Thursday, November 18, 2010

Kena Lagi..

Sekolah Kebangsaan St. Francis,
Itulah nama sekolah rendah aku,
Lokasinya di Sitiawan,
Lebih kurang 15 minit dari rumah aku jika berkereta.

Maklumlah, dah lama tak balik kan,so pergilah melawat sekolah lama sebgai lambang seorang murid yang mengenang jasa budi cikgu-cikgunya. Sebagai bekas ketua pengawas (perlu ditekankan) yang "cukup berdedikasi" dengan rekod disiplin yang bersih (6 bulan kena gantung prefect time darjah 5, mcm mane? mampu?), aku pun berjumpalah dengan cikgu-cikgu aku.

Alhamdulillah, masing-masing masih sihat walafiat. Tak ramai dah cikgu aku yang kekal kat sekolah tu tapi nasib baiklah cikgu-cikgu yang kekal semua kenal aku lagi (azzairi kot, cuwweehh!). Aku ni, kalau pergi sekolah, aku tak minat sangat nak jalan-jalan keliling sekolah atau menjamu selera di kantin, tapi aku sangat suka melepak kat bilik guru (politik mesti kena jaga beb!). so, apalagi, riuh rendahlah bilik guru dengan gelagat aku yang sentiasa menceriakan suasana (hahaha, market kot).

Sampai cikgu-cikgu baru semua pelik, ni betul bekas murid ke atau orang datang buat MLM. Nak buat macam mana, dah lama tak jumpa, katanya. Adalah seorang cikgu aku ni, nama dia Cikgu Rohaida, sekarang dah naik jadi Penolong Kanan, dia lah yang rajin sangat melayan aku. Tu yang cikgu baru semua pelik kerana buat pengetahuan anda yang membaca, Cikgu Rohaida ini tersangatlah terkenal dengan kebrutalannya terhadap anak murid. Malah, untuk melihat dia tersenyum kepada murid-murid pun tersagatlah sukar. Tapi, beliau seperti seseorang yang mempunyai dua identiti bila berjumpa dengan aku.

Kemudian, aku menyembanglah pulak dengan cikgu English aku, Madam Hammah (sori kalau salah eja). Aku baik dengan dia sebab anak dia pun batch aku dan aku dengan anak dia tersangatlah baik (ketika zaman aku belum jadi racist). Aku pun bersembanglah bagai nak rak dengan dia dan dia pun memberi feedback yang cukup baik. Dia ceritalah yang sekarang ni anak dia belajar kat Indon, ambil bidang perubatan. Dia pun cerita la yang skang ni dia dah nak pencen dan tak ketinggalan bercerita mengenai senario semasa sekolah ni. Aku pun ceritalah jugak (tanak kalah beb!) pasal diri aku. Aku amek law kat um, aku join debate, dan macam-macam lagi.

Tapi, saat yang buat aku koyak gler khinzir, bila ktorg dah sembang dalam 20 minit gak la, tiba-tiba dia tanya aku satu soalan yang cukup mengguris perasaan. Ternyata soalan ini telah membuat hati aku luluh dan aku terdiam seketika. Namun, Cikgu Rohaidah yang tersangat brutal itu boleh plak gelak macam esok dah tiada lagi tawa buat beliau. Soalan yang ditanya adalah, ingat ye, soalan ini ditanya selepas 20 minit kami bersembang dan bercerita tentang kehidupan masing-masing.

"Madam Hammah : Eyt, u ni batch AZZAIRI kan? AZZAIRI study kat mane now?"


DANG! KENA AKU!

No comments:

Post a Comment