Monday, January 31, 2011

Orang Kecik. Orang Besar



Dunia ni memang ada macam-macam ragam,
Ragam yang dibuat oleh macam-macam orang,
Orang yang ada macam-macam perangai,
Perangai yang macam-macam ada.

Dunia ni walau ada banyak orang,
Tapi ada dua jenis orang yang kita kena tahu,
Orang kecik dan orang besar,
Jangan dilihat pada saiznya,
Tapi kita tinjau pada statusnya.

Perihal orang besar,
Kata-katanya kecik tapi dibesar-besarkan,
Usahanya sekecik kuman, hebohnya sebesar gajah,
Cakapnya besar, buatnya kecik,
Pinggangnya besar, hatinya kecik,
Senyumnya lebar, fikirnya sempit,
Imbuhannya banyak, kerjanya sikit,
Darjatnya tinggi, nilainya rendah.

Perihal orang kecik,
Kata-katanya bising tapi didiam-diamkan,
Katanya berinti, dibiarkan basi,
Usahanya besar, hebohnya kecil,
Cakapnya kecik, buatnya besar,
Rintihannya bermakna tapi tak pernah dicakna,
Kudratnya banyak, ganjarannya sikit,
Hatinya besar, pinggangnya kecik,
Budinya tinggi tapi nilaiannya rendah.

Perihal orang besar berjumpa orang kecik,
Arahan si besar sedikit, kerahan si kecik berbukit,
Kata si besar pendek, sahut si kecik meleret,
Diam si besar beremas, diam si kecik lemas,
Suara si besar berlian, suara si kecik hanya kicauan.

Perihal orang kecik berjumpa orang besar,
Bisingnya bising berisi,
Kasarnya kasar berbudi,
Kurang ajarnya kurang ajar bermisi,
Sekali si kecik pergi, habis si besar 'pergi',
Sebab si kecik pakar dalam berevolusi,
Klau tidak masakan si besar boleh rebah ke bumi.

Orang besar senjatanya KUASA,
Orang kecik senjatanya SUARA.

Suara itu tenaga, tenaga itu kuasa.
Mungkin dah tiba orang kecik berkuasa,
Supaya orang besar tak lagi gila kuasa.

p/s : sedang berusaha dengan gigih untuk jadi orang kecik semula - literally -

Thursday, January 27, 2011

Debat

Aku suka berdebat,
Bukan sebab aku suka bercakap,
Tapi sebab aku nak cakap aku cakap bersebab.

Kata orang debat ini tak bagus,
Sebab debat ini boleh buat bergaduh,
Tapi bagus bergaduh berdebat dari bergaduh bertumbuk.

Orang selalu kata debat ini permainan,
Kita perlu tahu macam mana nak bermain,
Tapi bagi aku debat bukan benda main-main.

Ada juga orang cakap debat ini peperangan,
Perlu ada strategi dan analisis kekuatan,
Tapi hendak analisis debat kadang-kadang berperang juga.

Kenapa aku suka berdebat?
Kenapa aku tak pernah jemu berdebat?
Soalan ini dah ramai yang bertanya,
Tak kurang juga ramai yang tertanya-tanya,
Tapi itulah bila aku bertanya pada hati,
Hati pun akan bertanya kembali kepada aku,
"Kenapa?"
Kerna aku memang tidak punya jawapannya.

Mungkin sebab debat buat aku berfikir,
Mungkin sebab debat buat aku bertutur,
Mungkin sebab debat buat aku bertafakur,
Mungkin sebab debat buat aku berzikir.

Namun sesungguhnya,
Debat ini ada rohnya,
Roh yang punya iltizamnya,
Iltizam yang punya semangantnya,
Semangat yang punya juangnya,
Juang yang punya hatinya.

Magisnya debat,
Dalam bertengkar adabnya mekar,
Dalam bersantun bahasa melantun,
Dalam menyindir senyuman diukir,
Dalam sinis alunannya manis.

Samada aku seorang pendebat atau aku seorang yang berdebat,
Debat tetap akan jadi sebahagian darahku.

Bagiku,
Debat itu seni,
Bukan saja seni untuk hidup,
Tapi juga seni yang hidup.

Monday, January 24, 2011

Drama Day

Situasi 1 :

Perlawanan FRIENDLY futsal antara Fakulti Undang-Undang UM v Fakulti Undang-Undang UiTM. FUU UM diwakili 3 pasukan lelaki 2 pasukan wanita manakal FUU UiTM diwakili 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita. Format diadakan secara liga satu pusingan dan keputusannya, UM 1 menang bagi kategori lelaki manakala UiTM menang bagi kategori wanita.

Bukan keputusan yang aku pentingkan,
Tapi nilai persahabatan yang aku utamakan,
Sebab futsal ini bukannya pertandingan merebut kejuaraan,
Tapi sekadar riadah biasa dengan kawan-kawan.

Namun aku masih hairan,
Perlawanan ini tetap ada ketegangan,
Di gelanggang kekasaran dijadikan strategi,
Di luar gelanggang sindiran sebagai senjata psikologi,
Kesannya lahirlah perasaan tak puas hati,
Kalau tak kena gaya boleh jadi bertembung penumbuk dan tapak kaki,
Tapi mujur jugak ada yang sejuk hati,
Walaupun semua hitam dibakar panas matahari.

Bagi aku,
Kalau main sampai nak gaduh,
Baik tak payah buat ini game,
Baik UM mahupun UiTM,
Kena perhalusi lagi mana yang tak kena.

Nama pun FRIENDLY bukannya ENEMY!


Situasi 2 :

Di parking sebuah kawasan kediaman, terdapat sebuah kereta milik warga Arab Jahiliyah yang telah diclamp. Sebab clamp adalah Arab Jahiliyah ini telah park kereta dia melebihi had masa yang ditetapkan sebagai visitor iaitu melebihi 6 jam. So, logik akalnya, dia perlua bayar RM100 untuk clamp dibukak namun dia enggan dan secara langsinya, dia pi hon kereta dia untuk menyatakan protes. Kesannya, berduyun-duyunlah penduduk kawasan tersebut keluar untuk memaki hamunnya.

Ini sekali lagi bukti orang tak sedar diri,
Dia ingat dia Arab kita ambil peduli,
Nak kena layan macam VIP,
Padahal duduk sini pun atas dasar simpati.

Yang aku hairan,
Sekuriti ramai boleh tahan,
Tapi seorang pun tak berani nak lawan,
Amboi dengan bangsa Malaysia bukan main lagi korang meroyan,
Kena Pak Arab korang pulak jadi pondan.

Tapi aku puji penduduk di situ,
Semua keluar meluru-luru,
Memang takde rasa takut untuk serbu,
Semua tunggu masa nak lepas penumbuk macam peluru.

Inilah yang aku maksudkan,
Ini TANAH kita,
Ini NEGARA kita,
Biar kita ajar Arab Jahiliyah macam mana cara kita,
Jangan bagi muka,
Sebab dorang ni dah selalu sangat bermuka-muka.

Nasib baik juga mamat Arab tu,
Sebab yang dia ngadap rakyat Malaysia,
Yang masih tebal kewarasan diri,
Diberi lagi peluang membela diri,
Aku rasa kalau rakyat kita di sana,
Penumbuk, penerajang kompem dah kena.


Kesimpulan :

Hari ini, 23 Januari 2011, aku isytiharkan sebagai Drama Day aku.

Debat Keamanan - Aman kah hatiku?

ALHAMDULILLAH...mungkin ini perkataan terbaik yang boleh aku zahirkan atau gambarkan selepas berakhirnya Debat Keamanan Kali Pertama yang diadakan pada 16- 19 Januari 2011 yang lalu. Bagi yang sudah tahu atau belum tahu ataupun masih samar-samar, aku menduduki tempat keempat yang bermaksud aku telah tewas dalam peringkat separuh akhir dan juga penentuan tempat ketiga/keempat.

Debat Keamanan ini merupakan debat yang menggunakan format ala-presiden yakni satu lawan satu. Ala, yang macam Anwar Ibrahim lawan Shabery Chik tu (inilah penerangan terbaik yang boleh aku berikan pada setiap soalan yang tanya 'macam mane tu'). Disebabkan debat ini diadakan buat julung kalinya, maka perasaanku untuk menjadi johan sulung pertandingan ini sememangnya sangat berkobar-kobar. Saban hari menjelang pertandingan, aku mengimpikan pentas final dan sememangnya perasaan aku untuk debat ini lain dari yang lain. Jujurnya, untuk debat-debat yang lain, aku hanya mula nervous bila hari sebenar dan itupun sekadar time release usul je. Tapi, kali ni, perasaan nervous tu ada sebelum aku bertolak ke venue pertandingan lagi. Dalam hati aku berdoa, 'Ya Allah, andai ini sesuatu yang baik, maka berkatilah'.

