Saturday, December 31, 2011

Tentang Pembangkang..

Aku ambil ini dari junior terbaik yang aku ada,
Rasa bersyukur kerna aku berkesempatan mengenalinya,
Sekadar berkongsi buat tatapan semua.

................................................................................

Fakta Tentang Pembangkang..
Dalam penulisan artikel kali ini, saya tidak berhasrat untuk menghukum mana-mana pihak yang menjadi tokoh tulang belakang politik negara, siapa yang betul dan pihak mana yang salah. Namun saya menyeru kepada sekalian warga pembaca untuk melihat politik dari sudut yang jelas (yang dapat dilihat secara fizikal). Bukan menerusi andaian dan jangkaan, rumusan sendiri yang kononnya dianggap masuk akal wajar diterima.

Berikut merupakan fakta-fakta yang tidak boleh untuk dinafikan kerana seluruh Malaysia menjadi saksi dan melihatnya:

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan antara orang yang dianggap lantang memperjuangkan sistem dan suara demokrasi. Demokrasi merupakan sistem yang menentukan jawatan seorang ahli politik menerusi suara majoriti, undian rakyat atau ahli sesuatu parti serta kebebasan bersuara. Namun begitu, kita melihat jawatan Penasihat Umum PKR sendiri dipegang oleh Dato' Anwar tanpa sistem undian, sebaliknya menggunakan cara autokratik (tak pasal-pasal lepas keluar penjara jadi Penasihat Umum).

2. Selepas PRU 12, lebih 10 orang (ADUN dan Ahli Parlimen) Parti Pakatan Rakyat keluar parti. Ada juga yang melompat parti ke dalam Barisan Nasional. Tidak ada parti pembangkang dalam dunia yang mengalami krisis kepercayaan seteruk ini. Dengan kepercayaan dan sokongan sekritikal ini, bagaimana mungkin pembangkang mampu untuk menjadi pentadbir negara.

3. Parti Islam SeMalaysia dahulunya mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan MIC dan MCA. Tetapi selepas PRU 12, PAS bergabung dengan DAP dan PKR yang juga terdiri daripada india dan cina. Malah, India yang dijadikan kawan rapat oleh PAS bukanlah India yang baik (kafir zimmi), sebaliknya India yang memusuhi Islam (kafir harbi). Contoh paling ketara, pengasas Bersih 2.0, Ambiga Srevanesan. Ribuan umat Melayu Islam menyokong program ini. Wahai sekalian umatku, lupakah kalian bahawa Ambiga ini merupakan peguam bela Lina Joy dalam kes murtadnya.

4. Dahulu PAS mempunyai agenda negara Islam, hari ini berubah menjadi negara berkebajikan. Selagi PAS berkerjasama dengan DAP, agenda hudud memang tidak boleh dilaksanakan kerana DAP sudah mengeluarkan pendirian jelas dan tegas untuk menentang hudud.

5. Dato' Seri Anwar Ibrahim sangat lantang mengutuk dan mengeji Pak Lah suatu ketika dahulu kerana menjadi UMNO sebagai parti anak beranaknya; Pak Lah adalah Presiden UMNO, manakala menantunya, Khairy Jamaludin merupakan Ketua Pemuda UMNO. Namun kita lihat dalam PKR, Penasihat Umum adalah Dato' Anwar, Presidennya adalah isterinya sendiri (Dato' Wan Azizah) dan anaknya adalah Naib Presiden Parti (Nurul Izzah).

Anda boleh menafikan perkara lain, tetapi bukan kelima-lima asas ini. Ini adalah fakta. Apa yang cuba untuk saya sampaikan pada kalian adalah keadaan Pakatan Rakyat; DAP, PAS dan PKR yang sering berubah-ubah, tidak konsisten. Mereka adalah penipu dan penyeleweng.

Apa yang perlu anda lakukan selepas membacanya? Saya pohon dan saya pinta, nilai lah secara rasional. Ingat, penilaian yang terbaik adalah berdasarkan bukti yang dilihat, bukan andaian dan ramalan-ramalan pendapat. Terima Kasih.

.......................................................................
LUQMAN SUFYAN.
http://pemikirtunrazak.blogspot.com/

2011, ini cerita aku..

1 Januari 2011,
Apa yang aku jangkakan,
Apa yang aku harapkan,
Kliseya, sesuatu yang lebih baik,
Hakikanya, tiada.

Benar, aku tak harapkan mahupun jangkakan apa-apa untuk 2011,
Biarlah aku pergi sahaja with the flow,
Kalau ada dugaan yang mendatang, tabahlah menghadapi,
Kalau ada ganjaran yang bertandang, bersyurlah menikmati.

Tahun ini macam-macam warna yang aku alami,
Macam-macam rasa yang aku lalui,
Sememangnya aturan TUHAN itu sentiasa tepat dan kena,
Dari waktu aku bergelak ketawa sampailah ketika aku berduka,
Pada aku semuanya kena pada gayanya.

Dunia DEBAT,
Alhamdulillah tidak semendung tahun terdahulu,
Walaupun JUARA masih lagi aku tunggu,
Namun sekurang-kurangnya aku merasa pentas final - pentas idaman semua pendebat,
Mungkin rezeki masih belum milikku,
Tapi ALLAH ganti dengan medan pidato,
Yang sebenarnya bukanlah makananku,
Tapi rezeki DIA, tiada siapa yang tahu,
Alhamdulillah, ada juga TROFI JOHAN dalam koleksiku,
Dan melihat muka-muka generasi baru,
Aku bersyukur masih ada sinar yang menunggu.

Dunia FAKULTI,
Apa yang hendak aku ceritakan sangat?
Seperti biasa, belajar, bermain, belajar, periksa dan berATTACHMENT,
Satu pengalaman yang takkan aku lupakan,
Macam-macam kisah dari kelakar sampai naik geram,
Kadang-kadang tersenyum sendirian,
MOCK TRIAL, amanahku agak besar kali ini,
Kalau dulu hanya yang melakonkan watak,
Tapi kali ini sebagai pencipta jalan cerita dan watak,
Memang berat juga keputusan yang aku ambil untuk tidak berlakon,
Apatah lagi ini buat yang terakhir dan rakan-rakan sebaya pun semua kembali turut serta,
Hendak juga aku beraksi bersama mereka,
Namun apakan daya demi tanggungjawab dan pelan masa hadapan,
Aku rela korbankan dan Alhamdulillah, semuanya lancar,
Cuma satu sahaja yang tak lancar pada minggu tu..haha, biarlah aku simpan sendiri.

Dunia HIDUPKU,
Apa lagi yang nak aku coretkan?
Aku jatuh, bangun, lari, tersungkur, bangkit, seperti tahun-tahun sebelumnya,
Kadang-kadang aku gembira dengan perjalanan ini,
Kadang-kadang aku trauma dengan perjalan ini,
Kadang-kadang aku sendiri gusar dengan keyakinan sendiri,
Tapi ALHAMDULILLAH, 2011 buat aku kembali berani,
Dan nasib si baju oren juga berubah,
Setelah hampir 2 tahun tidak disarung,
Akhirnya kini baju oren sudah kembali disayangi.
Syukur.

Mungkin pada sesetengah orang,
2011 tahun terbaik buat mereka,
Bagi aku,
2011 tahun yang banyak menyedarkan aku tentang diri aku.
Siapa sangka, dari tiada apa-apa yang aku jangka,
Di akhirnya, aku dapat sebakul permata.

SYUKUR ALHAMDULILLAH,
MOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN LAGI REZEKI.

Andai Masa Itu Ada..

Aku tahu bunyi ini agak klise,
Sebab bila bercakap tentang masa,
Kita takkan lari untuk berkata tentang bernilanya sesuatu masa,
Tapi dah jadi tabiat orang kita,
Suka sangat buang masa.

Masa aku jugak banyak aku bazirkan,
Aku kejar benda yang tak perlu,
Aku simpan benda yang tak perlu,
Aku gilakan benda yang tak perlu,
Sampai akhirnya,
Aku jadi seseorang yang tak perlu.

Aku juga tak pandai bahagi masa,
Aku buang benda yang berharga,
Aku hilangkan benda yang berguna,
Aku tinggalkan benda yang utama,
Sampai akhirnya,
Aku sudah tidak punya apa-apa.

Maka aku terfikir semula,
Kalau aku terbalikkan perkara yang aku kejar, simpan, gilakan,
Dengan perkara yang aku buang, hilangkan, tinggalkan,
Adakah aku akan jadi apa yang aku jadi hari ini?

Masa aku sudah semakin singkat,
Umur pun dah semakin meningkat,
Maka aku dah tak boleh buang masa lagi.

