Sudah lama tidak dijengah ke ruang bicara ini,
Jujur hati sudah tawar untuk menulis,
Tapi tiba-tiba hati terpanggil untuk berkongsi,
Moga masih ada resapan rasa manis.
........................................................................................................
Perhimpunan Agung UMNO 2013,
Lagi popular dengan #PAU2013,
Treding paling tinggi di carian twitter ketika ini,
Sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu ini.
Adapun kiranya resam dan resmi yang sama,
Dalam seminggu ini akan dengarlah lontaran-lontaran vokal perwakilan,
Perjuangan bangsa akan dibicarakan,
Survival bangsa akan dibangkitkan,
Keperitan dan jerih bangsa akan dikongsikan,
Maka bersoraklah sekalian dewan,
Tak kurang juga basahnya pipi dialirkan tangisan,
Dalam nada sayu, puitis, amarah dan gempita laungan,
Itulah kronologi dalam setiap kali perhimpunan,
Ikhlas atau lakonan? Itu antara dia dengan Tuhan.
Perhimpunan ini hakikatnya dibelengu banyak persepsi,
Antara kegigihan dalam perjuangan parti, desakan perubahan jiwa rohani atau wadah bermuhasabah diri,
Persepsi ini lahir bukan begitu saja,
Ia lahir dari pemerhatian dan pengamatan baik keluarga, kawan mahupun musuh,
Ia membesar atas dasar kepercayaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi,
Ia juga bisa mati melalui rasa ragu dan sangsi.
Puncanya?
Kesilapan sendiri, kelalaian kendiri atau pengkhianatan dalam diri.
Sebab itulah bilamana perhimpunan ini kembali diadakan,
Ramai yang menganggap ini untuk tujuan populariti, ada juga kata ini sebuah pertandingan retorik malah lebih malang mengumpamakan ini sebagai medan berniaga,
Asanya sudah hilang, pendiriannya juga rapuh tak bertiang,
Puncanya?
Salah siapa?
UMNO itu maksudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,
Apa kiranya mereka yang hadir ini faham erti "Kebangsaan Melayu?",
Apa kiranya mereka yang hadir ini faham maksud "Melayu Bersatu?",
Laungan HIDUP UMNO dan HIDUP MELAYU itu umpama lirik dalam lagu, wujudnya wajib tapi penghayatan belum tentu,
Apa kiranya mereka yang hadir ini mengerti hidup yang bagaimana ingin diberikan kepada Melayu?
Apa kiranya mereka yang hadir ini mengerti apa yang perlu dibuat bagi memastikan UMNO terus hidup?
Dan apa kiranya mereka sedar UMNO dan Melayu perlu hidup bersama, berpegang pada paksi betapa UMNO yang memastikan Melayu hidup, dan percaya pada prinsip sesungguhnya Melayu yang menghidupkan UMNO?
Bilamana parti ini dihentam dicaci dimaki,
Apakah UMNO itu hidup?
Bilamana parti ini berlawan dengan diri sendiri,
Apakah MELAYU itu hidup?
Di sinilah ia kembali kepada permulaannya,
Kembali mengintai sejarah rahim kelahiran,
Bagaimana Hidupnya Melayu dan UMNO hingga getar tubuh penjajah durjana,
Bagaimana Hidupnya Melayu dan UMNO hingga semua berpaut padanya,
Bagaimana Hidupnya Melayu dan UMNO hingga Raja-Raja turut berperisakannya,
Bagaimana Hidupnya Melayu dan UMNO hingga semua manusia di Tanah Melayu bersatu kerana ideanya,
Sejarah dimulakan dengan sebuah perhimpunan,
Yang menyedarkan semua tentang nilai kemanusiaan,
Yang menginsafkan semua tentang pentingnya sebuah kebangsaan,
Itu sejarah, kisah purba.
Kali ini rentak dan paluannya berbeda,
Sejarah hanya tinggal rujukan sahaja,
Namun prinsipnya perlu dikekal sama,
Cuma inti ikut haluan semasa.
Hari ini mereka perlu sedar,
Bahawa Hidup Melayu dan UMNO itu kini lebih besar takrifannya,
Melayu dan UMNO itu hidup untuk semua, termasuklah India dan Cina, termasuklah semua bangsa dan agama,
Melayu dan UMNO itu hidupnya berbudi, takkan sesekali mengungkit dan mencengkik.
Cabaran Melayu dan UMNO perlu diperhalusi,
Hari ini cabaran yang menimpa bukan lagi bersifat esklusif tetapi kini universal,
Isu kos sara hidup, pendidikan, kemiskinan, masalah sosial - Melayulah juaranya,
Isu murtad, ajaran sesat, penyelewangan akidah - Melayulah tunjangnya,
Cabaran juga berbeza untuk UMNO terus hidup,
Kalau dulu Melayu itu ortodoks hari ini Melayu itu liberal,
Golongan ini jangan diperangi tetapi harus didekati,
Belajar cara mereka berfikir, bertindak dan dari mana mereka didoktrin,
Supaya roh Melayu dan UMNO turut hidup dalam diri mereka,
Bukan lagi Cina dan India cabaran utama,
Tapi mendekati Melayu Liberal inilah yang paling utama,
Kalau keluarga sendiri pun tidak sukakan kita, apatah lagi jiran-jiran tetangga.
Maka perhimpunan ini diharapkan kembali pada fungsinya,
Jangan terus bermegah dengan siaran setengah jam berita dan separuh helaian akhbar,
Kadang-kadang itu jugalah yang mematikan UMNO dan Melayu,
Buat yang punya peluang untuk berbicara dah berbahas di pentas keramat itu, gunakanlah sebaik-baiknya,
Aku tak pernah dan mungkin takkan pernah untuk merasa aura gemuruh pentas itu,
Tapi aku akan bersuara biar secara "senyap"di Kisah Sang Kasih ini mengharapkan ada yang peduli,
Dan diri ini akan terus bertanya bilamana survival hidup Melayu dan UMNO itu diperkata,
Seagung mana perhimpuna ini memandunya?
p/s : teringin nak beli sampin UMNO.
KASIH MEMBAWA PERLBAGAI MAKNA. KASIH JUGA TERKANDUNG BERIBU KISAH. SAMADA KASIH MAMPU PENGUBAT DUKA ATAU KASIH YANG MENCALIT LUKA, BIARLAH KISAH YANG MERAKAMKAN SEMUANYA. SEMOGA YANG MEMBACA BAHAGIA MENYELUSURI KISAH SANG KASIH. BEGITULAH KEHENDAKNYA...
Thursday, December 5, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Impian.
Sifat manusia itu suka bermimpi,
Kerana dalam mimpi itulah yang buat manusia lupa sebentar derita realiti,
Berfantasi semahu mungkin,
Terbang dalam awangan sampai kadang-kadang buat manusia mahu terus kekal dalam mimpi.
Dari mimpi lahirlah impian,
Yang buatkan manusia terus bersemangat dalam mencari jalan memenuhi impian,
Memberi alasan untuk manusia terus hidup,
Memberi kekuatan untuk manusia terus dan terus bekerja.
Impian ini melahirkan harapan,
Manusia berpegang pada harapan dan berpaut erat padanya,
Kerana dengan harapan itulah manusia terus percaya akan sesuatu,
Sebab itu bila harapan terlalu tinggi, sekali ia pergi terus berkecai seluruh hati.
Akupun tak berkecuali,
Dari kecil aku suka bermimpi dan berfantasi,
Banyak perkara yang hendak aku capai dan teroka,
Banyak "kisah dongeng" tentang masa depan aku yang aku cipta dan reka,
Semuanya kerana mainan otak aku yang tak henti-henti,
Sebab bila berbuat sebegitu, aku jadi suka, aku jadi gembira dan aku lupa derita duka,
Dan itulah yangmemberi landasan dalam perjalanan hidup aku.
Seperti orang lain, aku juga punya impian,
Impian yang mudah dan barangkali klise,
Mahu jadi orang berjaya, dihormati dan disegani,
Mahu jadi manusia kaya, tiada hutang, sihat sentosa,
Mahu buat Mama dan Ayahku tersenyum bangga, puas kerana bersusah payah membesarkan aku,
Mahu menjadi imam yang baik untuk bakal makmumku,
Mahu punya anak-anak yang soleh solehah, keluarga bahagia,
Itu impian aku. Mudah.
Pada mulanya aku gembira kerana aku mula berada pada landasan yang selayaknya,
Aku yakin dengan panduan ini, bergerak atas jiwa tekun dan tanpa sabar mahu melihat kemana haluan ini pergi,
Tanpa mahu riak aku berkongsi doa kenalan yang kata aku punya potensi besar,
Mereka kata bahawa aku bakal berjaya, menjadi orang besar, berbakti pada semua, itu teriakan mereka,
Aku rasa bangga, di kala aku rasa bahawa aku ni lahanat durjana rupa-rupanya ada insan yang dapat melihat sisi baikku, mungkin tak segah malaikat, tapi cukuplah buat aku terus percaya pada harapanku,
Aku pun tak pernah dambakan pujian sebegitu,
Aku lali dengan cercaan kerana aku tidak dibesarkan dengan kata-kata manis, benar.
Hakikatnya, dalam perjalanan yang selama ini aku penuh yakin,
Kini aku mula diserang rasa ragu dan celaru,
Apa benar ini jalan yang aku perlu lalu atau sebenarnya aku sudah tersesat dalam kabus keliru,
Entah kenapa, aku jadi lemah, semangat aku lari, jiwa aku mati,
Buat pertama kali dalam sejarah perjalanan hidup yang penuh dengan harapan demi sebuah impian,
Aku putus asa, aku pasrah, aku berserah dan aku biar diri aku hanyut dalam deras kekecewaan.
