didokong pula soal kemelesetan,
Keyakinan rakyat semakin luntur,
Hala tuju negara semakin kabur,
Dahulu banyak janji yang ditabur,
Kini banyak alasan yang mengunjur.

Seperti biasa,
Tiba hari mengundi,
Tampuk kepimpinan akan berganti,
Namun,
Ruang pertanyaan juga diberi,
Maklumlah, demokrasi.

Ketika ini banyak keraguan dan serangan,
Maka berhujahlah perdana menteri membuat pembelaan,
Begitu juga buat menteri kewangan,
Namun jawapan dan penerangan tidak memuaskan,
Ditambah pula aksi yang memualkan.

Kesian kabinet menteri,
Bukan main hebat mereka dicaci,
Setiap patah jawapan dikunci,
Akhirnya terbelit memakan diri.
Atau,
Padan muka kabinet menteri,
Siapa suruh banyak menabur janji,
Lain kali ukurlah baju di badan sendiri,
Barulah tidak tercalar maruah diri.

Itulah kalian,
Tatang sangat golongan bangsawan,
Hingga tak endah golongan bawahan,
Kononnya itu kesamarataan,
Tiada bentuk pendiskriminasian,
Taksub sangat dengan sokongan,
Yang sebenarnya hanya sebesar kuman.
Hari ini,
Mereka yang kalian sanjung,
Mereka juga lah yang meninggikan hidung,
Sampai kalian jatuh tersadung,
Tanpa boleh kalian selindung.

Golongan yang kalian pinggirkan,
Golongan yang kalian tidak pernah endahkan,
Golongan inilah yang ingin memberikan bantuan,
Golongan inilah yang penuh dengan keikhlasan,
Demi memastikan negara ini terus bertuan,
Demi memastikan negara ini terus keruan.

Kepada si golongan bangsawan,
Betapa busuknya hati kalian,
Sanggup memperbodohkan diri,
Sanggup mengkhianati rakan sendiri,
Sanggup menjadi bahan dicaci,
Asalkan kemenangan yang kalian perolehi.

Mungkin juga kerana golongan bangsawan ini takut,
Dek kebangkitan golongan bawahan yang semakin ramai pengikut,
Kuasa dan kedudukan sudah mula diragut,
Akhirnya tidak tersembunyi wajah yang kecut perut.

Buat golongan menteri,
Mulalah menginsafi diri,
Janganlah terlalu membangga diri,
Kerana kalian sudah pun mencemar diri.

Buat golongan bangsawan,
Syabas strategimu berkesan,
Kebodohanmu berjaya mendapat kemenangan,
Tapi ingat, bukan tidak ada yang ingin melawan,
Tetapi menanti masa untuk kalian dijatuhkan.

Buat golongan bawahan,
Tanah ini boleh jadi milik kalian,
Asalkan ada semangat setiakawan dan perpaduan,
Kebinasaan ini perlu kita jadikan teladan,
Supaya si bangsawan nanti menjadi bangsa yang sawan.

Belajarlah dari kerajaan yang diaibkan.

3 comments:

  1. Post terbai setakat ini. Tahniah!!

    ReplyDelete
  2. post nii post first yang aku phm...hahahhaa
    tahniah!!

    -emi-

    ReplyDelete
  3. menarik haha will try our best =)

    ReplyDelete