Masa lalu, aku hanyam mampu tersenyum bila mengenangkan,
Ya, kadang-kadang aku menangis juga,
Tapi di akhirnya aku tahu yang aku akan lega,
Namun jika diberi pilihan untuk aku putarkan masa,
Hanya satu sahaja detik dan ketika yang ingin buat aku kembali,
Untuk aku mendapat satu kepuasan yang hakiki,
Dan hanya masa itu......Yang lain, aku berpuas hati.

Aku bukan orang kenamaan,
Aku pun bukan orang yang menarik tumpuan dan perhatian,
Seandainya aku terjatuh dalam kelompok yang aku nyatakan,
Aku pinta aku dikembalikan ke saat yang aku hanya insan biasa,
Kerana di saat itulah, aku terasa dalam diriku ada aku.

Itupun, andai masa itu ada.

'Kuasa' Double 'A'

Dalam tempoh 2 minggu,
Kita digemparkan oleh mereka yang berminda dungu,
Sumpah tanpa segan dan malu,
Mungkin mintak penumbuk satuuuuu!

Aku mulakan dengan WEDDING OF THE YEAR 2011,
Bagi aku bukan perkahwinan Putera William dan Kate,
Bukan juga pernikahan artis-artis pujaan dan dambaan kalian,
Tapi hanya insan biasa yang lupa asal-usulnya,
Malah mungkin lupa juga aturan alam,
Sehingga hilang pedoman dan pertimbangan.
Alif Alfian, tak perlu aku cerita panjang,
Satu Malaysia dah tahu kisah beliau,
Membuat rekod PERTAMA di negara kita,
Siaran "SECARA LANGSUNG" untuk tatapan kita semua,
Bangganya beliau menghebohkan pernikahannya,
Lebih bangga lagi segak berbaju tradisi BANGSA aku,
Maklumlah demi cinta pasti memori yang ingin dicipta tak seperti biasa,
Katanya itulah jati diri yang takkan hilang,
Katanya lagi, "SAYA MASIH ISLAM",
Seteruk-teruk Kaum Lut pun ketika itu mereka tidak berpegang pada ISLAM,
Tapi yang ini, ISLAM begitu mudah pada beliau,
Baguslah, boleh berjemaah dengan SUAMI tercinta,
Aku pasti tiada MELAYU yang menyokongnya,
Eh eh, lupa, ada, yang SEDANG menunggu keputusan bicaranya.

Kemudian bercerita pula soal suara anak muda,
Konon-konon sebagai aspirasi segar buat negara,
Semuanya salah, mereka saja yang betul,
Tiada cara lain, hanya demonstrasi jawapan yang terunggul,
Maka tak hairanlah setiap tempat buat kecoh,
Maklumlah kita kan NEGARA ISLAM,
Maka perlu contohi "kebangkitan rakyat" dari negara islam,
Tunisia, Mesir, Libya dijadikan model,
Maka MALAYSIA pun perlu turut serta,
Adam Adli, seorang bakal cikgu,
Tak padan dengan muka putih jambu,
Konon pejuang tegar sampai hilang adab dan adat,
Biadap kau pun boleh tahan,
Demi KEBEBASAN AKADEMIK katanya,
Tapi tahukah kau makna sebenar KEBEBASAN?
Atau kau hanya anjing tunggangan yang kau sendiri tak perasan?
Bila tiba hari anak aku masuk alam sekolah,
Perkara pertama yang akan aku periksa adalah kau bukan gurunya.

Tapi sebenarnya,
Ini salah kita juga,
Terlampau berlembut sampai kita alpa,
Mahukan sangat demokrasi dijelma,
Sampai maruah, adab dan adat pun kita gadaikan bersama.

Mereka konon-konon pejuangkan kebebasan,
Atas nama HAK ASASI kita pun berikan tanpa penuh sekatan,
Akhirnya yang terjerat ORANG kita,
Yang terpalit malunya ORANG kita,
Yang brgaduh, berpekik ORANG kita,
Sedangkan yang melaungkan perjuangan ini adalah MEREKA.

Ayuh yang berkuasa,
Janganlah ditakuti kalian hilang kuasa,
Undi ini datang dari hati,
Kalau kerja ikhlas dapatlah bantuan ILAHI.

Itulah kuasa DOUBLE A (AA),
Untuk kita semua renungi.

Rumah Ini Rumah Saya

Rumah ini rumah saya,
Awak datang sebagai tetamu,
Jemputlah duduk dan buat macam rumah sendiri,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Duduklah selama mana yang awak mahu,
Kalau panjang umur biarlah sampai ke cucu cicit pun tak mengapa,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Buatlah apa sahaja yang awak nak,
Tambah dan hiaslah secantik-cantiknya,
Belilah perabot untuk awak selesa,
Belilah permaidani untuk rumah ini nampak cantik,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Saya tahu awak pun bayar bil api dan bil air,
Kalau rumah ada rosak pun awak ada bayar jugak,
Sebab awak pun duduk kat rumah ini,
Tapi ingat,
Rumah in rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Ajaklah kawan-kawan awak lepa sekali,
Buatlah jamuan besar ataupun berparti,
Gunalah alamat rumah ni sebagai alamat awak,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Saya bagi awak segala-galanya,
Saya bagi awak buat apa sahaja,
Kecuali satu, geran rumah.
Sebab apa?
Rumah ini rumah saya.

Jadi begitulah,
Kita duduk sebumbung,
Tapi rumah ini TETAP dan MASIH rumah saya.

Monday, November 28, 2011

After a long way, finally someone is here.. =)

Nothing much,
1.11.11,
I'm finally taken,
AGAIN! =)



Thank you dear..LOVE.

3 Debat.

Sepanjang tempoh "pertapaan" buatpermaisuriku, sudah 3 pertandingan debat yang aku sertai. Alhadulillah, untuk ketiga-tiga pertandingan, kami tidak pulang dengan tangan kosong. Namun, istilah JOHAN masih jauh untuk didakapi.

Debat Alam Sekitar

Barisan pendebat :
Firdaus
Adam
Asri
Azzairi

Pencapaian :
Naib Johan

Kali terakhir UM johan untuk debat ini adalah pada tahun 2004. Memang sangat lama dan kali terakhir UM melangkah ke Final adalah pada tahun 2006. Untuk pengetahuan, inilah pertandingan yang aku SANGAT inginkan johan dalam banyak-banyak pertandingan debat. Rasa terkilan bila kalah Final memang tak boleh nak dilafazkan dengan kata-kata. Impian aku untuk menghadiahkan JOHAN ALAM SEKITAR kepada UM lebur serta-merta dan untuk sepanjang hayat aku, aku gagal menghadiahkan kemenangan ini kepada UM.








Debat Piala Perdana Menteri

Barisan Pendebat :
Firdaus
Asri
Tuan Arief
Azzairi

Pencapaian :
Separuh Akhir

Well, debat ini adalah pertama kali dianjurkan. Bila dapat tahu tentang hadiah kemenangan, memang terbeliak biji mata aku. RM25,000??? Mampu? Tapi bukan tu matlamat utama. Aku memang nak sangat johan debat ini sebab ini adalah kali pertama and aku nak pastikan UM menjadi johan sulung. Plus, mungkin ini adalah hadiah "gantirugi" atas setiap kekalahan aku dalam pertandingan2 sebelum ini. Malah aku bertekad, seandainya aku johan, ini adalah pentas debat terakhir buat aku. Malangnya, kami tewas di tempat yang menjadi BADI dalam karier debat aku, SEPARUH AKHIR. Peritnya memang susah nak tahan dan percayalah, sampai ke hari ini, aku masih terbayangkan match tersebut dan apa yang patut aku cakap time gulung.






Debat Gender

Barisan Pendebat :
Kiasatina
Kheng Fai Chan
Rafidah
Azzairi

Pencapaian :
Naib Johan

Secara jujurnya, aku memang tak terpikir langsung nak on stage untuk debat yang pertama kali jugak dianjurkan ni. Sebab syarat awal cakap wajib ada 2 perempuan yang on stage and one non malay. So, aku ambil keputusan untuk bagi peluang buat pelapis2 yang on stage sebagai medan pendedahan buat diorang. Tapi, bila memikirkan yang mereka perlukan bimbingan, aku pun mengambil keputusan untuk on stage jugak. Yes, without any singke training, non meeting, and bukan team utama, aku memang tak menjangkakan apa-apa dari pertandingan ini. Tetapi bila selesai hari pertama, aku mula yakin dengan team ni and terus target nak sampai ke Final. Akhirnya we make it and walaupun terkilan kalah di Final, tapi aku berbangga dengan pencapaian team ni.







Terkilan masih ada sebab gelaran JOHAN masih belum aku kucupi. Impian aku untuk membolehkan UM mendapat best team memang lebur memandangkan hanya tinggal satu sahaja lagi pertandingan yang tinggal untuk tahun ini. Sesungguhnya, kekecewaan ini sangat aku rasa dan boleh dikatakan aku gagal untuk menempatkan kembali UM sebagai sebuah pasukan yang digeruni. Moga perjuangan ku diteruskan oleh junior-juniorku.

Quite A Long Time..

Yes, saya tahu, dah lama saya tak ke sini.
Entahlah, diri ini pun tak tahu mengapa begitu berat rasa hati hendak menjenguk ke sini.
Mungkin kesibukan yang membataskan diri.
Atau mungkin di sini sudah tidak punya apa lagi untuk dikongsi.

Namun di saat ini.
Hati ini terdetik.
Pintu hati terbuka.
Mungkin sudah tiba masa.
Kisah Sang Kasih kembali menjelma.
Permaisuri pun sudah bangun dari lena.

InsyaALLAH,
Buatpermaisuriku akan mengukir semula lakaran kisah sang kasih.

Friday, August 26, 2011

Tutti Frutti..



Tutti Frutti..
First time aku dengar nama saintifik ni adalah pada sem lepas.
Aku tak tahu pun apakah ia dan juga tidak mendalami bagaimanakah rupa bentuknya apatah lagi menjejaki asal-usulnya.
Kemudian, aku diberitahu yang ia merupakan sejenis makanan.
Ku bilang buah-buahan tapi rupa-rupanya sejenis yogurt.
Maka apabila sampai waktu dengan izin Tuhanku yang Satu, berkesempatan jugalah aku untuk menikmati sejenis makanan yang bergelar Tutti Frutti ini.

Tutti Frutti,
Lain kaedah dan aturan caranya,
Pemilihannya semua mengikut kehendak sendiri,
Saiznya pun berbeza mengikut kategori,
Ada kecil, sederhana dan besar,
Perasa dan perisa pun ada pelbagai,
Boleh dicampur sampai melimpah bekas pun takpa,
Aku ingat sampai situ sahaja,
Tapi masih ada lagi "hiasan" tambahan,
Buah-buahan,
Chocolate chips,
Manisan,
Dan pelbagai "hiasan" yang menyelerakan,
Cara nak kira harganya pun agak unik atau boleh dikatakan menjerat diri,
Makin berat timbangan, makin melambung bilangan angka harganya,
Maknanya makin tinggi bayarannya,
Namun benda yang baik haruslah tinggi kosnya,
Apatah lagi sedapnya pun menambat hati,
Kalau dah itu kehendak hati apalah dikisah nilai yang tinggi,
Barulah nama penangan Tutti Frutti.

Aku terfikir,
Kalaulah Tutti Frutti ini manusia,
Begitulah juga aturan pemilihannya,
Ikut citarasa, ikut mana yang berkenan,
Makin dimahukan yang baik-baik,
Harga yang dibayar pun kenalah baaaaiikkk punya,
Asalkan itulah yang terbaik,
Cantik pada rupanya,
Manis pada budinya,
Tinggi pada pekertinya,
Mahal pada harga dirinya.

Tutti Frutti - ada juga nilainya..

p/s : suka perisa coklat

Saturday, August 13, 2011

Teruna dan Dara

Si Dara : Sudah.. pergi jauh-jauh.

Sang Teruna : Lagi jauh di suruh pergi, lagi dekat hati ke mari.

Si Dara : Hati yang datang tidak diundang, tidak takutkah tempatnya ke longkang?

Sang Teruna : Kalau itu yang tertulis, siapalah hati ini untuk terguris, mata untuk menangis.

Si Dara : Kalau yang tahu hanya putus asa, usah lahir sebagai teruna.

Sang Teruna : Tapi teruna ini tahu batasannya, juga tahu akan kudratnya, sedar mengetuk pintu hati si dara tidak semudah memetik kuntuman bunga.

Si Dara : Si dara juga ingin batas tetap terjaga, kudrat tetap pada hadnya, kerna kehendak hati tak mudah untuk dicerna.

Sang Teruna : Andai begitu berilah ruang untuk teruna mencerna, supaya teruna lebih mengerti akan kehendak si dara yang lebih memahami.

Si Dara : Kehendak hati tak elok dituruti, ikut hati maka mati, ikut rasa maka binasa. Elok kiranya biar masa yang menjawab segalanya.

Sang Teruna : Jika mahu masa menjadi hakam, maka sucikanlah hati dari segala pendam, kalau gusar binasa dek rasa, maka tanyalah dari yang Esa.

Si Dara : Pendamnya hati ada sebabnya, gusarnya rasa memang yang Esa pendengar setia, tapi hingga kini minda dan hati belum sepakat memberi erti, kerna itu si dara akhirnya memilih masa.

Sang Teruna : Maka teruslah setia pada masa, sabar menanti jawapannya, sementara itu kuatkan jiwa, supaya hati si dara tidak terus terluka.

Si Dara : Hati yang luka bukan lagi pilihan tetapi tuntutan, moga masa menjadi ubat, supaya luka tidak melarat.

Sang Teruna : Dan teruna akan terus taat tanpa penat...

Monday, August 8, 2011

Murtad : Salah Gereja atau Salah Kita?

Murtad,
Benda yang paling dilarang dalam Islam,
Tiada lagi pintu taubat buat mereka yang murtad,
Kemurkaan Allah yang paling dasyat,
Minta dijauhi segala laknat.

Bila kita bercakap pasal isu murtad ni,
Dekat Malaysia macam-macam hal yang terjadi,
Satu per satu nama yang keluar,
Dari Lina Joy sampailah ke Datuk Azhar,
Yang menyimpang seluruh akidah.

Sememangnya,
Dalam Islam tidak perlu kita bicarakan lagi,
Sudah terang haram untuk keluar agama,
Maka sebagai sebuah negara yang Islam sebagai agama rasmi,
Dalam perlembagaan pun kita dah tetapkan larangannya.

Larangan bukan sahaja untuk keluar Islam,
Tetapi untuk menyebarkan dakyah bukan Islam kepada Islam pun dicegah,
Semuanya bagi memastikan Islam itu dipelihara,
Semuanya bagi memastikan penghormatan hukum Islam dari-Nya.

Aku terbaca kisah seorang ibu tunggal yang hidup kesempitan,
Suami dah tiada, anak-anak pula bergantung harap kepadanya,
Apalah daya ibu tunggal ini kerana ditimpa penyakit,
Membuatkan dirinya tidak mampu bekerja mencari nafkah rezeki.

Diceritakan juga beliau menerima bantuan sebuah gereja,
Diberikan wang belanja buat kegunaan sekeluarga,
Diterimanya kerana itu sahaja pilihan yang ada,
Malah anak-anak juga ditawarkan tinggal di asrama gereja,
Segala perbelanjaan ditanggung semua,
Malah kaunseling dan bimbingan turut disediakan juga,
Dasyat kaedah bujukan gereja ini,
Kalau begini siapa yang tak cair hati,
Syukur juga ibu tunggal ini akidahnya masih berdiri,
Ditolak dengan penuh rasa berani.

Kalau sekali imbas,
Memang jiwa dan raga rasa panas,
Begitu halus pergerakan mereka,
Tanpa sedar tanpa diduga,
Agenda tersirat usah nak kata,
Syurga di mulut, di hati neraka.

Tapi adakah ini salah mereka?
Mengapa tidak dituding jari kepada kita?
Ibu tunggal ini pernah meminta bantuan Baitulmal,
Tapi ditolak kerana alasannya bantuan pernah diberikan,
Alahaiiii..
Apalah berkira sangat,
Duit yang ada pun duit zakat,
Fungsinya memang untuk mereka yang memerlukan,
Jadi sebab apa dihalang dari dberikan.

Itulah orang kita,
Kalau hal macam ni tahu pulak hukum prosedurnya,
Birokrasi yang sentiasa menjadi badi,
Kerusi tertinggi buat mereka yang lupa diri,
Akhirnya yang tersungkur,
Yang terbujur,
Orang kita juga, penganut Islam.

Aku malas nak ulas panjang,
Kita selalu cakap yang mereka pandai berstrategi,
Tapi kenapa kita pun tak pandai berstrategi jugak?
Strategi untuk yang Islam terus kekal dalam Islam,
Strategi untuk yang bukan Islam untuk masuk ke dalam Islam.

Tapi nak buat macam mana,
Bila berdakwah dekat orang-orang yang datang masjid sahaja,
Atau dekat orang-orang yang datang ceramah agama sahaja,
Kalau moden sikit, dekat orang-orang yang dijemput hadir untuk sesi rakaman di studio,
Mereka ini memanglah kita boleh berdakwah,
Tapi mereka ini golongan yang dah ada kesedaran,
Sebab itu mereka ke masjid,
Sebab itu mereka ke ceramah,
Sebab itu mereka ke studio,
Sebab mereka memang minat dan ikhlas,
Masalahnya,
Bagaimana mereka yang bergelandangan?
Bagaimana mereka yang tinggal di lorong-lorong pelacuran?
Bagaimana mereka yang hidup terbiar tanpa ihsan?
Patutnya di sinilah dakwah yang paling wajib diberikan.

