Thursday, March 3, 2011

LAWNITE 2011

Biarlah gambar menceritakan...














Tahniah kepada pihak penganjuran..
Jumpa lagi tahun hadapan..

Tuesday, March 1, 2011

KLISE...!!!!

Klise ni dah jadi satu budaya,
Atau sebab dia dah jadi buadayalah kita namakan ia klise,
Walau apa pun orang kata,
Sepanjang aku hidup,
Ini adalah antara babak-babak klise yang boleh aku kongsi.

1) Bila jumpa orang baru kenal dan tanya study kat mana, mesti akan diikuti dengan ayat " eh, ko kenal tak ......? ".

2) Bila lecturer tiba-tiba sebut nama artis ke, movie ke, mall ke, mesti semua orang bajet tahu pasal benda tu dan nak borak pasal tu time2 tu jugak.

3) Bila suasana mula2 bising dan tiba2 diam mesti cakap " malaikat lalu ".

4) Bila cakap saya belajar law mesti orang yang dengar akan cakap "haaa, jangan loyar buruk sudah" atau "haaa, bolehlah lawan karpal singh" atau "haaa, nanti kalau aku ada masalah aku cari ko la ek"..durrhh..

5) Bila ambil gambar, mesti buat peace atau kalau free style, pandang tempat lain.

6) Budak-budak rempit mesti ada sticker cupin kat motor atau sticker "tengok boleh pegang jangan".

7) Budak-budak yang baru nak up mesti pakai tshirt besar, seluar jeans lipat kat kaki dan kasut futsal.

8) Bila bulan puasa, mesti ada orang cakap "eh, awat ada cili kat gigi" atau "pergghh, mulut bau kari".

9) Bila mabil gambar, mesti akan ada insan yang buat peace kat belakang kepala orang lain.

10) Bila mimpi buruk sikit je, mesti orang cakap kita tak basuh kaki. Kalau macam tu, orang asli hari2 mimpi ngeri la kan sebab dorg tak pakai selipar pun.

11) Bila dapat kejayaan or something yang manis2, mesti kawan2 mintak belanja makan.

12) Bila main boling, kalau bola boling masuk between split pin, mesti orang akan jerit "GOOOOLLL".

13) Bila kita cerita masalah kita kat orang, mesti orang yang dengar tu akan cakap "takpe, aku paham perasaan ko" walaupun dia tak pernah experience problem yang kita lalui.

so far ni je yang aku ingat dan kajian ini turut dilakukan bersama saudara Yannick Noah yang juga pengumpul aktiviti2 klise..sekian.

Projek Paper...FINALLY!

Saya tahu sang kasih sudah lama tidak berkisah,
Saya sedar buatpermaisuriku sudah lama beradu,
Maaf andai ada yang ambil kisah,
Maaf juga andai ada yang tertunggu-tunggu.

Diamnya saya selama ini bukannya merajuk menyepi,
Bukan jua mendiam membatu diri,
Diam saya harap-harapnya diam berisi,
Menyiapkan tugasan pintaan Dr Siti.

Alhamdulillah,
Projek ilmiah sudah siap secara tidak rasmi,
Walaupun kerja-kerja editing itu pasti,
Sekurang-kurangnya ringan sudah beban yang terperi.

Sekali imbas puas hati masih lagi jauh,
Kekangan masa buat saya berpeluh-peluh,
Hasil dan kualiti tidaklah agung,
Sekadar siap supaya tak melopong.

Namun andai masa diberi selepas ini,
Pembaikian akan dibuat dengan terperinci,
Tapi untuk waktu, masa dan ketika ini,
Biarlah saya berehat untuk permaisuri.

Wednesday, February 9, 2011

Project Paper..!

Yup..'seindah' nama entri ini, begitulah juga 'indahnya' saat -saat yang saya hadapi ketika ini. Tatkala entri ini ditulis, Muhammad Azzairi sedang gigih untuk menyiapkan Bab 3 Project Paper beliau yang bertajuk "Benarkah Politikus Punca Keretakan Perpaduan Kaum?". Mengapa saya negitu gigih pada waktu ini untuk menyiapkan Bab 3 Project Paper saya? Sebab saya perlu menghantar kepada supervisor saya, Dr Siti Zaharah pada hari Rabu, 9 Febuari 2011 seperti yang telah saya janjikan sebelum ini. Hakikatnya, saya telah berjanji kepada beliau yang saya akan menghantar Project Paper saya ini sebelum saya berangkat ke Debar DiRaja pada bulan Disember lagi. Kali ini, setelah hampir dua bulan, saya cuba untuk mengambil hatinya semula yang sudah terluka dek pembabitan saya dalam dunia debat.

Bercerita pasal Project Paper ni, sebenarnya tajuk yang saya pilih ni adalah dipilih secara spontan tanpa perlu untuk memikirkan secara mendalam tentang isu-isu semasa di sekeliling kita. Walhal, tajuk ni pun adalah berasal dari salah satu usul debat yang pernah saya sertai iaitu usul ketika final Debat Perpaduan 2009 (tu la satu2nya pentas final aku..hahaha). So, nak memudahkan kerja, saya pun ambil lah usul ni untuk dijadikan sebagai tajuk Project Paper (PP) saya.

Rupa-rupanya baru saya sedar, tajuk ni taklah semudah yang disangka. Yelah, kita masuk debat memanglah senang sebab nak berhujah 7 minit jah, so tak payahlah nak hurai panjang-panjang kan. Tapi bila dah ditransformkan menjadi PP, kenalah tambah lagi rencah dan perisanya agar sebati dengan adunan yang ingin dijamah (gteww ayat aku..mampu kaw?).. Maka, bertitik tolak dari itu, pelbagai usaha-usaha telah dirancang seperti ingin melakukan temu bual dengan pemimpin politik, ahli akademik dan penganalisis politik. Selain itu, kaedah kaji selidik turut berada dalam perancangan bagi mendapatkan gambaran masyarakat tentang tajuk ini dengan lebih jelas. Di samping itu juga, gerak kerja untuk melakukan research di library2 awam seperti PERPUSTAKAAN NEGARA turut berada dalam senarai utama pencarian maklumat PP saya. Namun, seperti yang dijangka, rancangan hanya tinggal rancangan. Haram...satu hapa pun takdak aku nak buat..hahaha.. Jadi, memang pening sungguh PP ni.

Saya bukannya apa, kalau setakat nak goreng atau panggang ni, insyaALLAH dengan bakat yang diberikan oleh TUHAN, saya mampulah untuk buat. Tapi yang lemahnya, kena letak footnote jadah tu. So, footnote ini sangatlah melecehkan dan seperti namanya juga, terasa seperti nak pijak kepala orang atau kepala sendiri jika mampu kerana footnote ini sememangnya menghentakkan kepala. Yelah, aku ni bukannya rajin benenor nak mencari fakta apatah lagi buku-buku ilmiah (buku lima selalu la..cuweh!), so benda ni sangat-sangatlah berat. Selain tu gak, beberapa perkara lain seperti format bagai pun aku tak reti dan maka itu, saya pun main belasah je la format PP ni.

Tapikan, seperkara tentang PP ni, ia sebenarnya menjadikan aku lebih mahir untuk mengolah sesuatu fakta dengan gaya penyampaian yang lebih mudah dan jelas. Sebab, fakta-fakta yang dibaca ni, saya tak copy paste seperti kebiasaan assignment yang saya buat, tapi adalah hasil pemahaman dan rumusan yang saya buat sendiri. Selain tu, ilmu yang saya pelajari time debat dulu pun berguna gak bagi membantu saya dalam memperkasakan lagi gorengan yang saya buat. So, sedikit sebanyak ia membantu meningkatkan lagi motivasi dalaman yang saya cari-cari selama ni untuk mebuat PP.

Em jam pun dah pukul 4.05 pagi, so cukuplah saya membebel jap kat sini. Sekali sekala buat entri mengikut suka hati ni best gak sebab sedar tak sedar, dah panjang saya tulis tapi kualiti isi - ZERO..hahaha..takpelah, izinkan saya untuk lepaskan stress jap kat sini yer..insyaALLAH pasni buatpermaisuriku akan kembali segar dengan nukilan-nukilan baru..hehe..ok, nak sambung kerja..bye.