Benar, aku kecewa,
Melihat teman seperjuangan yang sudah ke hadapan,
Aku makin buntu,
Cemburu, dengki, geram semuanya sudah diadun sebati,
Aku pun mahu menjadi seperti mereka, berdiri di mana mereka berada, kerna aku yakin yang aku juga boleh buat benda yang serupa,
Tapi aku tak boleh, bukan kerana kapasiti diriku, tapi kerana aku tersekat dan ia benar-benar membunuhku,
Perlahan-lahan, aku mati dari dalam.
Buat sejukkan hati, semua akan kata mungkin ada hikmah di sebalik ini,
Tuhan pasti ada perancangan,
Ya aku percaya semua itu, aku tak pernah nafikan dan takkan pernah berhenti untuk terus percaya,
Tapi kadang-kadang aku fikir apakah benar ini adalah cabaran atau sebenarnya ini adalah hukuman,
Mungkin ada silap yang aku tak pernah sedar atau ada dosa yang aku tak pernah pinta untuk diampunkan.
Dan tika ini,
Aku bergelut dalam menyalakan harapan,
Agar ia terus membakar untuk aku bergerak ke arah impian,
Aku yakin impian itu masih boleh untuk aku capai,
Dan akan aku pastikan ia takkan mati,
Setiap hari aku berperang dalam ruang kecil nurani,
Apakah aku bekerja ini untuk hanya survival hidup atau untuk mengejar impian?
Apakah aku sudah pasrah dalam cinta atau aku perlu berjuang demi cinta?
Apakah aku hidup untuk diri atau perlu aku gembirakan hati lain?
Dan kalau benar dalam mengejar impian itu perlukan pengorbanan, apa dan siapa yang perlu aku korbankan?
Impian.
Aku redha dalam tangis,
Kerana aku percaya janji Tuhan itu sentiasa manis.

Monday, July 22, 2013
Kalau Benar Bahasa Itu Jiwa Bangsa...
Bahasa Malaysia.
Ramai juga yang lagi suka panggil Bahasa Melayu,
Memang itu asal usulnya pun,
Ditukar Malaysia supaya nampak lebih "kebangsaan",
Agar semua belajar dan rasa itu bahasa "kita".
Perjuangan berkenaan survival Bahasa Malaysia ini sudah banyak,
Sehinggakan bila dasar pendidikan negara diubah dengan mengutamakan Bahasa Inggeris,
Mereka yang sebelum ini tak pernah peduli (malah ada yang cakap BM pun tersekat-sekat),
Bangkit merapatkan saf untuk menuntut agar daulat Bahasa Malaysia ini dikembalikan,
Beraraklah sehingga akhirnya dasar ini diubah semula,
Maka bersoraklah si "perwira-perwira" ini sebagai lambang kemenangan,
Soalnya, kemenangan siapa?
Kemenangan Bahasa Malaysia atau kemenangan imej politik mereka?
Memartabatkan Bahasa Malaysia ini bukan semata-mata kita membuat dasar untuk menggunakannya sebagai bahasa pengantar utama,
Atau meletakkannya sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan,
Tapi perlu diabadikan dalam pengamalan seharian oleh semua rakyat Malaysia.
Apa guna jika dasar sini sana, terpekik terlolong perjuang ini bagai, tapi realitinya pengamalan dan penguasaannya sangat mengecewakan.
Ironinya, "mereka" yang selalu menggelarkan diri mereka ini "Kami pun rakyat Malaysia" dan begitu rakus mahukan hak samarata atas nama "Rakyat Malaysia" ini,
Bila bertutur dalam Bahasa Malaysia pun terketar-ketar, malah tersangkut seolah-olah tak tahu langsung apa itu Bahasa Malaysia,
Terdetik jugak di sanubari, apa kalian ini tidak tinggal di sinikah?
Malah lebih mendukacitakan, ada dalam kalangan "pemilik" bahasa asal ini pun agak lokekuntuk bertutur dalam Bahasa Malaysia,
Samada slang ditukar atau mereka melihat Bahasa Malaysia ini sebagai "bahasa kelas kedua", tapi ternyata pengamalan itu sangat mendukacitakan.
Untuk mereka yang fasih atau separa fasih, aku tabik, tiada keraguan.
Tapi untuk mereka yang tidak fasih dan sangat sukar untuk bertutur, aku sangat hairan.
Kalau orang tanya adakah aku mahukan 100% rakyat Malaysia fasih atau separuh fasih dalam pertuturan Bahasa Malaysia?
Jawapan aku "ABSOLUTELY".
Sebab apa? Sebab ini negara Malaysia, kita semua mengaku yang kita rakyat Malaysia, kita mahukan diri kita diiktiraf dan dilayan sebagai rakyat Malaysia dan Bahasa Malaysia adalah bahasa negara kita, maka memang permintaan aku ini sangat rasional dan munasabah.
Hidup selama 4 tahun di sebuah fakulti yang mengangkat Bahasa Inggeris sebagai bahasa ideal dan di mana rasa hormat itu akan sedikit tinggi bila Bahasa Inggeris boleh dituturkan seperti air yang mengalir deras,
Aku agak terkilan apabila tiada usaha untuk memperkasakan Bahasa Malaysia di situ.
Mungkin sesiapa yang bertutur dalam Bahasa Malaysia akan dianggap kolot atau tak urban, aku tak tahu, tapi yang pasti ada aura negatif bila Bahasa Malaysia itu digunakan.
Dan aku sangat yakin, perkara ini menular di mana-mana sahaja.
Aku tak kata menguasai Bahasa Inggeris itu satu jenayah, tapi aku mahu tekankan, sebagai rakyat Malaysia, adalah "berdosa" jika nak bertutur dalam Bahasa Malaysia pun tak reti.
Entah mana silapnya. Sistem? Didikan? Pergaulan? Aku betul-betul taktahu.

Dari sayu alunan kitab..
Tika ini,
Mata masih belum mahu pejam,
Dicuba tapi sukar.
Aku buka televisyen lapuk ihsan teman serumah,
Terus terdengar runtun alunan ayat-ayat suci,
Lengkap susunan aturan tajwidnya,
Penuh rasa penghayatan hingga hati kecil ini turut getar.
Aku baca bait-bait terjemahannya,
Bicara perihal kuasa Allah,
Bila Dia mahukan sesuatu terjadi, maka jadilah ia,
Bila Dia susunkan jalan cerita kehidupan, maka laluilah ia,
Bila Dia beri peringatan dalam sulit sukar, maka muhasabahlah ia,
Yakin, percaya, taqwa,
Perlu ada bersama.
Kalam Allah, sangat berkuasa,
Di kala hatiku penuh tanda tanya,
Di kala hatiku persoal setiap perkara,
Masa depan, kebahagiaan, impian,
Aku penuh ragu,
Aku cari hikmah,
Aku hilang teguh,
Dia ambil rasa mengantuk ku,
Dia gerak hatiku untuk buka siaran,
Kerna Dia ingin "bicara" sama aku.
Subhanallah.
p/s : Salam Ramadhan =)

Thursday, January 17, 2013
Listen! Listen! Listen!
Sudah tonton video ini? Saya mahu berkongsi ulasan sahabat saya, Saudara Izham Ismail (twitter : @izham17) yang juga merupakan YDP MPPUM 2012/2013 yang bertarikh 15/1/2012. Berikut adalah ulasan beliau :
Salam sejahtera buat anda semua,
sahabat-sahabat Universiti Malaya yang saya sanjungi. Semoga perjalanan peperiksaan
anda berjalan lancar dan doa saya agar senyuman juga terpancar sebaik anda
melangkah keluar dari dewan peperiksaan.
Dengarlah (Listen).
Semalam, kita digemparkan oleh
sebuah video yang disebarkan di Youtube, memaparkan perjalanan sebuah forum
yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Forum tersebut bertajuk “Seiringkah
Mahasiswa dan Politik” dan perkara yang mengejutkan adalah tindakan panel forum
terbabit, Saudari Sharifah Zohrah Jabeen yang memberi respon kepada pertanyaan pelajar
UUM, Bawani dengan cara yang agak keterlaluan.
Berikutan daripada video ini,
pelbagai reaksi telah diberikan oleh semua pihak terutamanya para mahasiswa.
Majoriti mahasiswa merasakan bahawa perkara seperti ini tidak seharusnya
berlaku apatah lagi tujuan forum tersebut diadakan adalah untuk menjadi medium
interaksi dalam kalangan mahasiswa dan ahli panel berhubung isu-isu politik.
Malah, selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, sebuah NGO, tindakan tersebut
sememangnya tidak boleh diterima dan secara peribadi, saya masih tercari-cari
rasional saudari Sharifah bertindak sedemikian.
Saya tidak mahu mengulas dengan
lebih terperinci tentang intipati kenyataan Saudari Sharifah kerana saya
percaya, semua sahabat mahasiswa sudahpun menonton video ini dan mendengar
dengan jelas “hujah” yang diberikan oleh Saudari Sharifah. Perkara yang ingin
saya tekankan adalah berkenaan soal integriti Saudari Sharifah yang saya kira
tidak menggambarkan profesionalisme yang sepatutnya, sesuai dengan status
beliau selaku seorang Presiden.
Saya percaya dan sentiasa akan
percaya, semua orang mempunyai hak untuk menyatakan apa yang dirasai. Segala
firasat, teori, pandangan mahupun kritikan sewajarnya diberikan ruang yang adil
untuk disalur dan dikongsi. Apatah lagi, dengan adanya forum sebegini,
soalan-soalan “panas” memang merupakan sesuatu yang pasti dan atas sebab
itulah, ahli panel perlu bijak menangani.
Selaku mahasiswa, kami sentiasa
mempunyai aspirasi yang tersendiri. Biarpun kami mungkin berbeza ideologi
sesama sendiri, bernaung di bawah berlainan panji, waima menjadi ahli fikir
neutralisasi, ada perkara yang kami
kongsi merentas seluruh universiti. Kami berkongsi bahawa hak mahasiswa itu
perlu dibela, suara mahasiswa itu perlu dijaga, malah hati, maruah dan
pendirian mahasiswa itu perlu diutama. Atas dasar inilah, pelbagai forum atau
debat dilaksanakan di peringkat universiti agar medium ini diangkat sebagai
saluran idea mahasiswa sekaligus menjunjung semangat demokrasi.
Namun, sayangnya hal ini
seolah-olah tidak difahami oleh Saudari Sharifah. Tindakan yang dibawakan oleh
Saudari Sharifah ini sememangnya bertentangan dengan apa yang diperjuangkan
oleh mahasiswa. Malah, berani saya katakan juga, ia bertentangan dengan sikap
keterbukaan kerajaan yang kini sudah banyak mengangkat martabat mahasiswa
sehingga membenarkan mahasiswa untuk menjadi calon dalam PRU13 nanti. Tatkala suara mahasiswa semakin didengari,
tiba-tiba Saudari Sharifah berkelakuan sebegini, apa sudah jadi?
Secara jujur, saya berpendapat
bahawa Saudari Bawani juga agak beremosi tatkala mengajukan soalan kepada ahli
panel. Saya juga berpendapat, cara soalan itu diajukan turut mempunyai sedikit
unsur provokasi. Namun, saya lebih berpendapat, selaku seorang yang
bepengalaman dan profesional, bukan begitu cara Saudari Sharifah untuk
memberikan reaksi kepada persoalan Saudari Bawani.
Soalan saya, adakah wajar seorang
mahasiswa diperlakukan sebegitu di khalayak ramai? Jika jawapannya adalah “YA”,
soalan saya, adakah begitu cara untuk seorang Presiden yang menggunakan nama 1
Malaysia dalam persatuannya menegur dan memperbetulkan sikap seorang mahasiswa?
Jika jawapannya masih “YA”, soalan saya, kalau begitu, apa beza Saudari
Sharifah dan Saudari Bawani selain O Level yang dimiliki?
Inilah yang akhirnya berbalik
semula kepada nilai hormat yang perlu diterapkan kepada semua. Ironinya,
Saudari Sharifah juga berbicara perihal “menghormati” ini namun beliau mungkin
terlupa perihal “menghina”. Saya percaya, seandainya Saudari Sharifah mahu
membuka mata mahasiswa, saudari perlu juga belajar untuk membuka mata saudari
menghormati kami. Saya juga percaya, seandainya haiwan seperti kucing, jerung,
lembu dan lain-lain pun boleh bercakap, nescaya mereka akan menyuruh Saudari
Sharifah berhenti bertindak sebegitu rupa.
Namun begitu, tanpa menidakkan
intelektual mahasiswa semasa, saya juga ingin berpesan kepada sahabat-sahabat
mahasiswa, bahawa kita juga perlu bijak dalam menilai sesuatu isu. Jangan
kerana kita dimomokkan oleh cetusan-cetusan yang beremosi, kita juga turut sama
berkongsi bahang kemarahan tersebut baik di Facebook, Twitter mahupun Blog
dengan kata-kata yang tidak sopan. Disinilah ujian sebenar untuk kita buktikan
kepada semua, bahawa mahasiswa Malaysia sudah matang dan bukannya melulu tanpa
merancang. Janganlah kita melampiaskan kemarahan kita secara membuta tuli
kerana kelak, maruah kita juga yang diperjudi. Usah kita berikan ruang untuk mereka di luar
sana melakukan “serangan balas” atas sikap kita.
Akhirnya, kita semua perlu
belajar dari insiden ini. Usah menuding jari ke arah Sharifah semata-mata,
mungkin kita juga ada kekurangan yang menuntut kita bermuhasabah diri. Musuh
sebenar kita bukanlah Sharifah Zohra, tetapi adalah rasa hormat dan rasional
yang kian hilang dalam diri kita. Gelaran MAHASISWA itu begitu besar ertinya,
sama besar amanahnya, jangan sesekali kita nodai tanggungjawab ini. Selaku YDP
MPPUM, saya mewakili kepimpinan MPPUM 2012/2013 ingin menyatakan pendirian kami
bahawa kami menentang segala bentuk tindakan yang merendahkan martabat
mahasiswa dan saya menjemput Saudari Sharifah Zohra untuk mengadakan sesi
dialog di Universiti Malaya untuk kita bersama-sama membincangkan soal hala tuju negara. Moga kedua-dua pihak
mendapat manfaat daripadanya.
Kepada Saudari Bawani – You’ll
Never Walk Alone.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bersetuju dengan segala apa yang diulas oleh sahabat saya berkenaan isu ini. Saya rasa ulasan ini akan menjadi sempurna sekiranya tiada unsur YNWA itu..hehehe =P
Apa-apa pun, apa pandangan anda?
Layan video ini pula..
Sekali lagi, anda rasa?
Listen.
p/s : yang berkenaan, dengarlah luahan, rintihan dan permintaan hati saya...
Friday, January 4, 2013
BOLA SEPAK : MANA?
Kekalahan skuad Harimau Malaya
pada Piala AFF Suzuki yang lalu telah menimbulkan banyak reaksi dalam kalangan
peminat tempatan. Ramai yang menghentam Dato’ K. Rajagopal kerana kegagalannya
dalam memilih pemain terbaik dan terus-terusan menggunakan pemain kesayangannya.
Malah, perkataan “eksperimen” telah digunakan secara kerap sebagai jawapan
terhadap keputusan perlawanan persahabatan yang mengecewakan dan ayat “saya
kenal pemain saya” telah menaikkan lagi jumlah makian terhadap beliau.
Pun begitu, kekalahan pasukan
Harimau Malaya tidak boleh dipikul oleh Dato' K. Rajagopal seorang. Para pemain
juga tidak pun menunjukkan mutu permainan yang diharapkan sesuai dengan status “bintang”
yang diberikan kepada mereka. Nama-nama yang menyerlah pada edisi kali ini
ialah Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli dan Farizal Marlias sementara nama-nama
yang menggegarkan pentas bolasepak kita pada dua tahun yang lalu iaitu Khairul
Fahmi, Safee Sali dan Mat Yo ternyata mengecewakan. Malah, pemain yang
diharapkan memainkan fungsi yang cekap iaitu Safiq Rahim dan Aidil Zafuan juga
hilang punca.
Aneh! Setiap tahun mereka bermain
menentang kelab-kelab terkemuka dunia ; Manchester City, Arsenal, Liverpool dan
Chelsea. Aneh! Muka-muka ini jugalah yang dihantar berlatih dengan kelab di
luar negara iaitu QPR, Cardiff dan Slovakia. Aneh! Ada juga yang beraksi di
liga luar negara malah kerap juga menjaringkan gol di liga sana. Namun, ketika
bermain dalam skuad Harimau Malaya, mereka seperti pertama kali bermain di
pentas antarabangsa. Aneh!
Hantaran tidak kemas, corak
permainan “aku sepak kuat-kuat, kau kejar bola tu”, barisan pertahanan “sepak
je bola tu, ke laut pun takpe, asalkan tak bolos”, jaringan? Nilailah sendiri.
Lantas bermain persoalan di minda penulis, “Apa ilmu yang mereka belajar ketika
bermain menentang Tevez, Walcott, Aguero dan Chamberlain?”. “Apa mentaliti yang
mereka tanam apabila menentang nama-nama besar terbabit?”.
Jadi, persoalan seterusnya,
silapnya di mana?
Ironinya, prestasi serta
pembangunan pemain-pemain daripada pasukan pelapis agak membanggakan. Skuad
Harimau Muda A beraksi cemerlang di Liga S sekalipun kerap kekurangan pemain
tonggak malah masih mampu menjuarai Kejohanan Neswpaper Cup di Vietnam. Skuad
Harimau Muda B juga mempunyai potensi yang cerah, dan yang terbaru, Harimau
Muda D (U-15), turut menampilkan aksi yang mengujakan dalam Kejohanan Piala
Frenz yang masih berlangsung. Begitu juga skuad akademi cilik kita, Frenz
United Malaysia yang turut mempunyai bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan.
Namun, perasan atau pun tidak, apabila pemain-pemain berbakat ini memasuki
skuad senior, mereka juga “berjangkit” dengan sindrom pemain-pemain lama.
Gary Steven Robat sebagai contoh,
aksinya ketika Kelayakan Olimpik cukup memukau malah ketika pertama kali diturunkan
dalam skuad senior ketika menentang Arsenal, cukup mengujakan. Lantas, mata
peminat terus tertumpu kepada beliau dan beliau turut diletakkan dalam kategori
“wonderkid”. Namun, ketika di Piala AFF, beliau tidak pun mempamerkan karakter
yang dipamerkan sebelum ini malah penurunan prestasi ini bukan sahaja dilihat
ketika AFF sahaja, tetapi turut ketika pra AFF Suzuki. Wan Zack bernasib baik
kerana inilah kemunculan pertama beliau. Dua tahun lagi? Mujur juga Nazmi Faiz
bermain di Portugal.