Kita selalu marahkan orang yang suka mengambil kesempatan,
Tapi kita lupa yang kitalah yang memberi ruang untuk kesempatan itu diambil.

Monday, August 1, 2011

Sekitar Debat Perpaduan 2011

Maaf, gambar tidak mengikut aturan..























Debat Perpaduan : Masih Belum Padu...

Minggu sebelum bermulanya kejohanan,
Hati aku girang dengan dua kejayaan,
SDAR johan debat dan aku johan pidato kebangsaan,
Doaku kejayaan sama menyusul pada Debat Perpaduan.

Siapa sangka,
Tiga tahun perkenalan di kelas yang sama,
Rupa-rupanya ada bakat yang aku terlepas mata,
Chan Kheng Fai mana you pergi selama ini,
Anugerah Ilahi yang buat semangat aku lebih tinggi.

Perjalanan kami ke UTP,
Harap menumpang tuah di bumi kelahiran sendiri,
Besar impianku kali ini,
Mahu melengkapkan minggu yang gemilang,
Mahu menamatkan segala derita kecundang,
Lantas kembali menjadikan nama UM dijulang.

Pemergian kali ini ada sedikit kelainan,
Inilah kali pertama aku membawa bagasi yang paling ringkas,
Tiada bega kasut,
Tiada beg laptop,
Tiada tuala,
Malah tiada juga seterika,
Entah mengapa perasaan begitu ringan,
Mungkin diserap dengan keyakinan,
Kepercayaan kepada pasukan yang mampu mengukir senyuman kepuasan.

Hari pertama,
Alhamdulillah menang ketiga-tiga,
Taylor's, UTM dan UMT kami jumpa,
Persembahan mungkin ala kadar sahaja,
Tapi memadai untuk mengisi takhta pertama.

Hari kedua,
Dua kemenangan pertama berjaya dicipta,
UMS dan UTHM liatnya usah kira,
Syukur, lega, terharu semuanya ada,
Maklumlah sebelum ini debaran hingga perlawanan terakhir,
Maka tiada tekanan dalam langkahan seterusnya ke suku akhir,
UTP saingan terakhir,
Kami tewas tapi senyuman masih terukir.

Suku Akhir,
Ranjau pertama dalam peringkat kalah mati,
DEMONSTRASI JALANAN MENGGUGAT KESTABILAN NEGARA,
Lawan yang ditentang abang-abang askar UPNM yang juga sahabat setia,
Alhamdulillah, kami mara.

Separuh Akhir,
Badi yang sudah lama menghantui kami,
Kali keenam aku di peringkat ini,
Cuba melepasi dengan sepenuh hati,
RUKUN NEGARA SUDAH TIDAK RUKUN,
UiTM musuh tradisi,
Tapi sayang, rezeki masih bukan milik kami.

Kecewa?
Sangat.

Sedih?
Teramat.

Terkilan?
Penat.

Entah di mana silapnya,
Entah di mana kurangnya,
Hari itu sekali lagi aku tersungkur.

Pidato Kepenggunaan Kebangsaan 2011

Biarlah gambar menceritakan segalanya.. =)


the crowds..











Saturday, July 30, 2011

Transformasi Malaysia Ke Arah Ekonomi Berteraskan Pengguna

Teks pidato saya ketika Pertandingan Pidato Kepenggunaan Kebangsaan 2011.

Saudara dan saudari,
Apakah yang dimaksudkan sebagai Transformasi?
Menurut Kamus Dewan, transformasi merupakan suatu perubahan yang dilakukan secara besar-besaran,
Seperti filem Transformers, dari sebuah kereta biasa bertukar menjadi robot rasaksa,
Itulah bentuk perubahan yang berskala mega.

Lantas, merungkai makna ekonomi berteraskan pengguna pula,
Adam Smith dalam buah fikirnya, " The Wealth Country " menjelaskan,
Ekonomi berteraskan pengguna merupakan suatu sistem ekonomi di mana pengguna adalah pemain utama,
Maka, Transformasi Malaysia Ke Arah Ekonomi Berteraskan Pengguna berkehendakkan kita untuk berbicara tentang peri pentingnya ekonomi berteraskan pengguna kepada negara dan bagaimana Malaysia menuju ke arahnya.

Tiga asas utama sebagai jalan cerita,
Pertama, permasalahan ekonomi semasa,
Kedua, mengapa ekonomi berteraskan pengguna yang perlu kita guna,
dan ketiga, transformasi yang sedang terlaksana.

Pertama, permasalahan ekonomi semasa.

Hadirin dan hadirat,
Benar, kemajuan ekonomi negara boleh kita semua bangga,
Semuanya adalah hasil ketelitian pakar dalam menyusun batu bata ekonomi negara.
Namun,
Sebelum kuasa kembali ke tangan pembeli,
Ada perkara yang perlu kita semua perhalusi.

Kesedaran ilmu kepenggunaan masih rendah, malah ramai juga yang buat tak endah,
Sebab itulah tatkala kita bergerak laju dalam arus modenisasi, isu kepenggunaan sering dipalit kontroversi,
Isu minyak, harga barang dan penipuan sering menajdi polemik yang turut menjadi permainan politik,
Sebab itulah laungan transformasi bukan sekadar suatu gimik.

Saudara,
Lihatlah sekeliling kita,
Greece, Ireland dan Indonesia sudah pun menjadi mangsa,
Malah di Zimbabwe, rakyatnya terpaksa mengusung berguni-guni wang hanya untuk membeli sayuran di pasar,
Ekonomi mereka jatuh kerana kebergantungan yang tinggi kepada pasaran luar.

Saya kira,
Krisis ekonomi 1998 sudah mengajar kita seperkara,
Tatkala negara dihimpit dengan masalah inflasi dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit yang tidak terperi,
Malah sektor ekonomi juga hampir semuanya menggigit jari,
Tun Dr Mahathir menyarankan kita agar terus keluar membeli,
Ketika itu ramai yang menyanggah, kata mereka ini idea gila,
Tapi tidak, ini bukan GILA tetapi GELIGA,
Dan inilah formula terbaik kita untuk keluar dari kepompong sengsara.

Saya khuatir jika ini masih tidak diinsafi,
Negara Berpendapatan Tinggi mungkin hanya mimpi di siang hari.

Kedua, mengapa ekonomi berteraskan pengguna.

Saudara, tahukah anda..,
Kemapanan ekonomi sesebuah negara turut bergantung kepada perbelanjaan pengguna,
Perbelanjaan inilah yang memastikan alran ekonomi tidak akan berhenti,
Saya berikan anda suatu situasi,
Ketika ilmu kepenggunaan difahami dengan cukup tinggi,
Ketika pengguna tidak pernah jemu membela hak diri,
Ketika penentuan harga suara pengguna turut didengari,
Pasti ekonomi akan melonjak tinggi,
Dan inilah yang berlaku di Australia, negara yang sudah 17 tahun berturut-turut meningkat ekonominya.

Di Malaysia,
Istilah PENGGUNA BIJAK juga perlu ditransformasi,
Pengguna Bijak bukan sekadar membeli barang yang murah,
Pengguna Bijak juga bukan sekadar berbelanja dengan berhemah,
Tetapi Pengguna Bijak adalah pengguna yang BIJAK untuk menganalisis dan memahami situasi sebenar ekonomi.

Supaya nanti,
Apabila ringgit ditambatkan, pengguna tahu apa yang perlu dilakukan,
Apabila peniaga menyorok barang, pengguna tahu bagaimana untuk pecahkan tembelang,
Dan apabila minya naik harga, pengguna sendiri akan berkata "takpa, kita masih ada cara".

Ketiga, transformasi yang sedang terlaksana.

Saudara dan saudari,
Biar siapapun anda, baik zombi-zombi kampung pisang, mahupun pembeli-pembeli di bukit bintang,
Selagi namanya adalah pengguna, selagi itu kerajaan tidak akan terlepas pandang.

Menyedari hakikat inilah, pelbagai usaha sudahpun dilaksanakan,
Program Galakan IKS sudah pun terlaksana,
Kenaikan Duti Import pun sudah ada dasarnya,
Taraf Perintis telahpun bermula,
Semuanya bagi memastikan pengguna membeli barangan buatan Malaysia yang BAIK PUNYA!

Program Transformasi Ekonomi menjadi pemangkin baru ekonomi,
Akta Kawalan Harga sudah ada Anti Pencatutan,
Akta Persaingan pula berkuatkuasa tahun hadapan,
Semuanya bagi mematikan orang tengah yang suka dengan pemanipulasian,
Malah Program Kepenggunaan Luar Bnadar turut dilancarkan,
Bagi memastikan mereka yang di desa dan pedalaman boleh seiring dan sejalan.

Hadirin,
Inilah nikmatnya TRANSFORMASI,
Bukan sekadar pekikan REFORMASI,
Maaf sedikit emosi,
Geram memikirkan mereka yang TAK RETI-RETI.

Tuntasnya,
Transformasi ini takkan menjadi kalau kita semua terus berdiam diri,
Ayuhlah bersama menjadikan impian ini menjadi realiti,
Lakukanlah perubahan bermula pada hari ini,
Kalau bukan LA, BILA?

Transformasi Malaysia Ke Arah Ekonomi Berteraskan Pengguna,
Sekian.

6 kali...

Dalam hidup ni bila buat benda banyak kali,
Ada banyak implikasi yang baik mahupun yang tak baik,
Kalau belajar banyak kali,
Kita boleh jadi mahir dan pandai,
Tapi boleh jugak jadi jemu dan tepu.

Ok cukup intro aku pasal perkara yang kita buat banyak kali,
Atau perkara yang kita lalui banyak kali,
Begitulah jugak dengan debat,
Yang dah banyak kali aku sertai.

Aku suka berdebat,
Debat memang jiwa aku,
Malah dah jadi sebahagian daripada diri aku,
Atau lebih tepat, debatlah hidupku.

Setiap kali mewakili universiti,
Aku memang nak menang,
Aku tak kisah siapa lawan aku,
Yang penting aku nak menang,
Sebab aku tahu,
Untuk menjadi yang terbaik aku kena kalahkan yang terbaik juga.

Ataupun sekurang-kurangnya aku nak merasai pentas akhir,
Itulah impian aku dan juga impian semua pendebat,
Berada di pentas akhir adalah impian dan menjadi juara adalah bonus,
Dan itulah impian yang hanya sekali sahaja aku merasainya.

Dalam pertandingan debat,
Peringkat paling genting adalah SEPARUH akhir,
Sebab itulah penentu kita ke akhir atau tak,
So perjuangan pun SEPARUH mati,
Sebab kalau kalah, memang rasa SEPARUH mati jugak.

Dan itulah yang berlaku kepadaku,
ENAM kali aku terkandas di peringkat itu,
Peringkat yang menjadi badi kepada aku,
Aku tak tahu mengapa dan sampai bila,
Tapi secara jujurnya aku sangat sedih, pedih dan letih dengan perjalanan ini.

ENAM kali bukan bilangan yang sedikit,
Kalau lepas, ENAM kali aku ke pentas akhir,
Tapi malangnya, rezeki masih belum ada,
Namapun KALAU,
Kalau dah ENAM kali,
TIADA rezeki atau TOLAK rezeki?
Entahlah..

Tapi aku sedar,
Aku perlu terus berjuang,
Demi impian aku,
Demi rakan-rakan seperjuanganku,
Demi mereka yang senantiasa mengharapkan aku,
Demi mereka yang tidak putus menyokongku,
Demi pasukanku,
Demi universitiku,
Kerana aku mahu tatkala aku mengumumkan persaraanku,
Ketika itu aku punya kejayaan untuk diikuti oleh penggantiku.

Semoga ALLAH membantuku.

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH yang TAK BERSIH..

Demonstrasi Lambang Demokrasi,
Itu kata mereka yang konon-konon pejuang hak asasi,
Asalkan boleh bersuara,
Asalkan bergema ibu kota,
Asalkan suara mereka sampai ke istana,
Itulah kebebasan gelarannya,
Hasil perjuangan SARKAS di jalan raya.

BERSIH,
Tuntutan supaya pilihanraya menjadi bersih,
Kononnya nazak pilihanraya perlu dipulih,
Kerana pilihanraya penuh korupsi,
Dek ditaktor Kerajaan yang hakiki,
Sedangkan sampai sekarang masih tiada bukti,
Walhal selama ini mereka bilang bukti adalah perlu,
Tertanya juga mengapa kali ini tindakan mereka melulu.

Aku hairan juga,
Selama ini ketika mereka menang pilihanraya,
Tak pernah pula mereka bilang perlu ubah pilihanraya,
Rentetan yang mereka menang,
Deretan yang kerajaan hilang,
Perjuangan mereka senyap seketika,
Padahal mereka sudahpun berkuasa.

Oh aku lupa,
Pilihanraya sudah terasa bahangnya,
Deretan pilihanraya terakhir pun kerajaan takhluk semua,
Patutlah mereka mula kembali bersuara,
Supaya mereka tak hilang dari pandangan mata.

Aku sedih bukannya apa,
Majoriti bangsaku yang terlibat sama,
Namun ketuanya pula dulu penghina agama,
Rajaku juga dia pernah hina,
Bangsaku juga ingin dirampas keistimewaannya,
Namun entah mengapa dan dimana silapnya,
Bangsaku sentiasa turut serta,
Agenda jahat untuk memporak-peranda,
Yang rugi MELAYU di TANAH MELAYU yang BERAJA,
Yang untung mereka sang PENUMPANG yang TAK KENANG JASA.

Mana pergi mereka yang bijak-bijak belaka?
Ketika inilah sumbangan mereka diperlukan negara,
Tapi sayang aku terpaksa diam seribu bahasa,
Dari sasterawan negara hingga ke peguam bela,
Semuanya pejam mata dan pekakkan telinga,
SUHAKAM pun turut serta,
Sedangkan mereka lah tunjang pejuang hak asasi semua,
Mana hak asasi kami yang inginkan suasana harmoni?
Atau SUHAKAM pun telah 'dibasuh' hingga BERSIH?

Hakikatnya,
Demonstrasi jalanan takkan berjalan ke mana,
Namapun haram bagaimana mahu menghalalkan cara,
Kalau pilihanraya agenda utama mengapa perlu pilih jalan raya,
Stadium boleh dijadikan medium,
Supaya perhimpunan lebih teratur himpunannya.

Akhir sekali,
Sudah-sudahlah berpolitik itu dan ini,
Yang penting kebajikan kami,
Nanti bila kami dah meluat tengok semua ini,
Jangan marah kalau kami tak turun mengundi.

BERSIH JIWA, BERSIH MINDA.

Tuesday, July 5, 2011

Amiera Fatihin..

2 JULAI 2009

Aku terima 1 sms "zairi, baby is gone" bersertakan mms yang tertulis 10.1.1993 - 2.7.2009.

Waktu itu, hanya ALLAH saja yang tahu betapa sayunya hati aku.
Di hari jadi aku, aku kehilangan seseorang yang aku sayang.
Lebih memilukan aku tak sempat bercakap dengannya tatkala malam itu dia ingin menelefonku,
Tak sangka itu kali terakhir aku ......,
Walaupun bersua hanya sekali,
Ikatan aku dengan dia kekal abadi.
Itu kisah aku dengan FATIN AMALINA.

3 JULAI 2009

Aku terima 1 sms "hai, ini tihin. baby's twin".
Aku tertanya-tanya,
Jenaka apakah ini?
Betul atau palsu?
Tidak pernah aku tahu tentang kewujudan kembar si ina sepanjang pengenalan aku dengan dia,
Tapi tiba-tiba setelah ina pergi buat selamanya,
Aku dikejutkan dengan kehadiran kembarnya.

Dalam hatiku,
Mungkin ini ketentuan ILAHI,
Diambil-NYA satu,
Diberikanku pula yang lagi satu,
Supaya kali ini aku benar-benar menghargai,
Supaya kali ini aku takkan menyesal lagi.

Dan semenjak hari itu,
Hari-hari aku dilalui dengan pengenalannya,
Walaupun kembar tapi banyak juga perbezaan perangainya,
Cuma 2 perkara yang sama,
Pertama, korang memang tak boleh tunggu kalau i reply sms lambat..hehe
dan Kedua, haha..let only us yang simpan rahsia ni k? hehe..

So CIK TIHIN,
Ini surat untuk awak..

I want u to know that knowing u is one of the most precious gift in my life,
Yela, i kan takde adik, n luckily for me, u become my only little sister,
Walaupun at the beginning bukan u yang jadi adik i,
Tapi now u are my only little sister that i have,
Technically i have two, kembar plak tu tapi i only can have 1 for a time,
Takdir ALLAH kan? hehe.

Tapi tu la,
Kita da kenal almost setahun setengah,
Tapi semua only via phone, skype and ym je,
Kita tak pernah jumpa walaupun kita dah dekat da,
I taktaw la apa yang jadi penghalangnya,
I percaya mebi DIA tanak bagi kita jumpa awal,
Mebi HE promise us something big,
So i keep beleieving and hoping that one day we can see each other.