Di sini adalah ulasan bagi setiap perlawanan yang aku lalui. Nama pihak lawan aku tak dapat nak sertakan sebab tak ingat nama diorang..haha, teruk kan? =p

Hari Pertama

USUL 1 : Jika saya wakil Malaysia ke PBB, saya usulkan sekatan diberikan ke atas Wikileaks (PEMBANGKANG) lawan UPSI

Usul ni agak sesuai bagi aku untuk proses warm up sebab tidak terlalu berat dan tak perlukan penjelasan yang tinggi. Dengan sedikit ilmu yang dipelajari dalam undang-undang antarabangsa, aku berjaya memberikan hujah yang baik walaupun hakikatnya, dari segi performance, aku flop..haha..keputusan menang.

USUL 2 : Jika saya Presiden US, operasi ketenteraan di Timur Tengah saya teruskan (PEMBANGKANG) lawan UMT

Match ni jujurnya aku confident gila sebab usul ni memang aku buat research dan posisi pembangkang membuatkan aku lebih senang sebab usul ni pun macam menendang sikit. Tambah pulak bila aku dengar hujah pencadang adalah seperti yang aku jangkakan. Tapi aku taktaw mana silapnya, aku kalah. Kedammitan di situ. Mungkin over confident sangat kot.

USUL 3 : Kalau saya mewakili Malaysia ke Bank Dunia, Dinar Emas saya usulkan sebagai remedi ekonomi global (PEMBANGKANG) lawan UNIMAS

Dalam banyak-banyak usul, aku paling tak suka usul ni sebab aku memang ZERO dalam isu-isu ekonomi. Segala istilah pejadah semua pasal ekonomi aku taktaw dan aku masuk dengan kertas yang hampir kosong sebab taktaw nak tulis apa. Time ni la tringat lecturer ekonomi aku kat uitm dulu dan kekesalah timbul pasal mengabaikan pengajaran beliau. Tapi, jujur gak, pencadang pun tak la pandai mana. Hujah pergi bawak time zaman Rasulullah dulu, memang tak relevan la. Tapi nak buat macam mana, hakim suka. So kalah lagi.

Dan hari pertama aku : menang 1 + kalah 2 = moral down yang sangat2 teruk!

Hari Kedua

Sebelum aku mulakan hari kedua aku, aku berdoa 'Ya Allah, andai ini aturan terbaik-MU untuk kejayaan aku di debat keamanan ini, aku turuti saja'.

USUL 4 : Demi Keamanan ASEAN, Saya mengusulkan supaya Selatan Thailand perlu diberikan kuasa autonomi (PENCADANG) lawan USIM

Bila aku dapat jadi pencadang, aku rasa happy dan yakin sebab pengetahuan aku pasal usul ni dalam la jugak dan secara peribadi pun, aku memang setuju selatan Thai diberikan autonomi. Performance aku pun boleh tahan (yela, misi wajib menang) walaupun penyampaian hujah aku tak habis sebab tak cukup masa. Keputusan usul diterima.

USUL 5 : Jika saya Pengerusi Kesatuan Afrika (AU), saya usulkan Referendum Pemisahan Sudan 2011 wajar diboikot, demi keamanan serantau (PEMBANGKANG) lawan UPNM

Referendum Sudan! mende tu? haha. itulah pertanyaan asas aku bila aku tengok usul ni. Tapi bila da buat research, aku rasa usul ni sangat menarik. Sudahlah aku dapat pembangkang, lawan pulak dengan TOM, pendebat tuan rumah dan calon favaourite debat ini. So, semangat juang kenalah tinggi sebab kalau aku kalah match ni, memang aku takkan break. Alhamulillah, segalanya berjalan lancar dan boleh dikatakan, inilah match yang paling aku perform sepanjang tournament ini dan buat sekian kalinya, aku rasa puas bila aku habis berhujah. Keputusan, aku menang.

USUL 6 : Jika saya Presiden Iran, sasaran nuklear saya tujukan kepada Arab Saudi, bukan Israel (PEMBANGKANG) lawan UMT

Over tak usul ni? haha..aku dapat rasakan aku berdosa gila kalau aku dapat jadi pencadang (over gak statement aku kan? haha) tapi mujur aku dapat jadi pembangkang. Bagi aku, match ni match paling penting, lagi penting dari final. Tambah pulak, aku lawan pendebat yang kalahkan aku time pusingan kedua, so dendam kesumat amat membara ketika itu. Kali ni, dia agak flop dan tak setenang time aku lawan dia sebelumnya. So, dengan mengambil sentimen anti Israel, aku terus mengasak walaupun hujah aku macam hanjeng..haha..tapi mujur, aku menang.

Setelah diumumkan kedudukan, aku berada di ranking ketujuh, cukup untuk layak ke suku akhir.

Suku Akhir : Jika saya PM Malaysia, saya usulkan inovasi terhadap Keselamatan Teknologi Maklumat demi keselamatan (PEMBANGKANG) lawan USIM

Untuk tajuk ni, aku tak kisah aku dapat posisi apa sebab aku memang dah well prepared untuk saingan suku. Tido pukul 5.30 am, bangun pukul 7.00 am, mampu kau? Sebab tu aku yakin walaupun lawan aku ialah nama besar dalam dunia perdebatan dan juga calon kuat juara edisi sulung iaitu IKHWAN. Mujur jugak, dia tak perform seperti selalu dan alhamdulillah, kesilapan yang dia buat aku dapat gunakan untuk matikan hujah dia. Kata orang aku paling perform match ni walaupun aku rasa match yg aku paling perform adalah match pusingan kelima. Walau apa pun, aku syukur sangat2 sebab menang dan masuk semi.

Separuh Akhir : Jika saya PM Malaysia, demi keamanan, saya usulkan ISA perlu dimansuhkan (PENCADANG) lawan UKM

Usul ni memang usul aku sebab aku budak law. Tapi sebab aku tak prepare langsung tajuk ni, hujah aku teramatlah haram jadah padahal aku di semi. Argghhh, malas nak kenang. So, aku kalah match ni.

Tempat 3/4 : Jika saya PM Malaysia, Revolution Military Affairs saya letakkan sebagai keutamaan dalam bajet, demi keselamatan (PEMBANGKANG) lawan UiTM

Match ni aku paling takde semangat sekali sebab aku sangat sedih kalah semi dan tak amsuk final. Preparation pun light2 jah dan time match memang aku takde semangat nak melawan. Sepanjang match dalam hati aku cakap 'bila nak habis ni' dan 'apa2 je la' dan 'mendelah yang aku merepek ni'. So, aku kalah mudah.

Kesimpulannya, aku memang sangat2 terkilan dengan kegagalan aku muncul juara atau sekurang-kurangnya beraksi di pentas final. Tahniah aku hulurkan buat sahabat seperjuangan aku, FIRDAUS AHMAD atas kejayaan beliau ke final dan meraih juga final pertama dalam karier debatnya. Yang buat aku lagi sedih sebab kalau aku masuk final, match final nanti adalah UM v UM. Mesti grand kan? Tapi nak buat macam mana, TUHAN still cakap NO kat aku. Adalah tu benda yang aku kena baiki dan pertingkatkan. Terima kasih untuk semua yang mendoakan dan juga yang sentiasa memberi tunjuk ajar terutamanya Abg Wan, Abg Otel, Abg Istajib, Abg Danial, Abg Azizi, Abg Jaamat, Abg Zizul dan John. Dan semestinya Adie Ucin yang begitu setia sebagai wakil aku dan juga daus n asri. Apa2 pun, aku janji, untuk edisi akan datang, aku akan pastikan kejuaraan akan menjadi milik UM.










INSYAALLAH, untuk edisi akan datang perkataan "KEEMPAT" itu akan bertukar ke "JOHAN"

Thursday, January 13, 2011

Kena Lagi II ..

Kisah ni mungkin bagi korang taklah lawak mana,
Tapi bagi aku bila kenang sorang-sorang ketawa lah juga,
Not bad untuk first time jumpa,
Rasa dah lama kenal macam biasa..

.......................................

Ada satu malam, aku pergilah makan char kuey tiow stesen universiti kat kerinchi tu bersama junior-junior ku. Kebetulan pula, junior ku sorang ni tak pernah merasa char kuey tiow situ dan sangat-sangat teringin untuk membenarkan lidahnya merasai char kuey tiow yang telah beliau dengar kelegendnannya. Kebetulan jugak ada seorang sahabatnya yang bermalam di biliknya pada malam tersebut lalu dibawalah jugak sekali. So, semua sekali termasuk aku adalah sebanyak 4 orang.

Tibanya di lokasi berkenaan, kami pun memesan menu utama dan satu-satunya di gerai tersbut iaitu char kuey tiow. Then selepas makan-makan dan juga sambil makan-makan, kami pun bersembang untuk mengenali hati budi masing-masing (gtewww, mampu kau?) dan berkongsi kisah-kisah menolak (biasakan kita cakap menarik..haha..ok lame) masing-masing.

Hebat jugak member junior aku ni punya celoteh. Biarlah aku kenalkan beliau sebagai Junior 3. Mula-mula aku ingat dia ni pemalu or pendiam or penyegan or pe2 lagi tapi semakin lama tempo perbincangan dan diskusi di gerai tersebut, tempo percakapannya juga semakin rancak dan aktif. Loyar buruknya boleh tahan, sinikalnya kadang-kadang tak tahan, propanya jugak menggunung bak Gunung Tahan. Sampailah ke satu tahap, ingat ye, ini adalah kali pertama kami berkenalan :

Aku : Abang adalah sorang coach debat ni. Genius nak mati. Lawak-lawak gak. Tapi dia punya propa sebijik macam kamu..haha

Junior 1 : Haha..taw takpe..dahla badan dia besar..

Junior 3 : LAGI BESAR dari ni? (sambil tangan ditujukan kepadaku dengan penuh keyakinan dan iltizam tanpa sebarang riak bersalah)

Semua kecuali aku : HAHAHAHAHAHAHAHA...!!!


2 rumusan aku :

1) adakah aku semakin besar?
atau
2) adakah dia tak pernah tengok orang badan besar?

kalian pilih...

Dang! Kena lagi..

Saturday, January 8, 2011

Sebab Tulah...

Entri ini aku baca dari sebuah blog yang akan ku beritahu di akhir post ini.
Mudah penyampaiannya tak susah untuk menyampaikan juga.
Perlu aku kongsi agar yang lain juga sudi berkongsi.
Semoga kisah ini dijadikan peringatan yang akan sering berada dalam ingatan.


.........................................

Saya mulakan post kali ini dengan menceritakan satu kisah sebagai contoh dan analogi. (Watak dan perwatakan adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia).

Amran merupakan seorang pemilik sebuah syarikat yang sangat hebat, agung, megah dan kaya-raya. Ni semua sebab dia serahkan pengurusan syarikat kepada anak sulungnya, Ali yang sangat cekap, pandai dan hebat. Lagipun, Ali dibantu oleh seorang pemegang saham syarikat iaitu Alex. Alex juga cekap dan pandai dalam pentadbiran dan pengurusan syarikat walaupun tidak sehebat Ali. Tapi, disebabkan Ali adalah anak kepada Amran, Ali diangkat menjadi tokei besar, kepala segala kepala dalam syarikat tersebut, tiada kepala sebesar dan setinggi kepalanya.

Amran juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, namanya Abu, adik kepada Ali. Walaupun depa ni adik-beradik, satu keluarga, mempunyai bapak yang sama, Abu sama sekali tidak sama seperti abangnya. Abu gemar berfoya-foya, membazir duit, dan sangat tidak mahir dalam kerja-kerja pengurusan syarikat, jauh daripada layak untuk mentadbir syarikat bapaknya itu. Abu juga sibuk dengan hobi-hobi sehariannya, tapi hal ni tak menjadi kerisauan pada bapaknya sebab Ali ada untuk mengurus syarikat.

Nak dijadikan cerita dan berita, suatu hari, Ali meninggal dunia sebab dijangkiti demam Denggi. Ini semua gara-gara nyamuk Aedes yang giat membiak di kawasan rumah Amran. Lagipun, Ali memang malas memasang ubat nyamuk dan tidak sukakan bau-bauan penyembur serangga seperti Shieldtox, Fumakilla dan sebagainya. Sebab itulah senang digigit nyamuk. Tutup cerita nyamuk. Atas kematian Ali, seluruh warga syarikat berasa dukacita dan sugul kerana kehilangan tempat bergantung dan nasib syarikat pada masa depan menjadi taruhan. Ada ura-ura dan gossip mengatakan Alex bakal menggantikan tempat Ali.

