KASIH MEMBAWA PERLBAGAI MAKNA. KASIH JUGA TERKANDUNG BERIBU KISAH. SAMADA KASIH MAMPU PENGUBAT DUKA ATAU KASIH YANG MENCALIT LUKA, BIARLAH KISAH YANG MERAKAMKAN SEMUANYA. SEMOGA YANG MEMBACA BAHAGIA MENYELUSURI KISAH SANG KASIH. BEGITULAH KEHENDAKNYA...
Saturday, November 6, 2010
Kononnya Juara..
Dunia hiburan kita taklah sebesar mana,
Tapi bila ada festival tertentu,
Kemeriahannya terasa la juga,
Yang terbaru Festival Filem Malaysia,
Kecoh baru-baru ini tentang anugerah filem terbaik,
Konnonnya MAGIKA tak layak dinobatkan sebagai yang terbaik,
Sampai merajuk sutradara Mamat Khalid,
Katanya ESTET yang layak dijulang,
Maka pergila aku menonton ESTET,
Konon-konon dakwaan beliau ada asasnya..
....................................................
Durasi filem,
1jam 50 minit,
Rumusannya........
Ya, memang layak filem ni menang,
Pertama,
Nilai-nilai yang ditampilkan memang mengikut senario semasa,
Ada bangsa melayu, india dan cina 3 orang - 1 Malaysia,
Jadi, dah ikut saranan kerajaan,
Wajarlah menang.
Kedua,
Lakonan para pelakon juga cukup berkualiti,
Selain menghafal dan melontarkan skrip secara bulat-bulat,
Seperti "kita haruslah mempertahankan kampung kita ini" dan "apa yang berlaku kepada keluarga kita ini",
Aksi yang kaku dan kayu juga merupakan teknik ekspresi yang berkesan,
Maka haruslah menang.
Ketiga,
Plot penceritaan juga sangat kemas,
Ini dibuktikan dengan lagu-lagu pembukaan dan penutup yang menjelikkan,
Ditambah pula dengan selingan babak-babak tak perlu,
Juga kekaburan cerita yang tiba-tiba dah sampai penghujungnya,
Mesti menang punyalah.
Keempat,
Unsur humor yang sangat intelektual dan menghiburkan,
Lawak-lawaknya yang boleh dijangka serta klise,
Hubungkait lawak dengan jalan cerita juga tidak relevan,
Tambahan pula pencedokan lawak-lawak filem luar negara,
Semestinya membawa pembaharuan segar dalam industri filem tempatan,
Sebab itu layak menang.
...................................
Kesimpulan,
Ukurlah baju di badan sendiri,
Aku tertarik dengan respon balas dari Norman,
Elok dijadikan pedoman buat semua warga seni mahupun sesiapa saja,
"kalau filem saya tak menang, saya akan kaji kenapa filem orang lain menang dan apa kelemahan filem saya"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment