Wednesday, November 10, 2010

Salah Sangka..

Manusia ini istimewa,
Mereka ada macam-macam pancaindera,
Pemikiran pun tak serupa,
Sebab itu manusia ialah khalifah di dunia.

Disebabkan ada perbezaan,
Ia membawa kepada kelebihan,
Kerana masing-masing akan saling melengkapkan,
Bagi menutup ruang kelemahan.

Tetapi tetap ada juga kelemahan,
Bila ada perbezaan jangkaan dan sangkaan,
Akan membawa kepada pergeseran,
Yang membawa kepada tergurisnya perasaan.

Salah sangka ni bahaya juga,
Persahabatan boleh terjejas,
Percintaan boleh terputus,
Hubungan keluarga pun silap-silap bertaburan.

Aku juga punya salah sangka,
Kadang-kadang sekejap tapi ada juga yang lama,
Benda ini memang bahaya,
Tapi boleh juga dijadikan senjata.

Aku juga sering disalah sangka,
Kataku mudah, sangkaan terhadapku susah,
Bagiku biasa, yang menerima luar biasa,
Buatku gurauan, buatmu gurisan,
Padaku mengerti, yang lain bererti.

Mungkinku salah menginterpretasi,
Keampunan sebagai tanda kekesalan diri,
Jika ini masih belum mencukupi,
Harap hadir memperbetulkan diriku ini.

Kepada teman,
Jangan terasa hati,
Ini hanya salah sangka yang kurang dimengerti,
Kerna percayalah, kau masih teman yang ku sayangi.

1 comment:

  1. wow! ayat yang digunakan mmg tepat,jitu,persis sekali! =p

    ReplyDelete