Penulis beranggapan ini bukan
salah sistem meskipun ramai yang menggesa FAM dirombak (ini pun penulis
setuju), tetapi ia adalah kerana budaya yang sudah lama dijadikan amalan para
pemain itu sendiri. Benar, mereka bermain menentang bintang-bintang dunia,
tetapi mereka tidak belajar apa yang bintang-bintang itu lakukan dalam usaha
mereka menjadi seorang bintang. Secara logik, apabila bermain menentang
kelab-kelab terkemuka ini, takkanlah kita mengharapkan skill Safee Sali berubah
seperti Tevez menggelecek Aidil Zafuan? Takkanlah kita mengharapkan Safiq Rahim
mempunyai hantaran tajam seperti Yaya Toure atau Kunanlan selaju Walcott? Kita realistik,
malah peminat juga realistik, dalam hanya 90 minit, tidak banyak yang boleh
pemain-pemain kita belajar secara terus. Namun apa yang kita harapkan adalah
pemain-pemain kita ini mencontohi apa yang bintang-bintang ini lakukan sehingga
mereka boleh menjadi sehebat itu.
Kita mahukan Safee Sali melakukan
latihan sepakan bola dari pelbagai sudut sepertimana dilakukan Tevez sebanyak
500-1000 kali sehari. Kita mahukan Safiq Rahim berlatih membuat hantaran dari
titik A ke titik B sepertimana yang dilakukan oleh Yaya Toure selama 2 jam
selepas setiap sesi latihan berakhir. Itu yang kita mahukan kerana kesannya?
Adalah pengalaman yang mereka rasai apabila menentang pemain-pemain bintang
ini. Kita semua maklum, ketika perlawanan persahabatan dengan skuad negara,
pemain-pemain Manchester City tidak pun bermain 100% tetapi pemain kita tetap
sukar untuk bersaing dengan mereka.
Begitu juga apabila pemain-pemain
ini dihantar berlatih di luar negara. Safee Sali ke QPR, Safiq Rahim ke
Cardiff. Belum kira pemain-pemain skuad Harimau Muda yang kini bermain untuk
pasukan senior seperti KFCM, Mahali, Wan Zack, Fadhli Shas yang mengikuti latihan di Slovakia malah, Wan
Zack, Fadhli Shas dan Irfan Fazail telah bermain dengan kelab di sana selama 3
bulan. Sekali lagi, penulis juga realistik. Penulis tidaklah menjangkakan
mereka ini menjadi Messi atau Ronaldo apabila pulang, tetapi yang penulis
harapkan, mereka ini membawa pulang budaya latihan kelab-kelab di sana untuk
dibudayakan dalam latihan skuad kebangsaan mahupun skuad negeri. Hakikatnya,
budaya inilah yang membawa kepada keberlangsungan berterusan. Budaya ini bukan
cara berlari di atas padang semata-mata, tetapi turut melibatkan permakanan, mentaliti,
dan latihan di luar waktu latihan.
Jurulatih juga perlu dihantar ke
luar negara. Pembantu-pembantu jurulatih juga perlu dihantar ke luar negara.
Staff sokongan, jurulatih kecergasan, pakar pemakanan juga perlu dihantar ke
luar negara. Lihat bagaimana sesuatu pasukan beroperasi, struktur latihan,
kawalan kualiti kesihatan, pengurusan dan pentadbiran, kawalan pemakanan yang
ditekankan, inilah budaya yang perlu juga dipelajari oleh barisan kejurulatihan
supaya budaya yang dibawa oleh pemain-pemain dan budaya yang dibawa oleh
pasukan kejurulatihan adalah selari. Sebab itu Akmal Rizal, Juzaili Sameon,
Rudy Ramly, Fadzli Shaari akhirnya kecundang meskipun berlatih di luar negara
kerana akhirnya, apabila pulang ke Malaysia, budaya kejurulatihan dan budaya
rakan-rakan lain lebih dominan.
Kadang-kadang kelakar pun ada
juga. Apabila penulis membaca akhbar, melihat pemain-pemain kita menikmati
laksa selepas tamat latihan dan “kenduri durian” ketika kejohanan berlangsung.
Penulis faham, ini budaya makanan Malaysia tetapi penulis juga merasakan
pemain-pemain perlu faham yang mereka ini, kerjayanya adalam pemain bolasepak
PROFESIONAL. Maknanya, ada pantang-larang yang perlu mereka jaga serta “keindahan
dunia” yang perlu mereka korbankan dalam memastikan kecergasan mereka sentiasa
optimum agar kerjaya mereka ini sentiasa memuaskan. Ibarat atlet bina badan
seperti Sazali Samad, beliau terpaksa menjaga permakanan mereka dan melalui
rutin pemakanan yang sangat-sangat rigid. Dato’ LCW, setiap hari beliau bangun
pada pukul 4 A.M, dan berjogging selama 2 jam untuk mengekalkan stamina. Hasilnya,
lihat di mana mereka berdua di pentas dunia. Inilah yang dikatakan sebagai
BUDAYA!
Prospek bolasepak negara juga
perlu kita “bela” dan perkasakan. Pemain-pemain seperti KFCM, Wan Zack, Gary,
Mahali, Fadhli, Irfan dan Rozaimi jangan kita biarkan mereka beraksi di dalam
negara. Mereka ini perlu keluar dari kepompong Liga Malaysia supaya mereka
tidak “dijangkiti” oleh budaya bolasepak tempatan. Hantarlah berlatih di luar
negara, trial demi trial, sekalipun di Divisyen Tiga. Tidak perlu sekuat
Eropah, Jepun dan Korea Selatan pun sudah memadai. Pemain-pemain prospek bawah
20, atau semuda bawah 15 tahun, kita taja dan tempatkan mereka di
akademi-akademi bolasepak luar negara. Biar mereka menjalani kehidupan seperti
Beckham, Giggs, Messi yang hidup di akademi bolasepak sejak berumur 11 tahun.
Usah kita memberi alasan kurang kewangan, kurang tajaan, kerana penulis
percaya, kita sentiasa mempunyai dana, jika tiada sekalipun, kita sentiasa
punya cara. Taikun-taikun yang memiliki kelab bolasepak seperti Tony Fernandes
dan Vincent Tan, boleh sahaja mereka tempatkan sekurang-kurangnya 5 tempat
setiap satu di akademi masing-masing, penaja Aston Villa, Genting Group, boleh
juga menaja sekurang-kurangnya 3 pemain kita untuk memasuki akademi Aston
Villa. Golongan monarki juga tidak terkecuali seperti TMJ yang pastinya
mempunyai kenalan dan pengaruh yang besar sehingga boleh mendapatkan Guiza dan
dijangka Pablo Aimar (untuk sesi 2014). Ini semua kelebihan-kelebihan yang kita
ada yang perlu kita maksimumkan dalam membina asas atau akar yang benar-benar
kukuh untuk masa hadapan bolasepak negara.
Penulis tidak hidup di zaman
kegemilangan bolasepak Malaysia. Penulis tidak mempunyai pengalaman menyaksikan
secara LIVE Malaysia menewaskan Jepun mahupun beraksi di Olimpik. Sebab itulah.
penulis sangat-sangat berharap agar penulis mempunyai peluang untuk merasai apa
yang peminat bolasepak Malaysia era 70an dan 80an rasa. Mungkin juga aksi Ramli
di Manchester United boleh menjadi realiti.
Sekadar cetusan rasa penulis.
p/s : Ultras Harimau Malaya yang bukan Ultras Malaya.
Tuesday, December 18, 2012
Tingkat..
Menongkah arus lautan kehidupan itu cabarannya besar,
Sebesar menempuh gelombang ombak,
Sebesar menahan asakan ribut,
Sebesar menepis deruan hujan.
Atas dasar itulah manusia punya ketahanan yang berbeza,
Ada yang kuat dan ampuh,
Ada yang lemah dan lembik,
Ada yang ikut keadaan semasa.
Begitu juga dengan sifat dalam jiwa, tingkat dalam rasa,
Setiap manusia punya tingkat rasa yang berbeza,
Minat tak setinggi suka,
Suka tak setinggi kasih,
Kasih tak setinggi sayang,
Sayang tak setinggi cinta,
Sekalipun dalam laras yang sama pun diragui tingkatnya,
Sayang aku belum tentu sama dengan sayang kamu,
Cinta aku tak setinggi cinta kamu,
Mahu marah? Kita tak mampu,
Kerana ini ciptaan Ilahi yang pasti punya sebab tersendiri.
Walauapapun,
Berbeda mana tingkat dalam rasa,
Semuanya berada di tempat yang sama - hati,
Andai hati itu dicipta untuk punya banyak ruang,
Maka isilah ia dengan sepenuh rasa yang memberi tenang.
Berbeza tingkat, itu persoalan kita seorang.

Sunday, December 2, 2012
Rintihan Hujan
Melihat langit cerah bisa membuatkan kita gembira,
Sekalipun dalam terik kita mengeluh dalam syukur,
Sifat langit cerah punya banyak faedah,
Hatta manusia sekalipun biasa melakukan segala ibadah dan riadah.