Ramai yang berharap dan menyangka Abu akan menggantikan tempat Ali kerana Abu merupakan anak Amran. Takkan nak bagi pada Alex. Dah lah tiada kena mengena dengan keluarga Amran. Walaubagaimanapun, keputusan terletak di tangan Amran selaku pemilik syarikat. Sepertimana yang tersebar oleh kabar angin, Amran memilih Alex untuk menerajui pentadbiran syarikat. Kerana apa...?
Ya, Alex lebih layak, lebih cekap daripada Ali, tiada yang secekapnya pada masa itu...


************************************************


Kisah ini merupakan analogi terhadap apa yang sedang berlaku kepada dunia sekarang. Islam adalah agama Allah. Dunia ini milik Allah. Tapi kenapa Allah tidak membenarkan umat Islam menguasainya sebaliknya umat bukan Islam yang Allah biarkan berkuasa? Kalau diinginkanNya, boleh je Dia bagi umat Islam menjadi tokei besar, kepala segala kepala di atas muka bumi ini. Tapi Dia tak mahu bagi. Sebab umat Islam buat masa ni tak layak.

Sebab umat Islam tak mahu bersatu. Sebab umat Islam lalai dan leka. Sebab umat Islam tak cukup berkualiti. Sebab umat Islam tak cukup berusaha untuk menguasai dunia. Sebab umat Islam sibuk dengan urusan-urusan yang ntah ape-ape ntah. Sebab umat Islam berpecah, dan setiap pecahannya individualistik dengan negara dan bangsa sendiri sehingga keutamaan agama diketepikan. Umat Islam masih sibuk dengan isu-isu ketuanan politik yang tak sudah-sudah dan benci-membenci sesama saudara agama. Sebab di parlimen, sebuah ruang yang suci, dicemar dengan pencemaran-pencemaran bunyi, inikan pula dengan agama yang suci. Sebab PKR sibuk menggelar BN dengan gelaran Babi Negara dan BN sibuk memanggil PKR dengan Pusat Khinzir Raksasa, kerana apa....?Kerana kandang babi. Sebab masih ramai umat Islam yang sibuk dengan urusan-urusan mustahak di Lorong Haji Taib. Sebab umat Islam lebih suka semut memakan anaknya daripada anaknya mendapat makanan. Sebab umat Islam sibuk dengan fesyen, selebriti, hiburan dan keseronokan. Sebab umat Islam suka hisap dadah, makan rasuah, suka buat masalah, daripada sekecil-kecil isu sampah, sampai ke sebesar-besar kisah. Sebab umat Islam lebih rela melihat kesusahan saudaranya, asalkan dirinya senang.
Sebab itulah dunia kini tidak dipegang Islam...

Maka, jika anda mendapat sebuah tempat yang selesa dan stabil dalam sesebuah pentadbiran dalam dunia ini, umat manakah anda?

..............................................
Laan Azlan
http://alansdar.blogspot.com/

Thursday, January 6, 2011

Kalaulah Jebat Masih Hidup..

Aku orang MELAYU,
Ibu bapa aku pun MELAYU,
Lahir pun di Tanah MELAYU,
Yang sekarang digelar Malaysia yang SATU.

Dalam negara ini,
Kita ada sistem pemerintahan tersendiri,
Yang kita reka dan bina sendiri,
Supaya semua orang patuhi,
Tanpa sebarang sangsi dan benci.

Kita amalkan konsep RAJA Berpelembagaan,
Maknanya RAJA tempatnya yang paling tinggi,
Sebagai ketua dan payung negara,
Menjadi pelindung buat kita yang taat setia,
Perubahan dari amalan monarki,
Sesuai dengan peredaran zaman yang kononnya pentingkan hak asasi dan demokrasi.

Di Melaka warisan ini bermula,
Berkat penghijrahan Putera Parameswara,
Peristiwa aneh yang membuka Kota Melaka,
Akhirnya menjadi masyhur seluruh dunia,
Berkat juga pengislaman RAJA,
Islamkan satu yang lain turut serta,
Maka sebarlah Islam antara kita,
Disebabkan taat dan patuhnya kita kepada RAJA,
Hasil perancangan ALLAH Yang Maha Bijaksana.

RAJA kita ini simbolik kepada kedaulatan negara,
Sebab itu buat kita yang hafal Rukun Negara,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah yang kedua,
Menunjukkan tingginya taraf RAJA selepas TUHAN,
Bukti perlunya diberikan segala bentuk kesetiaan,
Selagi mana pemerintahan tidak berteraskan kezaliman.

