Thursday, November 18, 2010

Perbetulkanlah..

Aku paham,
Sekarang ni dah ramai orang pandai,
Yang kerja bagus-bagus pun boleh tahan,
Sistem yang dibuat pun sentiasa berubah,
Supaya hidup kita tak lagi susah,
Mudah-mudahan macam tu lah.

Tapi aku hairan,
Kadang-kadang orang pandai ni pun bodohnya boleh tahan,
Sistem yang dibuat pun aku rasa ada kelemahan,
Macam mana lah dorang boleh tak perasan.

Kisahnye macam ni,
Ada satu hari aku dapat gastrik,
Aku memang tak larat nak bangun,
Dan menambahkan lagi "perfect day" aku,
Aku pun demam jugak hari tu.

So, pagi tu aku ada dua kelas yang terpaksa aku burn pasal aku memang tak larat nak bangun. Lebih kurang pukul 1 baru aku larat bangun dan pergi Pusat Kesihatan Universiti Malaya di Kolej 12. Aku taw kualiti servis kat PK ni sekadar memuaskan tetapi aku terpaksa jugak pergi memandangkan aku tidak punya wang untuk membayar rawatanku. Jadi aku pun pergilah.

Selepas dirawat, aku mintak MC kat doktor tu. Aku cakap kat dia yang aku nak berehat satu hari dan macam tak larat nak pergi kelas. Tambahan pulak, aku dah cakap kat dia yang aku dah miss 2 kelas tadi. Namun, dengan muka tegas dan penuh berintegritinya,
doktor tu tanya, "kenapa u tak pergi kelas?".
Aku pun menjawab, "pasal saya tak larat doktor. Nak bangun pun tak mampu pagi tadi".
"tak bolehla macam tu. u tak pergi kelas baru u mintak MC. sepatutnya salah ni", balas beliau.
"saya paham doktor. tapi pagi tadi saya memang tak larat. sebab tu saya tak pergi kelas" jawabku dengan nada yang masih ada kesopanan dan kesusilaannya walaupun di hati didihnya sudah mula terasa.
"sepatutnya awak kena datang klinik dulu pagi tadi, baru boleh tak pergi kelas", nadanya masih mendatar.
"doktor, kalau saya tak sakit pagi tadi, ofcoz saya pergi kelas doktor", balasku ringkas tapi penuh sinikal.
"tapi tak bolehlah, sepatutnya awak kena pergi kelas, takpun awak kena datang klinik dulu pagi tadi", balasnya yang semakin mengundang buku lali aku.

Dengan hati yang panas, aku nak je cakap, "doktor, kalau saya tak sakit, saya takdenye nak datang klinik", tapi memandangkan yang aku masih waras dan rasa hormat tu masih ada kepada orang tua walaupun dia bukan Melayu, aku pun cakap "takpelah doktor, tak dapat MC pun takpe. janji doktor taw yang saya sakit".

Begitulah kisah aku,
Yang aku pelik kenapalah ada jugak makhluk bodoh macam ni,
Dah cakap banyak kali tapi still tak paham-paham,
Ni doktor, bukannya sebarangan,
Takpun mebi dia ni doktor repeat,
Sebab tu keje dekat PK je, tak mampu nak bukak klinik sendiri.

Mungkin jugak sebab sistem yang buat dia macam tu,
Kena ikut prosedur baru boleh bagi MC,
Tapi sedar ke tak yang sistem kena bagi surat MC ni menyusahkan orang,
Dah memang tak larat, macam mana nak pergi klinik,
Takkan sampai nak kena naik van mayat baru boleh dapat MC,
Aku paham sistem ni untuk elak orang menipu,
Tapi perbaikilah prosedurnya.

Orang pandai dengan sistem yang bagus.

No comments:

Post a Comment