Atas dasar itu,
Kita lupa membawa payung,
Kita lupa cerahnya langit pun lambat laun akan kembali mendung,
Kita lupa terik mana mentari pun akan hilang dibalas titisan hujan,
Kita lupa susahnya untuk bergerak dalam basahan air,
Kita lupa tatkala dihentam peluru awan kita mendapat sakit seluruh badan.
Maka hujan ini pun merintih,
Apakah manusia lupa akan aku?
Apakah manusia tidak mahu berjaga-jaga dengan aku?
Apakah manusia mahu aku datang mengingatkan?
Apakah manusia hilang deria rasa dan panduan?
Hujan juga terus merintih,
Apakah manusia juga lupa yang aku adalah rahmat Tuhan?
Apakah manusia juga lupa tiada aku tiadalah kitaran kehidupan?
Apakah manusia juga lupa yang aku mungkin seorang kawan?
Maka hujan menutup rintih,
Belajarlah dari rintik air yang turun dan sedarlah dari lebat air yang meruntun.
Andai hati disulam resah,
Jiwa berbalah gundah,
Rintihlah sepertimana hujan memuhasabah.

Wednesday, November 28, 2012
MAKNA SEBUAH PERJALANAN
Hari Graduasi
atau Convo!!!
Ya, aku tahu
hal ini sudah basi,
Sudah 2
bulan aku bergraduasi,
Tapi nak
buat macam mana,
Sekarang
baru ada masa,
Maka
sama-samalah membaca ya.
Dari kecil
lagi dah mengimpikan saat untuk bergraduasi,
Maklumlah,
adik-beradik tak ramai,
So nak jugak
memenuhkan dinding rumah tu dengan gambar convo yang berlatarbelakangkan rak
buku itu,
Dulu tekad
bukan main,
Hendak
belajar sampai dapat PHD,
Tapi bila
dah melalui zaman Degree,
Rasanya
cukuplah sampai di sini (hehe).
Apa- apa
pun,
Aku mahu
berkongsi rasa betapa signifikannya skrol itu untuk aku,
Pada orang
itu hanya plastik biasa,
Tapi aku
punya makna yang lebih besar.
Skrol,
Inilah lambang setiap doa yang Mama dan Ayah aminkan untukku,
Inilah lambang setiap doa yang Mama dan Ayah aminkan untukku,
Inilah lambang
penat lelah Mama dan Ayah membesarkan aku,
Inilah
lambang getirnya Mama dan Ayah mencari wang untuk aku belajar,
Inilah
lambang bernilainya wang yang dihantar setiap kali aku pinta,
Inilah
lambang usaha aku sejak dari tadika,
Inilah
lambang jatuh bangun aku dalam pelajaran,
Inilah
lambang segala pengorbanan yang aku lakukan,
Inilah
lambang suka duka, rajin malas, jujur mengelat,
Inilah
lambang kebanggaan keluarga.
Aku sedar,
aku bukan daripada keluarga berada,
Mama dan
Ayah pun bukan lulusan universiti mana-mana,
Andai ini
takdir untuk aku ubah nasib keluarga,
Amanah ini
akan aku pikul bersama.
Tiada apa
yang lebih bermakna selain melihat wajah Ayah dan Mama yang tersenyum puas pada
hari graduasiku,
Wajah ceria
Alongku,
Mungkin
dalam hati mereka “Tahniah EE, kami bangga dengan EE”,
Moga aku
menjalankan tanggungjawabku sepertimana yang mereka harapka,
Jujurnya,
tatkala aku menunggu giliran untuk naik ke pentas,
Bertakung
juga air mataku.
Terima kasih buat setiap insan yang membina makna rasa dan jiwa,
Terima kasih buat setiap doa dan juga jasa,
Andai sebesar gunung sekalipun harta,
Jasa kalian tak ternilai harganya.
Teruskan berdoa agar saya menjadi insan berguna.

Tunjang, Teras, Nadi, berikan apa saja gelaran buat mereka..
Perjalanan yang sempurna. Class of 2008-2012
Professor, Guru, Ibu.. Prof Madya Dr Siti Zaharah
Ketika susah senang, inilah wajah-wajah yang setia
Doa saya buat dia
IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG UNIVERSITI MALAYA (KEPUJIAN)
Kisah Debat Saya....
Copy paste dari Majalah VOX 20111/2012
Saya cintakan debat. Pengalaman
debat saya di Universiti Malaya bermula di Minggu Haluan Siswa dimana ketika
itu saya mewakili pasukan debat Kolej Pertama untuk pertandingan debat di
sepanjang minggu yang penuh “kegirangan” itu. Bertitik tolak dengan itu, saya
telah menyertai Kelab Orator & Puisi Universiti Malaya untuk meneruskan
minat dalam dunia perdebatan ini. Ketika menyertai kelab tersebut, saya
dimaklumkan bahawa Universiti Malaya merupakan satu nama besar dalam dunia
perdebatan peringkat IPT. Lantas, ia menjadi satu dorongan yang cukup
mengujakan buat saya untuk terus mendalami ilmu perdebatan dan seterusnya
meneruskan legasi Universiti Malaya dalam arena perdebatan.
Ramai
beranggapan, berada di sebuah universiti yang disegani sememangnya bertuah
kerana tidak perlu untuk bersusah payah dalam mencapai kejayaan iaitu menjuarai
pertandingan debat di peringkat nasional. Sememangnya sangkaan itu meleset sama
sekali. Perjalanan karier debat saya tidak seindah yang disangka atau yang saya
sendiri impikan. Masih segar dalam ingatan saya betapa jurulatih saya ketika
itu, Azizul Hakim, menempelak saya dek persembahan saya ketika sesi latihan,
yang baru sebulan saya sertai, “kau
memang tak layak berdebat untuk UM. UM tak pernah ada pendebat sebodoh kau”
. Bayangkan, di hadapan para senior dan rakan-rakan yang lain, saya ditengking
dengan kata-kata sebegitu rupa. Hati mana yang tidak terguris dengan kata-kata
itu, malah pernah hati kecil ini mendengus untuk berhenti dan berputus-asa
dalam karier debat ini. Namun, kerana cintakan debat, dipujuk juga hati ini
untuk menelan segala kata-kata cacian yang dilemparkan kepada saya. Pujuk hati
ini, andai ini adalah provokasi, maka akan dijadian sebagai motivasi. Tambah
memeritkan, apabila saya diletakkan dalam pasukan UM Muda 2, atau boleh
dikatakan sebagai pasukan keempat UM untuk pertandingan Debat DiRaja pada tahun
pertama saya ketika sahabat seperjuangan saya (sehingga kini), Firdaus Ahmad
diletakkan dalam pasukan Muda Utama. Melengkapkan kisah kecewa di awal
pembabitan saya dalam debat, saya bersama rakan-rakan pasukan tewas seawal
pusingan awal pertandingan.
Memandang
ke hadapan bagi melupakan episod duka saya, saya menjadikan pertandingan
seterusnya sebagai pengubat kekecewaan lama. Debat Terbuka Astar – medan
terbaik untuk saya pulihkan semangat saya. Bersama Firdaus dan Munirah, kami
tidak diberikan sebarang harapan untuk melangkah jauh dalam pertandingan ini.
Namun, atas semangat untuk membuktikan betapa kami juga layak untuk mewakili
Universiti Malaya dan seterusnya menjadi pelapis kepada pasukan senior, kami
berjaya melangkah ke Separuh Akhir. Lebih manis lagi, saya dinobatkan sebagai
Pendebat Terbaik Keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Masih jelas dalam
ingatan apabila para senior memberi “standing ovation” usai saya menghabiskan
pergulungan di Separuh Akhir. Walaupun kecewa kerana tidak dapat menjuarai
pertandingan tersebut, boleh saya katakan di situlah titik tolak karier debat
saya berkembang di Universiti Malaya apabila bermula dari situ, saya diberi
kepercayaan oleh senior dan jurulatih untuk diserapkan ke dalam pasukan senior
Universiti Malaya. Menyertai Azri Zahier dan Shen Yee Aun dalam penampilan
pertama saya di peringkat senior, saya mungkin dianggap sebagai penumpang dalam
pasukan tersebut. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila saya
diberikan mandat yang cukup besar – penggulung- satu tanggungjawab yang cukup
besar di dalam pasukan. Cukup terharu dengan kepercayaan ini, saya cuba
melakukan sedaya mungkin dan Alhamdulillah, kami mendapat Naib Johan dalam
Pertandingan Debat Perpaduan tersebut.
Melihat
kepada pencapaian saya dalam penampilan pertama di peringkat senior, mungkin
ramai beranggapan bahawa karier debat saya sentiasa cerah selepas itu. Namun,
perjalanan debat saya tidak menentu dan turun naik. Selepas Debat Perpaduan
tersebut, bermula dari tahun 2009 hingga 2011, saya telah menyertai sebanyak 20
pertandingan, 3 terkandas di pusingan awal, 7 tumpas di suku akhir, 8 tersekat
di separuh akhir dan 2 tewas di akhir. Setelah mengalami kekalahan demi
kekalahan, kekecewaan demi kekecewaan, namakan apa sahaja pertandingan, Royal,
Integriti, Gender, Perpaduan, IKIM, Keamanan, Alam Sekitar, semuanya telah saya
sertai dan tiada satu pun saya mengucup piala kemenangan. Boleh dikatakan,
ketika itu merupakan zaman kejatuhan UM dan jurulatih pun sanggup meninggalkan
kami kerana bagi beliau, tiada apa lagi yang boleh dilakukan kepada kami. Ayat
yang beliau lontarkan kepada kami “I dah
tak tahu nak buat apa dah dengan you all. Maybe I tak pandai melatih atau you
all yang memang tak reti berdebat”. Setahun kami bergerak sendirian tanpa
sebarang panduan. Saya dan Firdauslah yang bersusah payah mencari ahli pasukan,
merekrut junior yang janjinya taat setia tapi akhirnya keluar juga dek mengejar
aktivti kolej yang saya sendiri tidak tahu signifikannya, mencari tempat
latihan kerana kelab asal diubahsuai, tiada elaun, tiada kenderaan, semuanya
ditanggung sendiri. Sehinggakan sampai satu tahap, saya dan Firdaus menyatakan
hasrat untuk bersara dari karier debat kerana merasakan kami sudah tidak layak
lagi mewakili UM dan sudah tiba masanya tempat kami diisi oleh muka baru.
