Sekarang ni dah masuk bulan November. Ini bermakna peperiksaan akhir tahun atau lebih dikenali sebagai final sedang berada di sekitar penjuru (around the corner). Jadi, aku melihat trend2 rakan-rakan seperjuanganku yang kini sedang giat mentelaah pelajaran demi memastikan matlamat menggenggam segulung ijazah masih berada di landasan yang betul (fuh, berapi siot ayat gua).
Aku mengerti,
Sekarang laman sosial merupakan suatu trendy,
Rata-rata sudah ada akaun sendiri,
Yang tak boleh tak bukak walau sehari.
Maklumlah sekarang ni dah jadi budaya,
Pengaruh laman sosial sudah mula menggila,
Sebab itulah orang selalu lalai dan leka,
Sekali melayari tak ingat pada masa.
Well, seperti tajuk yang diberikan (adoyay, susahla nak tulis style santai2 ni!), facebook memang dah jadi trend mandatori kepada sebilangan orang kita khususnya golongan pelajar. Setiap hari mesti orang akan try jugak cari laptop n connect to internet untuk online atlez sekali sehari supaya dpt tgk facebook masing-masing. Bila dah jadi kebiasaan, perangai ni dah tak boleh nak elak hatta di kala musim peperiksaan (dah lama tak guna perkataan hatta).
Orang akan cakap, jgn buang masa ngadap facebook je. ngadap buku lagi mustahak sekarang ni. Tapi, yang aku perasan, ada jugak baiknya kita ngadap facebook time2 nak exam macam ni. Antara kebaikan2 yang dapat aku senaraikan :
1. Time2 camnilah status2 manusia akan dipenuhi dengan luahan perasaan mengenai kerisauan2 dan kekalutan2 untuk amek exam.
Kebaikan : ini akan membantu adrenaline kita bergerak dengan lebih laju untuk study kerana terkesan kepada status2 yang sedemikian.
2. Time2 camnilah status2 manusia akan dipenuhi dengan info2 yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari
Kebaikan : sangat sesuai buat mereka yang baru nak paham apa yang dah dibelajar selama satu semester
3. Time2 camni, akan berlakulah perbincangan ilmiah secara tidak lansung di ruangan wall yang akan menarik ramai orang untuk get into conversation.
Kebaikan : memudahkan mereka yang suka study last minit macam aku ni..hahaha!
4. Time2 camni senang nak cari nota2 yang berkaitan pasal nanti kat status boleh tulis "sape ade notes juris" atau " Enviromental Impact Assesment" macam kat status lyla syahirah.
Kebaikan : Senanglah nak dapat simplified note..tak gitu ayie? =p
5. Pengumuman2 tentang jadual exam akan dibuat oleh class rep atau mpmum macam ashree azhar
Kebaikan : tak payah nak kol office dah pasal nanti akan di tag la..(kemudahan akses secara terus)
6. Time2 camnilah nanti akan ada aktiviti2 mengambil quotation2 tentang menghargai kehidupan atau sebagainya
Kebaikan : akan memberikan motivasi secara dalaman dari aspek mental dan emosi (dengan gaya fadzilah come to me).
7. Time2 ni jugak upacara bawahkira (countdown) akan berlaku.
Kebaikan : menyebabkan kita sentiasa aware dengan kehadiran exam day yang bakal menjelma
8. Time2 ni jugaklah orang2 yang tak pernah bertegur sapa akan bertegur sapa sebab ingin mendapatkan note2 penting mahupun info2 terkini.
Kebaikan : mengeratkan silaturrahim serta melatih ilmu kepolitikan dalam diri seseorang individu
9. Time2 ni juga akan ada status yang meminta makanan mahupun minuman sebagai idaman ketika belajar
Kebaikan : membolehkan kita mengenali jenis2 makanan di malaysia dan tabiat2 unik rakan2 kita seperi craving for apam balik pada pukul 3 pagi..oopps!
10. Time2 ni juga status2 akan dipenuhi dengan kesedaran, permintaan, doa, ampun maaf dan luahan2 impian seperti "i wish i have more time", "nyesalnye", "terasa nak pergi bercuti di austria" dan sebagainya.
Kebaikan : membolehkan kita bermuhasabah diri dan memohon kemaafan daripada semua pihak di samping cara terbaik untuk memberitahu kepada semua orang yang kita nak exam.
Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak kongsi tapi dah malas nak taip dah..hahaha
Sekiranya ada penambahan, sila2lah berkonsi ye..
Ape2 pun, all the best to all.
No comments:
Post a Comment