U pun duduk jauh sangat,
Kejap kat Pahang, Kejap kat N9,
Kejap kat Rome, Selalunya kat London,
Yelah, suka travel katakan,
SEBAB TU BM PUN DAPAT B- KAN? haha..

And now i now u are not well,
I sangat terkejut dengan apa yang menimpa u,
I dont want to loose u,
I tanak apa yang jadi kat baby jadi gak kat u,
U selalu cakap yang 1 day u akan jadi macam baby,
And remeber jugak yang i akan marah every time u cakap macam tu,
Sebab i tanak u percaya dengan benda-benda macam tu,
N sebab i nak u terus berjuang and hidup happy macam yang u nak.

So my dear,
I nak mintak maaf untuk semua salah i kat u,
Lambat reply your msg,
Selalu bz when u need me,
Jarang contact u,
Tak dapat nak ada by ur side when u really2 need me,
Selalu lupa besday u,
Selalu paksa u makan,
Selalu marah u sebab tido lewat,
Selalu berleter kat u sebab u malas makan ubat,
N worst, i takdapat nak bagi apa yang u harapkan dari i.

Thank you,
Coz u let me to be ur brother,
Coz u sudi jadi adik i,
N coz u selalu tahu macam mana nak buat i senyum balik.

Yes,
I am so lucky coz having u n knowing u,
Your joy make my day,
Your call make my day,
Your story make my day,
Your ngumpat2 pun make my day,
And bebelan u kat i pun i selalu rindu..haha.
But please, for me, dont ever give up,
For me, jangan susah hati,
For me, enjoy your life.

Like i told u,
I wish that u are my sister for real,
I won't ever find another replacement after u,
Coz u are irreplaceable.. the one and only TIHIN yang i kenal.

I LOVE U MY DEAR,
Smile always..

Monday, June 27, 2011

Isu Halal : Kita Masih Terkial-kial

Tahun 2010, Malaysia berikrar menjadi hub halal dunia,
Ironinya permasalahan halal seperti tidak ketahuan nokhtahnya,
Maka terpanggil untuk diri ini berbibacara,
Agar hub halal dunia bukan sekadar pada nama.

Di Malaysia,
Pengurusan dan pentadbiran halal merangkumi pelbagai entiti,
Seawal dari ladang hingga ke tangan pembeli,
Semuanya dijaga dengan rapi.

Tujuan kepelbagaian hanya satu,
Bagi memastikan pengguna mendapat apa yang perlu,
Tapi cantik di kertas,
Tak bermakna pelaksanaannya bernas,
Pabila dipinta turun padang,
Semuanya menghilang,
Pabila aduan diberi,
Masing-masing bersilang menuding jari.

Ini yang aku kecewa,
Malaysia merdeka bukan sehari dua,
Dokumen undang-undang tebalnya pun bukan semuka,
Namun apabila tindakan perlu diambil,
Mengapa masih ada mata yang terkebil-kebil.

Sebagai pengguna kuasa kita bukan hanya membeli,
Tetapi juga kuasa untuk meneliti,
Jangan sekadar bergantung pada jenama,
Perlu juga diperiksa asal-usulnya.

Kini,
Bir halal sudah mula dipersoal,
Meatball IKEA juga tinggal tanda soal,
Berangnya aku hanya seperkara,
Mengapa baru sekarang diperiksa setelah sekian lama.

Yang menghidang pula terus girang,
Yang mereka tahu wang yang mendatang,
Logo halal diperkosa,
Hukum syarak dipejamkan mata,
Ah persetankan itu semua,
Yang penting kita kaya.

Akhirnya,
Yang ini diragui,
Yang itu dikhuatiri,
Maka apa yang tinggal untuk perut ini.
Andai pasir, kayu dan batu itu boleh dijamah,
Dengan keadaan begini,
Tak mustahil tiga benda ini pun boleh jatuh hukum shubhah.

Anehnya,
Semua perkara ini berlaku setelah semua usaha digembleng,
Namun hari ini aku hanya mampu menggeleng-geleng.

Benar mencari yang halal itu fardhu,
Sebab itu kita tidak boleh duduk diam membatu,
Kerna darah daging ini akan sampai ke anak cucu,
Jika itulah yang berlaku,
Haru..

Sekadar pesanan buat semua,
Tak mahu kerna nila setitik rosak susu sebelanga.

Monday, May 30, 2011

Maha Hairan..

Aku hidup taklah lama mana,
Bulan 7 nanti baru cecah 22,
Tapi rasanya aku pun taklah bodoh mana,
Untuk nilai isi kehidupan dunia.

Banyak benda yang berlaku,
Banyak jua perjalanan yang berliku,
Kadang-kadang pelik,
Kadang-kadang jelik,
Yang buat aku rasa nak herdik,
Walaupun diri tak berapa cerdik.

Aku hairan,
Kerajaan kita cukup bersungguh-sungguh kerja,
Siang malam pak menteri membanting tenaga,
Mesyuarat tak usah nak kata,
Kalau boleh mahu sepanjang masa,
Biasalah...agenda negara katanya,
Lebih penting dari kebajikan rakyat jelata,
Tapi...
Banyak juga masalahnya,
Rasuah sini rasuah sana,
Jalan berlubang entah bila mahu bertampal,
Bila pilihanraya baru mula nak terkinjal-kinjal,
Melaung sakan rakyat diutamakan,
Bila ditanya seribu satu tersedia alasan,
Masalahnya benda ni dah lama,
Ramai juga yang dah mengata,
Takkanlah depa takdak telinga,
Atau saja-saja pejam mata?
Bila kalah bukan main gelabah,
Tapi bila menang hati terus senang-lenang.
Hairan..........

Aku hairan...
Pak menteri cukup bersungguh-sungguh nak naikkan taraf pendidikan,
Macam-macam dasar dibuat,
Macam-macam program disemat,
APEX, R&D semuanya gelaran diberi,
Untuk tingkatkan kualiti universiti,
Disaran semua pelajar belajar di universiti tempatan,
Katanya mahu dijadikan sebagai hub pendidikan,
Yelah, kalau bukan kita siapa lagi,
Walau emas di negeri orang tapi lebih baik batu di negeri sendiri,
Maka, marilah berbakti kepada universiti pertiwi,
Tapi....
Anak-anak pak menteri semuanya ke luar negeri,
Semuanya pergi oversea,
Malahan juga puteri Perdana Menteri,
Walaupun keputusan sangat terpuji,
Menagapa tidak disuruh juga belajar di sini,
Aik, apa dah jadi?
Hairan..........

Aku hairan,
Negara ini banyak sungguh birokrasi,
Kononnya untuk memantau prestasi,
Borang punyalah banyak untuk diisi,
Itupun belum tentu dapat lagi,
Negara ini pun banyak agensi,
Dari jabatan sampailah ke PBT,
Masing-masing semuanya berdegree,
Sah2lah semua bijak berkendiri,
Tapi...
Bila tiba-tiba musibah berlaku,
Banyaklah rahsia keluar satu per satu,
Bangunan runtuh, malang berlaku,
Mulalah tahu yang bangunan itu permitnya berhantu,
Alasan yang sama sentiasa diberi,
Tiada permit, tiada kebenaran, tiada jua transaksi,
Masalahnya bangunan itu bukan sehari dua beroperasi,
Mana pergi pegawai pada setiap hari,
Sama juga kalau bertembung bas dan lori,
Tiba-tiba keluar kisah banyak saman lari,
Cukai jalan pun dah mati,
Pemandu pula rupa-rupanya orang dikehendaki,
Bila berlaku tragedi,
Masing-masing tuding jari,
Padahal sebelum ini bukan main berebut kerusi,
Sampai berlaku dengki-mendengki,
Tapi bila jadi begini,
Semua mula berundur diri.
Hairan............

Aku hairan bukan apa,
Sebab di negara ini banyak mulut yang bersuara,
Semua kata mereka betul sahaja,
Tapi entah di mana penyudahnya..

MAHA hairan...

Saturday, May 14, 2011

Lauk kampung


Da lama tak rasa lauk kampung. Gulai lemak, sambal petai, tempoyak memang cukup rasa. Betul la, kita ni asal dari kampung. Pergilah mana-mana pun, di sini juga hati merasa :-)

Tuesday, April 5, 2011

Dalam Kelas..

Hahaha..yes..seperti tajuknya, memang literally aku dalam kelas.
Saje je nak menggatal update blod dalam kelas,
Baru rasa diri ni hi-tech gila..haha,
Maklumlah nak memiliki handphone berprestasi tinggi tak mampu,
So dah alang-alang ada laptop,
Update sajah.

Pasal kelas ni,
Actually aku tak paham satu apa pun,
Tapi bila memikirkan keberkatan yang penting (macam zaman skola la plak),
So hadirlah jua diri ini ke mari.