Namun, kami tekad, sebelum kami bersara, kami akan menghadiahkan
sekurang-kurangnya satu kejuaraan kepada Universiti Malaya sebagai menunaikan
janji kami ketika kami menyertai pasukan debat UM pada awal-awal dahulu.
Tuhan
itu semangnya pengatur yang Maha Bijaksana. Mungkin Dia lihat begitu banyak
kejatuhan yang saya dan rakan-rakan alami, akhirnya pada Januari 2012, Dia kurniakan
kami hadiah yang telah lama kami nantikan. Bersama Firdaus dan Keng Fhai, Dia
berikan kejuaraan pertama saya dan Firdaus dalam karier debat kami, Johan Debat
1 Malaysia. Lebih manis, kami menjuarai pertandingan tersebut tanpa tewas walau
satu perlawanan sekalipun sehingga diberikan jolokan “Pasukan Kebal” dan “Juara
Mnunggu” oleh rakan-rakan pendebat yang lain. Tambah mengujakan, saya
dianugerahkan Pendebat Terbaik dalam perlawanan akhir dengan disaksikan ahli
keluarag tercinta yang hadir membuat kejutan pada malam tersebut. Seminggu
kemudian, Dia berikan sesuatu yang lebih besar kepada saya baik sebagi individu
dan juga sebagai pasukan. Sesuatu yang menjadi impian buat semua insan yang
pernah bergelar pendebat. Anugerah Kecemerlangan Individu dan Johan Debat Di
Raja yang boleh dianalogikan sebagai “FIFA World Best Player” dan “World Cup”
dalam sukan bolasepak. Apa lagi hadiah paling bermakna untuk saya dan
rakan-rakan melainkan kemenangan sebesar ini. Sesungguhnya, inilah hadiah yang
paling manis buat saya dan boleh dianggap sebagai hadiah yang sempurna buat
karier debat saya yang penuh dengan kisah suka duka. Sekalipun cuba mencari
penamat yang sempurna pada DAS2012 di bumi sendiri, namun rezeki tidak berpihak
pada saya dan rakan-rakan apabila tumpas di akhir.
Terima kasih
tidak terhingga buat mereka yang melihat jatuh bangun saya dan tidak pernah
berhenti memberi semangat dan doa kepada saya dan rakan-rakan. Terima kasih
kepada yang terus percaya kepada kemampuan saya, yang sanggup hadir memberi
sokongan kepada saya, yang tidak jemu memberi dorongan kepada saya dan yang
senantiasa membantu saya serta juga yang bermuka-muka terhadap saya. Kemenangan
ini untuk kita semua.
Demikianlah,
kisah debat saya buat tatapan semua. Siapa sangka, dari seorang yang dikatakan
tidak layak berdebat untuk UM, hampir dibuang kelab kerana prestasi yang tidak
menentu, dikatakan juga sebagai tiada harapan, dibiarkan pula berjalan
sendirian, saya kini menjadi Presiden kepada sebuah kelab yang banyak mengguris
hati saya suatu ketika dahulu. Saya jadikan ia sebagai panduan terbaik saya
sehingga saya mengecapi kejayaan yang saya ada ketika ini. Benar, tiada yang
istimewa dalam perjalanan saya. Saya bermula dari bawah, tiada jalan pintas, dan
kejayaan hadir ketika saya di penghujung karier. Syukur kerana saya diberi
peluang untuk merasainya setelah kejatuhan yang saya alami. Moga ia menjadi
pedoman dan pemangkin buat para pembaca. Mengenai kisah seorang insan biasa
yang melalui pengalaman biasa dalam mencapai kejayaan luar biasa.
My Batchmate - UMLawFac 2008-2012
Apakah LawFac di mata kami?
Apakah detik yang paling kami rindu?
Pesanan buat pensyarah, junior dan sahabat.
INI KISAH KAMI..
Apakah detik yang paling kami rindu?
Pesanan buat pensyarah, junior dan sahabat.
INI KISAH KAMI..
Tuesday, November 27, 2012
Coretan di Sekolah Undang-Undang 2008-2012
4 TAHUN,
Sekali tengok tempohnya lama,
Apatah jika dilihat bilangan harinya,
Tapi bila rasa taklah lama mana,
Apatah jika banyak rencah dan rasanya.
Ayuh aku bicara soal kisah lama,
Kisah yang taklah menarik mana,
Maklumlah aku bukan insan istimewa,
Tiada harta apatah lagi rupa,
Tiada kedudukan , anak orang kebiasaan,
Kisah hidupku di sekolah perundangan,
Buat kenangan sendiri, buat pedoman untuk yang mengerti.
TAHUN PERTAMA,
Melangkah masuk ke alam baru,
Ada rasa teruja dalam hatiku,
Maklumlah semuanya perkara baru,
Kita pun bajet nak belajar setiap waktu,
Hakikatnya Tahun Pertama agak mudah,
Sisi perjalanan juga dihiasi kisah-kisah indah,
Sahabat lama masih ada, sahabat baru pun tiba,
Senior pun boleh tahan poyonya, senyum satu kewajiban, ingkar hukumannya makian,
Tapi poyo-poyo pun aku dapat juga seorang Buddy, Aqasha, orangnya nerdy,
Paling penting tahun ini juga aku mengikat cinta hati secara rasmi, Hati berbunga macam nak mati, Persekitaran pula berlainan bangsa, Punya sisi cabaran yang berbeza,
Maklumlah dari sekolah menengah hingga peringkat asasi, Aku membesar dengan aliran satu bangsa satu komuniti, Sudah pasti semangat juang dan pergaulan aku juga berbeza,
Ya, aku produk asasi, produk yang dibenci di bumi ini,
Katanya berlagak, angkuh dan bongkak,
Ilmu seciput canangnya seganang,
Kononnya berlagak kerna sudah tahu asasnya, Akhirnya yang terkulai layu wajah-wajah si asasi juga,
Tahun ini juga aku sudah faham sifat fakulti ini,
Dicanangnya terhebat semua perkara,
Dikatakan pelajar undang-undang perlu berani bersuara, tak kira usia, kerna ia hak untuk semua,
Tapi pilihanraya adalah bidasan aku yang paling utama, First Year betanding, mewakili pula Penggerak Mahasiswa, Amboi, marah para senior bukan main, kononnya pengkhianat, tidak telus dan tidak mengikut tradisi,
Ruang bersuara? Hahaha yang dihidangnya hanya sesi untuk memaki,
Hak untuk semua? Hahaha itu dogengan yang direka,
Kesuburan demokrasi? Hahahaha tidak kalau anda berparti,
Itulah sifatnya, yang aku berikrar, akan aku buang segala sampah dan kotoran ini,
Jadi berakhirlah Tahun Pertama.
TAHUN KEDUA,
Maknanya aku sudah senior, sudah punya junior,
Masuk junior aku agak ternanti-nanti,
Sebab untuk kesekian kalinya, inilah first time ada junior perempuan, Hahaha kesian tak?
Tapi bila dah masuk, rasanya biasa je pun,
So dapatlah seorang lagi Buddy, Hisyam Helmi, budak KL bajet best (haha),
Kawan-kawan pun masih sama, Yannick pun dah mula belajar makan kari,
Tapi tahun ni ada keperitan tercatat,
Kisah cinta temui pengakhiran, puncanya? Biarlah benda lama, itu semua ketentuan,
Sisi gembira, pergi jalan-jalan dengan geng CERPHOM,
Jalan-jalan makan angina kat kota bersejarah,
Rasa macam hidup ni kaya gila, maklumlah dapat JPA kaedahnya,
Then balik dari Melaka terus kena berlakon sketsa Mawar, pengarah projek, Chidacici,
Perihal akademik, kali ini flop melekat, Aku sangkut Paper Family, time tu rasa gelap je dunia,
Nak buat macam mana, salah sendiri, time exam pergi berak lamanya macam kat rumah goyang kaki,
Last2 tak sempat nak jawab habis, padan muka, pengajaran : Jangan Berak time exam!,
Oh lupa nak cerita pada tahun pertama,
Ada petandingan boling fakulti, jadi Johan bersama team MMT (Milk Military Tank a.k.a Kereta Kebal Daging), dengan Daus, Syak dan Sharow (time tu Yannick tanak kawan dengan aku lagi),
So untuk edisi kedua dan tahun kedua, misinya nak pertahankan kejuaraan,
Tapi dibackflip oleh Syak, Sharow dan Yannick, dibuangnya aku dan Daus,
Tapi ALLAH tu Maha Adil, biarpun berlainan team, aku dan Daus masih mampu mempertahankan kejuaraan (hahaha, mesti mengamuk kalau 3 ekor tu baca..blog aku kot, apadahal?),
Kemudian bertandinglah untuk pemilihan LawSoc,
Postnya adalah Timbalan Presiden,
Kalah margin besar lah jugak, hahaha, nak bertanding takdak strategi, konon-konon star macam Rooney, Isu Rumah Terbuka paling epik, semua dok tuding jari, takpalah, aku Pengarah, biar aku tanggung semua, Aku syukur, kawan-kawan tahu hal sebenar yang berlaku,
Aku hanya perlukan itu, sebab Allah juga Maha Tahu,
Penutup Tahun Kedua, kem Karisma, juga kisah Semerah Cinta Stilleto (ehem3).
