Saturday, November 20, 2010

Parti Keluar Ramai-ramai

Sekarang banyak mata dah lihat,
Banyak telinga yang dengar,
Mulut pun tak sikit yang mengumpat,
PKR dah semakin tenat.

Dulu bukan main gah mereka bersuara,
Lantang bukan kepalang,
Cakap sentiasa menentang,
Perang..Perang..Perang,
Kerana yang benar hanya mereka,
Yang betul hanya mereka,
Demokrasi pun mereka yang punya.

Tapi sekarang,
Seorang demi seorang berpatah arang,
Pemimpin pun seorang demi seorang pecah tembelang.

Si Penasihat dah jadi macam lalang,
Biasalah perangai orang hidung belang,
Bulu saja ayam, padahal perangai macam musang,
Merata dari Amerika sampai ke Australia engkau menjalang,
Mencari sokongan menutup lubang,
Namun tak juga engkau dijulang,
Inilah akibat suka sangat main belakang.

Sang setia isteri tercinta,
Jadilah boneka si suami tamak kuasa,
Gelaran Presiden hanya pada nama,
Sedangkan semua tahu engkau tiada suara,
Bila ada yang datang bertanya,
Engkau hanya mampu senyum saja.

Anakanda pun boleh tahan,
Naib Pengerusi jadi pertaruhan,
Kononnya menyahut panggilan dan seruan,
Sedangkan pemilihan hanya lakonan,
Kini engkau pun dah tak keruan,
Ramai yang sudah meluat dengan janjian,
Kalau dulu doa rakyat sebagi iringan,
Kini berubah menjadi cacian.

Nun dia si perancang durjana,
Tamak haloba, gila kuasa semuanya ada,
Engkau tahu kelemahan semua,
Timbalan Presiden kini pasti engkau punya,
Jelik sungguh melihat permainan sang satria,
Adabnya tiada menghina tokoh negara,
Kini engkau sedar engkau semakin merana,
Mesyuarat tahunan lebih banyak kerusi dan meja.

Nah rasakan!
Gelombang tsunami melanda kalian,
Buat anak-beranak ambil pengajaran,
Semua pengikut dah lari bertempiaran,
Pasal tak tahan agenda kekeluargaan.

Padan muka!
Dulu ligat berdemonstrasi,
Reformasi sana, reformasi sini,
Kononnya keadilan itu paksi,
Sebab itu tubuh parti sendiri.
Tapi semua dah jadi kenangan,
Ingatlah kalian semua hasil serpihan,
Bila dah tiba masa pembersihan,
Tiada apa lagi yang kalian boleh perjuangkan.

Rapuhnya!
Maklumlah dari ranting ke cabang,
Semuanya tak kuat,
Pasal kalian lupa,
Yang utama adalah akar.

Haiiii...
Sedih Pak Brahim melihat kerenah anak, menantu dan cucunya.

No comments:

Post a Comment