Pesan RAJA jangan dilawan,
Sebab RAJA ini bukan orang sebarangan,
Bukan sekadar protokol yang perlu kita ikut,
Tidak lagi kepatuhan yang perlukan kita melutut,
Tapi RAJA inilah pelindung kepada kita semua,
Kepada adat,
Kepada bangsa,
Kepada agama,
Maka jangan kita menderhaka,
Kerana MELAYU berteduh dibawanya,
Bila ada yang tak reti bahasa mula mengata,
Jangan yang MELAYU ini turut serta.

Tapi sekarang aku tengok dah lain cerita,
Sudah ada unsur-unsur derhaka menjelma,
Dari mereka yang tak reti bahasa,
Bangsa celaka perosak perosak negara,
Mereka ingat mereka wira,
Padahal hanya berkerusi roda,
Ada jugak yang biadabnya luar biasa,
Jari tengah tanda setia,
Yang tuduh RAJA bersekongkol pun ada,
Akibat taksub politik mee segera,
Oh, baru aku faham mengapa,
Rupa-rupa mereka ini bukan MELAYU,
Sekadar penumpang di bumi MELAYU,
Itupun hasil ihsan RAJA-RAJA MELAYU.

Tapi aku lagi sedih,
Yang MELAYU pun ada yang dungu,
Konon-konon pejuang keadilan,
Sanggup jadi liberal sebab liberal ini neutral,
Kata mereka kita bukan lagi di zaman feudal,
Sebab itulah agaknya tindakan kalian semua brutal-brutal,
Yelah, kalian kan generasi moden,
Kalian tak perlukan lagi angka 153,
Sebab itu kalian nak mansuhkan semua,
Titah Sultan pun kalian buat tak tahu,
Sampai sanggup pecahkan tingkap baling batu,
Berguling-guling atas jalan merayu,
Ketuanan MELAYU kalian cakap tak perlu,
DEB pun kalian kata dah tak laku,
Yelah moden,
Dah tak perlu lagi AMPUN TUANKU,
Tapi bila cari jambu,
Cari gak orang MELAYU,
Adalah jugak RAJA yang sokong,
Itupun sekarang dok menyorok buat blog,
Last2 hangpa semua melayu.

Yang terbaru di Selangor,
Derhakanya bukan main,
Isunya pasal setiausaha negeri,
Itupun tanak jugak kalian setuju,
Siap cakap lagi ego Sultan sangat tinggi,
Padahal engkau yang tak sedar diri,
Nak sangat ikut telunjuk kroni-kroni,
Nanti engkau jugak yang kena gari.

RAJA pun ada maruahnya,
7 WASIAT dititahkan semula,
Buat kita semua jadikn pedoman,
Agar tak terus dijadikan patung mainan,
Oleh mereka yang bertopengkan syaitan.

Haihhhh....
Banyak sungguh yang menentang RAJA,
Kalaulah Jebat masih hidup,
Aku percaya dia pun takkan derhaka lagi.

p/s : mungkin satu-satunya RAJA yang semua orang suka sekarang ni RAJAgopal..

Wednesday, January 5, 2011

IN DON'T!

Aku memang tak suka bangsa ni,
Kawan-kawan yang kenal aku memang tahu perkara ni,
Kata mereka aku konservatif,
Atau terlalu extreme,
Tapi bagi aku memang wajar perasaanku ini,
Sebab aku dah muak dengan golongan yang tak sedar diri.

Satu-satu masalah bangsa ni buat,
Mula-mula datang sebagai PATI,
Kononnya nak datang cari rezeki,
Buat sara anak dan bini,
Tunjuk muka kesian kat bumi MELAYU,
Kalian datang pun berhimpit dalam perahu,
Bila dah jejak bumi MELAYU yang SATU,
Mulalah buat perangai merapu.

Lepas dah masuk bumi MELAYU,
Kalian dah mula nak tunjuk lagak,
Siang mencuri malam merompak,
Yang merogol pun ada jugak,
Patutnya sekor-sekor kena tembak,
Datang sini buat semak,
Memang patut pun diseterika muka amah,
Baru kalian tahu siapa kuat siapa lemah.

Belum lagi cerita pasal Lombok,
Yang merempat kat sini berlonggok-longgok,
Konon dah kaya macam Robert Kwok,
Padahal tak sedar baju pun buruk-buruk,
Bawak lari anak orang,
Nun jauh ke seberang,
Tak puas ke gadis korang,
Patutnya kalian ni kena parang.
Tak nafikan jugak bodoh juga gadis kita,
Kononnya kasih sayang mereka tak terhingga,
Padahal yang jantan tu pun miskin hina,
Sanggup kalian lupa ibu dan bapa,
Bila menyesal tahu pulak balik MALAYSIA.