TAHUN KETIGA
Ini tahun dah rasa diva sikit kat fac tu, Maklumlah dah senior “menengah atas”, So? Who caresss aku nak buat apa kat fac tu,
Meskipun ada Final Year, tapi hormat tetap ada,
Aku sedar aku siapa, aku bukan junior yang tak reti bahasa,
Aku dibesarkan di sekolah asrama, punya adab yang akan terus aku jaga,
Tahun ini aku berlakon Mock Trial, first time masuk team, eh silap KELUARGA Mock Trial (ewww),
Ni semua sebab Adleena telah memujuk rayu dan melihat wajahnya yang persis Primadona agung,
Hati terus cair (gtewww, tunang orang oiii..hahaha) dan aku pun cakap “yelah2, aku berlakon!”,
Sekali waktu sesi pengenalan watak, terus diberi watak Hakim, mau tak menggelabah aku,
Tapi Alhamdulillah, aku rasa aku dah jalankan tugasan aku sebaiknya,
“Rival” aku adalah Aqeel Wonka, ada 5 show, aku menang 3-2 kategori “Watak Pilihan Harian”..hahaha, over kan?
Itulah kali pertama dan kali terakhir berlakon Mock Trial, sekurang-kurangnya dapat juga merasa berlakon Mock Trial,
Kemudian, tahun ini aku dapat juga buddy, nama dia Najjua Aras, mulut becok, Tuhan je tahu,
Aku pun baik dengan junior-junior First Year, Tuan Arief (sang setia aku, aku sayang kau!), Arai dan Syafiq, 3 junior duduk sebelah bilik aku,
Best sangat ada dorang, tolong ambil air, tolong angkat beg, paling best, nak tido pun dorang tolong tutup lampu sebab aku n Syak malas nak bangun pergi kat suis, n guess what? Dorang datang dari bilik sebelah tolong tutupkan. Baikkan? Hahaha,
Paling best time aku demam, Arai siap datang urutkan kepala, Tuan Arief urutkan kaki, nak menangis rasanya, AKU SAYANG KORANG!,
Time ni jugak kenal mamat poyo MCKK lulusan UK, Izham Ismail,
Gaya macho, perangai hancur, tapi idaman gadis (YOU-KNOW-WHO) seantero.
Hahaha, now, he is one of my best friend now, dah jadi YDP UM pun sekarang ni, good job bro,
Boling masih kekal sebagai johan, Futsal dapat nombor dua, mantap jugak la kan? Hahaha,
Dan ofcoz, kemenangan Sharow dalam Pilihanraya Kampus, satu kemenangan yang aku anggap sebagai satu “kebebasan” kat fakulti itu,
Projek Paper mana mungkin dilupa, buat seminggu sebelum dateline, sorotan literatur, footnote, rujukan, semua aku REKA! (jangan tiru aksi ini),
Malah sampai ke Senawang aku pergi, ini semua idea Aliaa Izuddin, pukul 3 pagi, semata-mata nak siapkan proposal Chapter 1, mampu?,
Pengalaman seterusnya adalah zaman attachment, Bersama Yannick, Sharow, Awin, Farina dan Adleena, IPD Sentul kami pergi menimba ilmu,
Sekali, datang pukul 10 am pun disuruh minum dahulu,
Memang tenang sungguh rasa hati, buat attachment di balai polis paling sempurna sekali,
Tapi bila buat kat AG, memang mengundang gila khinzir. Sekian, Tahun Ketiga.
TAHUN AKHIR
Ya, inilah dia tahun yang paling ditunggu-tunggu,
Sejak aku melangkah pada tahun satu,
Saat menjejak kaki ke fakulti sebagai FINAL YEAR memang aku rasa satu aura yang cukup best,
Pegang fakulti, eh silap, pegang fakulti undang-undang TERBAIK Malaysia,
Siapa tidak teruja, kini aku senior, akan aku buang sikap-sikap senior-senior terdahulu,
Pesan aku kepada diri sendiri dan rakan-rakan,
Usah dipaksa lagi suruh junior senyum bila lintas di hadapan kami,
Usah dikerah suruh junior tegur bila jumpa,
Kita buat cara kita, kita mula langkah pertama,
Biar mereka tegur, senyum, berjenaka kerana mereka suka, kerana mereka hormat,
Itu baru senior yang akan sentiasa diingat (wallahualam),
Fatin Nadhirah a.k.a Bebigurl, pelengkap set Buddy kami,
Baik orangnya, sekali adik member sendiri,
Tugasan pertama adalah menjadi penulis skrip Mock Trial di bawahan arahan buddy aku, Hisyam Hilmi,
Sampai orang kata ini punya mock adalah mock buddy sebab lawak-lawak kami susun, semuanya dituduh lame walaupun hakikatnya perform,
Kesian Amy (panggilan Hisyam), sebab aku selalu tangguh-tangguh nak hantar skrip, dia nak marah, aku buddy dia, hahahaha, dan hakikatnya, skrip tak siap pun sewaktu hari pemberian skrip dan pengenalan watak-watak,
Waktu itu juga aku reka ending tapi penipuan tetap ada gaya,
“ok, kalau korang perasan, skrip tu takde ending, sebab ada 3 cadangan ending and nak mintak korang decide” – padahal memang tak siap sepatah haram lagi pun,
But yes, nak jadi pelakon Mock Trial, dan pelajar undang-undang pulak, kenalah pandai propa..kan?
Alhamdulillah, Mock Trial berjalan dengan lancar, dan aku gembira dengan hasil kali ini,
Kemudian, buat persembahan dengan Izham waktu jamuan SEP,
Depan student Indonesia dan China,
Lagunya adalah Isabella dan apa entah satu lagi, memang awesome sebab benda tu tak dirancang, dan paling penting, persembahan yang mendapat sorakan cemerlang, hahahaha,
Tahun ini jugak aku banyak ponteng kelas, agak-agak bosan dan ngantuk dalam kelas,
Bila lecturer kata “take 5”, I make it “20” or “forever”, hahaha,
Awal-awal dulu, bila skip akan lepak surau bersama Yannick dan Syak,
Tapi disebabkan dua-dua ni takut bini, so hujung-hujung tu, aku berseorangan sahaja lah,
Tapi itupun ada orang dok rajin bising dan meleter, opsss..hehe,
Tahun ini siapa takkan lupa subjek Advocacy,
Group aku bernama LITIGO dianggotai oleh Rahim, Farina, Lyla, Adleena, Yasmin dan Myra,
Kalian memang sangat2 berdedikasi,
Research memang mantap, dan aku sangat bersalah sebab selalu buat main-main,
Acara sukan, aku dan daus mencipta rekod sebagai pemenang Boling fakulti selama 4 TAHUN berturut-turut dan sudah pasti aku boleh gah mengatakan untuk siapa-siapa yang menang boling fakulti tahun depan cukup bertuah, kerana aku sudah tiada, hahaha,
Tapi untuk futsal, kami terkandas di separuh akhir,
Bila bercakap pasal Final Year, paling dinanti adalah LawNite,
Kena menari Hindustan arahan Yasmin dan kena berlakon jadi Pak Maun, menari dengan Adleena, mujur this time beliau tidak backflip lagi,
Dan paling penting, buat pertama kalinya, aku menyewa pakaian iaitu full set TUXEDO,
Sebab kami para pria ingin merebut gelaran pakaian terbaik, tapi akhirnya hampa sebab seorang pun tak menang sebab tidak dipertandingkan – poikkkk!,
The best moment in final year, sudah semestinya waktu STUDY WEEK, sebab aku jadi KING of BLUE CORNER,
Tapi aku tidak berseorangan, Yannick, Sharow (wakil final year), Amy (Third year), Arai, Tuan Arief dan Syafiq (second year) pun turut serta,
Study kat situ, tidur pun kat situ,
Konon-konon study macam nak mati, padahal tengok EURO ramai-ramai sampai pagi,
Rindu sangat waktu ini,
Akhirnya, tatkala tamat waktu paper Civil Procedure, maka berakhirlah tugas aku sebagai pelajar undang-undang Universiti Malaya.
Maka ini sahaja coretan aku tentang perjalanan hidupku,
Mungkin ini juga entri terpanjang yang pernah aku nukilkan,
Kisah ini tidak akan berulang, tapi menjadi momen berharga buat aku kenangkan,
Sahabat, lawan, cinta, takdir, perasaan, semuanya aku rasa,
Segala genap jatuh bangun juga aku rasa,
Dan aku puas bila berada di fakulti ini sebagai seorang pelajar,
Insan paling penting buat aku di fakulti ini adalah Dr Siti,
Dialah ibu bagi aku, professor buat semua,
Leteran dan bebelan dia memang aku akan rindu,
Kedua, Datin Noraini, biarpun orang takut dengan beliau,
Tapi beliaulah yang memberikan aku nasihat cinta dan kehidupan,
Sayang kalian berdua even tak pernah dapat "i love you" from Datin.