Kelas yang aku masuk ni kelas TRUST,
Dalam bahasa melayu nye kita panggil AMANAH,
Moga amanah aku di sini dapat aku jalankan,
Sebagai membalas mereka yang percaya (trust) kat aku..

Ok la..nak salin nota..cuwehh!

Sunday, April 3, 2011

Untuk Mama

Mama...
Selamat Hari Jadi yang ke 54,
Semoga panjang umur,
Sihat sentiasa,
Murah rezeki,
Dan bahagia bersamanya.

Ma,
Banyak benda e nak ceghita dengan ma,
Tapi e pun taktaw awat e segan bila nak sembang dengan ma,
Patutnya dengan mak sendiri tak segan,
Tapi e segan..gila kot anak ma sorang ni..hehe

Actually, i love u so much,
E membesaq jadi diri e ni sebab acuan dari mama,
E teriak, e hepi, e blajaq sungguh-sungguh pun sebab mama,
Sebab e taw betapa susahnya mama cari duit,
Dan sebab e taw gak yang mama letak harapan tinggi kat e.

Hehe, e ingat lagi.
Time mula-mula e masuk SDAR,
Ma ada pesan kat e,
Jangan sampai kena panggil pi bilik kaunseling,
E paham sangat maksud tu,
Meaning jangan buat masalah,
N e pegang janji tu sepanjang e kat SDAR,
Tapi sayang,
E ada gak terbuat silap,
Waktu tu e sedih sangat-sangat,
Pasal e taw mama mesti kecik ati dengan e,
Bila e bagitaw mama,
Mama tenang ja,
Ayat mama e ingat lagi,
"..takpalah, biasalah tu buat silap. yang penting dah insaf. pahni toksah buat lagi. mama percaya anak mama. mama taw anak mama kuat.."
Time tu memang berderai ayaq mata e ni,
Alhamdulillah,
E bangkit balik.

E pun pelan lama pelan besaq,
So anak laki mama ni pun mulalah nak menggatai,
Dah pandai ngorat..eh silap..dah pandai berkenalan..hehe
Pasai orang yang ngorat anak mama ni..hehe..
Kira bila sampai waktu,
E pun mulalah bercinta,
Mama pun taw,
Alhamdulillah mama pun restu,
Tapi nak buat macam mana kan ma,
Jodoh ALLAH yang rancang,
Nak dijadikan kisah,
Percintaan e pun tak lama,
E sedih sangat-sangat,
Waktu e bagitaw mama,
Time tu mama baru balik dari kerja,
Mama pesan lagi,
"..e, kalau ada jodoh tak ke mana. tapi kalau dah takdak jodoh, memang e dgn dia ALLAH tak takdirkan bersama pun. yang penting e kena kuat. jangan simpan rasa dendam atau benci. mama pernah lalu lagi teruk dari e. e pun kena kuat jugak. pasai mama taw anak mama memang kuat.."
E pilu sangat dengan ayat tu,
Mama taw e sedih,
Mama risau macam manalah e nak lalui hidup e,
Bila e sampai um,
Lagi teruk e kena uji,
So mama suruh e balik,
Bawak e pi penang walaupun mama ada kerja,
Sangat-sangat membantu..

Banyak lagi e nak tulis,
Tapi e tanak sebab terlalu peribadi,
Biaqlah e saja yang simpan,
1 thing yang e perasan,
Mama memang ada naluri yang kuat,
Bila e kuaq merayap malam-malam,
Mama mesti mesej tanya "tak tdoq lg ka?",
Bila e nak pi makan,
Mama mesti mesej tanya "tak pi makan ka?",
Kadang-kadang e pikiaq,
Mama ada spy ka or mama ada pasang alat pengesan,
Tapi mama bukan power teknologi pun..hehe,
Rupanya betul lah,
Itulah hebatnya naluri seorang ibu.

Mama,
E nak mama taw yang betapa bertuahnya e jadi anak mama,
Pandangan mata mama e takkan lupa,
Pasai itulah cara mama bercerita,
Sedih mama,
Hepi mama,
Risau mama,
Resah mama.
Hari ni,
Anak laki yang mama lahirkan pada 5.00 pagi, 2 Julai 1989,
Dah pun besaq jadi anak teruna,
Harapnya e membesaq seperti yang mama harapkan,
Moga takdak lagi titisan ayaq mata mama sebab e,
Biaqlah satu-satunya ayaq mata ma sebab e adalah ayaq mata kegembiraan,
Pasai tu saja yang mampu e balas jasa budi mama.

Kata orang,
Sayangkan anak tangan-tangankan,
E bersyukur yang tangankan e adalah tangan mama,
Pasai tangan tu la yang suapkan e nasi,
Tangan tu la yang usap kepala e time e takleh tidoq,
Tangan tu la yang basuh badan e,
Tangan tu la yang peluk e time e sedih,
Tangan tu la yang tampaq e time e kuang ajaq,
N tangan tu la jugak yang e cium untuk restu sepanjang hidup e.

Terima kasih untuk semua jasa,
Mintak maaf untuk semua dosa,
Andai e pergi dulu ciumlah dahi e,
Moga itu 'kekuatan' e di sana nanti,
I LOVE YOU SO MUCH..RODOAH SAAD!

Friday, April 1, 2011

Pindaan Kedua..

YES!
ALHAMDULILLAH!
LEGA!

Demikian adalah bait-bait yang aku lafazkan sebaik sahaja aku siap second draft project paper aku. Sakit memang sakit, letih memang letih tapi bila dah tengok benda alah ni siap, rasa berbaloi la jugak.

Actually pp aku dah kena review, redo dan reply (erk?) banyak kali dah. Demi memuaskan hati penyelia tercinta yang cukup terkenal dengan nilai ketelitian yang mencapai tahap intlektual yang cukup tinggi, dikerahkan juga minda dan tenaga untuk sentiasa cakna demi meningkatkan kualiti penulisan ILMIAH ku ini..huhu. Dengan berbekalkan semangat ILMU UNTUK BERJASA (jangan dengki buat yang tahu =p), aku teruskan perjalanan biarpun berdepan dengan ranjau berduri yang memeritkan.

Sebenarnya, aku dah extend 1 hari dari tarikh yang sepatutnya..hehe. Patutnya aku kena submit on 31st March 2011, namun disebabkan beberapa masalah teknikal dan EMOSIONAL, terpaksa aku tangguhkan dulu. Harap-harap penyelia yang ku sayangi bak ibuku sendiri masih sudi menerima buah tangan aku ni. Tidaklah mahu aku menjadi pekan yang menghampakan ibunya sehingga terbelahnya batu dan terangkup jua batu. Tidaklah jua aku mahu menjadi tanggang yang disumpah menjadi batu.

HAHAHA...dahla..aku dah start merepek..Sebenarnya nak lepas gian taip blog pasal dah habis buat pp..Sementara nak tunggu subuh, update 1 post pun apa salahnya. Ye tak? hehe. Kepada kawan-kawan seperjuangan, selamat berjaya. Aku sentiasa doakan keberjayaan kita bersama. Kepada kawan-kawan yang tak berjuang bersama, doakan kejayaan kami ye..

Monday, March 28, 2011

Jersey Malaysia

Semenjak dua menjak ni,
Ramai betul orang pakai jersey Malaysia,
Yang menjual pun meratalah jugak,
Boleh kata kat mana2 pun ada jersi ni,
Dari yang ciplak sampailah yang ori.

Aku pun tak terkecuali,
Sejak Malaysia menang Piala AFF Suzuki,
Aku struggle la jugak mencari,
Biru dan kuning dua-dua aku beli,
Kuning macam safiq rahim biru macam safee sali..haha.

Bangga pun ada,
Pergi mana2 mesti jumpa atlez sorang yang pakai,
Kalu aku pakai gak alamatnya boriala kita,
Dan magiknya jersi ni,
Biasanya kalu kita jumpa orang pakai baju sama macam kita,
Kita mesti segan or malu gila,
Tapi bila sampai jersi Malaysia,
Tak segan pun n rasa biasa je..mebi aku je kot rase mcm tu..haha

Agaknya macam ni la kan,
Kat negara Brazil, England or atlez Korea,
Rakyat dorang dah berkurun bangga dengan jersi team bolasepak dorang,
Kita kat sini baru mula nak rasa macam tu,
Alhamdulillah,
Yela tumpang masih menang,
Jangan nanti bila team kalah balik,
Jersi pun kita simpan kat bilik..macam baju oren (haha, tiba jah!).

