Situasi ini adalah situasi antara Mak Long aku dengan anak saudara aku , Thaqif yang berusia 3 tahun.
Maka, pangkat Mak Long aku kepada Thaqif ini ialah Tok Long.
Seperti yang diceritakan oleh kakak saudaraku..
Mak Long : Thaqif, dont be naughty..
Thaqif tidak menghiraukannya...
Mak Long : Thaqif, please dont close the door
Thaqif : You, Shut up!
Mak Longku tergamam seketika kerana dijerkah oleh budak berusia 3 tahun.
...................................
Kalau sekali lihat,
Nampak agak lucu,
Tapi kalau dilihat lagi,
Sebenarnya agak sedih,
Kerana inilah tingkah laku budak-budak zaman sekarang.
Memang usianya baru 3 tahun,
Tapi aku dulu time 3 tahun takdelah perangai macam ni.
Setelah disiasat,
Perkataan itu dipelajari menerusi rancangan kartun yang ditontonnya,
Maka benarlah teori,
Rancangan yang tidak baik boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak.
....................................
Tapi yang ini aku lagi sedih..
Mak Long menyambung semula kata-katanya..
Mak Long : sebijik macam e dulu..
Untuk pengetahuan, e itu adalah nama panggilan aku.
Maksudnya, aku ni jahat la dulu dan memberi pengaruh buruk..
Kesimpulan :
AKU = RANCANGAN TELEVISYEN BERUNSUR NEGATIF
sememangnya tepat~ igt peristiwa seorg kanak2 lelaki yg mengangkat kakinya atas tembok dgn lagak samseng selepas melihat apa yg telah anda lakukan? hahaha
ReplyDeletehaha..itu champion..haha
ReplyDelete