Buat semua yang membaca, mohon maaf untuk segala "kenakalan" aku dan terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai sebahagian dari kehidupan kalian,
Andai aku tidak dirindui sekalipun,
Moga aku memberi sesuatu yang berguna untuk kalian.
Jujurnya, tiada sebarang kesalan di hati aku bila melangkah keluar dari fakulti ini,
Cuma satu-satunya impian aku yang tidak kesampaian adalah tidak dapat melihat Prof Azmi berambut pendek.
Ini kisah aku, 4 tahun lamanya.
Yang elok, teladanilah, yang buruk, jadikan pedoman.
Terima kasih Ilahi buat semua pengalaman ini.

Kerajaan Tidak Bernama
Ada satu kisah, di sebuah kerajaan yang tidak bernama,
Ditadbir tanpa sebarang pengaruh mana-mana kuasa,
Rakyatlah ketua, Rakyatnya juga adalah raja,
Tiada seorang pun hamba, keadilan untuk semua.
Ada satu kisah, kerajaan ini dirombak semula,
Pemilihan Sang Raja atas peninggalan yang lama,
Tidak dipilih tidak juga ditentang,
Maka naiklah takhta Raja dijulang.
Ada satu kisah, Raja ini ditentang rakyat jelata,
Dituduh pengkhianat amanah warisan,
Dicerca menconteng arang ke muka kerajaan,
Dikritik tidak berkelayakan kerana tiada pemilihan.
Ada satu kisah, Raja ini berseorangan,
Kesatrianya hilang tanpa dikesan,
Panglimanya melihat tanpa sebarang perasaan,
Raja ini dimalukan depan rakyat jelata,
Rakyat menuntut Raja turun takhta,
Sekalipun Raja belum mula mengeluarkan titah,
Dipaksa rakyat agar Raja ikut perintah.
Raja tersentak, Jatuh gelaran tinggal nama Ketua,
Satu hukum kerajaan tidak bernama ini,
Ketua tugasnya bukan memimpin,
Bukan juga saranannya dipatuh,
Ketua hanya kuli dan hamba,
Rakyat meminta-minta, Ketua ikut sahaja,
Bunyinya agak pelik,
Sebab prinsip pada nama yang didokong adalah keadilan,
Tiada hamba tiada abdi,
Rupa-rupanya “tuan” yang menjadi “hamba”.
Ada satu kisah, Ketua ini punya maruah,
Ikrarnya untuk membuktikan semua salah,
Kepada Ilahi dia berserah,
Andai ini ujian-Nya dia pasrah.
Demikianlah kisah sebuah kerajaan tidak bernama,
Menanti masa untuk binasa andai aturan ini kekal selamanya. Nauzubillah.

Thursday, January 19, 2012
Jigsaw Puzzle

Kalian mesti tahu apa itu Jigsaw Puzle,
Kepingan-kepingan yang pelbagai bentuk,
Untuk dicantumkan antara satu sama lain,
Supaya sesuatu imej terbentuk.
Ramai yang menganggap permainan ini buang masa,
Tak kurang juga yang anggap ia sangat melecehkan,
Malah ada yang tak sanggup untuk menghabiskannya,
Sebab berputus asa dengan ratusan malah ada yang ribuan kepingan yang perlu dicantum.
Tapi ada juga yang terus setia,
Tabah, khusyuk dan sabar mencatum kepingan demi kepingan,
Dilakukan dengan penuh cermat,
Dicari setiap satu mana yang padan,
Sebab mereka tahu imej yang terpapar bakal memberi kepuasan.
Ada juga yang bisa menggalakkannya,
Sebab ia mengasah minda,
Malah jika dilakukan bersama-sama,
Bisa juga menjauhkan sengketa.
Itulah Jigsaw Puzzle,
Dipecahkan sehingga terburai semuanya,
Supaya menanti sang setia mencantumkannya,
Biarpun berbeza saiz dan bentuk,
Biarpun tidak sepadan dan selari,
Tapi itulah syaratnya untuk bercantum,
Mengisi ruang kosong kepingan-kepingan untuk digabung,
Supaya hasilnya tidak ternilai kepuasan di jantung.
Tapi nak cantum pun kena hati-hati,
Perlu dicari pasangan dengan teliti,
Silap cantum alamatnya ketatlah untuk dibuka,
Bila dibuka silap-silap boleh patah,
Lebih malang patah ini bukannya patah berganti.
Namun Jigsaw Puzzle ini mengajar kita seperkara,
Selagi mana kita setia, sabar, khusyuk mencari padanannya,
Kita pasti akan mendapat ganjaran yang setara.
Tak sepadan tak semestinya berbeza.
Sepadan tak semestinya serasi.
Falsafah hidup yang mungkin perlu untuk kita renungi.
Jigsaw Puzzle.
p/s : hobi zaman kecik dulu
Jangan Malu Kenang Jasa Umno
Pembangkang sering menggunakan perkataan ini, “asalkan bukan UMNO”. Kata mereka, semua parti boleh tadbir Malaysia asalkan bukan UMNO. Mudah dan angkuh, biasalah, mereka.
Di Pulau Pinang, strategi mereka cukup licik. Dijaja seantero pulau katanya, “kami tak bermusuh dengan Gerakan dan MCA, Cuma kami tidak mahu UMNO yang perintah negeri”. Untunglah ketika itu UMNO tiada serangan balas dan hasilnya, di Pulau Pinang BN melepas.
Di Sarawak pun tidak kurang jijiknya. PBB cuba dikambing hitamkan seperti UMNO di Pulau Pinang. Lampu-lampu isyarat di Miri, Sibu, Bintulu dan Kanowit, habis digantung gambar Tan Sri Abdul Taib yang monyok, stress bersebelahan dengan foto menarik pemimpin kanan mereka yang ceria, menarik dan konon-konon melambai ke arah penyokong. Sangat “interaktif”kempen ini sehingga saya pasti akan menimbulkan rasa meluat dalam kalangan para pemandu yang hari-hari melalui jalan itu.
Taktik inilah yang sentiasa dimainkan oleh PAS, DAP dan PKR dalam meraih sokongan dan memburukkan UMNO. Katakan apa sahaja, dari masalah negara sampailah masalah dalaman parti-parti terbabit pun dikatakan angkara UMNO.
Oh ya, kes pemecatan Dr Hassan Ali pun “angkara” UMNO. Meskipun kepimpinan PAS sangat pengecut apabila tidak membela langsung Hassan ketika beliau memperjuangkan isu murtad dan membantah penjualan arak di Shah Alam yang kawasannya merupakan kawasan komuniti Melayu. Mana dia “singa-singa” PAS seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain dalam membela nasib umat Islam di Selangor? Jawapannya, menikuslah. Nak diharapkan Nik Aziz dan Hadi Awang memang jauh panggang dari api. Tiada nada langsung dari mereka sebaliknya terus diam membisu.
Di Kelantan, sebutlah kedai runcit mana yang tidak menjual air bersih bersaiz tong kecil. Singgahlah di jajaran lebuh raya menghala ke Air Lanas dekat sempadan Jeli dan Tanah Merah, harga air bersih setong boleh mencecah RM5. Bukan 10 atau 20 tong yang dijual, tetapi 50 hingga 100 tong. Semuanya gara-gara bekalan air paip di Kelantan yang masih keruh dan berkarat. Cubalah tanya Nik Aziz, mesti jawapannya “salah UMNO dan Kerajaan Pusat”.
Begitulah sedihnya jadi UMNO. Apa sahaja salah pembangkang, mesti akhirnya, UMNO. Ibarat anak yang belajar di IPT pergi clubbing, salahnya, ibubapa di kampung. Sedangkan, anak ini yang tak pernah kenang jasa ibubapanya.
Maka UMNO perlu segera bersuara. UMNO kini bersendirian. MCA dan Gerakan sudah tidak mampu menyaingi DAP. Nak harapkan MIC? Belum tentu sekalipun dalam mimpi. Orang UMNO jangan khuatir menjelaskan kepada rakyat bahawa siri pembangunan negara digerakkan oleh UMNO sejak merdeka lagi dan ia adalah hasil air tangan UMNO dengan kerjasama rapat pelbagai kaum. Nak harapkan PAS pun, mereka sendiri keliru dengan diri mereka sendiri. PKR? Perkara yang mereka tahu hanyalah untuk erus setia dengan Anwar Al-juburi. Jadi, siapa yang lebih berkuasa kelak? Tepuk dada, tanya selera.
Ya, UMNO kini bersendirian. Untuk Melayu, UMNO bersendirian. Untuk BN, UMNO bersendirian. Untuk Islam sekalipun, UMNO bersendirian. Yang sedihnya, kalau PAS dan PKR tak mahu tolong sekalipun, janganlah buat kacau dengan hasrat murni UMNO. Oleh itu, orang UMNO perlu berani. Jangan bimbang beritahu rakan-rakan, anak-anak, sepupu-sepapat, jiran-jiran tentang sumbangan dan jasa besar UMNO kepada negara. Jangan takut jika dipulaukan atau khuatir jika diasingkan jemaah apabila bersolat Subuh atau Maghrib di surau atau masjid yang berhampiran.
Tidak ada apa pun sumbangan pembangkang kepada negara. Titipkanlah sumbangan pembangkang, akhirnya yang keluar di atas tinta atau internet nanti, hanyalah hasil kerja keras kepimpinan kerajaan UMNO yang sedia ada.

Subscribe to:
Posts (Atom)