Cakap pasal jersi ni,
Aku pun ada kenangan sendiri,
Nak kata lawak boleh,
Nak kata 'sweet' pun boleh..haha,
Adalah time aku keluar dengan seorang teman,
Aku pakai baju ni (kaler kuning),
Tak rancang dan tak plan,
Sekali tengok dia pun pakai baju ni (kaler kuning gak),
Hahaha, masing2 tepuk dahi..
So bila keluar,
Kitorang pun pikir mesti orang pelik tengok kitorang,
Yela, mana ada match time tu,
Pastu g mall plak..haha,
Kire memang semangat habisla kan..
Hahaha, ok jugak pe awak pakai jersi Malaysia.

Begitulah,
Actually post ni takde menda pun,
Saje nak komen pasal trend semasa,
Tapi aku terpikir satu bende,
Dalam kita dok teruja pakai ke hulu ke hilir jersi ni,
Korang perasan tak yang selain orang MELAYU kita,
Jersi ni aku tak pernah tengok dipakai oleh MEREKA..kan?

p/s : Semoga team Malaysia layak ke Olimpik 2012..MALAYSIA BOLEH!

Saturday, March 26, 2011

Integriti Masih Belum Mengerti

Bumi Sintok menjadi saksi,
Medan perdebatan mulut dan gigi,
Perahan minda olahan lidah,
Ada teruja ada bermadah.

Kali ini perjuangan ini masih tetap bermisi,
Misi yang sentiasa bernyala walau masih jauh didakapi,
Bergelar juara itu impian,
Sebagai tanda sebuah kebangkitan,
Dari bumi yang sudah lama tandus dan gersang,
Kejayaan yang didamba oleh pejuang-pejuang.

Persiapan berjalan agak lancar,
Walaupun kekuatan penuh tidak terpancar,
Masing-masing sibuk dengan haluan berbeza,
Namun tetap ada kelapangan masa.

Sampai masa tibanya waktu,
Bertemu sahabat dan juga seteru,
Perjalanan langkah lancar dan laju,
Akhirnya lepas ke peringkat suku.

Halangan suku dahulunya badi,
Begitu dasyat keadaan kalah mati,
Mujur kali ini nasib jelas menyebelahi,
Berkat jua pertolongan ILAHI.

Tatkala suku menjadi separuh,
Terbayang agaknya keadaan penuh,
Sudah lama dinanti bak sepurnama menjadi,
Dikerah akal setengah mati.

Namun,
Entah mana silapnya,
Kelancaran dipinta kesesakan yang mari,
KPI itu tanda pengukur prestasi,
Tampak hilang segala fungsi.

Akhirnya,
Yang dijangka terjadi sudah,
Yang diharap berkecai patah,
Yang dikendong berciciran lagi,
Yang dikejar berjauhan lari.

Sedih itu pasti,
Pilu itu mesti,
Sampai bila perlu dinanti,
Sampai bila ia akan dimengerti.

Syukur juga ke hadrat ILAHI,
Mungkin ada sesuatu yang DIA pinta aku pelajari.

Friday, March 11, 2011

KO2

Kononnya keras tapi jiwanya lembut,
Ingin jadi matang tapi dirinya budak,
Angannya besar tapi badannya kecil,
Suaranya banyak tapi sifatnya pemalu,
Angkuhnya bertempat tapi lembutnya terpancar,
Tekunnya padu tapi tubuhnya lesu,
Impiannya indah tapi halangan pun susah,
Niatnya tegar tapi fokusnya capah,
Alasannya kukuh tapi rengeknya pun banyak.

Omongnya berisi sebab itu berseri,
Tajam akalnya sebab itu bernas,
Hambar lawaknya sebab itu uniknya,
Manjanya santai sebab itu semulajadi,
Akhir bualan pasti ada salaman,
Nekad kuat pasti tercapai hajat.

Doa sebagai peneman,
Untuk bekalan dan sokongan,
Agar urusan dipermudahkan.

Kadang-kadang geram,
Kadang-kadang marah,
Kadang-kadang tenang,
Kadang-kadang terhibur,
Kadang-kadang juga rindu.

Pelengkap Hidupku...

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia


Saturday, March 5, 2011

Minggu Gemilang

Tarikh : 12 Feb - 21 Feb 2011
Tempat : Universiti Malaya

Saya berasa gembira,
Minggu yang dinyatakan sangat menggembirakan,
Tapi taklah gembira sampai tak terkata,
Gembira ini kerana banyak kejayaan ditempa.

Kejayaan ini pula bukan berseorangan,
Tapi dikongsi bersama kawan-kawan,
Yang sentiasa bersama susah dan senang,
Walaupun dikecam depan dan belakang.

Kejayaan Pertama : Pertandingan Boling Fakulti Undang-Undang

Pencapaian : Johan Kategori Berpasukan (Kumpulan MMT)
: Kelima Kategori Berpasukan (Kumpulan Taktaw Nama)
: Anugerah Pemain Wanita Terbaik (Anisa Izwin)
: Anugerah Ratu Longkang (Nur Zahirah)










Kejayaan Kedua : Talent Night

Pencapaian : Johan Persembahan Terbaik




Kejayaan Ketiga : Futsal Piala Dekan & Timbalan Dekan 2011

Pencapaian : Naib Johan Piala Dekan (Bunga Raya Merah)
: Johan Piala Timbalan Dekan (Cerphom)
: Anugerah Pemain Lelaki Terbaik (Firdaus Ahmad)








Kejayaan Keempat : Pilihanraya Kampus 2011

Pencapaian : Kemenangan Shahrul Syafiq Zamri sebagai MPMUM Fakulti Undang-Undang




Sesungguhnya,
Kejayaan ini sangat puas dinikmati,
Apatah lagi semuanya berlaku sekali,
Dalam minggu yang akan ku ingati.

Tanah Itu Bebas Jua

Ketika aku melangkah ke tanah itu,
Aku berbangga kerana aku antara yang terpilih,
Untuk menuntut jasa dan mungkin juga bakti,
Sebagai bekalan yang aku akan harungi.

Aku diberitahu perihal tanah itu,
Bahawa tanah itu tanah keramat,
Banyak sejarah tercipta,
Banyak juga cerita yang direka,
Sebagai tatapan dan pedoman,
Agar tanah itu sentiasa diangkat darjatnya.

Aku diberitahu tanah itu tidak bertuan,
Tiada yang menjajah,
Tiada juga yang menindas,
Kerna aku diberitahu bahawa tanah itu tanah bebas.

Tapi selama aku berada di tanah itu,
Tanah itu taklah sebebas mana,
Kerana yang menguasai tanah itu adalah pendatang,
Mereka ini hidup menumpang,
Namun dah perasan sebagai tuan tanah,
Mungkin sebab penduduk asal tanah itu pun gila bayang,
Terhegeh-hegeh menurut kata-kata pendatang,
Sehingga saudara sendiri pun mereka panggang.

Realitinya,
Tanah itu sedang dijajah,
Ramai manusia yang kena ratah,
Mereka yang konon diharapkan hero,
Rupa-rupanya kepala hotak semua zero,
Pemikiran mereka terpesong,
Nafsu mereka pula songsang,
Perangai mereka pun jalang,
Maka teruslah mereka cuba menyalak,
Walhal leher mereka diikat,
Mata mereka buta,
Telinga mereka pekak,
Mulut mereka bisu,
Tangan mereka kudung,
Kaki mereka tempang.

Ada yang cuba hendak memperbetul,
Tetapi dicerca macam mereka saja yang betul,
Perjuangan dimatikan,
Laungan disenyapkan,
Kebenaran digelapkan.

Pendatang pula terus berkuasa,
Gembira melihat percaturan mereka berjaya,
Penduduk asal sering bersengketa,
Malah ada juga yang sudah putus asa,
Akhirnya pendatang menjadi juara,
Sedangkan penduduk asal menjadi kuli hina.

Kini,
Perjuangan sudah mula menampakkan hasil,
Serpihan sudah mula dibersih,
Masih ada barua yang menyusun langkah,
Cuba menjadi bayangan gelap,
Mencatur segala gerakan,
Agar legasi "bebas" terus segar.

Namun,
Aku akan pastikan bayangan itu mati,
Saki baki akan aku bersihkan,
Agar tiada lagi ideologi penjajah celup,
Ingat janjiku dulu,
Tatkala aku berbicara perihal nerakanya negara,
Pembalasan akan tiba,
Tanah itu akan kembali berdaulat,
Sekarang masanya sudah tiba.

Perjuangan masih belum selesai,
Namun sehingga kini aku tetap merasa puas,
Pejuang kebenaran sudah mula mendapat tempat,
Penjajah dan pendatang perlu tunduk dan taat.

Alhamdulillah,
Tanah itu "BEBAS" jua,
Persoalan seterusnya,
Sampai bila?

Thursday, March 3, 2011

LAWNITE 2011

Biarlah gambar menceritakan...














Tahniah kepada pihak penganjuran..
Jumpa lagi tahun hadapan..