Wednesday, February 2, 2011

Mess Sir!

Dunia semua sudah maklum,
Kat Mesir kecoh manusia mengaum,
Kat jalan raya semua turun berduyun-duyun,
Siapa yang datang halang semua depa balun.

Puncanya bukan apa,
Sebab pemimpin yang gila kuasa,
Tambah lagi sikap tamak haloba,
30 tahun rakyat menderita,
Pilihanraya 6 tahun sekali pun takdak guna,
Semuanya tipu-tipu belaka,
Hasil arahan seorang sutradara,
Sekali bertempik tsunami manusia.

Hosni Mubarak,
Usah lagi kau nak berlagak,
Darah rakyat semua dah menggeledak,
Ke mana lagi kau nak elak,
Tukarlah kabinet baru sekalipun,
Masuk kanlah perisik terhebat sekalipun,
Rakyat kau tetap akan berhimpun,
Selagi engkau tak mohon ampun.

Engkau kena ingat,
Dalam memerintah kena beringat-ingat,
Kalau terlupa mari rakyat ingatkan,
Tapi kau pulak buat-buat lupa ingatan,
Takkan kau tak perasan,
Semua diktator kena humban,
Di Iraq Saddam Ali,
Di Iran Shah Reza Palevi,
Di Tunisia Zine El Abidin Ben Ali,
Di Mesir Hosni pula bakal menanti.

Tapi tak senang jugak jadi dia,
Kalau dia turun takhta,
Macam mana lagi dia nak kumpul harta,
40 bilion 'hasil' tadbir negara,
Sedangkan ramai rakyat yang makanpun berkira,
Sebab tu dia rancang nak bagi anak naik kuasa,
Supaya beranak-pinak segala harta,
MASYAALLAH,
Begitu dasyat penangan kuasa,
Sampai gelap hati dan mata.

Yang aku hairan,
Semua peristiwa guling-mengguling,
Kebanyakkan di negara Arab,
Negara yang sepatutnya menjadi contoh,
Kerana Islam menjadi tunjang pentadbiran.

Tapi bila fikir balik,
Aku dah tak hairan,
Biasalah orang Arab ni panas baran,
Maknanya semuanya dah biasa main api,
Tapi bila silap cara main,
Hanguslah dijilat api,
Betul peribahasa MELAYU,
Api bila kecik jadi kawan,
Bila besar memang tak terlawan,
Mungkin sebab tu peribahasa ni dalam orang MELAYU saja,
Pasal MELAYU ni cerdik dalam bab beringat-ingat,
Tak macam Arab yang berlagak tak ingat.

Aku risau bukan apa,
Takut benda ni merebak pula,
Maklumlah Islam kan bersaudara,
Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.

Pasal di Malaysia pun bahaya juga,
Pemimpin-pemimpin pun sukakan kuasa,
Bagi yang dah lama beringat dan berwaspada,
Bagi yang baru jangan lupa janji untuk dilaksana,
Takut nanti sejarah berlaku di negara kita,
Rusuhan sudah,
Demonstrasi sudah,
Rapat umum pun sudah,
Semuanya sebab perasaan amarah,
Yang membiak dibantu nafsu serakah,
Konon-konon perjuang agama,bangsa dan negara,
Tapi semuanya sama saja,
POORRAAH!

Ingat,
Dulu pun ada ura-ura nak guling,
Tapi cara guling guna teknik lompat,
Mujur masih ada mata yang tak juling,
Kalau tak gerenti kita jugak yang merempat.

Kepada rakyat Mesir,
Teruskan bersuara,
Bumi ini milik kalian,
Jangan biar onar berleluasa,
Sudah lama kalian sengsara,
Mari ajar mereka yang tak reti bahasa.

Andai suara itu kuasa,
Gunakanlah sebaik-baiknya.

Mesir ini bumi anbia,
Sayang tak dijaga tak dibela,
Andai Firaun masih ada,
Dia pun bingung kenapa sekarang lagi durjana.

Pesanan kepada Hosni Mubarak :

You must resign and step down.
Your country now in really MESS, SIR!

p/s : mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir. termasuk rakan-rakan yang sedang belajar di sana.