Soal negara pun kalian nak sentuh,
Takdak modal sangat sampai Tarian Pendet pun nak bubuh,
Rasa Sayang Eh pun kalian tuntut,
Sayang betul pemikiran kalian terbantut,
Ganyanglah MALAYSIA ini,
MALAYSIA yang diganyang inilah yang bagi kalian rezeki,
Betapa biadapnya kalian kepada kami,
Sambutan MERDEKA kami kalian lempar tahi,
Itupun kalian nak kata yang kalian mulia lagi,
TOLONGLAH SEDAR DIRI!

Sukan pun tanak kalah,
Dah kalah sudah-sudah lah,
Terima sahaja kalian tak gagah,
GERUDA pun sayapnya patah,
Dikatakan laser punca kalah,
Lawak juga ada yang kata dukun pun kita upah,
Aku baca pun gelak berdekah-dekah,
Tak sangka ada bangsa perangai macam SUMPAH-SUMPAH,
Nah ambil balik SUMPAH kami,
Yang sampai kalian tak larat ambil penalti.

Cukuplah,
Tolonglah sedar diri,
Lantaklah orang cakap kita serumpun,
Tapi sampai bila-bila dosa kalian aku takkan ampun.

Pesan aku buat kalian yang ingin menumpah tuah bumi MELAYU ini :
If u want to come IN,
I would say better DON'T!

Berterusanlah..

Aku memang peminat bola,
Sebut saja liga mana,
InsyaALLAH akan kuberikan setiap nama,
Sebab bola adalah kegilaanku,
Dari kecik aku memang begitu,
Walaupun kaki ini kaki bangku.

Bola sepak tempatan memang aku minat,
Sebab dari sinilah permulaanku tersemat,
Walaupun aku tak hidup di zaman Mokhtar Dahari dan rakan-rakan,
Aku hidup di zaman Lazlo Repasi dan Azman Adnan,
Yang aku rasa mungkin ramai yang dah tak kenal,
Atau dengar nama pun dah rasa sengal-sengal.

Nak kongsi cerita tentang zaman aku,
Dari zaman sekolah kecik sampai tingkatan satu,
Skuad Perak kegemaran dan juga obses ku,
Gelaran SELADANG buat aku terpaku.

Dulu,
Suasananya rancak juga,
Stadium penuh penyokong setia,
Dok jerit macam nak gila,
Itulah nikmatnya bila pasukan jadi juara.

Pernah seketika,
Suasana muram durjana,
Bak negeri dilanda GARUDA,
Rasuah menjadi barah derita,
Ditambah pula orang politik berebut kuasa,
Terus menjunam bola sepak kita,
Bukan saja bola, semua orang disepak juga,
Kesannya bola kita yang menderita.

Kini,
Suasana meriah semula,
Rasa macam mati hidup semula,
Dimulakan dengan Sukan SEA,
Disambung dengan Piala AFF Suzuki,
Alhamdulillah, murahnya rezeki,
Tempiasnya terkena Safee Sali dan Khairul Fahmi.

Kejayaan sudah ditempa,
Makan berterusanlah gegak gempita,
Jangan sekadar bermusim sahaja,
Takut luka lama berdarah semula.

Pesanan ini untuk direnung bersama..

Yang di atas,
Berintergritilah menjalankan tugas,
Buang semua tabiat malas,
Jawatan itu bukan lubuk emas,
Tapi tanggungjawab melahirkan emas.

Yang bermain,
Menang sekali jangan angau bukan main,
Olimpik dan World Cup kita punya MAIN,
Sebab itu jangan sesekali main-main.

Yang berkemampuan,
Rajin-rajinlah hulurkan bantuan,
Berilah sedikit suntikan kewangan,
Kalian BERJAYA pun hasil bantuan kerajaan,
Di saat GENTING ini mainkanlah peranan,
AIR ASIA lambang kejayaan anak watan,
Kalian berbaktilah kepada bangsa tempatan.

Yang menyokong,
Jangan biar diri ini terus dikongkong,
Kalau EPL boleh jerit sampai sakit kerongkong,
Penuhkanlah stadium, jangan dibiar kosong.

Ini permainan bola SEPAK,
Maka SEPAKatlah....