Monday, January 31, 2011

Orang Kecik. Orang Besar



Dunia ni memang ada macam-macam ragam,
Ragam yang dibuat oleh macam-macam orang,
Orang yang ada macam-macam perangai,
Perangai yang macam-macam ada.

Dunia ni walau ada banyak orang,
Tapi ada dua jenis orang yang kita kena tahu,
Orang kecik dan orang besar,
Jangan dilihat pada saiznya,
Tapi kita tinjau pada statusnya.

Perihal orang besar,
Kata-katanya kecik tapi dibesar-besarkan,
Usahanya sekecik kuman, hebohnya sebesar gajah,
Cakapnya besar, buatnya kecik,
Pinggangnya besar, hatinya kecik,
Senyumnya lebar, fikirnya sempit,
Imbuhannya banyak, kerjanya sikit,
Darjatnya tinggi, nilainya rendah.

Perihal orang kecik,
Kata-katanya bising tapi didiam-diamkan,
Katanya berinti, dibiarkan basi,
Usahanya besar, hebohnya kecil,
Cakapnya kecik, buatnya besar,
Rintihannya bermakna tapi tak pernah dicakna,
Kudratnya banyak, ganjarannya sikit,
Hatinya besar, pinggangnya kecik,
Budinya tinggi tapi nilaiannya rendah.

Perihal orang besar berjumpa orang kecik,
Arahan si besar sedikit, kerahan si kecik berbukit,
Kata si besar pendek, sahut si kecik meleret,
Diam si besar beremas, diam si kecik lemas,
Suara si besar berlian, suara si kecik hanya kicauan.

Perihal orang kecik berjumpa orang besar,
Bisingnya bising berisi,
Kasarnya kasar berbudi,
Kurang ajarnya kurang ajar bermisi,
Sekali si kecik pergi, habis si besar 'pergi',
Sebab si kecik pakar dalam berevolusi,
Klau tidak masakan si besar boleh rebah ke bumi.

Orang besar senjatanya KUASA,
Orang kecik senjatanya SUARA.

Suara itu tenaga, tenaga itu kuasa.
Mungkin dah tiba orang kecik berkuasa,
Supaya orang besar tak lagi gila kuasa.

p/s : sedang berusaha dengan gigih untuk jadi orang kecik semula - literally -

Thursday, January 27, 2011

Debat

Aku suka berdebat,
Bukan sebab aku suka bercakap,
Tapi sebab aku nak cakap aku cakap bersebab.

Kata orang debat ini tak bagus,
Sebab debat ini boleh buat bergaduh,
Tapi bagus bergaduh berdebat dari bergaduh bertumbuk.

Orang selalu kata debat ini permainan,
Kita perlu tahu macam mana nak bermain,
Tapi bagi aku debat bukan benda main-main.

Ada juga orang cakap debat ini peperangan,
Perlu ada strategi dan analisis kekuatan,
Tapi hendak analisis debat kadang-kadang berperang juga.

Kenapa aku suka berdebat?
Kenapa aku tak pernah jemu berdebat?
Soalan ini dah ramai yang bertanya,
Tak kurang juga ramai yang tertanya-tanya,
Tapi itulah bila aku bertanya pada hati,
Hati pun akan bertanya kembali kepada aku,
"Kenapa?"
Kerna aku memang tidak punya jawapannya.

Mungkin sebab debat buat aku berfikir,
Mungkin sebab debat buat aku bertutur,
Mungkin sebab debat buat aku bertafakur,
Mungkin sebab debat buat aku berzikir.

Namun sesungguhnya,
Debat ini ada rohnya,
Roh yang punya iltizamnya,
Iltizam yang punya semangantnya,
Semangat yang punya juangnya,
Juang yang punya hatinya.

Magisnya debat,
Dalam bertengkar adabnya mekar,
Dalam bersantun bahasa melantun,
Dalam menyindir senyuman diukir,
Dalam sinis alunannya manis.

Samada aku seorang pendebat atau aku seorang yang berdebat,
Debat tetap akan jadi sebahagian darahku.

Bagiku,
Debat itu seni,
Bukan saja seni untuk hidup,
Tapi juga seni yang hidup.